Hehehe macam la ada orang kisah kalau makcik menangis. Alkisahnya balik dari sekolah khamis lepas. makcik ke Perak. Ada hal sikit.Dalam perjalanan tu, dah teringat-ingat nak singgah makan ikan bakar di Tasik Banding. Tup tup bila sampai Banding, restoran tu dah tutup. Rupanya malam tak buka. Sangat kuciwa di situ. Dipendekkan cerita, dalam perjalanan balik tadi dengan gembiranya makcik dapat menjamu selera dengan ikan bakar yang super sedap di restoran tersebut. Orang yang tengah bakar ikan tu tanya : Nak makan berapa orang? Jawapannya mestilah 2.(Ain tinggal, tak datang) Dia tanya: Habis ke? Besar ni. Jawapannya: Habissss. Punya la tamak. Tapi serius makcik cakap : Sedaaaapnya. Rasa nak nangis. Alhamdulillah.
Ikan bakar bersama gandingan yang makcik pilih. Ulam, lala dan sambal kicap.
2 comments:
kat tasik raban ke?
kalau balik kg en abe mmg lalu situ
tp xpenah singgah makan
irfa,
lauk2 kg kat situ memang terbaik. cubala....
Post a Comment