Monday, August 30, 2010

Baju Raya, Kasut Raya

Mula-mula cari baju.
Bila saya berkenan, empunya diri tak berkenan.
Bila dia berkenan, saya pulak tak berkenan.
Seterusnya cari kasut.
Bila empunya diri berkenan, saya tak berkenan.
Bila saya berkenan, dia tak berkenan.
Dan bila dia dan saya berkenan, tak ada saiz le pulak.
Last sekali, tak beli baju, tak beli kasut.
Balik.... Lain kali le kita cari.

Sedap...lain benar rupanya. Jeruk kelubi.

Sunday, August 29, 2010

Lebih Duit Sangat Ke?

Sejak belum puasa hinggalah sekarang, pompam pompam bunyi mercun. Nasib baik tuan rumah kuning takde anak kecik. Kalau tak, mesti lagi haru dek bunyi yang tidak kira siang malam, pagi, petang yang amat membosankan ini. Apalah yang seronok sangat membakar mercun dan bunga api yang kalau tak tahu memang sah-sah membazir. Dan sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitannnnn.
Pompam pompam itu pula sah-sah menyakiti dan mengganggu jiran yang mungkin baru terlelap kerana keletihan menanda kertas periksa anak-anak murid yang dikasihi, contohnya. Maka, bila masuk bab menyakiti dan mengganggu jiran serta orang-orang sekeliling, sudah tentu berdosalah anak adam yang mengganggu jiran dengan membakar mercun ituuuu.
Janganlah diikut sangat kehendak anak-anak belum cukup umur yang merengek inginkan mercun. Berilah alasan yang boleh diterima akal mereka kenapa kita tidak boleh membeli dan membakarnya. Biarlah mereka menangis kerana tidak mendapat mercun yang dihajati. Jangan kita yang menangis kerana anak-anak buta mata atau putus jari dek mercun yang kita beli.
Sekian, t kasih

Friday, August 27, 2010

Saya Sudah Slim

Jangan salah anggap. Yang agak slim bukan pemilik rumah kuning tapi makcik yang kepucatan dalam pic di bawah. Walaupun dikelilingi oleh berbagai-bagai jenis juadah, tapi makcik ini kurang teruja untuk menikmatinya. Letihhhhh... Pun begitu, doakan semoga makcik diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadat puasa ini.

Tuesday, August 24, 2010

Siapa Makan Dapat Pahala

Sila makan
Sebab dengan makan pun dapat pahala
Dah le dapat rasa kesedapan makanan, kenyang pulak tu. Dapat pahala lagi.
Bukan setakat makan, minum pun dapat pahala jugak.
Sikit atau banyak tak jadi hal. Semuanya dapat pahala. Senangnya....
Tapi ramai yang tak bangun, tak makan padahal pada siangnya sedapnya...sedapnya... hinggakan semua jenis makanan dan minuman terasa berganda-ganda sedap.



Alhamdulillah pagi ni kami makan mee goreng dan teh O.

Monday, August 23, 2010

Kencing Keluar Tikus

Antara perbualan semasa bersahur sekejap tadi.

Ain : Abah, penyakit air kencing tikus tu macamana?
Abah : Penyakit tu disebabkan air kencing tikus. Dalam air kencing tikus tu ada....bla...bla...
Ain : Oh...Ain ingatkan bila orang kencing, terkeluar tikus.
Abah & Ummi : ??????

Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan

Hari ke sepuluh berpuasa. Alhamdulillah masih lagi kekal bersahur walaupun pernah sekali terjaga jam 5.30 pagi. Pun begitu sempat lagi terjun katil, panaskan air, letakkan daging burger dan roti burger dalam kuali besar ( sebab nak letak 3 kpg daging burger dan 6 kpg roti sekaligus) yang diminyakkan sebab dah tak sempat nak letak mentega atau marjerin. Semuanya dibuat seperti lipas kudung hinggalah selesai mengunyah sebiji burger dan segelas air setiap seorang. Hehehe.
Sehingga 10 Ramadhan ni En Suami asyik tak sihat je. Terkini, sakit kaki. Sebenarnya sebelum masuk Ramadhan lagi sudah berkali-kali jumpa tukang urut dan doktor. Almaklumlah umur dah masuk 40 an. Dah tua...... Sebenarnya nak cakap disini, jangan bertangguh atau tunggu tua baru nak beribadat. Sebabnya bila dah tua, biasanya akan datang bermacam-macam sakit hinggakan solat pun kadang-kadang secara duduk di lantai, kadang-kadang atas kerusi. Walaupun sah tapi rasa kurang puashati. Jadi rebutlah peluang sedari muda. Apatah lagi orang muda pun tidak terkecuali dari dijemput menemui Yang Maha Pencipta.

Wednesday, August 18, 2010

Percubaan SPM

Peperiksaan percubaan SPM telah bermula Ahad lepas. Kepada anak-anak SMK Panji, jawab soalan elok-elok. Jangan sekali-kali ponteng. Tunjukkan kebolehan awak dan berlumba-lumbalah untuk jadi best student. Kumpulkan seberapa banyak A+.
Usaha....Doa.....Tawakkal
Kita dah berusaha dan akan terus berusaha.
Dan kita sama-sama merendah diri memohon dari Allah swt.
Selebihnya kita bertawakkal ya anak-anak.

Friday, August 13, 2010

2 Ramadhan

Masih sama seperti Ramadhan tahun lepas, waktu petang Ain tak boleh duduk di rumah. Bising...lapar...lapar...lapar. Jadi ibubapa mithali bawa tuan puteri ronda-ronda ke pantai. 1 Ramadhan ke pantai (tak ingat nama...dekat Gelora Beach Resort), kelmarin ke pantai Irama. Melompat-lompat di sana hingga hampir berbuka.

Budak tak malu. Puasa minta upah. Rm10 sehari taknak. Nak RM300 untuk puasa sebulan.
RM10 x 30 hari = RM300 le Ain wei. Ummi tak janji....



Thursday, August 12, 2010

Gagal Lagi

Kami ke pasar Ramadhan di Kubang Kerian.
Ain pilih dua jenis kuih, satu jenis air dan tiga jenis lauk.
Abahnya pilih satu jenis kuih dan satu jenis lauk.
Emak Ain pula pilih beberapa jenis lauk.
Bila dibuka semuanya, meja kami ada berjenis- jenis lauk dan 2 jenis kuih.
Bab kuih, bagussss tapi bab lauk gagal mengawal nafsu dengan agak teruk.
Tidak baik ya kawan-kawan dan jangan tiru macam saya. Hehehe

Tuesday, August 10, 2010

Sabar

Kringgg...kringgg...kringgg....
Saya tercari-cari handphone dalam handbag. Hello...hello. Orang sebelah sana diam dan putuskan talian /terputus talian. Dua tiga saat kemudian, kringggg...kringggg..... Saya capai handphone dan hello....
Orang sebelah sana cakap :Siapa ni?
Saya cakap : Nak cakap dengan siapa?
Orang sebelah sana cakap : Takpelah, salah nombor kot.
Saya cakap : OK. (dalam hati ??@$%%&*)

Esok Puasa

SELAMAT BERPUASA
Semoga rajin bertarawih
Rajin baca Quran
Rajin bersedekah

Sunday, August 8, 2010

Terbabas

Malam tadi tidur lewat dan pagi tadi bangun pun lewat. Terlewat sebenarnya. Melompat makcik bangun. Apa taknya, tersedar hampir jam 7 pagi. On the way ke bilik air, punya le makcik geram. Ain tersandar tengah menonton tv. Bertuah punya anak. Ainnnn....Kenapa tak kejut ummi? Dia senyum tanpa menjawab. Oh oh oh....ingat kalau lewat, ummi akan ponteng dan Ain pun boleh ponteng? Takdenya. Sekolah tetap sekolah biarkan lewat.

Thursday, August 5, 2010

Laporan Tertunda

Ummi : Ain, bakpo napok tangan sajo, tak napok muka?
Ain : Ummi kata ambik gambar kak n sarung cincin. Sebab tu Ain ambik gambar tgn je.