Friday, May 22, 2015

Jadi Orang Pahang Kejap

Pagi Jumaat yang ceria.
Bersemangat makcik petik belimbing buluh.
Jangan tak tahu, sejak dua menjak nih, sambal hitam  sentiasa bermain di fikiran. 
Tak pernah makan tapi sangat teringin nak mencubanya. 
 Dah google resepi, takdelah rumit sangat, cuma ambik masa lama je.
 Caranya, dah siap basuh belimbing, rebus je lah.
Jangan masukkan air sebab jusnya nanti akan keluar dgn banyak. 
Berjam-jam lah jugak nak tunggu kering.





Bila dah jadi pes sepeti di atas, simpan dalam peti ais.
 Boleh guna bila-bila masa diperlukan.
Hari ni, bilis dan cabai burung takde dalam stok, jadi lain kali lah kita bersambal hitam ya. 
Pesnya dah ada, nak mengadun sambal tu rasanya senang je.
 Berlagak tak ingat kau...
Kalah orang Pahang.


1 comment:

Unknown said...

Ehemmmm simpan siket sambal tu. Org pahang punya stok belimbing dah naik kulat. Takmau dia jadi sambal itam dgn sendirinya