Sebelum balik dari sekolah kelmarin, makcik masukkan tiga bungkus kertas jawapan dlm beg sekolah untuk dibawa balik. Dalam hati berkobar-kobar nak menanda. Kalau boleh nak siapkan sebelum cuti sekolah nanti. Masih ada seminggu sebelum cuti ye kawan-kawan. Tiba-tiba...rasa macam tak cukup tiga bungkus. Makcik tambah lagi satu bungkus. Jumaat, Sabtu cuti. Dua hari dua malam dengan 4 bungkus skrip jawapan. Ok le
Balik dari sekolah, lepas makan, solat segala, buka bungkusan dan tanda dua tiga skrip. Mata terasa mengantuk. Untuk menghilangkannya, buka laptop dan merayap ke sana sini. Lepas tu, ada hal sikit, keluar dan buat macam-macam benda hingga senja. Malamnya keluar makan dan singgah rumah MIL. Tengah malam, seronoknya tengok Ain dan abahnya tidur. Tak boleh jadi, makcik pun nak tidurlah dulu. Pukul 4 pagi nanti makcik akan bangun untuk menanda kertas.
Tiba-tiba.... pukul 6 lebih baru makcik terjaga. Itupun setelah alarm tepon menjerit. Uwaa...... Satu malam sudah berlalu dan 4 bungkus skrip jawapan masih menunggu.
Oh... padan muka saya
2 comments:
gitulah kija kita za dihh....
selagi idup...gini le na. walau apa pun, semoga sentiasa diberkatiNya
Post a Comment