Di sebuah bilik darjah ketika peperiksaan sedang berjalan.
Mamat memberitahu/bercakap sesuatu kepada Minah.
Saya : Mamat, jangan bercakap.
Mamat tarsengih-sengih dan berhenti bercakap.
2, 3 minit kemudian, Minah pula berbalas-balas cakap dengan Mamat.
Saya: Minah, tengah periksa jangan bercakap.
Minah tersengih-sengih dan berhenti bercakap.
1, 2 minit kemudian, Mamat bercakap lagi dengan Minah.
Punyalah panas hati saya bak makan sup "anak tebuan" terlebih halia.
Saya : Mamattt.... kalau saya tampar mulut awak, malu nanti.
Mamat : OK..... OK.
Kelas kembali sunyi.
Malam tadi Mamat SMS saya, tajuk apa yang akan keluar dalam periksa hari ni.
6 comments:
Tak marah... geram je... :D
su,
betul..betul...betul. rasa nak cubit2 mulut diorang
dulu sy pn penah kena cubit dgn ustazah :) hehehe
Haslida mana ni? Haslida perak atau Kelantan? rugi org yang tak penah kena cubit ngan saya. hehehe
Haslida Perak, Ex-student SMKLLK. Ingt lg tak? Mmg leh tahan la cubitan Ustazah tu :)
haslida,
itu namanya cubitan sayang. hehehe
Post a Comment