Assalamualaikum.
Lama tak update n merapu di blog. Takde masa, kononnya. Harini makcik bersiaran sambil tunggu giliran di klinik Otorhinolaryngology HUSM. Dah letih dengan temujanji dan makan ubat ni sebenarnya. Tapi apa lagi pilihan yang ada. Jadi, redha je lah. 3 / 6 bulan sekali jumpa dr, check darah. Sebelum check mesti ambik darah dulu. Itu yang tak berapa nak tahan.hehe. lepas tu makan ubat 3x sehari. Tapi jarang berlaku 3x sehari, biasanya makcik makan sekali atau 2x je sehari. Seumur hidup wei..... Kalau seminggu/ sebulan haruslah makcik ikut aturan. Itu cerita pertama.
Cerita kedua pulak, hari ni 2hb Okt genap sebulan ayah saya masuk wad. Lepas maghrib 2hb Sept gi kecemasan. Tengah malamnya masuk wad sementara. 3hb masuk wad 7 selatan. 11 hb buat MRI dan 19 hb operate belakang. Lepas tu 5 hari di ICU. 23 Sept pindah wad 8 selatan seterusnya 27 Sept masuk 4 selatan. Dari elok bercakap hingga taknak bercakap, dari boleh berjalan hingga langsung tak boleh gerakkan kaki. Satu pengalaman air mata yang akan dikenang sampai bila-bila. Sekarang masih terbaring di 4 selatan , dengan jarum air di lengan dan langsung tidak mampu menggerakkan kaki dan menggerakkan badan.
Ok setakat ini dulu.
Dan air mata menjadi sangat murah.
3 comments:
Wa'alaikummussalam.
Semoga kesihatan ayah akan bertambah baik.
bykkan bersabar yer.. doa byk2 pd Allah.. moga Allah berikan kesembuhan pd ayah akak
Kakcik,
T kasih banyak-banyak.
Queen Teratai,
Tkasih. Allah tahu yang terbaik untuk kita.
Post a Comment