Wednesday, August 7, 2013

Esok Raya

Dahsyatnya orang kita sambut raya. Berdentam-dentum bakar mercun. Kalah Cina beraya. Nasib baik makcik tak sakit jantung. Patutnya kita sambut raya dengan banyakkan takbir, banyakkan tahmid. Ni tua muda, kecik besar dok main mercun. Menyusahkan orang, menghabiskan duit.


Selamat Hariraya.
Maaf jika ada salah dan silap

Wednesday, July 31, 2013

Percayalah

Bila terasa nak bersedekah,pernah tak kita terfikir, eh nanti tak cukup duit, kita pun nak guna banyak duit nih Nak beli kuih raya, baju raya, macam-macam lagi nak beli, nanti tak cukup duit. Maka kita pun tak jadi nak bersedekah. Bimbang tak cukup duit. Kita lupa janji Allah. Lupa Allah akan gandakan  apa yang kita infakkan itu.
Percayalah.... kalau nak Allah gandakan rezeki, banyakkan bersedekah.  Malah, kalau rasa sempit, banyakkan bersedekah.Allah akan datangkan rezeki dari jalan-jalan yang kita tidak jangkakan. Percayalah.....

Tuesday, July 30, 2013

N3 Asal Ada Je.......

Tengah sabar menunggu azan berbunyi

Kelmarin makcik berbuka di luar. Walaupun ada macam-macam makanan dan boleh dok hingga 10 mlm tapi takdelah makcik lepak dan makan sebegitu lama. Pukul 8 lebih sikit, makcik dah chow dari situ.Perut kita bukan tong sampah yang boleh diisi sesuka hati. Kesian dia. Hehehe.

Saturday, July 27, 2013

Seronoknya Saat Berbuka

Sup kambing dan rakan-rakan sedia terhidang

Khamis lepas berbuka di sekolah. Ramai jugak kawan-kawan yang datang. Jumaat berbuka bersama mak ayah, adik beradik dan saudara mara terdekat. Alhamdulillah. Sabtu berbuka di rumah kuning.

streamyx di rumah makcik masih tak berfungsi. Kabel yang dicuri masih belum berganti. Kesian kami.... pencurinya laaagi kesian.

Tuesday, July 23, 2013

Dalam Proses

 Memutihkan yang kuning.

Harap-harap siap sebelum raya.



Penyelesaian Kepada Ikan-ikan Lama.

Ikan lama dalam peti ais? Biasala kan.Tuannya tak berapa rajin nak masak. Hehehe  Masa beli dulu memang segar tapi bila dah tersimpan lama, kurang sedaplah pulak untuk dimasak goreng, bakar, gulai dan sebagainya. Jadi, apa yang makcik lakukan dengan ikan-ikan tersebut adalah sebagaimana pic di atas. Senang dan sedap. Caranya, kupas bawang merah dalam tiga empat ulas, bawang putih seulas dua, Kemudian tumbuk  halus bersama sebiji dua lada masak.Sesiapa yang suka pedas, boleh tambah lada burung.  Kemudian tumbuk juga ikan-ikan tadi setelah dibuang semua tulang-tulangnya. Gaul semua bahan yang ditumbuk tadi dan perasakan dengan sedikit garam dan daun kesum yang dipotong halus. Lepas tu kepal-kepalkan mengikut bentuk yang disukai dan sedia untuk digoreng.  
Kalau digandingkan dengan nasi kerabu, lagi sedap.

Tuesday, July 16, 2013

Nasi Goreng Satu...

Baru minggu pertama puasa, makcik dah takde idea nak masak apa untuk sahur. Bila tanya makcik kecik, senang je dia jawab. Nasi goreng lah ummi. Maka jadilah nasi goreng untuk bersahur pagi tadi.
 Weeeh.. Dah lewat. Makcik belum bersiap nak gi sekolah. OK  makcik pergi dulu.

Sunday, July 14, 2013

Kerana Kita Akan Pulang

Lebih baik bodoh, jika cerdik tidak ikut hukum hakam
Lebih baik miskin, jika kaya melalaikan
Lebih baik susah, jika senang tak ingat Tuhan


Thursday, July 11, 2013

Muflis

 Ingat ya kawan-kawan, di dunia ni bila kita mengumpat, memfitnah atau buat segala macam perkara yang mendatangkan dosa kepada seseorang, di akhirat kelak mereka akan ambil pahala kita.  Kita mengumpat Mamat di dunia, di akhirat dia akan ambil pahala kita. Kita fitnah Senah, dia juga akan ambil pahala kita. Begitulah seterusnya hinggalah pahala kita habis. Dah ramai sangat orang yang kita ngumpat, fitnah, habislah pahala kita.
Bila pahala dah habis, sedangkan kita juga pernah buat dosa kepada Timah, mengumpat Siti, memfitnah Tijah dan ramai lagi, maka kita terpaksa pula ambil dosa mereka. Ambil dosa Siti, ambil dosa Tijah, ambil dosa orang yang pernah kita aniaya semasa di dunia. Tadi, pahala kita dah habis, lepas tu kita terpaksa ambil dosa orang lain pula. Maka jadilah kita orang yang MUFLIS walaupun atas dunia ni kita kaki masjid, solat tak tinggal, bangun malam, bersedekah beribu setiap tahun. Lastnya muflis ya kawan-kawan. Na'uzubillah.

Fikir-fikirkan.
Muflis di dunia, boleh minta tolong kawan-kawan, saudara mara.
Muflis di akhirat ???



**Mengumpat ialah mengata dan menceritakan keburukan seseorang dimasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan jika dilakukan di hadapannya.

**Memfitnah ialah tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Wednesday, July 10, 2013

Tawaran Hebat

Alhamdulillah  sekali lagi kita memasuki Ramadhan al mubarak. Bulan yang kita maklum, banyak tawaran hebat untuk kita.Tapi jangan adik kakak tersalah faham pulak. Tawaran hebat yang saya maksudkan bukanlah yang berada di pasaraya atau pasar-pasar Ramadhan. Yang saya maksudkan adalah tawaran hebat dari Yang Maha Pencipta dan pemilik seluruh alam ini. Jadi, jom kita baca Al Quran banyak-banyak, bersedekah banyak-banyak, solat sunat tarawih dan segala perkara yang boleh menambahkan pahala kita. Jangan isi bulan Ramadhan ini dengan tidur yang banyak, makan yang banyak apatah lagi  membazir, mengumpat, mengata dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Rugi... nanti  pahala kurang atau silap-silap hb pahala yang kita kumpul sebelum ni pun terpaksa diserahkan kepada orang lain.

Marilah kita rabut peluang yang ada. 
Entah-entah inilah Ramadhan terakhir kita.

Saturday, July 6, 2013

Masih Ada Yang Sayang

Kita minum dulu

 Dah kenyang, jom kita bergambar
 Malu le pulak

 
" Taknak bergambar, turunlah. Biar aku je posing"" Kata si hitam yang paling kiri. 

 Eh...silau

Haaa.... bulat mata


 Ok, nak mandikan 3 beradik ni kejap.
Kesian. Mak mereka dah meninggal.

Friday, July 5, 2013

Nak Nangis Rasanya

Hehehe macam la ada orang kisah kalau makcik menangis. Alkisahnya balik dari sekolah khamis lepas. makcik ke Perak. Ada hal sikit.Dalam perjalanan tu, dah teringat-ingat nak singgah makan ikan bakar di Tasik Banding. Tup tup bila sampai Banding, restoran tu dah tutup. Rupanya malam tak buka. Sangat kuciwa di situ. Dipendekkan cerita, dalam perjalanan balik tadi dengan gembiranya makcik dapat menjamu selera dengan ikan bakar yang super sedap di restoran tersebut. Orang yang tengah bakar ikan tu tanya : Nak makan berapa orang? Jawapannya mestilah 2.(Ain tinggal, tak datang) Dia tanya: Habis ke? Besar ni. Jawapannya: Habissss. Punya la tamak. Tapi serius makcik cakap : Sedaaaapnya. Rasa nak nangis. Alhamdulillah.

 Ikan bakar bersama gandingan yang makcik pilih. Ulam, lala dan sambal kicap.


Sunday, June 30, 2013

Kenapa Ya?

Cuti 3 hari dah habis.
Dah buat macam-macam.
Tapi takdak mood nak update kat sini. 




Sekian terima kasih.

Saturday, June 22, 2013

Tidur Mati

Masih lagi ada sedikit kecelaruan dalam bab tidur dan beberapa perkara lain. Minggu lepas, pernah terjaga jam 7.30 pagi. Apa lagi,makcik  terus lompat kijang  dan lari pecut untuk sampai ke sekolah secepat mungkin. Masa tu bunyi  jam loceng  macam bunyi mak dodoikan anak je. Lagi sedap tidur. Padahal....kuatnya bunyi tu.
Kelmarin ada hari keluarga di Pantai Seri Tujuh. Hari ni bersambung dengan LDP di tempat yang sama. Makcik tumpang kawan je. Tak reti nak pergi sendiri sebenarnya. Hehehe sungguh memalukan. Nama je orang Kelantan. Apa nak buat, itu antara salah satu kekurangan makcik. Susah dan tak ingat jalan. Hari ni cadangnya nak cuba  drive sendiri. Jadi malam tadi, makcik mintak en suami  isikan angin cik putih. Nak tumpangkan kawan-kawan kononnya. Tapi, masa tulah baru dia perasan rupanya cukai jalan cik putih dah mati.  Dah hampir seminggu rupanya makcik berulang alik ke sekolah dengan cukai jalan yang mati tuh. Maka, niat terpaksa dibatalkan. Dan pagi tadi sekali lagi makcik sesedap je  bersandar, berfb menumpang kawan.

Thursday, June 13, 2013

KB -> KL -> Abu Dhabi -> Istanbul-> Jeddah -> Madinah -> Makkah

Alhamdulillah kami dah selamat sampai ke bumi Cik Siti Wan Kembang selepas meninggalkannya lebih kurang dua minggu. Ringkas cerita, 26 Mei bertolak ke KLIA, kemudian berlepas ke Abu Dhabi. Transit 1 mlm di Abu Dhabi sebelum  terbang ke Istanbul. 3 malam di Istanbul, sempatlah melawat Masjid biru, Topkapi, Ayasofya, Muzium Perang,  masjid  Ayyub Al Ansari dan cuci mata di grand bazaar serta Taksim square. Yang menariknya juga kami dibawa menaiki feri menyusuri Selat Bosphorus yang memisahkan Turki benua Eropah dengan Turki benua Asia. Dari Istanbul, kami terbang ke Jeddah, seterusnya ke Madinah dan Makkah. 9 jun terbang ke Abu Dhabi dan 10 Jun kembali ke KL dan seterusnya ke bumi Kelantan. Sekarang masih pening-pening lalat.


Sempat berposing di tengah mlm buta di lobi hotel Radisson, Abu Dhabi

Di Abu Dhabi International Airport

Juga di Abu Dhabi International Airport


Sebelum minum pagi,di Reddison hotel, ternampak swimming pool berhampiran lobi hotel. Maka mestilah ada sesi bergambar-gambaran dahulu.


Berposing selepas makan tengahari di restoran atas jambatan yang merentangi Selat Bosphorus

Pemandangan dari atas feri

Serius cantik

Opsss baru ada pic bertiga




Cantiknya.....
 Setakat ini dulu catatan ringkas dari makcik.



Friday, May 24, 2013

Ujian

Kelmarin, last day sebelum cuti pertengahan tahun. SMK Panji buat larian merentas desa. Lepas tu, perlawanan bola sepak dan tengahari pembahagian hadiah. Yang ni memang best. Hehehe harini bermula cuti 2 minggu.
Yang tak bestnya, balik rumah air punya la slow dan petangnya langsung takde air. Maka bermulalah kerja ulang alik angkut air rumah mak di sebelah. Pagi tadi, terus beli makanan pagi dan makanan untuk tengahari. Harap-harap tak basi. Uwaaaa
Satu lagi yang tak seronoknya, kain baju mesti dah masam dlm mesin basuh sebab kelmarin sempat basuh separuh jalan je. Sabar je lah... Ujian kecil je tu.

Kita makan dulu

Friday, May 17, 2013

16 Mei 2013

Hampir seminggu streamyx rumah makcik "berona" Tigapat kali dah nelipon tapi tak beres-beres lagi. Kalu tak sobar, meme sero nak ngamuk jah. Nasib baik ada BB buruk nih. Lupakan pasal streamyx.

Hari ni 16 Mei hari guru. Sekolah makcik tunda periksa hari ni sebab nak sambut hari guru. Macam biasa, sambutan di SMK Panji meriah dengan acara padang dan dewan. Dikesempatan ini, makcik nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua guru makcik dari tadika hingga makcik jadi cikgu. Juga kepada semua rakan guru walau dimana berada. Terima kasih di atas tunjuk ajar dan semoga segala kerja buat kita menambahkan saham untuk akhirat.

Balik dari sekolah, makcik ke Sektor Penilaian & Peperiksaan JPN. Alhamdulillah urusan berjalan lancar.

 Posing hari guru
 
Pic  dari FB Kak Dah Hanam. Terimakasih.

Friday, May 10, 2013

Lemas

Semasa mengawas periksa kelmarin, saya baca beberapa helaian majalah lama yang dah tercabut kulit dan sebahagian besar isinya. Kebetulan helaian tu ada atas meja cikgu. Antara yang menarik, satu article mengenai Hamza Yusuf. Gigihnya beliau mendalami ilmu Islam. Kita? Masjid dan kuliah agama merata tapi ada je alasan untuk menguzurkan diri. Alangkah ruginya.

Dalam petikan tersebut, seorang alim pernah berpesan kepada Hamza Yusuf : "Dunia ini ibarat lautan yang luas. Mereka yang lemas di dalamnya tidak terkira banyaknya. Jangan jadikan diri kamu salah seorang yang lemas itu".

Sangat bertepatan dengan apa yang ada di sekeliling kita. Orang dah tak segan silu buat perkara yang salah dalam agama.Yang tua, muda, anak, bapak sama sahaja. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok je bab berpakaian atau berfesyen. Takyah gi London. Pergi je pasar minggu kat ceruk kampung sekalipun. Cuba perhati anak-anak remaja, kakak-kakak hatta makcik-makcik sekalipun. Ramai antara mereka yang kelemasan dan perlukan oksigen. Dengan kita-kita yang tengok pun hampir lemas.
Wahai suami, ibu ayah, kakak abang, mana kasih sayang anda? Tunjukkan.........


Mood baru balik dari pasar pagi.

Wednesday, May 8, 2013

Jaga Diri

Setiap orang ada lebih dan ada kurangnya. Ada salah dan silapnya. Dia pernah buat salah, kita pun ada angin dan fe'elnya juga. Saling bermaafan adalah yang terbaik untuk kita.Mudah-mudahan, antara kita dan dia, kosong-kosong, tiada dosa.
 Disamping itu, berusahalah untuk menjadi insan terbaik untuk orang-orang di sekeliling kita. Sekali tersalah dan tersilap usah ulangi berkali-kali perkara yang sama. Kecil  besar, hindarilah kesemuanya.
Ingat, kita boleh meminta maaf tapi belum tentu orang akan memaafkan kita. Sanggupkah kita membawa beban demi beban, dosa demi dosa hingga ke akhirat sana?  Apa yang dibimbangi pahala kurang, yang menimbun adalah dosa. 
Ingat, muflis di dunia masih ada peluang untuk membebaskannya tapi muflis di akhirat, nerakalah balasannya. Sayangilah diri kita, Jauhkan dari dosa.

Tuesday, May 7, 2013

Yang Nak Ditinggal Dan Yang Nak Dibawa

Hidup di dunia hanya sementara. Destinasi sebenar adalah di akhirat. Semua sedia maklum. Tapi ada antara kita (termasuk saya) yang kadang-kadang hanya nampak dunia dan apa yang ada di dalamnya.
Risau tentang makan minum dan segala bekalan untuk kehidupan  di dunia tapi lupa tentang bekalan dan keperluan untuk kehidupan di akhirat sana. Kita  berjimat cermat, potong gaji segala untuk simpanan hari tua, untuk kemudahan anak-anak dan tanggungan kita tapi amat berkira untuk bersedekah dan menyumbang kepada si miskin, tabung masjid contohnya. Kita lupa, itu juga antara bekalan untuk kehidupan akhirat yang untungnya berganda-ganda.
Dengan kata lain, yang nak ditinggalkan, bersungguh-sungguh kita cari dan kumpul. Yang nak dibawa, kita hanya buat ala kadar sahaja.  Sepatutnya, kedua-dua tu  kita cari, kita kumpul  tanpa ada yang tercicir dan terkurang mana-mana satu daripadanya. Mudah-mudahan kita bukan sahaja bahagia di dunia tetapi juga menjadi insan terpilih dan bahagia juga di alam sana.
Sekali lagi pesan saya untuk diri sendiri juga, jangan termasuk dalam golongan  yang rugi kerana Yang nak ditinggalkan, bersungguh-sungguh kita cari dan kumpul. Yang nak dibawa, kita hanya buat ala kadar sahaja. 
Jadi, usah bertangguh dan berlengah lagi. Pos atau hantar keperluan kita untuk kehidupan di sana. Jangan asyik simpan di bank sahaja.

Semoga ada manfaat.

Cerita Kelmarin

Balik dari sekolah tengahari kelmarin, saya terus ke KB. Ada urusan sikit. Sebelum balik, beli makanan siap siap sebab dah tak larat (baca malas) nak berdansa di dapur. Rasa nak tidur je sebab malam sebelumnya berjaga hingga jam 2.30 gara-gara menunggu keputusan PRU 13. Sambil-sambil tu, tunggu kalau-kalau diberi cuti. hehehe bestnya kalau dapat cuti walaupun dah cuti 3 hari. Rupa-rupanya ramai kanak-kanak ribenna yang sambung cuti  dan tak datang sekolah.
Petangnya, tengah sedap betulkan urat, diberitahu tok saudara meninggal dunia dan akan dikebumikan selepas asar.  Innalillahi wa innailaihirajiun. Bersiap dan pergi melawat sekejap. Lepas tu, ada tetamu datang.
Malamnya, keluar makan dan setelah selesai apa yang patut, tidur tak sedar diri. Nikmatnya macam seminggu dah tak tidur. Padahal........
Biasala hobi saya = tidur.

Sunday, May 5, 2013

Sekali Lagi Kita Mengundi

Pagi-pagi lagi  makcik dah keluar mengundi. Kali kedua mengundi dengan pengalaman yang berbeza. Rasa-rasa makcik le kan, sebelum-sebelum ni takdelah meriahnya dengan aktiviti belarak sana, belarak sini seperti PRU 13 ni.. Naik takut pun ada bila kebetulan bertembung dengan kumpulan yang belarak-larak nih.
Walau apa pun, doa makcik semoga  Malaysia tetap aman damai.