Saturday, February 28, 2009

Berangan Lagi

Memetik anggur selebat belimbing buluh ini
$$$$$$$$$$
$$$$$$$$
$$$$$$
$$$$
$$
$$$$
$$$$$$
$$$$$$$$
$$$$$$$$$$
Berbalik kepada dunia nyata, nikmatilah dan syukurilah apa yang ada.

Kalaulah belimbing ini manis......berangan lagi.....

Friday, February 27, 2009

Saturday, February 21, 2009

Saya Sayang Mereka

Sejak akhir-akhir ini saya perasan sangat-sangat
Kedua ibubapa saya sudah terlalu uzur
Sudah hilang kudrat dan tenaga
Masa sakit, pening, demam lebih panjang daripada masa sihat
Saya perhatikan kedua-duanya semakin kurus
Makin banyak urat dan tulang yang timbul
Merah muka mereka telah berganti pucat
Tiada lagi boleh disebut makanan kegemaran
Pada mereka semuanya tidak membuka selera
Tiada lagi kudrat untuk berdiri lama
Tiada lagi tenaga untuk berjalan jauh
Ya Allah, kasihanilah mereka
Berkatilah hidup mereka
Bahagiakanlah hidup mereka dunia akhirat
Amin.

Friday, February 20, 2009

Episod Kenaling

Nampak tak kenderaan merah di luar pagar kuningku itu?

Ni dia... pic yang dekat sikit. Makcik segan nak gi snap dekat-dekat. Kalau masih ada yang tak nampak, mari sini makcik cerita.

Ceritanya begini, sebelum ke masjid untuk solat Jumaat tengahari tadi, jiran sebelah rumah saya dengan rajinnya telah membakar sampah berhampiran rumahnya. Dan semasa warga lelaki berada di masjid, api dari tempat pembakaran sampah tadi telah merebak dengan maraknya hingga kepada lalang-lalang, semak-semak, lengkuas-lengkuas, epal-epal, anggur-anggur yang berhampiran. Maka bertungkus lumuslah kaum ibu dan si cantik jelita di daerah kejiranan ini berusaha memadamkan api yang menjulang tinggi.
Keadaan memang kelam kabut kerana api marak dengan cepat, angin agak kuat dan yang ada hanya golongan yang lemah. Jadi, jiranku telah dipanggil pulang dari masjid. Sambil mengangkut air dan menyimbahkannya, jiranku telah melaungkan azan. Saya telah menggunakan sepenuhnya dua batang paip di halaman rumah dengan memancutkan air ke kawasan kebakaran. Rumah saya paling dekat wei....

Akhirnya, sebaik sahaja kaum lelaki pulang dari masjid, api telah berjaya dipadamkan. Bomba Dan Penyelamat telah sampai dengan bergayanya sebaik sahaja api berjaya dipadamkan sepenuhnya. Maka, sempatlah saya mengambil pic kenderaan merah itu kerana api telah padam dan keadaan telah tenang.
Walau apa pun, Alhamdulillah.


Tuesday, February 17, 2009

Mahalnya Emas

Masa tetap berlalu sama ada diisi dengan kerja buat yang bermanfaat atau sebaliknya. Yang pasti tarikh dan masa yg pergi tidak sekali-kali akan berulang lagi.Semakin banyak tugas yang tertunggak atau terbengkalai, maka rasanya makin cepat masa berlalu. Jadi, sebelum kita kesuntukan masa, marilah kita manfaatkan masa yang ada mengikut perancangan yang sepatut dan sewajarnya.
"Masa itu emas"

Thursday, February 12, 2009

Januari Yang Sibuk?

Antara Januari dengan Februari sama saja dari segi kerjanya.
Adunan kelas serambi, sukan, persatuan, kelab, unit beruniform, taklimat, meeting memantapkan lagi kesibukan guru-guruku.
Oh....terlupa pula buku rekod mengajar, buku register murid, program itu program ini, borang itu borang ini yang mesti diisi.
Juga buku latihan dan nota murid mesti ditanda.
Walau apa pun, Alhamdulillah kita masih punya kerja.
Dan pupuklah minat dan cinta kepada kerjaya yang kita pilih ini.

Tarik nafas
Hembus
Tarik nafas
Hembus


Adakah jawapan kita sama semasa menjawab soalan penemuduga untuk jawatan ini dulu.
Jawapan saya? Saya memilih kerjaya sebagai seorang guru kerana ingin mendidik anak bangsa..............Saya juga ingin................. dan................di samping itu...................

Thursday, February 5, 2009

Nasib Badan


Uwaa.....sangat tidak tenteram, berselirat dan celaru jiwa ragaku.
Semalam ada taklimat.
Tapi !!$&*$%!!
Uwaaaa..........Esok Jumaat.
Aku tak nak fikir pasal itu. Boleh??
Ya Allah permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amin


Ngaji....ngaji
InsyaAllah akan tenang jiwa raga.





Monday, February 2, 2009

Hidup Kita Tidak Lama

Lima jenis kemuliaan dan kelebihan bagi orang yg memelihara solat fardhu :
  • Diberi kelapangan rezeki
  • Diselamatkan dari azab kubur
  • Buku amal diserahkan dengan tangan kanan
  • Melalui siratal mustaqim seperti kilat menyambar
  • Dimasukkan dalam syurga tanpa hisab
Balasan meninggalkan solat
Kesengsaraan di dunia
  • Dicabut keberkatan hidup
  • Dihapus ciri orang soleh pada wajah
  • Tidak diberi pahala pada setiap amal baik
  • Doa tidak makbul
  • Tidak mendapat bahagian dari doa orang-orang soleh
  • Keluar dari dunia tanpa membawa iman
Kesengsaraan Sakaratul Maut
  • Mati dalam keadaan sangat hina
  • Mati dalam keadaan sangat lapar
  • Mati dalam keadaan sangat dahaga
Kesengsaraan di alam kubur
  • Segera dihimpit oleh kubur
  • Sepanjang siang dan malam dibakar dengan api yang membara
  • Dililit dengan erat oleh ular besar bernama syuja' ( Ular ini bersuara bagaikan halilintar, matanya daripada api, kukunya panjang diperbuat daripada besi )
Kesengsaraan ketika keluar dari kubur
  • Dihisap dengan berat
  • Mendapat murka Allah
  • Dimasukkan ke dalam neraka