Ingat ya kawan-kawan, di dunia ni bila kita mengumpat, memfitnah atau buat segala macam perkara yang mendatangkan dosa kepada seseorang, di akhirat kelak mereka akan ambil pahala kita. Kita mengumpat Mamat di dunia, di akhirat dia akan ambil pahala kita. Kita fitnah Senah, dia juga akan ambil pahala kita. Begitulah seterusnya hinggalah pahala kita habis. Dah ramai sangat orang yang kita ngumpat, fitnah, habislah pahala kita.
Bila pahala dah habis, sedangkan kita juga pernah buat dosa kepada Timah, mengumpat Siti, memfitnah Tijah dan ramai lagi, maka kita terpaksa pula ambil dosa mereka. Ambil dosa Siti, ambil dosa Tijah, ambil dosa orang yang pernah kita aniaya semasa di dunia. Tadi, pahala kita dah habis, lepas tu kita terpaksa ambil dosa orang lain pula. Maka jadilah kita orang yang MUFLIS walaupun atas dunia ni kita kaki masjid, solat tak tinggal, bangun malam, bersedekah beribu setiap tahun. Lastnya muflis ya kawan-kawan. Na'uzubillah.
Fikir-fikirkan.
Muflis di dunia, boleh minta tolong kawan-kawan, saudara mara.
Muflis di akhirat ???
**Mengumpat ialah mengata dan menceritakan keburukan seseorang dimasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan jika dilakukan di hadapannya.
**Memfitnah ialah tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.
2 comments:
takut ;(
memang menakutkan. hehe
Post a Comment