Tuesday, January 22, 2013
Makan-makan, Hati Senang
Sedap tak? bedoahnya makcik nih. Pembuka kata tak sopan langsung. Hehehe. Sebenarnya makcik nak cerita, kelmarin makcik dan kawan-kawan buat potluck. Cendol kat atas tu salah satu makanan yang wujud kelmarin. Sedap... Sejuk je tekak. Seronok tengok orang makan. Padahal... seronok diri sendiri yang makan berpinggan-pinggan, bermangkuk-mangkuk. Biasalah kan. Lain kali kita buat lagi ya.
Thursday, January 17, 2013
Lagi Setahun Berkurang
Saturday, January 12, 2013
Fogging Time
Abaikan pagar yang sudah berkulat.
Wednesday, January 9, 2013
Jangan Mudah Percaya
Berlainan nada dah mengubah maksud. apatah lagi jika ditambah perasa penyedap bicara. Sudah tentu berubah makna dan berlainan juga maksudnya. Jadi, bila terima sesuatu berita, terutamanya yang luar biasa kadar sensasinya, tolong jangan terus dimasuk ke mulut dan ditelan bersama kulit dan bijinya. Teliti dahulu betul salahnya dan timbang kira logik tidaknya.
Umpatan, cacian dan fitnah memang senang diungkap dan sedap didengar. Pun begitu, perlu diingat ada manusia yang suka memutar belit fakta dan mereka cerita, ada manusia yang suka melaga-laga, ada juga yang panas pedih bila orang lain hidup bahagia, apatah lagi kaya raya. Jadi, cerita dikarang untuk memecahbelah dan memporak perandakan sesiapa sahaja yang diingini mereka.
Di sisi kita yang menerima berita dan cerita, jangan mudah percaya. Cari bukti atau lupakan saja. Berkasih sayang dan berbaik sangka lebih banyak untung dan faedahnya daripada memendam rasa kerana cerita-cerita yang tiada bukti sahih benarnya.
Itu belum lagi dicampur dengan silap faham dan salah sangka.

Monday, January 7, 2013
Sudah 2013
Sudah 2013. Sekolah dah buka. Dah masuk minggu kedua dah pun.
Makcik tengah panaskan engine. Kereta buruk, engine lambat panas. Tambah-tambah lagi sekarang musim hujan. Nasib baik senang hidup. Hehehe. Mudah-mudahan engine akan berjalan lancar dan tak banyak sangat onak duri yang menghalang di jalanan Nanti tak pasal-pasal tayar pulak yang bocor. Makcik masih di unit periksa. Rasa sekejap je padahal dah masuk tahun kelima. Alhamdulillah masih bersama kawan-kawan yang tidak pernah berkira. Bekerja bersama dan ketawa pun bersama. Syukur sangat-sangat dengan anugerah kawan-kawan yang baik hati dan sentiasa menceriakan suasana
sshhh....misi masih berjalan.

Wednesday, December 26, 2012
Ketika Hujan Bulan 12
Tengahari Ahad lepas, sekali lagi kami tiga beranak bertolak ke KL. En suami ada hal sikit. Pagi tu dia ada meeting di sekolah. Kalau tak , memang kami suka bertolak awal pagi. Memandu dlm hujan dan "jem" yang meleleh-leleh bukanlah sesuatu yg menyeronokkan. Nasib baik keluar je dari negeri Cik Siti Wan Kembang, takde hujan walaupun cuaca tidak panas terik. Sampai Sunway Putra lebih kurang jam 9 mlm. Macam biasa suka dok situ sebab bila en suami ada urusan, saya boleh jln2 the mall di bawah. Tak perlu naik teksi hatta melintas jln sekalipun. Dari sisi Ain pula, semestinya ada swimming pool yang best. Walaupun ada adik ipar, anak-anak saudara, sepupu sepapat, "warih warah" yang ramai di Kl tapi kami lebih suka tinggal di hotel. Bukanlah nak dok selesa sangat tapi tak nak menyusahkan mereka. Jangan ada yang berkecil hatilah ya.
Esoknya, kami (saya dan Ain) berjimba berdua. Mlmnya saya menghabiskan " I Love You, Stupid!" Sebelum ni rasa tak seronok, tapi bila diteruskan bacaaan, seronok le pulak. Betul la... best novel tu. Walaupun tajuk macm tu tapi bukan cerita cinta budak remaja akak-akak yo.
Selasa, lepas breakfast dan Ain berendam sekejap, kami bertolak balik. Perjalanan lancar hinggalah sampai area Lipis rasanya. Ada kemalangan melibatkan 3 buah kereta (yg makcik nampak).
Cuba tengok pic di bawah. Cerita seterusnya berdasarkan pic di bawah.
Punyalah panjang, kenderaan yang berderet dari kedua-dua hala. Accident tu depan sikit dari lori kat depan tu. Dalam berderet-deret tu, ada juga dua tiga buah kereta yang tak sabar dan memotong ikut kiri. Rasanya tak lepas jugak sebab kat depan tu ramai polis. Bomba lagi. Geram je kita tengok.... orang lain pun nak cepat jugak. Sabar la sikit. Nak terkencing kot Hehehe
Tiba-tiba, sebuah 4WD selang sebuah depan kereta makcik, mencilok ke kiri. Eh, apahal tu. Nak potong kiri jugak ke? Tiba-tiba..... tiga beranak punya la terkejut. Rasa-rasanya lelaki tu buat apa??? Selamba je Ain cakap. Macam k.........g, pancut je kat tayar. Maaf lah ya. Itu kenyataan spontan anak saya yang berumur 10 tahun.
Selepas setengah jam melangut dlm kereta dengan hujan rintik-rintik, kami meneruskan perjalanan. Seterusnya singgah solat dan makan di R&R Gua Musang. Masa saya masuk surau tu, saya nampak seorang kanak-kanak dlm umur tiga tahun (berdasarkan saiz) sedang solat bersama dua perempuan dewasa di sebelah. Mungkin ibu dan neneknya. Kanak-kanak tu lengkap pakai telekung. Saya dan Ain solat di belakang mereka. Lepas mereka solat, perempuan dewasa tersebut, buka telekung kanak-kanak tersebut, pastu buka seluar, buka pampers yang dah super gemuk dan tukar dengan pampers baru. Uwa..... tukar pampers atas sejadah,dengan sebelah kanannya orang tengah solat, belakangnya juga orang tengah solat. Ibu-ibu, Macamana kalau air kencing tu terkena sejadah, terkena lantai. Buat kerja tu pulak depan orang yang tengah solat. Bukannya takde tempat lain yang sesuai untuk menukar pampers. Tolonglah.....
Masuk je K. Krai, hujan dan gelap (takde la macam mlm). Dipendekkan
cereita, pukul 7 lebih kami sampai di rumah. Malam ada tetamu dan 11
lebih ZZzzzz.
6 hari lagi, sekolah buka.
Harap maklum. hehehe
Sekian, Wassalam
Saturday, December 22, 2012
Sunday, December 16, 2012
Jalan-Jalan Bandung
Sebenarnya sebelum pergi Bandung hari tu, agak berdebar sebab first time ke luar dari Malaysia tanpa menggunakan travel agency. Hanya bertiga beranak pulak tuh. Kami bertolak dari LCCT pada jam 6.40 pagi 10/12/2012. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai je Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung, supir (Pak Dadang) dah tunggu. Alhamdulillah. Kami terus ke Utari Hotel. Saya dah tempah hotel ni beberapa minggu sebelum datang Bandung. Hotel yang bersih dan agak selesa dengan harga Rp450.000 ( RM142.00 ) semalam. Lepas check in hotel, tanpa berlengah lagi kami terus ke Tangkuban Perahu. Kalau tak silap, kami dikenakan bayaran masuk Rp165.000. Sekejap je kami di sini. Lepas tengok sana, tengok sini, lari sana, lari sini (ramai panjual yang mengekori ke mana kami pergi), ambil gambar empat lima keping, kami meninggalkan Tangkuban Perahu. Masa tu hujan renyai-renyai.
Seterusnya singgah makan tengahari di restoran Kampung Daun. Makanan ok, harga pun takde lah mahal sangat. 4 orang makan ( kami 3 org + Pak Dadang RM80 lebih. Tapi kuciwa sikit sbb takleh mkn gurame bakar. Ada ke patut budak yg ambik order tu cakap, dia lupa tulis.
Acara seterusnya adalah ke Cibaduyut. Sepanjang perjalanan tu, kami bertiga tidur je memanjang. Mengantuk sebab mlm sebelumnya sampai LCCT dah dekat pukul 12 mlm. Pastu tidur je di kerusi sampai pagi. Tak sampai 20 minit pun kami berada di Cibaduyut ni. Banyak barangan kulit tapi semua macam tak berkenan. Langsung tak beli apa-apa kat situ.
Seterusnya ke Toko Tiga yang femes emos dengan jeans itu. Kat sini memang best. Makcik tak tahu le murah ke mahal tapi pakcik ni cakap murah dari kedai di Malaysia. Kedai ni siap ada tempat solat lagi walaupun agak sempit. Dari Toko Tiga, kami ke Rumah Mode. Orang yang pakai berfesyen2 mungkin suka ke Rumah Mode tapi orang macam makcik ni, sekadar tengok-tengok jelah. Takde yang berkenan di hati.
Acara seterusnya adalah makan malam walaupun masa tu bukanlah malam lagi. Kami singgah makan di Restoran Sedarhana (masakan padang). Empat orang makan tak sampai pun RM50.00. Lepas makan, balik hotel, berehat. Malam, ZZzzz dengan lenanya. Habis satu hari di Bandung.
Hari kedua. Breakfast di hotel. Pukul 9 lebih Pak Dadang sampai dan kami terus ke Pasar Baru. Pasar Baru ni macam Pasar Siti Khadijah, cuma lagi besar dan macam-macam ada. Lain kali kalau nak datang sini, kena tuju /cari benda yang kita nak beli je. Takyah berjalan keliling pasar ni macam nak patah kaki. Hehehe kami le tu. Dalam pukul 12 lebih, kami keluar dari pasar ni lepas Ain bising sakit / lenguh kaki. Seterusnya, makan di Restoran Simpang Raya dan singgah beberapa FO. Salah satunya Donatello. Seterusnya balik hotel. Petang, rehat. Malam, keluar ke FO berdekatan hotel. Supir boleh berehat panjang sebab petang kami tak keluar dan malam kami keluar sendiri. Lupa nak cakap, supir ni kawan yang tolong carikan. Bayarannya Rp 1.5 juta (RM475.00) untuk 3 hari.
Sepanjang kami berada di Bandung ni, tiap petang dan mlm hujan Masa kami keluar mlm tu pun, baru masuk satu FO, dah hujan selebat-lebatnya. Akhirnya, kami meredah hujan balik ke hotel.
Hari ketiga kami ke Trans Studio. Suka le budak 10 tahun nih. Tiket masuk, tua muda semua sama. Isnin - Jumaat Rp 150,000. Sabtu, Ahad Rp 200,000. Trans Studio ni buka pukul 10 pagi ya anak-anak. Jadi, takyah datang sini awal sangat. Kami dok dalam tu hingga jam 1 lebih. Kat sini, bapaknya pulak yang sakit/lenguh kaki. Si anak cergas je ke sana ke mari, main itu main ini. Sssshhh yang mencabar tak main pun. Takuttt.... Keluar dari Trans Studio, terus ke kedai makan. Sekali lagi kami ke restoran masakan padang. Seterusnya, sebab esok dah nak balik, bermulalah misi mencari beg. Masa datang, kami bawa sebijik hand luggage je. Jadi, bila balik haruslah beg pun beranak. Seterusnya pergi ke Heritage. Kalau nak ke Bandung lain kali lah kan, Heritage ni FO yang wajib pergi. Banyak je benda yg makcik berkenan kat sini. Satu lagi, Donatello. Wajib pergi. Hehehe. Dari Heritage, kami singgah di Amanda. Orang cakap brownies dia sedap. Jadi, makcik beli le sikit takut kempunan. Petang, rehat. Malam, makan je di hotel. Sebenarnya, makanan di Utari Hotel ni sangat murah berbanding dgn hotel-hotel di Malaysia.
Hari keempat di Bandung, khidmat supir dengan bayaran Rp 1.5 juta dah takde. Kami pun dah tak berhajat nak kemana-mana.Lepas breakfast, packing barang (macam le byk sangat) Sebenarnya Rp pun dah kering. Hehehe. Dlm pukul 11 pagi, makan tengahari juga di hotel. Seterusnya bersiap untuk ke airport. Kami dah minta Pak Dadang hantar. Bayaran yang dikenakan adalah Rp 300,000 bersamaan RM 95.06. Saya ada tanya pekerja hotel, teksi dari hotel ke airport berapa? Dia cakap Rp 50,000 bersamaan RM 15,84. Hehehe tapi sebab dah janji dgn Pak Dadang, rela je lah. Lepas solat zuhur, kami bertolak ke airport. Penerbangan kami jam 1.15 tapi hari ketiga kami di Bandung, Air Asia hantar email memaklumkan penerbangan AA dijadualkan semula ke apa istilahnya, maka dari 1.15 jadi 3.50 petang. Nasib baik kami buka email. Kami sengaja pergi awal sebab kita tak tahu macamana keadaan di airport Husein Sastranegara itu. Dibuatnya macam pak arab bekerja. Haru..... Walau bagaimanapun Alhamdulillah, urusan berjalan lancar dengan pekerja-pekerjanya yang sangat baik budi bahasanya. Memang tabik spring.... Tapi kan, nasib baik kami pergi awal. Dapat le duduk di kerusi. Ruangan menunggunya, sempit sesangat sempit. Padat dan ramai yang terpaksa bersila di lantai. Akhirnya, bye bye Bandung dan hampir pukul 7 mlm waktu Malaysia, kami sampai di LCCT. Mlm tu kami tidur di Tune Hotel. Flight kami ke KB pada pukul 6.35 pagi keesokannya. Lain kalilah makcik cerita pengalaman pertama bersama Tune Hotel.
Makcik ada tanya Ain, nak gi lagi tak ke Bandung. Laju je dia jawab. Nakkk tapi nak gi Trans Studio je. Sabor jelah....
Jom kita tengok gambar
Tangkuban Perahu
Trans Studio
Sekian tkasih.
Thursday, December 6, 2012
Codiaeum Variegatum Le Pulak
Dulu-dulu Codiaeum Variegatum atau pokok puding ni byk orang tanam di sekeliling rumah. Tapi beberapa tahun lepas, pokok ni dah tak femes. Makcik pun kurang berkenan sebab takde bunga. Makcik byk tanam pokok bunga kertas sebab bunganya cantik.
Dua tiga bulan lepas, beria-ia MIL bercerita tentang kebangkitan semula pokok puding. Makcik perhati, keliling rumahnya dah ditanam berpuluh-puluh pokok tersebut. lepas tu, makcik mula perhati halaman rumah orang di sepanjang jln. Eh...Betul le. Banyak pokok puding dengan bermacam jenis dan berbagai warna. Cantik....
Mengingatkan pokok bunga kertas aka bougainvillea.makcik yang selalu je mengguris calarkan tangan dan lengan makcik, macam teringin je nak gantikan pokok-pokok tu dengan pokok puding.
Dan dipendekkan cerita, makcik mula membuang pokok bunga kertas makcik. Operasi tersebut berakhir dua tiga hari lepas bila rumah kuning dah bebas dari semua jenis pokok bunga kertas.
Sekarang, makcik mula tanam beberapa batang pokok puding.
Pasu kosong byk lagi. Hehehe sikit-sikit lama-lama jadi byk.
Daun merah belum ada.
Tuesday, December 4, 2012
Rupa Tiada, Rasa Ada
Mula-mula makcik nak tanya (ada orang nak jawab ke pun) Hehehe takpelah. Kalaulah ada orang tersesat ke blog ni la kan. Dah tersesat tu, cuba tengok pic di bawah. Rupa karipap ke cekodok?
Apa? Durian crepe? Sukanya....
Sebenarnya makcik cuba buat durian crepe yang tengah glemer seantero alam sekarang ni. Ada rupa durian crepe ke pun? Makcik google je resepi dan petang tadi terhasillah durian crepe yang gemuk-gemuk itu. Tak kisahlah ya, gemuk pun gemuklah. Yang penting Ain cakap sedaaap.

Biarpun tak kiut miut
tapi makan sebiji terus kenyang.
Friday, November 30, 2012
Mood Nina MasterChef?
Mood Nina la sangat. Setakat masak daging kicap, ikan bakar dgn air asam, takyah ambik mood Nina pun takpe. Tapi...dia comel kan? Senyummm je. Nangis pun dlm senyum. Hehehe
Menu tengahari tadi dari dapur MasterChef 2 Rumah Kuning.
Ini Baru Breakfast
Pagi ni nak makan apa? Soalan standard makcik kecik tiap pagi cuti sekolah.
Jawapan standardnya : Samada nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, nasi goreng, meehon goreng atau mee goreng.
Semuanya berat nanang. Pah guane nak kurus?
Jawapan standardnya : Samada nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, nasi goreng, meehon goreng atau mee goreng.
Semuanya berat nanang. Pah guane nak kurus?
Monday, November 26, 2012
Bercerai Sudahnya
Walau kasih, walau sayang yang seolah tiada sempadan
Akan sampai masanya kita akan berpisah.
Ketika itu,
Walau meleleh air mata darah
Tiada lagi peluang untuk bersama,
Tiada lagi istilah rujuk atau berbaik semula
Muktamad, kita akan bercerai.
Tinggalkan kasih
Tinggallah sayang
Yang dicinta, mahupun yang dikejar
Kita akan bercerai
Dengan DUNIA dan seluruh isinya.
Sunday, November 25, 2012
Lebih 1200 KM
Perjalanan kami bertiga bermula pada pagi 20 Nov 2012. Kami bergerak secara santai dan tidak terkejar-kejar sambil menikmati panorama sepanjang perjalanan.
Destinasi pertama adalah Cherating. Dalam fikiran, mesti senang nak dapat bilik sebab bukan hujung minggu. Jadi, makcik takdelah tempah online. Rupa-rupanya dlm cuti sekolah ni, susahnya nak dapat bilik. Mula-mula kami singgah di Suria Cherating Beach Resort, lepas tu Impiana, seterusnya Sanctuary. Semuanya penuh, hinggalah resort kelima kami singgah (kalau tak silap), barulah kosong. Tapi agak mengecewakan kerana resort tersebut, dalam dan luar macam terbiar walaupun ada swimming pool. Swimming pool penting oooi. Sepanjang kat resort tu, kami tak jumpa pun pegunjung lain. Entah-entah kami je duduk kat situ. Masa check out esoknya, dipulangkan balik RM40.00 kerana breakfast tidak disediakan.
Bermain pasir je lah. Takde mood nak bermandi manda. Terkejut dengan keadaan resort tuh.
Esoknya Rabu 21 Nov pagi-pagi lagi kami meneruskan perjalanan ke KL. Sekali lagi kami menginap di Sunway Putra Hotel. Lepas solat dan makan, tanpa bertangguh lagi Ain melepaskan gian berendam. Seperti biasa maknya yang jadi mangsa terpaksa melangut di tepi kolam. Nasib baik bawak novel. Hehehe
Petangnya, makcik pulak melepaskan gian. Window shopping je pun. Dari Parkson The Mall sampai ke Sogo jugaklah. Malamnya, lepas makan Ain membuta kepenatan. Makcik layan novel dan en suami keluar jumpa kawan. Esoknya, lepas breakfast sekali lagi Ain berendam dan lebih kurang pukul 12.00 tghri kami check out dan meneruskan perjalanan ke Ipoh.
23 Nov, lebih kurang pukul 11.30 kami check out dan bertolak pula ke Pulau Penang. Singgah R&R apatah, beli dan makan durian 4 biji RM 10. Tiga orang boleh habis 4 biji durian. First time dok Sri Malaysia Penang. tilam dia tak best, sakit belakang. Petangnya, kami keluar makan di Kassim Nasi Kandar. Sedapnya.... memang kena dengan selera kami bertiga. Lepas tu window shopping di Queensbay Mall dan malamnya ZZZzzz. Eh...makcik tak tidur mana pun. Tiba-tiba je kaki bengkak dan sakit.
Shhhh.... Sri Malaysia Penang ni pun ada swimming pool. tapi makcik dah letih melangut tepi kolam. Nasib baik dari bilik kami tak nampak kolam. Jadi tiap kali budak tahun 4 tu mintak nak mandi kolam, makcik cakap : Tak nampak pun kolam Hotel ni takde kolam kot..... Dua tiga kali dia mintak dan dua tiga kali juga makcik beri alasan tuh, lama-lama dia pun lupa. Jadi, selamat le makcik. Hehehe
Pagi 24 Nov kami bertolak balik. Lima hari berjalan, 4 buah hotel/resort dah duduk, cukup le tu. Lagi pun , kaki dah sakit. Petang, sampai rumah dan malamnya pergi klinik sebab sakit kaki dah tak boleh tahan.
Hari ni, acara diteruskan dengan kerja dobi mendobi. Sekian Wassalam.
Eh ada lagi, terjumpa pic yang comel nih.
Laksa penang yang sangat le sedapnya. Rasa macam nak makan dua mangkuk hehehe
Saturday, November 17, 2012
Halangan
Setiap kerja buat kita mesti ada halangan sama ada kecil atau besar. Halangan boleh wujud akibat orang-orang sekeliling, kelemahan diri sendiri atau pun keadaan di sekeliling kita. Jadi, untuk kecapi kejayaan, jangan mengalah dengan halangan walau dari ceruk mana dia muncul. Kita mesti ingat, usaha untuk sampai ke bintang tidak sama dengan usaha mendaki tangga ke tingkat 15. Usah mengalah, jadikan impian sebagai kenyataan.
Pagi tadi, lepas makcik goreng nasi sekuali (nak tunjuk rajin le tu, goreng nasi pun ckp dlm blog. hehehe) makcik pun keluar rumah. Klik sana klik sini pagi-pagi hari dgn hphone buruk makcik. Tiba-tiba makcik nampak Mr green berlengkar atas pokok tempat makcik main klik klik itu. Apalagi, makcik terus melompat kijang. Geli...geli...geli. Urusan seterusnya, makcik serahkan kepada en suami yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian. Nasib baik tak gugur jantung makcik. Hebatnya Allah, tak pernah kita dengar ada orang tercabut jantung walau selasak mana aktiviti seseorang. Alhamdulillah... Allah Maha Besar

Pic yang sempat makcik snap pagi tadi.
Sapa tahu bunga apa?
Bunga limau kasturi.
Hari ke6
Thursday, November 15, 2012
Alhamdulillah....Lega
(Tujuan rekod diri sendiri)
12 hb Nov lps, bermula satu misi. Entah akan berjaya entah tidak. Kalau berjaya nanti, insyaAllah saya akan kongsi kat sini. Buat masa sekarang, biarlah ia menjadi rahsia. Hehehe.
Isnin dan Selasa lepas juga makcik buat kelas tambahan. Pesan melalui SMS dan FB je.Sebelum cuti tu kalut sangat dgn macam-macam kerja, lupa nak pesan dgn diorang. Nasib baik ramai datang. Mula-mula nak buat Isnin je, tapi biasala kan, cikgu yang risau lebih. Ini nak ulang, itu nak ulang, ini spot, itu spot, (semua tajuk saya spot. hehehe) lastnya tambah lagi sehari. Diorang pun cuti lama sebelum periksa balik 19 hb nanti. Semoga anak-anak muridku dapat jawab dgn baik dan dapat keputusan yg cemerlang. Amin...
Kertas periksa akhir tahun utk pelajar form 4 dah habis makcik tanda. Yeayyy..... Isnin ni dah boleh gi key in markah dlm HC3, sambil-sambil tu boleh jumpa anak-anak muridku yang nak masuk periksa. Kejap tadi dah siap key in markah dlm SAPS. Leganya. Alhamdulillah
Malam tadi, gi cari buku kerja tahun 5 untuk Ain.Tahun depan dah naik tahun 5 si kecik ni Maknya pun tumpang sekaki. Maka terbelilah novel kat bawah. Yang Indah Hanya Mimpi. Rasa macam nak beli I Love You Stupid tulisan Melur Jelita. Tapi, nanti dulu lah. Lain kali. Mentang-mentang dah habis tanda kertas, layan novel je ya. Hehehe sekali sekala
Oklah, Selamat Tahun Baru 1434. Semoga semua kerja buat kita mendekatkan diri kita kepada Allah Yang Maha Esa.

Sunday, November 11, 2012
Cuci Mata Ngan Senduk?
Asyik hujan je sekarang ni. Alhamdulillah....sejuk dan tidur pun jadi lebih nyaman. Makan kenyang-kenyang, tidur. Elok le tuh. Ater, takkan nak berjalan tengah-tengah hujan, ya dak? Bercakap pasal berjalan, esok makcik nak berjalan dengan kawan-kawan kamceng masa sekolah dulu. Mintak-mintak esok tak hujan. Senang nak jalan-jalan, sembang-sembang dan semestinya makan-makan juga. Kalau lepas ke Pengkalan Kubur/Rantau Panjang pun best jugak nih. Dapat le makcik cuci mata ngan pinggan mangkuk periuk belanga sudu mahupun senduk. Hehehe Maaf....Merapu sudah.
Thursday, November 8, 2012
Yang Ditunggu-tunggu
Akhirnya.....8 Nov 2012 Hari terakhir persekolahan tahun 2012.
Esok cuti bermula.
Tapi...selagi anak-anak SPM masih bertarung, makcik pun tak berapa seronok bercuti. Hehehe
Esok cuti bermula.
Tapi...selagi anak-anak SPM masih bertarung, makcik pun tak berapa seronok bercuti. Hehehe
Monday, November 5, 2012
Emak Je Masih Layan Macam Budak Tadika
Mlm tadi makcik gi cari kek untuk Ain. Hari ni birthday dia. Beria le kanak-kanak ribenna ni nak bawa kek pergi sekolah. Dia juga nak bawa air tapi makcik pujuk takyah le bawak, nanti tumpah basah dalam kelas, cikgu marah. Alhamdulillah nasihat diterima. Pagi tadi, kemain lagi seronok bawak kek dan cokelat untuk dibahagi kepada kawan-kawan sekelas. Balik sekolah tengahari tadi, dia bawa balik banyak hadiah. Ada pensel, buku catatan, rantai leher, keychain, duit RM5 (takdan gi beli hadiah gamaknya, diberi je duit), hiasan (apa ke nama, liplap liplap lagi) Seronoknya dia macam dunia ni dia yang punya. Yang kelasnya, "Ummi, tadi Ain gi tanya makcik kantin, air sirap satu jug, berapa RM? Makcik cakap RM3. Ain pun beli dua jug. Kek tu, Ain gi hantar untuk cikgu sikit. Dah cerdik rupanya si kecik tahun 4 ini.
Antara hadiah yg diterima
Thursday, October 25, 2012
Dalam Kenangan
Hari ni 9 Zulhijjah. Esok raya. Yeayy.... daging singgae, daging cicah air asam, daging goreng campur hati, campur jantung. hehehe Lupakan bab makan-makan ni. Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim ya kawan-kawan.
Teringat masa wukuf pada 2009 yang lepas. Kami dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah kerana bimbang kesesakan jalan. Bimbang tidak sempat wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Masa kami sampai di Arafah, hujan turun dengan lebatnya Dah nama pun duduk dalam khemah, jadi banyaklah bocor hingga tilam banyak yang basah. Tilam saya berjiran dengan tilam seorang kakak yang saya memang tak kenal w/pun dlm pakej yg sama. Kakak tu bersama empat lima orang kawannya yang saya nampak macam dah lama kenal. Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, saya tinggal sebilik dengan suami. Jadi, sepanjang di sana saya takde kawan rapat. Kemana-mana pun saya berdua dengan suami, tapi bila berada di Arafah, jemaah perempuan dok dalam satu khemah dan jemaah lelaki dok dlm satu khemah yang lain.
Malamnya, kami susun semua tilam yang basah di tepi dan kami semua tidur atas karpet. Karpet tak basah sebab ianya dbentang bawah tilam yang disusun rapat. Malam tu, sebaik saya merebahkan badan untuk berehat, kakak sebelah tilam saya mengeluarkan selimut ( kain nipis yg agak besar) lalu menyelimutkan saya. Memang sejuk pun sebab sebelum tu hujan lebat dan kita sedikit sebanyak memang basah (saya hanya bawa benda-benda wajib je, selimut ni memang takde dlm senarai). Sungguh tersentuh bila orang yang kita tak kenal begitu baik dengan kita.
Rindunya untuk melalui pengalaman berwukuf lagi, berdoa, bermunajat dalam suasana begitu.Syahdu....
Esoknya selepas maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah dan selepas Subuh kami dibawa pula ke Mina.Di Mina, tilam saya berjiran pula dengan Megawati. Rasanya saya dah cerita tentang kawan baik saya ini yang terputus hubungan selepas musim haji 2009 tetapi berjumpa balik masa buat umrah 2011.
Hari terakhir saya berada di Mina, kalau tak silap masa tu dlm perjalanan nak gi melontar, saya tunjuk kepada suami, "Itulah kakak yang selimutkan saya masa dok di Arafah" . Masa tu dia tengah berjalan beriringan dengan suaminya.
Suami : "Suami dia tu kan wakil rakyat. Tak kenal ke?"
Aaa? isteri wakil rakyat. Baiknya.
Semoga dia sentiasa di dalam kerahmatan Yang Maha Esa.
Terima kasih kepada pembimbing haji kami Abu Anas Al Madani (Dr Abdul Basit Abdul Rahman) di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang musim haji 2009. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa.

Tuesday, October 23, 2012
Biar Kalah, Jangan Mengalah
Kalut itu kalut ini, begitu begini, sedar sedar dah nak raya haji dan 2012 dah nak berakhir. Cepatnya masa berlalu.
Untuk pelajar SPM, 12 hari lagi tibalah masanya yang ditunggu-tunggu. Dlm masa 12 hari ni, bersedialah apa yang patut. Biar berbaloi segala penat lelah kita selama ini.. Seperti yang saya selalu cakap, kalau tak nak main sembunyi-sembunyi di sebalik tiang atau belakang bangunan sebab malukan kawan/cikgu dek result yang KO bulan 3 tahun depan, tolong belajar rajin-rajin..Gunakan sisa masa yang masih ada ini sebaik mungkin.Dalam masa 12 hari ini, jadilah seorang pelajar dalam erti kata yang sebenar dan tinggalkan kerja-kerja yang tidak berkaitan.
Friday, October 19, 2012
Di Kesempatan Yang Ada
Seorang kawan saya bercerita, kawannya cerita. Eh berbelit-belit pulak. Begini, kawan kepada kawan saya ( telah kematian suami) cerita kepada kawan saya. pastu kawan saya cerita pulak kepada saya. Si kawan yang telah kematian suami tu cakap, masa kita bersama orang-orang tersayang (dia merujuk kpd suami) berbuat baiklah kpd mereka. Takyah le asyik berkira, asyik cari salah silap atau kejap-kejap gaduh, kejap-kejap masam muka. Sebab bila suami atau orang-orang yang kita sayang dah takde, masa tu lah kita akan kesal dan menghargai setiap saat kewujudan dia di sisi kita selama ini. Pada masa tu lah baru kita akan ingat itu, ingat ini, kalau begitu, kalau begini. Masa tu, semuanya dah terlambat. Dia takkan kembali bersama kita, menemani kita ketika suka atau pun duka.
Jumaat Yang Indah
Dah masuk musim hujan ke kita ni? Dari malam kelmarin hujan dengan lebatnya. Ada jugak sekejap-sekejap berhenti tapi pastu sambung hujan balik. Masa makcik menaip ni pun hujan dan gelap gelita. Pagi tadi, dalam hujan renyai-renyai makcik gigih pergi pasar. Beli itu ini yang berkenan di hati termasuklah siput sedut.Asyik ingat makan je lebih-lebih lagi bila sejuk macam ni.
Dah siap untuk disedut. Hehehe
Ini pulak sup beko. Siapa pernah rasa?
Tipu je tu.
Tipu je tu.
Sebenarnya buah beko ni makcik potong macam dlm pic di atas, pastu rendam dalam air sampai keluar warna hijaunya. Rasanya dalam sejam lebih. Lepas tu basuh bersih dan jadilah ulam yang sangat ranggup. Cicah pula dengan sambal atau budu. Sedappp...cubalah.
dah siap masak lauk, makcik pun buka bekas beras nak masak nasi. olalala... beras ada sejemput je. maka makcik pun masak le sejemput beras tuh dan dapat le nasi dua jemput. kesiankan? ?
dah siap masak lauk, makcik pun buka bekas beras nak masak nasi. olalala... beras ada sejemput je. maka makcik pun masak le sejemput beras tuh dan dapat le nasi dua jemput. kesiankan? ?
Wednesday, October 17, 2012
Makan Makan Makan
Dlm perjlnn blk sekolah, teringin pulak nak mkn mee goreng.Mesti sedap bila diganding dgn keropok lekor. Jadi, makcik terus singgah di kedai mencari keropok lekor. Mee tak payah cari, berlonggok je kat mana-mana kedai pun. Terjumpa keropok lekor di kedai yang menjual ikan masin. Makcik beli dua batang (betul ke penjodoh bilangan ni)keropok lekor. Tiba-tiba...ehh sedapnya ikan masin jika digulai dengan nanas. Sedapnya....Makcik pun terbeli ikan masin. Cari nanas dan beli santan. Terus balik rumah. Dalam kereta dah lupa dengan mee goreng, sebaliknya terbayang-bayang ikan masin gulai dengan nanas. Maka terhasillah gulai di bawah.
Pic di bawah pula bukan dari dapur makcik. Maggie ketam yang penuh dengan ketam dan udang. Sedap3x Semuanya sedap. Macamana le nak kurus. Makan banyak pulak tuh. Hehehe
Pic di bawah pula bukan dari dapur makcik. Maggie ketam yang penuh dengan ketam dan udang. Sedap3x Semuanya sedap. Macamana le nak kurus. Makan banyak pulak tuh. Hehehe
Friday, October 12, 2012
Raya Puasa
Tiba-tiba terjumpa pic di atas. Sebagaimana tajuk en3, pic ni makcik ambik masa raya puasa yang lepas. Sebenarnya makcik nak cakap, sshhhh... dua-duanya sama gemuk. hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)