12 hb Nov lps, bermula satu misi. Entah akan berjaya entah tidak. Kalau berjaya nanti, insyaAllah saya akan kongsi kat sini. Buat masa sekarang, biarlah ia menjadi rahsia. Hehehe.
Isnin dan Selasa lepas juga makcik buat kelas tambahan. Pesan melalui SMS dan FB je.Sebelum cuti tu kalut sangat dgn macam-macam kerja, lupa nak pesan dgn diorang. Nasib baik ramai datang. Mula-mula nak buat Isnin je, tapi biasala kan, cikgu yang risau lebih. Ini nak ulang, itu nak ulang, ini spot, itu spot, (semua tajuk saya spot. hehehe) lastnya tambah lagi sehari. Diorang pun cuti lama sebelum periksa balik 19 hb nanti. Semoga anak-anak muridku dapat jawab dgn baik dan dapat keputusan yg cemerlang. Amin...
Kertas periksa akhir tahun utk pelajar form 4 dah habis makcik tanda. Yeayyy..... Isnin ni dah boleh gi key in markah dlm HC3, sambil-sambil tu boleh jumpa anak-anak muridku yang nak masuk periksa. Kejap tadi dah siap key in markah dlm SAPS. Leganya. Alhamdulillah
Malam tadi, gi cari buku kerja tahun 5 untuk Ain.Tahun depan dah naik tahun 5 si kecik ni Maknya pun tumpang sekaki. Maka terbelilah novel kat bawah. Yang Indah Hanya Mimpi. Rasa macam nak beli I Love You Stupid tulisan Melur Jelita. Tapi, nanti dulu lah. Lain kali. Mentang-mentang dah habis tanda kertas, layan novel je ya. Hehehe sekali sekala
Oklah, Selamat Tahun Baru 1434. Semoga semua kerja buat kita mendekatkan diri kita kepada Allah Yang Maha Esa.
5 comments:
Best ke novel tu... saya mmg suka baca novel
Salam maal hijrah RK.....
MystoryPic,
Baru buka plastik pembalut. Tak baca lagi.
Ibuhani,
T kasih Kak Ani.
Bbrpa orang kawan dah ada novel..teringin jugak nak baca.tentu best karya SAS...
MulutPayau,
t kasih krn singgah rumah kuning. saya pun belum baca lagi novel ni. harap2 sedap....hehe
Post a Comment