Isnin, Selasa, Rabu Ain periksa.
Petang Ahad.
Ummi : Ainnn... esok periksa. Baca buku.
Ain : Ya lah..ya lah...Esok periksa BM. Ain pandai dah.
Petang Isnin.
Sambil bergolek atas katil.
Ummi : Ain..esok periksa apa?
Ain : Nanti nak tengok jadual.
Ummi : Ambil buku... baca.
Ain : Esok periksa Matematik dan Agama.
Ummi : Tutup TV. Mari sini baca buku.
Ain : OK.
Maka dibawa empat lima buah buku dan meniarap di sebelah umminya.
Ain : OOO...yang ni tak colour lagi. Ain colour kejap.
Ummi : Esok periksa matematik.. Takyah colour-colour. Tengok latihan tambah, tolak, darab tu.
Ain : kejap le. Ain nak colour ni dulu.
Sedang Ain khusyuk me"ngalour", umminya dengan tidak sengaja telah terlena. Dan bila dia tersedar, si anak sedang enak melayan kartun.
4 comments:
baru bukok sekoloh , perikso doh ?
pB,
ujian pertengahan tahun. sebelum cuti baru ni belum periksa.
sama la macam shakirin....uhkksss stress maknya
ira,
sehari dua nanti tau le markahnye. nak tengok mcmana rupa markahnya. hehehe
Post a Comment