Malam tadi ke Sri Pantai, Melawi sebab bebudak panji ada aktiviti bersama murid-murid dari beberapa buah sekolah berhampiran. Masa saya sampai, diorang tengah makan malam. Pastu solat Isyak berjemaah. Kemudian, jurulatih membuat pengumuman supaya semua peserta berkumpul untuk aktiviti seterusnya. Tiba-tiba ribut datang dengan agak kuat dengan pasir menerpa memasuki mata. Dua tiga minit kemudian, hujan pula turun yang memaksa kami bertempiaran mencari tempat berbumbung.
Di blok sebelah, ada aktiviti hari keluarga dan mereka tengah rancak berkaroake. Tiba-tiba blackoutlah pulak. Tidak lama selepas itu, kumpulan yang tengah berkaroake itu berlari-lari dengan beg besar dan beg kecik masing-masing, dengan baju berkerlip-kerlipan menuju ke kereta dan memecut meninggalkan chalet. Kelam kabut diorang keluar dari chalet. Sungguh suspen.... Sebenarnya saya telah mengetahui pasal gempa bumi di Jepun. Mungkinkah...mungkinkah??? Dah le chalet ni betul-betul tepi pantai. Na'uzubillah.
Kami masih lagi bergelap dengan angin yang kuatlah jugak. Dan akhirnya penganjur mengambil keputusan untuk membawa keluar semua peserta yang saya rasa melebihi 200 itu keluar dari chalet kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Jam 12 lebih, kami bertiga beranak sampai di rumah.
Sebelum 8.30 pagi tadi, saya telah terpacak di dalam kelas. Makcik ada kelas tambahan hingga jam 12 tengahari.
Ayu, mira, t kasih kerana membantu saya mengira tujuhlapan kali bebudak panji. Sangat bimbang, takut tak cukup/tercicir.
masih hujan......sejuk.
No comments:
Post a Comment