Entry ini bersambung di sini. Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran cp, adakah orang yang kita nampak dan kita anggap sombong itu sedar / perasan bahawa dia telah berkelakuan sombong. Soalan yang mudah: Orang sombong tahu tak dia sombong? Atau kita yang tersalah anggap.
Walau apa pun alasan, jangan sekali-kali kita bersikap sombong walaupun mempunyai harta bertimbun, ilmu yang tinggi, keturunan yang elit, rupa paras yang tampan/jelita, pangkat yang tinggi dan lain-lain kelebihan/keistimewaan yang menjadi rebutan.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:
"... dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung."
*
*
*
*
kelmarin cp telah terlemp.... seorang budak kerana sikapnya yang kurang aj....
lepas tu satu kelas sunyi sepi. perkara pertama yg cp buat hari ni apabila masuk ke kelas tersebut ialah melilau mencari si bertuah itu. Aik...takde. cp terus tanya: T.... tak datang ke? Ada suara menjawab: Ada...ni. T.... sendiri menjawab. Nasib baik sihat walafiat. hehehe. Dan hari ni dia jadi baik. Alhamdulillah
6 comments:
sy selalu buat kesilapan...dan org akan menilai berbagai2...sombong, berlagak pandai dsb.
kadang2 orang tersebut bukannya sombong cuma tidak memenuhi kriteria yg kita harapkan.
Ada 1001 satu penilaian atas sebaris ayat
kujie,
Semoga Allah sentiasa menjauhkan diri kita drp sikap sombong membangga diri.
betul.. zana rasa zana nie pendiam dan tak suka sgt berckp dgn org yg baru dikenali. tapi rasanya label paling sesuai diberikan adalah SOMBONG! huhuhuhu...
mmg dah byk kali kena. cuba gak tukar peel tuh. tapi.. makin kurang berjaya. huhuhu..
jgn la zana di label sombong yg sebenar2 sombong tu.. :D
Itulah manusia. Harap2 kita tak jd macam gitu.Tapi, terlebih ramah pun org tak suka jugak kan...hii
Pasal budak2 nie. Kita lembut..dia pijak kepala kita. Tp, bila kita garang dan mengamuk baru dia tahu.
Oh ya, masa ira masuk wad 5/5 hari tu. Cikgu Hamidah tu ada beritahu ira yang dia tanya CP kenal ira ke tak....Hope suatu hari nanti, Ira pun blh jumpa CP
zana s,
kalau dah semulajadi pendiam, mcmana nak jadi ramah, ya tak?
biarlah org label apa pun, asalkan kita tidak begitu.
ira,
nak jadi yg sedang2 tu yg payah. walau apa pun, memang susah utk puaskan hati semua orang.
budak2 mcm tu le ira...yg ptg kita dah jlnkan tugas & tjawab kita sebaik mungkin.
Post a Comment