Monday, February 20, 2012

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Esok Ain ada ujian. Jadi mestilah maknya sedikit memaksa supaya dia mengulangkaji. Hehehe.
Sedang dia mengulangkaji, tiba-tiba dia ketawa  terbahak-bahak. Lucu benar bunyinya.
Ain :     Ummi, tengok ni.... tengok ni.  Macam ni pun tulis dalam buku.
Ummi : Apa dia?
Ain :     Ni........
Saya terus baca petikan yang ditunjukkannya.

Mary :   Kakak, apakah yang perlu saya lakukan apabila kedatangan haid?
Kakak : Semasa kedatangan haid, adik perlu menggunakan tuala wanita dan kerap menukarnya. Adik juga perlu membasuh kemaluan dgn air yang bersih dan cecair pencuci jagaan wanita,
Mary :    Bacaimanakan saya hendak membuang tuala wanita yang telah digunakan?
Kakak : Tuala wanita yang telah digunakan hendaklah dibersihkan kotorannya dengan air. Kemudian dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah. Lepas tu, adik jangan lupa membasuh tangan dengan air dan sabun.

Ummi : Tak lucu pun.
Ain :     Hehehe ummi pun pakai jugak kan.
Ummi : Nanti... Ain pun kena pakai jugak.
            Ain...Ain...


No comments: