Tuesday, November 26, 2013

26 November

Lima hari lagi sebelum SPM 2013 berakhir. Harap-harap takde peperiksaan semula bagi kertas Matematik yang dikatakan bocor. Anak murid kita tak dapat pun soalan bocor. Dah tak sabar nak tunggu SPM habis.Kepada anak-anak calon SPM, bo la main gandum, spray, conteng baju. kain, seluar nyo. Asal abih periksa main gandum, conteng kain baju. Kurang cerdik namanya ya. Dan yang pastinya membazir adalah amalan syaitan.


Tiba-tiba ada pic duku. Hehehe 
 Mari kita bergembira di bawah pokok duku.
Lepas ni kita pergi bawah pokok rambutan pulak.
 Yummyyy

Thursday, November 14, 2013

2013 Sudah Hampir Berakhir

Annual Dinner di Hotel Perdana malam tadi
Hotel dah cantik dan makanan pun sedap.

Hari ni hari terakhir persekolahan 2013.
Macam biasa kalut ribut dengan macam-macam kerja.
Hari ni anak-anak SPM ada kertas Sejarah 3 dan Prinsip Akaun 1.
Pukul 11.00 pagi tadi ada taklimat akhir tahun bersama Tuan Pengetua.
12.30 berdesup ambil sijil SPM 2012 di  PPD. Nak dijadikan cerita, masa nak balik dari PPD tadi, kereta makcik tak mau hidup. Saja nak memalukan tuannya. Bila bantuan tiba, dengan selambanya, si putih tu elok hidup.
2.00 petang, ada makan-makan bersama kawan-kawan Unit Periksa di restoran Syam. Sukaa.....

Tapi ( tiba-tiba ada tapi)
Selagi periksa SPM belum berakhir, tugas makcik juga  belum  berakhir. Tambah-tambah tahun ni SU SPM mesti buat pelaporan harian. Tiap hari mesti lapor. jumlah calon hadir, tak hadir kpd Lembaga Peperiksaan.

Sabtu ni ada lagi kelas tambahan. Anak-anak Ribenna tu beria-ia mintak. Jadi tak sampai hati untuk menolak. Jawapan makcik, bolehhh tapi kalau ada yang tak datang, saya JEKK. Ganas bunyinya. Hehehe

Saturday, November 9, 2013

Anugerah Ketenangan

Apalah guna harta menumbun kalau hidup resah gelisah. 

Sekejap tadi makcik terbaca satu artikel macamana nak bagi diri kita tenang dan tidak resah gelisah. Salah satu caranya, dengan sentiasa melihat orang  yang berada di bawah kita. Bukanlah bermakna kita kena duduk tingkat 10, skodeng orang di tingkat 5. Sengal je makcik nih. Hehehe 
Maksudnya kita melihat  orang yang kurang daripada kita dari segi kebendaan, kesihatan, rupa dan sebagainya. Dari situ akan timbul rasa beruntung dan rasa syukur dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada kita. Kita ada rumah, ada kenderaan, sihat, boleh berjalan, berlari. Berapa ramai di dunia ni  orang yang takde rumah,  takde kenderaan, bertahun-tahun terlantar sakit, lumpuh dan sebagainya. 
Betapa beruntungnya kita berbanding mereka. Walaupun tak kaya tetapi tidak pernah tidur dalam kelaparan. Bukan sahaja boleh berjalan, berlari pun boleh. Maka dari situ, jiwa akan rasa tenang dan tenteram. Takdelah memanjang rasa tak cukup dan  tak puashati.InsyaAllah jiwa akan tenang.


Monday, October 21, 2013

Lupa

Cerita pagi kelmarin.
Dah turun bawah, singgah di dapur, letak hbag, buka peti ais, ambik barang, capai kunci dan melenggang kangkung gi sekolah. Di pertengahan jalan baru perasan tertinggal hbag. Dalam hati.....pusing balik ke tidak, pusing balik ke tidak. Kalau pusing balik, mesti akan  kelewatan jadinya. Jadi, terus gi sekolah tanpa duit, tanpa hphone, tanpa lesen dan segala maknika isi hbag. Masa nak balik petangnya, makcik pinjam duit kawan. Dalam hati, jangan le ada pak polisi dalam perjalanan balik nanti.

Alhamdulillah semuanya selamat.
Peringatan untuk diri sendiri, lupa adalah salah satu tanda diri telah tua.
Dan kematian semakin hampir.

Saturday, October 19, 2013

Yang penting Dan Lebih Penting

Eh, ada lagi ke orang yang singgah rumah kuning? Lamanya tak update. Bukan tak teringin tapi entahlah.... sedikit terabai.

Esok sekolah dah buka balik selepas 5 hari cuti Aidiladha. Raya kali ni makcik tak kemana pun. Pagi berkorban rumah abang sulung dan tengahari ke rumah mil sekejap. Selebihnya banyak menghabiskan masa di rumah mak.  Sebenarnya ayah saya dah keluar wad 4 Okt lepas selepas dia tak sabar-sabar nak balik.Sebelum dapat keluar tu, macam-macam janji kepada doktor, nak jaga makan,nak jaga minum, makan ubat, bla bla bla. Barulah doktor bagi balik. Oh ya, dek kerana masih tak dapat bergerak dan duduk, JPAM yang hantar balik rumah. Sekarang ni dah 15 hari dok rumah. Keadaannya ok walaupun masih perlukan  100% bantuan orang lain untuk bergerak dan menguruskan diri.

Sepanjang ayah dok hospital, dua orang saudara terdekat iaitu mak saudara dan pak saudara saya meninggal dunia. Dan khamis lepas biras saya (abang ipar suami) meninggal dunia dalam usia 50 tahun. Al Fatihah untuk mereka.

OK setakat ini dulu. Nak iron baju.

Wednesday, October 2, 2013

Ujian

Assalamualaikum.
Lama tak update n merapu di blog. Takde masa, kononnya. Harini makcik bersiaran sambil tunggu giliran di klinik Otorhinolaryngology HUSM. Dah letih  dengan temujanji dan makan ubat ni sebenarnya. Tapi apa lagi pilihan yang ada. Jadi, redha je lah. 3 / 6 bulan sekali jumpa dr, check darah. Sebelum check mesti ambik darah dulu. Itu yang tak berapa nak tahan.hehe. lepas tu makan ubat 3x sehari. Tapi jarang berlaku 3x sehari, biasanya makcik makan sekali atau 2x je sehari. Seumur hidup wei..... Kalau seminggu/ sebulan haruslah makcik ikut aturan. Itu cerita  pertama.

Cerita kedua pulak, hari ni 2hb Okt genap sebulan ayah saya masuk wad. Lepas maghrib 2hb Sept gi kecemasan. Tengah  malamnya masuk wad sementara. 3hb masuk wad 7 selatan. 11 hb buat MRI dan 19 hb operate belakang. Lepas tu 5 hari di ICU. 23 Sept pindah wad 8 selatan  seterusnya 27 Sept masuk 4 selatan.  Dari elok bercakap hingga taknak bercakap, dari boleh berjalan hingga langsung tak boleh gerakkan kaki. Satu pengalaman air mata yang akan  dikenang sampai bila-bila. Sekarang masih terbaring  di 4 selatan , dengan jarum air di lengan dan langsung tidak mampu menggerakkan kaki dan menggerakkan badan.

Ok  setakat ini dulu.
Dan air mata menjadi sangat murah.

Thursday, September 26, 2013

Masih

Rumah
Sekolah
Hospital
Rumah
Sekolah
Hospital


Semoga terus diberi kekuatan.

Saturday, September 7, 2013

Siksanya Menunggu

Kalau menunggu dalam sihat walafiat, no hal la. Ini menunggu dalam kesakitan yang kadang-kadang melampau. Memang  lama rasanya nak tunggu tarikh 1 Okt 2013. Nak jalani Magnetic Resonance Imaging (MRI). Harap-harap  punca kesakitan yang ditanggung dapat diketahui dan seterusnya diubati. 
Bukan makcik ye tapi ayah makcik yang telah  6 hari berada diHUSM.
Apa pun, redha dengan segala ketentuan Allah.

Friday, August 30, 2013

Menyesal Dahulu Pendapatan

"Eeee... menyesalnya. Dulu malas, tak belajar betul-betul. Sekarang  kawan-kawan yang baik, dengar cakap mak bapak, dengar cakap cikgu, semua berjaya, hidup senang. Aku yang kaki ponteng ni, SPM pun tak lepas. Sekarang, kerja penat tapi gaji seciput. Susahnya hidup. Kalaulah dulu aku belajar betul-betul....... "
Pernah dengar kan?
Jadi, kepada yang masih lena, bangun dan mulakan sekarang. SPM sebenar 68 hari saja lagi.


Anak-anak  Panji tengah periksa Percubaan SPM.

Friday, August 23, 2013

Bila Ain Beraya

Kelmarin sekolah Ain buat jamuan raya.
Balik dari sekolah, Ain marah-marah bercerita kepada makcik.
"Ain bencilah.. mula-mula bekas kuih raya Ain nak kosong dah. Kawan-kawan Ain makan. Pahtu Ain gi jalan-jalan. Masa Ain balik semula kat tempat Ain, Ain tengok penuh pulak kuih raya orang lain  dalam bekas Ain. Terpaksalah Ain  bawa balik sebab semua orang tak sir. Puding Ain, nasib baik cikgu kelas bawa balik."

Sangat berbeza dengan zaman makcik sekolah dulu.
Dulu, kita marah-marah dan bergaduh sebab berebut makanan. Sekarang, masing-masing berlebih dan taknak makanan. Dulu, tiap kali ada jamuan di sekolah, menunya mesti meehon goreng, meehon goreng dan meehon goreng. Sekarang ni, bila makcik tanya Ain apa makanan yang kawan-kawan bawak? Jawabnya macam-macam ada. Macam-macam puding, macam-macam kek, banyak sampai tak termakan. Cikgu  kelas pulak bawa salad, nasi beriani dan laksa penang,

Lepas marah-marah, penutupnya: Sedaaap ummi tapi kenyang sangat.

Thursday, August 22, 2013

Raya lagi

Selasa lepas diadakan sambutan hariraya peringkat sekolah. Macam biasa, ada ucapan, persembahan dan makan-makan. Dan setiap kelas ada meja hidangan masing-masing di dewan.  Meriah dan wujudlah bermacam-macam makanan dan minuman. Akhir sekali, jeng jeng jeng.. .  Pengagihan duit raya. Cikgu pun dapat duit raya!!!  Yeayyy.......


Yang paling memikat hati.

Tuesday, August 13, 2013

Masih Syawal



Macam biasa,en suami dengan urusannya dan makcik menjadi penunggu di tepi swimming pool. Eh.... kat tepi kolam nih  ada ice cream, ada air, buah n  cookies jugak. Semuanya free dan bebas mkn  minum sesuka hati. Biasanya takde.  Bagus 15x. Hehehe makin gemuk le orang yang nunggu tepi kolam ni.

Raya keempat.
Pagi hingga tengahari berkampung di rumah kakak ipar yang buat kenduri kahwin anaknya. Ptg, masak-masak sikit sebab ada kawan telefon nak datang beraya di rumah.

Raya kelima.
Lebih kurang jam 5 pagi, kami bertolak ke KL. Perjalanan lancar walaupun kereta dah banyak.
Sampai KL lebih kurang pukul 12 tghri. Masih setia dengan tempat biasa. Lepas ni rasanya makin setia.Hehehe.

Saturday, August 10, 2013

Yang Dibimbangi


Akhir Ramadhan
-3
Tiba Syawal
+3
Bila dah jumpa
 +3 lagi
Uwaaa.....

Riang Ria Raya

 Raya pertama.
Makcik sekeluarga takde pakai warna sedondong. Taknaklah... ramai orang berderet anak-beranak pakai ala-ala kumpulan nasyid gitu. Macam tak best le pulak. Jadi, makcik sekeluarga (macam le ramai berderet) pakai macam-macam colour. Sshhhh.... padahal tak sempat beli baju sama colour. Menu raya pertama? Tahun ni dah takde sate. Sebelum ni asyik sate je. Tukar kepada nasi dagang pulak. Dah tua-tua ni, tiba-tiba je terminat nasi dagang. Masa muda-muda dulu, sorrylah nak makan nasi dagang. Hehehe. Menjelang petang, nasi dagang "feveret" orang tua-tua tu dah licin. Tak cukup sebenarnya. Tetamu masih penuh rumah macam datang naik dua bas. Padan muka tuan rumah. Hehehe makan je lah apa yang ada. Malamnya, eh kenapa rasa macam puasa je. Lapar..... Biskut raya, kek n kawan-kawannya banyak tapi tak terbuka selera le pulak. Ohhh...Adakah selera berubah mengikut peningkatan usia?



Raya kedua
Menunya nasi minyak dan mee kari. Alhamdulillah cukup untuk semua yang datang. Terimakasih kepada semua rakan taulan, sanak saudara dan anak-anak murid yang datang beraya rumah kami.

Wednesday, August 7, 2013

Esok Raya

Dahsyatnya orang kita sambut raya. Berdentam-dentum bakar mercun. Kalah Cina beraya. Nasib baik makcik tak sakit jantung. Patutnya kita sambut raya dengan banyakkan takbir, banyakkan tahmid. Ni tua muda, kecik besar dok main mercun. Menyusahkan orang, menghabiskan duit.


Selamat Hariraya.
Maaf jika ada salah dan silap

Wednesday, July 31, 2013

Percayalah

Bila terasa nak bersedekah,pernah tak kita terfikir, eh nanti tak cukup duit, kita pun nak guna banyak duit nih Nak beli kuih raya, baju raya, macam-macam lagi nak beli, nanti tak cukup duit. Maka kita pun tak jadi nak bersedekah. Bimbang tak cukup duit. Kita lupa janji Allah. Lupa Allah akan gandakan  apa yang kita infakkan itu.
Percayalah.... kalau nak Allah gandakan rezeki, banyakkan bersedekah.  Malah, kalau rasa sempit, banyakkan bersedekah.Allah akan datangkan rezeki dari jalan-jalan yang kita tidak jangkakan. Percayalah.....

Tuesday, July 30, 2013

N3 Asal Ada Je.......

Tengah sabar menunggu azan berbunyi

Kelmarin makcik berbuka di luar. Walaupun ada macam-macam makanan dan boleh dok hingga 10 mlm tapi takdelah makcik lepak dan makan sebegitu lama. Pukul 8 lebih sikit, makcik dah chow dari situ.Perut kita bukan tong sampah yang boleh diisi sesuka hati. Kesian dia. Hehehe.

Saturday, July 27, 2013

Seronoknya Saat Berbuka

Sup kambing dan rakan-rakan sedia terhidang

Khamis lepas berbuka di sekolah. Ramai jugak kawan-kawan yang datang. Jumaat berbuka bersama mak ayah, adik beradik dan saudara mara terdekat. Alhamdulillah. Sabtu berbuka di rumah kuning.

streamyx di rumah makcik masih tak berfungsi. Kabel yang dicuri masih belum berganti. Kesian kami.... pencurinya laaagi kesian.

Tuesday, July 23, 2013

Dalam Proses

 Memutihkan yang kuning.

Harap-harap siap sebelum raya.



Penyelesaian Kepada Ikan-ikan Lama.

Ikan lama dalam peti ais? Biasala kan.Tuannya tak berapa rajin nak masak. Hehehe  Masa beli dulu memang segar tapi bila dah tersimpan lama, kurang sedaplah pulak untuk dimasak goreng, bakar, gulai dan sebagainya. Jadi, apa yang makcik lakukan dengan ikan-ikan tersebut adalah sebagaimana pic di atas. Senang dan sedap. Caranya, kupas bawang merah dalam tiga empat ulas, bawang putih seulas dua, Kemudian tumbuk  halus bersama sebiji dua lada masak.Sesiapa yang suka pedas, boleh tambah lada burung.  Kemudian tumbuk juga ikan-ikan tadi setelah dibuang semua tulang-tulangnya. Gaul semua bahan yang ditumbuk tadi dan perasakan dengan sedikit garam dan daun kesum yang dipotong halus. Lepas tu kepal-kepalkan mengikut bentuk yang disukai dan sedia untuk digoreng.  
Kalau digandingkan dengan nasi kerabu, lagi sedap.

Tuesday, July 16, 2013

Nasi Goreng Satu...

Baru minggu pertama puasa, makcik dah takde idea nak masak apa untuk sahur. Bila tanya makcik kecik, senang je dia jawab. Nasi goreng lah ummi. Maka jadilah nasi goreng untuk bersahur pagi tadi.
 Weeeh.. Dah lewat. Makcik belum bersiap nak gi sekolah. OK  makcik pergi dulu.

Sunday, July 14, 2013

Kerana Kita Akan Pulang

Lebih baik bodoh, jika cerdik tidak ikut hukum hakam
Lebih baik miskin, jika kaya melalaikan
Lebih baik susah, jika senang tak ingat Tuhan


Thursday, July 11, 2013

Muflis

 Ingat ya kawan-kawan, di dunia ni bila kita mengumpat, memfitnah atau buat segala macam perkara yang mendatangkan dosa kepada seseorang, di akhirat kelak mereka akan ambil pahala kita.  Kita mengumpat Mamat di dunia, di akhirat dia akan ambil pahala kita. Kita fitnah Senah, dia juga akan ambil pahala kita. Begitulah seterusnya hinggalah pahala kita habis. Dah ramai sangat orang yang kita ngumpat, fitnah, habislah pahala kita.
Bila pahala dah habis, sedangkan kita juga pernah buat dosa kepada Timah, mengumpat Siti, memfitnah Tijah dan ramai lagi, maka kita terpaksa pula ambil dosa mereka. Ambil dosa Siti, ambil dosa Tijah, ambil dosa orang yang pernah kita aniaya semasa di dunia. Tadi, pahala kita dah habis, lepas tu kita terpaksa ambil dosa orang lain pula. Maka jadilah kita orang yang MUFLIS walaupun atas dunia ni kita kaki masjid, solat tak tinggal, bangun malam, bersedekah beribu setiap tahun. Lastnya muflis ya kawan-kawan. Na'uzubillah.

Fikir-fikirkan.
Muflis di dunia, boleh minta tolong kawan-kawan, saudara mara.
Muflis di akhirat ???



**Mengumpat ialah mengata dan menceritakan keburukan seseorang dimasa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan jika dilakukan di hadapannya.

**Memfitnah ialah tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

Wednesday, July 10, 2013

Tawaran Hebat

Alhamdulillah  sekali lagi kita memasuki Ramadhan al mubarak. Bulan yang kita maklum, banyak tawaran hebat untuk kita.Tapi jangan adik kakak tersalah faham pulak. Tawaran hebat yang saya maksudkan bukanlah yang berada di pasaraya atau pasar-pasar Ramadhan. Yang saya maksudkan adalah tawaran hebat dari Yang Maha Pencipta dan pemilik seluruh alam ini. Jadi, jom kita baca Al Quran banyak-banyak, bersedekah banyak-banyak, solat sunat tarawih dan segala perkara yang boleh menambahkan pahala kita. Jangan isi bulan Ramadhan ini dengan tidur yang banyak, makan yang banyak apatah lagi  membazir, mengumpat, mengata dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. Rugi... nanti  pahala kurang atau silap-silap hb pahala yang kita kumpul sebelum ni pun terpaksa diserahkan kepada orang lain.

Marilah kita rabut peluang yang ada. 
Entah-entah inilah Ramadhan terakhir kita.