Tak dapat jalan-jalan, kita makan-makan je la. Tapi bukanlah semuanya
ni sekali makan. Kalau sekali makan, mau meletup perut makcik yang dah sedia penuh ni. Terkini, mee ketam. Sedap.... makcik pernah try masak
kat rumah Tak menjadi aka tak sedap. Makcik rasa dua beranak ni pun
makan sekadar nak ambil hati makcik je. Hehehe nasib le.
Wednesday, May 28, 2014
Thursday, May 22, 2014
Hari Guru
Ahad 18 Mei - Sambutan peringkat sekolah.
Macam biasa ada acara padang dan acara dewan.
Serta acara makan-makan juga.
Kemudian diteruskan pula dengan majlis persaraan seorang guru SMK Panji.
Geng makcik kiah posing pada hari kejadian.
Friday, May 16, 2014
Thursday, May 15, 2014
Saturday, May 3, 2014
Kenapa?
Pahala dimana-mana
Pelbagai cara
Kenapa masih sengaja nak menyelitkan dosa?
Kita hidup tidak lama
Saturday, April 26, 2014
Menumpang
Cerita khamis lepas
Sebelum 3.30 makcik dah menunggu Ain depan sekolahnya. Bila dia masuk kereta, terus ditanya boleh ke tidak kawannya nak tumpang. Dipendekkan cerita, maka kawannya (makcik namakan Linda-tak ingat nama sebenar) itu pun tumpanglah makcik. Makcik pun meluncur di jalan biasa yang makcik lalu tiap-tiap hari. Tiba-tiba Ain menjerit, bukan ikut sini, jalan sana. Eh... tadi kata nak tumpang. Ya tapi rumah Linda jalan sana. Makcik pun berpatah balik melalui jalan yang makin lama makin kecik. Jauh la jugak sehinggalah kami bertembung dengan kakak Linda yang memang nak jemput Linda di sekolah. Makcik pun menurunkan Linda di situ. Cari tempat untuk u-turn dan meluncur balik.
Apa la motif en3 ni?
Nak ceritanya di sini, itu bukan menumpang namanya.
Sepatutnya Ain cakap, boleh ke ummi hantar Linda balik rumah?
Kan???
en3 macam takde kerja.
Friday, April 25, 2014
Jumaat Yang......
Lepas hantar Ain sekolah, gi pasar,
Balik, masih awal tapi terus masak.
Masak masak masak sampai terpegang periuk panas.
Takde mood nak bercerita panjang.
Jomlah makan mangga.
Sedap sebab fresh n free.
Sekian, Tkasih.
Wednesday, April 23, 2014
Minggu Ini
Ahad meeting
Isnin kelas tambahan
Selasa meeting
Rabu In house training. Amboiii dok depan sekali.
Khamis kelas tambahan lagi.
Tambah power sikit
Alhamdulillah
Saturday, April 12, 2014
Gara-gara SPM 2013
2014
Jadi sangat mencabar.
Kesian kita
Uwaaa..............
Allahumma Yassir Wala Tu'assir.
Sunday, April 6, 2014
Ini Sudah G........
Baru-baru ni bila bil elektrik RM18.69 bukan main seronok. Tapi kejap je la. Bulan lepas bil elektrik makcik RM400 lebih. Dan harini nyaris tak pengsan. RM890.61 Ya... bil elektrik le. Uwaaaa. Sekian, terima kasih.
Monday, March 31, 2014
Sup Ikan Teh Tarik Madu
Akhirnya....
Sup ikan + Teh Tarik Madu Pak Mat
Medan Ikan Bakar Kedai Buluh (Dulu Pulau Pisang), Kota Bharu.
Masa ikan yang sedap tahap 10 bintang tu sampai, Pak Mat datang bersembang. Nak ambil gambar, termalu le pulak. Jadi, terpaksa makan perlahan-lahan. Bila dia dah habis sembang, ikan pun dah tinggal separuh. Baru tak malu nak ambil gambar. Hehehe
Nak tahu lebih lanjut mengenai kedai makan ni, googlelah sendiri ya. Dah berlambak cerita pasal kedai Pak Mat ni.
Sekian.
Nak pergi lagi..... please!!!
Thursday, March 27, 2014
Lupa
Dah tua-tua nih
Asyik lupa sesaja
Patutnya ada t.janji di HUSM 19 Mac lepas.
Tapi sekali lagi makcik terlupa.
Dan hari ni terpaksa pergi ambil tarikh baru.
Harap-harap makcik akan ingat tarikh tersebut.
Sekolah dah nak buka.
Perasaan?
Entah.....
Macam-macam rasa.
bercampur aduk.

Rahsia ni Tau
Kempunan nak update blog sebenarnya.
Dah lega sikit.
Al maklumlah dah habis tanda kertas periksa.
Dan dah siap buat analisa result SPM 2013. Tunggu nak binding je lagi.
Satu lagi yang tak berapa siap. Pendaftaran SPM 2014.
Belum check betul-betul sebelum hantar kpd LP.
Tarikh akhir 31 Mac. Sempat rasanya. InsyaAllah.
Berbalik kepada rahsia sebagaimana tajuk en3. Hehehe
Segan pulak rasanya nak cerita.
Lantaklah....
Makcik ni kan...
Manusia yang susah nak ingat jalan.
Jadi, makcik hanya reti drive pergi sekolah, pergi KB dan dekat-dekat rumah je.
KB pun sekitar pasar Siti Khadijah, Pantai Timur dan dekat-dekat situ je.
Kalau nak pergi sebelah tepi-tepi sungai atau Tesco sana, memang makcik tak reti wei.
Teruknya padahal dah beribu kali pergi.
Dan....
Bila makcik kena pergi kursus mana-mana la kan.
Sehari atau beberapa hari sebelum tu, makcik akan paksa en suami pergi tunjuk jalan.
Makcik akan perhati betul-betul, ingat betul-betul barulah pada hari kejadian makcik boleh drive sendiri. Walaupun tempat tu dekat macamana sekalipun.
Itupun berdebar je takut tersilap jalan atau tak sampai tempat yang dituju.
Nak pergi Rantau panjang, Pengkalan Kubur, sorry le. Harus tak sampai rasanya.
Jadi, janganlah ada yang ajak makcik untuk tunjuk jalan jika datang ke Kelantan.
Makcik pun mengalahkan pelancong yang tak pernah datang sini.
Itu je.
Harap maklum.

Thursday, March 13, 2014
Bila Banyak Kerja
Asalamualaikum.
En3 macam takde kerja.
Time kerja banyak ni lah, kegatalan nak update blog menggebu-gebu.
Berbalik kepada apa yang nak dicerita.
Katalah kita masuk mana-mana kedai makan. KFC la contohnya. Dan pada masa tu pulak orang ramai. Terpaksa Q panjang. Agak-agaknya apa yang adik kakak semua buat masa tengah menunggu tu. Kalau makcik, mesti la makcik akan berkira-kira yang mana satu makcik nak order. Takkan le nak berdiri, berangan atau berbual dengan ahli rombongan sesaja. Kan???
Tapi, bila tiba-tiba ada orang baru nak bincang dengan ahli rombongan bila dah sampai gilirannya di kaunter, itu yang buat makcik geram. Kalau Q tak panjang, ok le nak bincang sekerat hari pun. Patutnya sebelum sampai giliran tu bincang le dulu, pilih apa nak order. Gambar menu dah terpampang kat depan.
Eeeeeee macam-macam.
Layan pic kat bawah lagi best.
Friday, March 7, 2014
Ain Dapat Lesen
Harini kali pertama Ain mendapat lesen dari kami untuk ke rumah kawan sekelasnya,Syahirah (anak kawan kami juga sebenarnya). Ayahnya pernah mengajar bersama semasa kami suami isteri mengajar di SMK Dato' Ahmad Maher dulu. Emaknya pula pernah mengajar bersama saya di SMK Panji. Ain cakap kawannya buat birthday party. Yang dijemput BFF je. Kelass kau Ain..... Jadi selepas habis kelas tambahan pagi tadi, ibu Syahirah akan jemput mereka di sekolah. Bawa balik dan seterusnya akan hantar ke sekolah semula untuk kelas tambahan petang nanti.
Kali pertama ke rumah kawan tanpa kami. Maka berjela-jelalah amanat dan pesanannya. Kena begitu kena begini, jangan itu jangan ini. Yang empunya diri, eemm emmm mengangguk sesaja. Mau tak mengangguk, harus berputih mata tak dapat lesen. Ngeeee
Tak sabar nak dengar cerita Ain petang nanti.
Jom makan tengahari.
Saturday, March 1, 2014
Sedih
Sedih itu, sedih ini. Macam-macam faktor menjadikan kita sedih. Walaupun kita pernah dan sering baca potongan ayat: “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)
Dah baca tapi sedihhh jugak.
Tidak salah kita bersedih tapi janganlah berlebihan hingga menjadikan kita lemah. Apatah lagi bersedih hingga menyalahkan takdir. Bila berlaku kematian, kesakitan, kesempitan dan seumpamanya, ingat, Allah ada. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Dia tempat kita bergantung harap. Tugas kita yang lemah ni, banyakkan berzikir, banyakkan berdoa. Sedih tu adat manusia tapi jangan lama-lama, jangan melampau-lampau seolah-olah Allah tidak ada.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat
Allahlah hati menjadi tenteram.”
Tuesday, February 18, 2014
Laporan Terkini
Musim sejuk di tempat makcik nampaknya sudah berakhir. Huhhh macam le dok
London. Sekarang sudah masuk musim panas. Rumput depan rumah dah kuning dan nampak macam rangup. Mesti sedap kalau digoreng. Opsss ingat makanan ke, nak goreng.
Sekolah dah semakin sibuk. Kelas tambahan untuk form 5 sudah bermula. Jadual baru makcik, 4 hari balik 2.40. Simpan buku, itu ini, 3 lebih baru sampai rumah. Belum rehat dah masuk asar. Uwaa....
Cerita budak yang nak ambik UPSR tahun ni.
Tiap hari Ain blk 3.30 petang. Pastu, kelas mlm bermula 8 - 10.15. Jumaat Sabtu pulak ada dua sesi kelas tambahan. 8 - 11 pagi dan 3 - 5 ptg. Awal-awal lagi makcik kecik ni dah cakap, kalau dia dapat 5A, dia nak 5 hadiah. Hehehe Semoga dipermudahkanNya.
Eh dah tak reti nak menulis. Tu la lama sangat tak update.
Alasannnn.

Thursday, February 6, 2014
Perjalanan Ini
Hari ini
Kita boleh berjalan, berlari.
Boleh mandi sesuka hati, berkali-kali dalam sehari
Kita boleh pilih dan pakai baju yang kita gemari
Kita boleh solat, boleh ke surau, boleh ke tempat kenduri.
Kita boleh ke kedai, ke rumah saudara, ke rumah kawan atau sekadar ronda sekeliling kampung atau taman.
Sihat, bebas, seronok ke sana kemari
Namun, tiada jaminan untuk selamanya begini
Suatu hari nanti
Tidak mustahil tubuh yang kuat menjadi lesu
Kaki tidak lagi berfungsi
Terbaring tidak mampu bangun apatah berlari
Makan sekadar apa yang disuap atau diberi
Ketika itu
Di mulut dan di hati
Sentiasa mengharap Allah menguji setakat yang mampu ditanggung diri
Dilembutkan hati semoga ada orang yang mengasihani diri
Lenguhnya hanya Allah yang tahu
Jika diangkat, di duduk dan dibaringkan kembali
Hilanglah seketika lenguh, sakit-sakit akibat lamanya terbaring sehari-hari
Untuk kita yang sihat menyelami bagaimana rasa itu
Cuba bayangkan, baring seharian dari terbit fajar hingga terbenam matahari terus ke dinihari
Berhari-hari, berminggu-minggu
Dan kita juga tidak mustahil
Akan diuji lebih dari itu
Suatu hari nanti
Pasti sampai masanya nanti
Kita dimandi, dikapan, disolat dan dikebumi
Yang kadang-kadang didahului dengan sakit demam, lemah lesu
Atau dari sihat, gagah, hebat terus mati
Tinggallah semua yang dikejar dan dicari
Tinggallah semua
Anak isteri/suami, harta walau berlori-lori
Akan tiba malam pertamanya nanti
Di alam kubur seorang diri
Walau di dunia dikerumuni ramai anak cucu, sanak saudara tak pernah sunyi.

Tuesday, January 28, 2014
Hulurkan Tangan
Semoga ada kasih dan ada kasihan terhadap orang yang tidak berkemampuan.
Takde mood nak menulis.
Esok kena hantar buku cadangan mengajar. Sikittt je lagi tak siap.
Esok juga hari terakhir sekolah sebelum cuti Tahun Baru Cina. Campur Jumaat Sabtu, 4 hari cuti.
Sekian, tunggu mood datang.

Wednesday, January 22, 2014
Semoga Allah Permudahkan
Sudah hampir sebulan sekolah dibuka. Cabaran sebagai guru masih sama dengan beban kerja yang pada pendapat peribadi makcik makin bertambah. Dan yang tak bestnya sejak sekolah dibuka, sudah 6 orang rakan guru sekolah makcik telah ditukarkan ke sekolah lain. Dengar-dengar cerita ada lagi yang akan ditukarkan. Fuhhh berdebar wei.... Bak kata kawan-kawan makcik, dimana pun kita mengajar, anak murid tetap sama, yang tak sama dan sukar didapati adalah kawan-kawan yang kamceng dan sekepal dengan kita. Walau bagaimana pun jika nama kita yang tersenarai, terpaksa juga kami akur walaupun sedih.
Sejak akhir tahun lepas, makcik sekeluarga tidak bercuti aka jalan-jalan luar Kelantan. Bukan tiada keinginan tapi keadaan tidak mengizinkan. Semasa di sekolah pun makcik sentiasa teringat-ingat bapa makcik yang terlantar lesu di rumah, mana mungkin untuk makcik tinggalkan semata-mata untuk makan angin. Makcik yakin, setiap ketentuan Allah ada hikmahnya. Inilah peluang keemasan yang Allah kurniakan kepada kami anak-anak untuk menambahkan pahala. Semoga Allah permudahkan. Ameen.
Friday, January 17, 2014
Tidak Semudah Sebutan Di Bibir
Kerana kekurangan diri
Maka
Sukarnya nak SABAR
Payahnya nak IKHLAS.
Allahumma Yassir Wala Tu'assir
Keseronokan Yang Sementara
Apa ke halnya dok tayang bil elektrik. Sudah ketandusan cerita ke makcik nih sampai bil elektrik pun nak dijadikan bahan cerita. Kalau nak tahu, bil inilah yang membuatkan makcik seronok rasa nak melompat sampai bumbung 15 Jan lepas. Dapat hadiah birthday pun seronok jugak. Tenkiu Ain, tenkiu en suami. 15 Jan birthday makcik. Terimakasih juga kpd sanak saudara, sahabat handai, anak-anak murid dan semua yang hantar ucapan melalui sms,whatsApp dan fB.
Berbalik kepada cerita bil di atas. Cuba tengok elok-elok. Berapa bil makcik bulan ni? Hanya RM18.69 sen. Sukanyaa.... mau tak suka. Dalam semua barang naik harga, tiba-tiba bil elektrik makcik RM18.69 sen. Dalam hati, pandainya makcik dan keluarga berjimat. Bla bla bla..... Seronok tidak terkira.
Tiba-tiba..... keesokannya 16 Jan, orang TNB datang rumah. Nak tahu dia buat apa? Uwaaa.... Hilang sudah keseronokan yang menggunung itu. Dia datang tukar meter letrik. Meter lama rosak. Dah tak bergerak. Hehehe ingatkan bil sikit sebab pandai berjimat. Rupanya meter rosak. Nasib baik tak canang seluruh kampung kepandaian makcik berjimat cermat.
Tak sabar nak tunggu bulan depan. Berapa le agaknya bil makcik???
Ain.... kita kasi orang check meter lagi sekali terkejut badak nak?
Bulan depan, lagi sekali bil kita 18 ringgit. Ada idea???
Saturday, January 4, 2014
Kita Akan Pulang
Yeayyyy...Menang.
Semua orang nak menang kan?
Main bola nak menang.
Main hoki nak menang.
Main batu seremban pun nak menang.
Berdebat lagi le nak menang.
Dah tahu nak menang, mestilah buat persiapan.
Tanpa persiapan, takyah le berangan.
Dalam beria nak menang itu, nak menang ini, makcik nak ingatkan satu perkara.
Hidup kita bukannya berakhir hanya di dunia.
Walau siapa pun kita, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri sekalipun,
Semuanya akan tempuhi alam barzakh (kubur) dan alam akhirat.
Dan,
Orang yang menang akan masuk syurga
Yang kalah akan masuk neraka.
Nak menang jugak kan?
Kalau nak menang, lagi lagilah kena buat persiapan.
Persiapan tu mesti buat sekarang,
Jangan kalah dengan kerlipan perhiasan dunia.
Dan tak boleh buat sambil lewa, atau sesuka hati.
Kerana godaan di dunia ni banyak.
Jadi hati mesti kuat.
Kalau terlalu cinta atau sibuk dengan isi dunia
Halal haram nampak sama je.
Dosa banyak, kalah kita.
Pesan makcik untuk diri sendiri jugak,
Dunia, dunia jugak.
Akhirat, jangan dilupa.
Setiap detik mesti bersiap sedia
Untuk pulang dan meninggalkan dunia.

Wednesday, January 1, 2014
Sudah 2014
Diam tak diam kita dah masuk 2014.Azam baru? Takyah sebut... buat malu je.
Hari ni hari pertama sekolah dibuka selepas lebih sebulan cuti. Tugas makcik tahun ni lebih kurang sama dengan tahun lepas. Alhamdulillah syukur. Semoga kerja buat makcik tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Untuk anak-anak pelajar, selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin-rajin dan jadilah murid yang disayangi semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)