Saturday, November 17, 2012

Halangan

 Setiap kerja buat kita mesti ada halangan sama ada kecil atau besar. Halangan boleh wujud akibat  orang-orang sekeliling, kelemahan diri sendiri atau pun keadaan di sekeliling kita. Jadi, untuk kecapi kejayaan, jangan mengalah dengan halangan walau dari ceruk mana dia muncul. Kita mesti ingat, usaha untuk sampai ke bintang tidak sama dengan usaha mendaki tangga ke tingkat 15. Usah mengalah, jadikan impian sebagai kenyataan.
Pagi tadi, lepas makcik goreng nasi sekuali (nak tunjuk rajin le tu, goreng nasi pun ckp dlm blog. hehehe) makcik pun keluar rumah. Klik sana klik sini pagi-pagi hari dgn hphone buruk makcik. Tiba-tiba makcik nampak Mr green berlengkar atas pokok tempat makcik main klik klik  itu. Apalagi, makcik terus melompat kijang. Geli...geli...geli. Urusan seterusnya, makcik serahkan kepada en suami yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian. Nasib baik tak gugur jantung makcik. Hebatnya Allah, tak pernah kita dengar ada orang tercabut jantung walau selasak mana aktiviti seseorang. Alhamdulillah... Allah Maha Besar


Pic yang sempat makcik snap pagi tadi.
Sapa tahu bunga apa? 
Bunga limau kasturi.



Hari ke6





2 comments:

Unknown said...

Usaha tangga kejayaan... nak bersabar yg tak berapa kuat tu kalau ada halangan

Rumah Kuning said...

MystoryPic,
Betul tu, sabar tu tidak semudah yang disebut. apa pun semoga kita tidak mudah menyerah kalah dlm menempuh setiap halangan.