Assalamualaikum.
Lama tak update n merapu di blog. Takde masa, kononnya. Harini makcik bersiaran sambil tunggu giliran di klinik Otorhinolaryngology HUSM. Dah letih dengan temujanji dan makan ubat ni sebenarnya. Tapi apa lagi pilihan yang ada. Jadi, redha je lah. 3 / 6 bulan sekali jumpa dr, check darah. Sebelum check mesti ambik darah dulu. Itu yang tak berapa nak tahan.hehe. lepas tu makan ubat 3x sehari. Tapi jarang berlaku 3x sehari, biasanya makcik makan sekali atau 2x je sehari. Seumur hidup wei..... Kalau seminggu/ sebulan haruslah makcik ikut aturan. Itu cerita pertama.
Cerita kedua pulak, hari ni 2hb Okt genap sebulan ayah saya masuk wad. Lepas maghrib 2hb Sept gi kecemasan. Tengah malamnya masuk wad sementara. 3hb masuk wad 7 selatan. 11 hb buat MRI dan 19 hb operate belakang. Lepas tu 5 hari di ICU. 23 Sept pindah wad 8 selatan seterusnya 27 Sept masuk 4 selatan. Dari elok bercakap hingga taknak bercakap, dari boleh berjalan hingga langsung tak boleh gerakkan kaki. Satu pengalaman air mata yang akan dikenang sampai bila-bila. Sekarang masih terbaring di 4 selatan , dengan jarum air di lengan dan langsung tidak mampu menggerakkan kaki dan menggerakkan badan.
Ok setakat ini dulu.
Dan air mata menjadi sangat murah.
Wednesday, October 2, 2013
Thursday, September 26, 2013
Saturday, September 7, 2013
Siksanya Menunggu
Kalau menunggu dalam sihat walafiat, no hal la. Ini menunggu dalam kesakitan yang kadang-kadang melampau. Memang lama rasanya nak tunggu tarikh 1 Okt 2013. Nak jalani Magnetic Resonance Imaging (MRI). Harap-harap punca kesakitan yang ditanggung dapat diketahui dan seterusnya diubati.
Bukan makcik ye tapi ayah makcik yang telah 6 hari berada diHUSM.
Apa pun, redha dengan segala ketentuan Allah.
Apa pun, redha dengan segala ketentuan Allah.
Friday, August 30, 2013
Menyesal Dahulu Pendapatan
"Eeee... menyesalnya. Dulu malas, tak belajar betul-betul. Sekarang kawan-kawan yang baik, dengar cakap mak bapak, dengar cakap cikgu, semua berjaya, hidup senang. Aku yang kaki ponteng ni, SPM pun tak lepas. Sekarang, kerja penat tapi gaji seciput. Susahnya hidup. Kalaulah dulu aku belajar betul-betul....... "
Pernah dengar kan?
Jadi, kepada yang masih lena, bangun dan mulakan sekarang. SPM sebenar 68 hari saja lagi.
Pernah dengar kan?
Jadi, kepada yang masih lena, bangun dan mulakan sekarang. SPM sebenar 68 hari saja lagi.
Anak-anak Panji tengah periksa Percubaan SPM.
Friday, August 23, 2013
Bila Ain Beraya
Kelmarin sekolah Ain buat jamuan raya.
Balik dari sekolah, Ain marah-marah bercerita kepada makcik.
"Ain bencilah.. mula-mula bekas kuih raya Ain nak kosong dah. Kawan-kawan Ain makan. Pahtu Ain gi jalan-jalan. Masa Ain balik semula kat tempat Ain, Ain tengok penuh pulak kuih raya orang lain dalam bekas Ain. Terpaksalah Ain bawa balik sebab semua orang tak sir. Puding Ain, nasib baik cikgu kelas bawa balik."
Sangat berbeza dengan zaman makcik sekolah dulu.
Dulu, kita marah-marah dan bergaduh sebab berebut makanan. Sekarang, masing-masing berlebih dan taknak makanan. Dulu, tiap kali ada jamuan di sekolah, menunya mesti meehon goreng, meehon goreng dan meehon goreng. Sekarang ni, bila makcik tanya Ain apa makanan yang kawan-kawan bawak? Jawabnya macam-macam ada. Macam-macam puding, macam-macam kek, banyak sampai tak termakan. Cikgu kelas pulak bawa salad, nasi beriani dan laksa penang,
Lepas marah-marah, penutupnya: Sedaaap ummi tapi kenyang sangat.
Thursday, August 22, 2013
Raya lagi
Selasa lepas diadakan sambutan hariraya peringkat sekolah. Macam biasa, ada ucapan, persembahan dan makan-makan. Dan setiap kelas ada meja hidangan masing-masing di dewan. Meriah dan wujudlah bermacam-macam makanan dan minuman. Akhir sekali, jeng jeng jeng.. . Pengagihan duit raya. Cikgu pun dapat duit raya!!! Yeayyy.......
Yang paling memikat hati.
Tuesday, August 13, 2013
Masih Syawal
Macam biasa,en suami dengan urusannya dan makcik menjadi penunggu di tepi swimming pool. Eh.... kat tepi kolam nih ada ice cream, ada air, buah n cookies jugak. Semuanya free dan bebas mkn minum sesuka hati. Biasanya takde. Bagus 15x. Hehehe makin gemuk le orang yang nunggu tepi kolam ni.
Raya keempat.
Pagi hingga tengahari berkampung di rumah kakak ipar yang buat kenduri kahwin anaknya. Ptg, masak-masak sikit sebab ada kawan telefon nak datang beraya di rumah.
Raya kelima.
Lebih kurang jam 5 pagi, kami bertolak ke KL. Perjalanan lancar walaupun kereta dah banyak.
Sampai KL lebih kurang pukul 12 tghri. Masih setia dengan tempat biasa. Lepas ni rasanya makin setia.Hehehe.
Saturday, August 10, 2013
Riang Ria Raya
Raya pertama.
Makcik sekeluarga takde pakai warna sedondong. Taknaklah... ramai orang berderet anak-beranak pakai ala-ala kumpulan nasyid gitu. Macam tak best le pulak. Jadi, makcik sekeluarga (macam le ramai berderet) pakai macam-macam colour. Sshhhh.... padahal tak sempat beli baju sama colour. Menu raya pertama? Tahun ni dah takde sate. Sebelum ni asyik sate je. Tukar kepada nasi dagang pulak. Dah tua-tua ni, tiba-tiba je terminat nasi dagang. Masa muda-muda dulu, sorrylah nak makan nasi dagang. Hehehe. Menjelang petang, nasi dagang "feveret" orang tua-tua tu dah licin. Tak cukup sebenarnya. Tetamu masih penuh rumah macam datang naik dua bas. Padan muka tuan rumah. Hehehe makan je lah apa yang ada. Malamnya, eh kenapa rasa macam puasa je. Lapar..... Biskut raya, kek n kawan-kawannya banyak tapi tak terbuka selera le pulak. Ohhh...Adakah selera berubah mengikut peningkatan usia?
Raya kedua
Menunya nasi minyak dan mee kari. Alhamdulillah cukup untuk semua yang datang. Terimakasih kepada semua rakan taulan, sanak saudara dan anak-anak murid yang datang beraya rumah kami.
Wednesday, August 7, 2013
Esok Raya
Dahsyatnya orang kita sambut raya. Berdentam-dentum bakar mercun. Kalah Cina beraya. Nasib baik makcik tak sakit jantung. Patutnya kita sambut raya dengan banyakkan takbir, banyakkan tahmid. Ni tua muda, kecik besar dok main mercun. Menyusahkan orang, menghabiskan duit.
Selamat Hariraya.
Maaf jika ada salah dan silap
Selamat Hariraya.
Maaf jika ada salah dan silap
Wednesday, July 31, 2013
Percayalah
Bila terasa nak bersedekah,pernah tak kita terfikir, eh nanti tak cukup duit, kita pun nak guna banyak duit nih Nak beli kuih raya, baju raya, macam-macam lagi nak beli, nanti tak cukup duit. Maka kita pun tak jadi nak bersedekah. Bimbang tak cukup duit. Kita lupa janji Allah. Lupa Allah akan gandakan apa yang kita infakkan itu.
Percayalah.... kalau nak Allah gandakan rezeki, banyakkan bersedekah. Malah, kalau rasa sempit, banyakkan bersedekah.Allah akan datangkan rezeki dari jalan-jalan yang kita tidak jangkakan. Percayalah.....
Percayalah.... kalau nak Allah gandakan rezeki, banyakkan bersedekah. Malah, kalau rasa sempit, banyakkan bersedekah.Allah akan datangkan rezeki dari jalan-jalan yang kita tidak jangkakan. Percayalah.....
Tuesday, July 30, 2013
N3 Asal Ada Je.......
Tengah sabar menunggu azan berbunyi
Kelmarin makcik berbuka di luar. Walaupun ada macam-macam makanan dan boleh dok hingga 10 mlm tapi takdelah makcik lepak dan makan sebegitu lama. Pukul 8 lebih sikit, makcik dah chow dari situ.Perut kita bukan tong sampah yang boleh diisi sesuka hati. Kesian dia. Hehehe.
Saturday, July 27, 2013
Seronoknya Saat Berbuka
Sup kambing dan rakan-rakan sedia terhidang
streamyx di rumah makcik masih tak berfungsi. Kabel yang dicuri masih belum berganti. Kesian kami.... pencurinya laaagi kesian.
Tuesday, July 23, 2013
Penyelesaian Kepada Ikan-ikan Lama.
Ikan lama dalam peti ais? Biasala kan.Tuannya tak berapa rajin nak masak. Hehehe Masa beli dulu memang segar tapi bila dah tersimpan lama, kurang sedaplah pulak untuk dimasak goreng, bakar, gulai dan sebagainya. Jadi, apa yang makcik lakukan dengan ikan-ikan tersebut adalah sebagaimana pic di atas. Senang dan sedap. Caranya, kupas bawang merah dalam tiga empat ulas, bawang putih seulas dua, Kemudian tumbuk halus bersama sebiji dua lada masak.Sesiapa yang suka pedas, boleh tambah lada burung. Kemudian tumbuk juga ikan-ikan tadi setelah dibuang semua tulang-tulangnya. Gaul semua bahan yang ditumbuk tadi dan perasakan dengan sedikit garam dan daun kesum yang dipotong halus. Lepas tu kepal-kepalkan mengikut bentuk yang disukai dan sedia untuk digoreng.
Kalau digandingkan dengan nasi kerabu, lagi sedap.
Monday, July 22, 2013
Tuesday, July 16, 2013
Nasi Goreng Satu...
Baru minggu pertama puasa, makcik dah takde idea nak masak apa untuk sahur. Bila tanya makcik kecik, senang je dia jawab. Nasi goreng lah ummi. Maka jadilah nasi goreng untuk bersahur pagi tadi.
Weeeh.. Dah lewat. Makcik belum bersiap nak gi sekolah. OK makcik pergi dulu.
Sunday, July 14, 2013
Kerana Kita Akan Pulang
Lebih baik bodoh, jika cerdik tidak ikut hukum hakam
Lebih baik miskin, jika kaya melalaikan
Lebih baik susah, jika senang tak ingat Tuhan
Thursday, July 11, 2013
Muflis
Ingat ya kawan-kawan, di dunia ni bila kita mengumpat, memfitnah atau buat segala macam perkara yang mendatangkan dosa kepada seseorang, di akhirat kelak mereka akan ambil pahala kita. Kita mengumpat Mamat di dunia, di akhirat dia akan ambil pahala kita. Kita fitnah Senah, dia juga akan ambil pahala kita. Begitulah seterusnya hinggalah pahala kita habis. Dah ramai sangat orang yang kita ngumpat, fitnah, habislah pahala kita.
Bila pahala dah habis, sedangkan kita juga pernah buat dosa kepada Timah, mengumpat Siti, memfitnah Tijah dan ramai lagi, maka kita terpaksa pula ambil dosa mereka. Ambil dosa Siti, ambil dosa Tijah, ambil dosa orang yang pernah kita aniaya semasa di dunia. Tadi, pahala kita dah habis, lepas tu kita terpaksa ambil dosa orang lain pula. Maka jadilah kita orang yang MUFLIS walaupun atas dunia ni kita kaki masjid, solat tak tinggal, bangun malam, bersedekah beribu setiap tahun. Lastnya muflis ya kawan-kawan. Na'uzubillah.
Fikir-fikirkan.
Muflis di dunia, boleh minta tolong kawan-kawan, saudara mara.
Muflis di akhirat ???
**Mengumpat ialah mengata dan menceritakan keburukan seseorang dimasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan jika dilakukan di hadapannya.
**Memfitnah ialah tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.
Wednesday, July 10, 2013
Tawaran Hebat
Alhamdulillah sekali lagi kita memasuki Ramadhan al mubarak. Bulan yang kita maklum, banyak tawaran hebat untuk kita.Tapi jangan adik kakak tersalah faham pulak. Tawaran hebat yang saya maksudkan bukanlah yang berada di pasaraya atau pasar-pasar Ramadhan. Yang saya maksudkan adalah tawaran hebat dari Yang Maha Pencipta dan pemilik seluruh alam ini. Jadi, jom kita baca Al Quran banyak-banyak, bersedekah banyak-banyak, solat sunat tarawih dan segala perkara yang boleh menambahkan pahala kita. Jangan isi bulan Ramadhan ini dengan tidur yang banyak, makan yang banyak apatah lagi membazir, mengumpat, mengata dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Rugi... nanti pahala kurang atau silap-silap hb pahala yang kita kumpul sebelum ni pun terpaksa diserahkan kepada orang lain.
Marilah kita rabut peluang yang ada.
Entah-entah inilah Ramadhan terakhir kita.
Saturday, July 6, 2013
Masih Ada Yang Sayang
Kita minum dulu
Dah kenyang, jom kita bergambar
Malu le pulak
" Taknak bergambar, turunlah. Biar aku je posing"" Kata si hitam yang paling kiri.
Eh...silau
Haaa.... bulat mata
Ok, nak mandikan 3 beradik ni kejap.
Kesian. Mak mereka dah meninggal.
Friday, July 5, 2013
Nak Nangis Rasanya
Hehehe macam la ada orang kisah kalau makcik menangis. Alkisahnya balik dari sekolah khamis lepas. makcik ke Perak. Ada hal sikit.Dalam perjalanan tu, dah teringat-ingat nak singgah makan ikan bakar di Tasik Banding. Tup tup bila sampai Banding, restoran tu dah tutup. Rupanya malam tak buka. Sangat kuciwa di situ. Dipendekkan cerita, dalam perjalanan balik tadi dengan gembiranya makcik dapat menjamu selera dengan ikan bakar yang super sedap di restoran tersebut. Orang yang tengah bakar ikan tu tanya : Nak makan berapa orang? Jawapannya mestilah 2.(Ain tinggal, tak datang) Dia tanya: Habis ke? Besar ni. Jawapannya: Habissss. Punya la tamak. Tapi serius makcik cakap : Sedaaaapnya. Rasa nak nangis. Alhamdulillah.
Ikan bakar bersama gandingan yang makcik pilih. Ulam, lala dan sambal kicap.
Sunday, June 30, 2013
Kenapa Ya?
Cuti 3 hari dah habis.
Dah buat macam-macam.
Tapi takdak mood nak update kat sini.
Sekian terima kasih.
Saturday, June 22, 2013
Tidur Mati
Masih lagi ada sedikit kecelaruan dalam bab tidur dan beberapa perkara lain. Minggu lepas, pernah terjaga jam 7.30 pagi. Apa lagi,makcik terus lompat kijang dan lari pecut untuk sampai ke sekolah secepat mungkin. Masa tu bunyi jam loceng macam bunyi mak dodoikan anak je. Lagi sedap tidur. Padahal....kuatnya bunyi tu.
Kelmarin ada hari keluarga di Pantai Seri Tujuh. Hari ni bersambung dengan LDP di tempat yang sama. Makcik tumpang kawan je. Tak reti nak pergi sendiri sebenarnya. Hehehe sungguh memalukan. Nama je orang Kelantan. Apa nak buat, itu antara salah satu kekurangan makcik. Susah dan tak ingat jalan. Hari ni cadangnya nak cuba drive sendiri. Jadi malam tadi, makcik mintak en suami isikan angin cik putih. Nak tumpangkan kawan-kawan kononnya. Tapi, masa tulah baru dia perasan rupanya cukai jalan cik putih dah mati. Dah hampir seminggu rupanya makcik berulang alik ke sekolah dengan cukai jalan yang mati tuh. Maka, niat terpaksa dibatalkan. Dan pagi tadi sekali lagi makcik sesedap je bersandar, berfb menumpang kawan.
Kelmarin ada hari keluarga di Pantai Seri Tujuh. Hari ni bersambung dengan LDP di tempat yang sama. Makcik tumpang kawan je. Tak reti nak pergi sendiri sebenarnya. Hehehe sungguh memalukan. Nama je orang Kelantan. Apa nak buat, itu antara salah satu kekurangan makcik. Susah dan tak ingat jalan. Hari ni cadangnya nak cuba drive sendiri. Jadi malam tadi, makcik mintak en suami isikan angin cik putih. Nak tumpangkan kawan-kawan kononnya. Tapi, masa tulah baru dia perasan rupanya cukai jalan cik putih dah mati. Dah hampir seminggu rupanya makcik berulang alik ke sekolah dengan cukai jalan yang mati tuh. Maka, niat terpaksa dibatalkan. Dan pagi tadi sekali lagi makcik sesedap je bersandar, berfb menumpang kawan.
Thursday, June 13, 2013
KB -> KL -> Abu Dhabi -> Istanbul-> Jeddah -> Madinah -> Makkah
Alhamdulillah kami dah selamat sampai ke bumi Cik Siti Wan Kembang selepas meninggalkannya lebih kurang dua minggu. Ringkas cerita, 26 Mei bertolak ke KLIA, kemudian berlepas ke Abu Dhabi. Transit 1 mlm di Abu Dhabi sebelum terbang ke Istanbul. 3 malam di Istanbul, sempatlah melawat Masjid biru, Topkapi, Ayasofya, Muzium Perang, masjid Ayyub Al Ansari dan cuci mata di grand bazaar serta Taksim square. Yang menariknya juga kami dibawa menaiki feri menyusuri Selat Bosphorus yang memisahkan Turki benua Eropah dengan Turki benua Asia. Dari Istanbul, kami terbang ke Jeddah, seterusnya ke Madinah dan Makkah. 9 jun terbang ke Abu Dhabi dan 10 Jun kembali ke KL dan seterusnya ke bumi Kelantan. Sekarang masih pening-pening lalat.
Sempat berposing di tengah mlm buta di lobi hotel Radisson, Abu Dhabi
Di Abu Dhabi International
Airport
Juga di Abu Dhabi International
Airport
Sebelum minum pagi,di Reddison hotel, ternampak swimming pool berhampiran lobi hotel. Maka mestilah ada sesi bergambar-gambaran dahulu.
Berposing selepas makan tengahari di restoran atas jambatan yang merentangi Selat Bosphorus
Pemandangan dari atas feri
Serius cantik
Opsss baru ada pic bertiga
Cantiknya.....
Setakat ini dulu catatan ringkas dari makcik.
Setakat ini dulu catatan ringkas dari makcik.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















