Perjalanan kami bertiga bermula pada pagi 20 Nov 2012. Kami bergerak secara santai dan tidak terkejar-kejar sambil menikmati panorama sepanjang perjalanan.
Destinasi pertama adalah Cherating. Dalam fikiran, mesti senang nak dapat bilik sebab bukan hujung minggu. Jadi, makcik takdelah tempah online. Rupa-rupanya dlm cuti sekolah ni, susahnya nak dapat bilik. Mula-mula kami singgah di Suria Cherating Beach Resort, lepas tu Impiana, seterusnya Sanctuary. Semuanya penuh, hinggalah resort kelima kami singgah (kalau tak silap), barulah kosong. Tapi agak mengecewakan kerana resort tersebut, dalam dan luar macam terbiar walaupun ada swimming pool. Swimming pool penting oooi. Sepanjang kat resort tu, kami tak jumpa pun pegunjung lain. Entah-entah kami je duduk kat situ. Masa check out esoknya, dipulangkan balik RM40.00 kerana breakfast tidak disediakan.
Bermain pasir je lah. Takde mood nak bermandi manda. Terkejut dengan keadaan resort tuh.
Esoknya Rabu 21 Nov pagi-pagi lagi kami meneruskan perjalanan ke KL. Sekali lagi kami menginap di Sunway Putra Hotel. Lepas solat dan makan, tanpa bertangguh lagi Ain melepaskan gian berendam. Seperti biasa maknya yang jadi mangsa terpaksa melangut di tepi kolam. Nasib baik bawak novel. Hehehe
Petangnya, makcik pulak melepaskan gian. Window shopping je pun. Dari Parkson The Mall sampai ke Sogo jugaklah. Malamnya, lepas makan Ain membuta kepenatan. Makcik layan novel dan en suami keluar jumpa kawan. Esoknya, lepas breakfast sekali lagi Ain berendam dan lebih kurang pukul 12.00 tghri kami check out dan meneruskan perjalanan ke Ipoh.
23 Nov, lebih kurang pukul 11.30 kami check out dan bertolak pula ke Pulau Penang. Singgah R&R apatah, beli dan makan durian 4 biji RM 10. Tiga orang boleh habis 4 biji durian. First time dok Sri Malaysia Penang. tilam dia tak best, sakit belakang. Petangnya, kami keluar makan di Kassim Nasi Kandar. Sedapnya.... memang kena dengan selera kami bertiga. Lepas tu window shopping di Queensbay Mall dan malamnya ZZZzzz. Eh...makcik tak tidur mana pun. Tiba-tiba je kaki bengkak dan sakit.
Shhhh.... Sri Malaysia Penang ni pun ada swimming pool. tapi makcik dah letih melangut tepi kolam. Nasib baik dari bilik kami tak nampak kolam. Jadi tiap kali budak tahun 4 tu mintak nak mandi kolam, makcik cakap : Tak nampak pun kolam Hotel ni takde kolam kot..... Dua tiga kali dia mintak dan dua tiga kali juga makcik beri alasan tuh, lama-lama dia pun lupa. Jadi, selamat le makcik. Hehehe
Pagi 24 Nov kami bertolak balik. Lima hari berjalan, 4 buah hotel/resort dah duduk, cukup le tu. Lagi pun , kaki dah sakit. Petang, sampai rumah dan malamnya pergi klinik sebab sakit kaki dah tak boleh tahan.
Hari ni, acara diteruskan dengan kerja dobi mendobi. Sekian Wassalam.
Eh ada lagi, terjumpa pic yang comel nih.
Laksa penang yang sangat le sedapnya. Rasa macam nak makan dua mangkuk hehehe
4 comments:
Laksa Penang always my fav! Aduh kecur ayaq liuq... Pernah ke Cherating mcm RK tak plan & tak tempah hotel last sekali bermalam di Kuantan budget hotel yg bising tghmlm org repair kereta! sighh*
mrya,
lain kali, kita mesti tempah hotel siap2. tk kira musim cuti sek ke, tak ke, tengah minggu ke, hujung minggu ke. mesti tempah siap-siap.hehehe
untung Ain..jalan sesaja dia ;)
irfa,
dia hanya rasa beruntung bila dpt berendam. hehe
Post a Comment