Friday, February 24, 2012

Pucuk Muda


Dah nama pun pucuk, mestilah muda kan. Ketika muda ni lah banyak yang berminat. Ulat sudah tentu suka. Silap-silap habis dimakannya. Yang tinggal hanya batang. Itupun yang keras-keras sahaja. Kambing dan biri-biri lagi lah suka. Kadang-kadang dengan pokok-pokok boleh mati dikerjakannya. Eh...masa muda ranggup ni, manusia pun suka. Tak perlu goreng, rebus segala. Jadikan ulam pun dah sedap tak terkata.

Tengok.... nampak pun dah berselera.

Jadi, kepada anak-anak yang masih muda remaja,  jaga dan sayangi diri  anda agar tidak menjadi mangsa ulat, kambing  mahu pun manusia.

Sekian. Terima kasih

3 comments:

aku budak klang said...

hehehe kalau pucuk tua ada ulat nak tak....liat la (ulat kata)

Rumah Kuning said...

aku budak klang,
dah tua, kambing pun fikir byk kali nak ngap, takut patah gigi. hehehe

~::Chenta::~ said...

sungguh mendalam ..

Chenta pun suka makan ulam ..
tapi ulam2 kat sini smuanya dah berlobang

(,")