Saturday, October 19, 2013

Yang penting Dan Lebih Penting

Eh, ada lagi ke orang yang singgah rumah kuning? Lamanya tak update. Bukan tak teringin tapi entahlah.... sedikit terabai.

Esok sekolah dah buka balik selepas 5 hari cuti Aidiladha. Raya kali ni makcik tak kemana pun. Pagi berkorban rumah abang sulung dan tengahari ke rumah mil sekejap. Selebihnya banyak menghabiskan masa di rumah mak.  Sebenarnya ayah saya dah keluar wad 4 Okt lepas selepas dia tak sabar-sabar nak balik.Sebelum dapat keluar tu, macam-macam janji kepada doktor, nak jaga makan,nak jaga minum, makan ubat, bla bla bla. Barulah doktor bagi balik. Oh ya, dek kerana masih tak dapat bergerak dan duduk, JPAM yang hantar balik rumah. Sekarang ni dah 15 hari dok rumah. Keadaannya ok walaupun masih perlukan  100% bantuan orang lain untuk bergerak dan menguruskan diri.

Sepanjang ayah dok hospital, dua orang saudara terdekat iaitu mak saudara dan pak saudara saya meninggal dunia. Dan khamis lepas biras saya (abang ipar suami) meninggal dunia dalam usia 50 tahun. Al Fatihah untuk mereka.

OK setakat ini dulu. Nak iron baju.

2 comments:

Unknown said...

Banyak pahala jaga orang tua kita yg uzur, moga semuanya baik2 belaka

Rumah Kuning said...

MystoryPic,
Kita fikir secara positif.Yang paling ketara, hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dan rakan taulan semakin kukuh.Yang bertahun tak jumpa pun datang melawat.