Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts

Tuesday, July 25, 2017

Bila Sudah Tidak Suka

Semuanya rasa terpaksa.
Jenuh pujuk hati untuk kembali cinta, suka.
Namun, tambah, tolak, darab, jawapannya tetap sama.
Tapi....
Undur diri adakah lebih bahagia???
Tak sabarnyaaaaa


Dulu dan sekarang sangat tak sama

Friday, February 24, 2017

Musim Kenduri Kahwin

Macam biasa, setiap kali hampir musim cuti sekolah, banyak le orang ngantar kad jemputan. Fuhh... kad jempuan kahwin pun kemain lawa dengan macam-macam petern. Yang pasti  dah jarang jumpa kad macam makcik kahwin dulu-dulu. Sekarang ni, kad tiga segi ada, macam bil letrik pun ada. Ada je idea demo ni.  Panjang pulak muqaddimah kali ni.

Adapun yang makcik nak cerita  (cewahh)  kad, pelamin, menu, semua boleh berubah dan tak salah pun jika limabelas  kali semeta berubah. Yang tak berubah-ubah dan tak boleh berubah adalah tanggungjawab dan hak suami isteri.  Yang ni tak boleh ikut trend semasa dan tak mengira siapa pun kita. Suami ada tanggungjawab, isteri pun ada tanggungjawab. Suami ada hak, isteri pun ada hak. Jangan dok berebut dan jangan dok  melepaskan diri.  Allah dah tetapkan tanpa boleh diubah kecuali dengan persetujuan pasangan masing-masing. Contohnya (macam ceramah nikah kahwin la pulak) Sambung balik, contohnya sediakan nafkah  itu tugas suami.  Tidak boleh sama sekali suami melepaskan diri dari  memikul tanggungjawab itu  dengan apa  alasan sekalipun. Isteri  kaya ke, isteri pangkat besar ke, suami tetap wajib memberi nafkah kpd keluarga. Jangan sekali-kali minta isteri keluarkan duitnya walaupun berguni untuk beli beras, beli  cabai, bawang dan sebagainya.  Tapi kalau isteri redha,dengan sesuka hati tanpa diminta telah keluarkan duit untuk semua bayaran tersebut, tidak la pulak menjadi satu kesalahan. Jangan buat-buat lupa sang suami semua. Ingat, di akhirat nanti, bukan hanya ada syurga tapi ada juga neraka. 

Perkahwinan ini satu perkongsian ye anak-anak. Ada kasih sayang, belas kasihan, percaya mempercayai, hormat menghormati dan sebagainya.  Jangan le kongsi masa senang je, hormat sekali sekala, sayang & kasihan pun ada ketika je.  Makcik dah kahwin 20 tahun lebih ( oppsss...lupa nak cakap, siapa yang dah kahwin lebih 20 tahun, tkyah baca) Sambung balik, dalam berumahtangga ni, jangan ada rahsia antara suami isteri.  Kalau dah rahsia itu, rahsia ini, lama-lama tidak mustahil porak peranda lah rumahtangga. Macamana nak  bahagia kalau kita tak tahu pasangan kita pergi kemana, balik pukul berapa, kalau tak  balik, tidur dimana. Lene ko perut kalau pukul 7 tak balik lagi, pukul 10 tak balik lagi, pukul 2 dak lagi, pahtu katakanlah balik pukul 3, takleh tanya pulak dari mana, buat apa pukul 3 pagi baru sampai rumah. Kalau tanya, mengamuk.  Bahagia ke hidup berumahtangga lagu tu kira? Maaf la ya. makcik ni kalau masuk bab marah, bab berleter, keno guna loghat klate, baru jeliro.
Makcik rasa, sesuai la sangat makcik  pilih tajuk ni sebab cuti ni ramai nak kahwin. Jangan dok i love u, u love me saja. Tanggungjawab besar menunggu sebaik saja mertua dan menantu melafazkan  ijab dan qabul. Jangan dok fikir menu itu menu ini, pelamin gitu, pelamin gini je. Cuba kira tanggungjawab masing-masing. Jangan pulak lepas kahwin dok badi lepas tekok.

Satu lagi, makcik nak ingatkan, kita kahwin dengan anak orang kan?  Bila anak orang, dia ada ibubapa, adik beradik dan saudara mara. Jadi, kita mesti berhubung baik dengan mereka semua tu.. Dengan kata lain, kita mesti menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Mesti adil jangan dok berat sebelah. Kita ada keluarga, dia pun ada keluarga, Jangan ambil isteri, atau ambil suami, pahtu lantaklah keluarga sakit ke, mati ke, kita tinggal atau buang semuanya.  Jangan sampai ibubapa mana-mana pihak berkecil hati dengan kita atau pasangan kita. Tolong ingat ya anak-anak, siapa yang berkorban hingga kita atau pasangan kita jadi seperti sekarang. Bukan pasangan kita kan??? Jangan sampai mak ayah berkecil hati dengan kita. Nauzubillah min dzaalik.

Akhirnya makcik nak pesan, hidup berumahtangga ni ada pasang surutnya.. Ada manis, ada pahit. Tapi percayalah,  Allah tidak uji melebihi kemampuan kita.  Setiap masalah ada penyelesaian dan ada jalan keluarnya. Yang penting, jangan hanya menyerah. Andai tiada bahagia kita bersama pasangan, Allah membenarkan kita berpisah.  Nauzubillah.  Ketahuilah, Allah maha pengasih dan penyayang. Hanya kepadaNya tempat kita memohon dan tempat kita berserah.

Semoga ketenangan, kegembiraan dan redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita bersama pasangan dan seisi keluarga. Aamiin.
Selamat Pengantin Baru kepada semua sanak saudara yang bakal naik pelamin bulan Mac nanti.

Sunday, October 30, 2016

Perhatian

Biasanya sekali sekala sahaja orang akan terpijak tali anda. Selebihnya anda sendiri yang memijak/terpijak tali tersebut. Ingat, semakin kerap tali tersebut dipijak, maka semakin cepat  ia akan  putus. Lebih cepat lagi jika anda  kerap tarik atau "senjoh"


Sekian, terima kasih

Tuesday, October 25, 2016

Kalaulah

Ada orang bermurah hati bagi makcik RM sejuta. Agak-agak apa benda pertama yang makcik akan buat? Jawapannya tidak lain tidak bukan, makcik akan berhenti kerja. Bestnya.

Taknakdahjadicikgu.
Sungguhsesungguhnya.

Jom berangan

Friday, August 19, 2016

Friday, August 5, 2016

Siapa Pun Kita

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan dan tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Jadi, kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan dan bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. Ini antara perkara penting dalam membina hubungan yang akan menjamin hubungan kekal utuh.

Berlapang dadalah menerima kekurangan orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. Sebab itulah pokok yang berterusan ditiup angin akan kehilangan daun, malah berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas,  Dia akan menjadi manusia negatif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kita, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci yang akan menutup mulut tetapi membuka hati.

Tuesday, May 10, 2016

Lumrah

Walau sebaik mana pun kita, mesti ada orang yang tidak suka. Apatah lagi kalau kita pun tak berapa nak baik dengan orang. Dan bukan semua  perkara yang kita buat boleh memuaskan hati semua.  Jadi, usah bersedih bila ada orang yang tidak menyukai kita. Itu perkara biasa yang tidak mampu kita elak dan semestinya ada dimana-mana. Ketahuilah kehidupan ini bukan untuk mencari redha manusia. Yang kita cari dan harapkan adalah redha Allah Yang Maha Esa

Saturday, February 20, 2016

Hidup Tidak Selamanya Di Atas

Anak,
Tidak bagi tidak bermaksud tidak sayang.
Tapi tidak bagi adakalanya kerana kesempitan.
 Selebihnya  tidak bagi juga kerana bimbang.
 Bimbang anak akan buat formula, tiap kali minta akan dapat, tiap kali nak akan tertunai.
 Ingat anak, dalam hidup ini, tiada jaminan untuk kita dapat/perolehi setiap kehendak kita,
 Kita tidak dapat lari dari sempit, susah, payah hatta  gagal sekali pun. Jadi, belajarlah...
Belajarlah untuk melalui saat-saat perit dalam hidup ini.
 Belajarlah tidur di atas lantai keras, tanpa bantal, tanpa selimut.


Saturday, January 24, 2015

Pandang Depan

Teruskan perjalanan.
Yang lepas jadikan pengajaran
 Masih juga nak pandang belakang.
Hensem la kau putih.
Pandang depan!!!

Saturday, August 23, 2014

Rezeki

Tiap hari atau acapkali kita berdoa supaya dimurahkan razeki.
Dan ramai yang hanya terbayang rezeki adalah duit.
Sebenarnya..
Rezeki bukan hanya wang ringgit.
Ada macam-macam bentuk rezeki
Kesihatan, keselamatan, ketenangan juga rezeki.
 Anak pun rezeki.
Yang berjaya dan boleh "ditumpang" pun rezeki
Kalau dah nama rezeki
Kita mesti berusaha dan berdoa untuk memperolehinya.
Selebihnya kita mesti berserah kepada Yang Maha Esa.
Dapat atau tidak
Atau banyak mana kita dapat
Itu semua ketentuanNya.

Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung.
Dengan izinNya
Akan ada pertolongan dan rezeki dari jalan-jalan yang tidak pernah kita jangka.

Saturday, May 3, 2014

Kenapa?

Pahala dimana-mana
Pelbagai cara
Kenapa  masih sengaja nak menyelitkan dosa?

Kita hidup tidak lama






Saturday, March 1, 2014

Sedih


Sedih itu, sedih ini. Macam-macam faktor menjadikan kita sedih. Walaupun kita pernah dan sering baca potongan ayat: “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)  
Dah baca tapi sedihhh jugak.

Tidak salah kita bersedih tapi janganlah berlebihan  hingga menjadikan kita lemah. Apatah lagi bersedih hingga menyalahkan takdir. Bila berlaku kematian, kesakitan, kesempitan dan seumpamanya, ingat, Allah ada. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Dia tempat kita bergantung harap. Tugas kita yang lemah ni, banyakkan berzikir, banyakkan berdoa. Sedih tu adat manusia tapi jangan lama-lama, jangan melampau-lampau seolah-olah Allah tidak ada.


“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram.”

Thursday, February 6, 2014

Perjalanan Ini

Hari ini
Kita boleh berjalan, berlari.
Boleh mandi sesuka hati, berkali-kali dalam sehari
Kita boleh pilih dan pakai baju yang kita gemari
Kita boleh solat, boleh ke surau, boleh ke tempat kenduri.
Kita boleh ke kedai, ke rumah saudara, ke rumah kawan atau sekadar  ronda sekeliling kampung atau taman.
Sihat, bebas, seronok ke sana kemari
Namun, tiada jaminan untuk selamanya begini

Suatu hari nanti
Tidak mustahil tubuh yang kuat menjadi lesu
Kaki tidak lagi berfungsi
Terbaring  tidak mampu bangun apatah berlari
Makan sekadar apa yang disuap atau diberi
Ketika itu
Di mulut dan di hati
Sentiasa  mengharap Allah menguji setakat yang mampu ditanggung diri
Dilembutkan hati semoga ada orang yang mengasihani diri
Lenguhnya hanya Allah yang tahu
Jika diangkat, di duduk dan dibaringkan kembali
Hilanglah seketika lenguh, sakit-sakit akibat lamanya terbaring sehari-hari
Untuk kita yang sihat menyelami bagaimana rasa  itu
Cuba bayangkan, baring seharian dari terbit fajar hingga terbenam matahari terus ke dinihari
Berhari-hari, berminggu-minggu
Dan kita juga tidak mustahil
Akan diuji lebih dari itu

Suatu hari nanti
Pasti sampai masanya nanti
Kita dimandi, dikapan, disolat dan dikebumi
Yang kadang-kadang didahului dengan sakit demam, lemah lesu
Atau dari sihat, gagah, hebat  terus mati
Tinggallah semua yang dikejar dan dicari
Tinggallah semua
Anak isteri/suami, harta walau berlori-lori
Akan tiba malam pertamanya nanti
Di alam kubur seorang diri
Walau di dunia dikerumuni ramai anak cucu, sanak saudara tak pernah sunyi.


Saturday, January 4, 2014

Kita Akan Pulang

Yeayyyy...Menang.
Semua orang nak menang  kan?
Main bola nak menang.
Main hoki nak menang.
Main batu seremban pun nak menang.
Berdebat lagi le nak menang.
Dah tahu nak menang, mestilah buat persiapan.
Tanpa persiapan, takyah le berangan.

Dalam beria nak menang itu, nak menang ini, makcik nak ingatkan satu perkara.

Hidup kita bukannya berakhir hanya di dunia.
Walau siapa pun kita, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri sekalipun,
Semuanya akan tempuhi alam barzakh (kubur) dan alam akhirat.
Dan,
Orang yang menang akan masuk syurga
Yang kalah akan masuk neraka.
Nak menang jugak kan?
Kalau nak menang, lagi lagilah kena buat persiapan.
Persiapan tu mesti buat sekarang,
Jangan kalah dengan kerlipan perhiasan dunia.
Dan tak boleh buat sambil lewa, atau sesuka hati.
Kerana godaan di dunia ni  banyak.
Jadi hati mesti kuat.
Kalau terlalu cinta atau sibuk dengan isi dunia
Halal haram nampak sama je.
Dosa banyak, kalah kita.

Pesan makcik untuk diri sendiri jugak,
Dunia, dunia jugak.
Akhirat, jangan dilupa.
Setiap detik mesti bersiap sedia
Untuk pulang dan meninggalkan dunia.





Tuesday, December 17, 2013

Isteri Gambaran Suami

Adakalanya makcik kenal seorang lelaki  yang merupakan seorang suami tapi tak kenal isterinya. Dan dalam pergaulan makcik dengan beliau,  makcik sering memuji (dalam hati), baiknya tuturkata, bagusnya tingkahlaku, banyaknya ilmu lelaki/suami tersebut  Dalam hati juga, mesti isterinya baik, bagus, pakai  elok bla bla bla.
Tiba-tiba makcik terjumpa dengan isteri lelaki yang makcik puji dan makcik hormat tadi. Tengok cara pemakaiannya je, habis hilang segala pujian, hormat dan sebagainya kepada suami tersebut. 
Kesian...... 

Sama-samalah kita jaga diri dan keluarga kita.
Yang biasa tak semestinya betul.

Saturday, November 9, 2013

Anugerah Ketenangan

Apalah guna harta menumbun kalau hidup resah gelisah. 

Sekejap tadi makcik terbaca satu artikel macamana nak bagi diri kita tenang dan tidak resah gelisah. Salah satu caranya, dengan sentiasa melihat orang  yang berada di bawah kita. Bukanlah bermakna kita kena duduk tingkat 10, skodeng orang di tingkat 5. Sengal je makcik nih. Hehehe 
Maksudnya kita melihat  orang yang kurang daripada kita dari segi kebendaan, kesihatan, rupa dan sebagainya. Dari situ akan timbul rasa beruntung dan rasa syukur dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada kita. Kita ada rumah, ada kenderaan, sihat, boleh berjalan, berlari. Berapa ramai di dunia ni  orang yang takde rumah,  takde kenderaan, bertahun-tahun terlantar sakit, lumpuh dan sebagainya. 
Betapa beruntungnya kita berbanding mereka. Walaupun tak kaya tetapi tidak pernah tidur dalam kelaparan. Bukan sahaja boleh berjalan, berlari pun boleh. Maka dari situ, jiwa akan rasa tenang dan tenteram. Takdelah memanjang rasa tak cukup dan  tak puashati.InsyaAllah jiwa akan tenang.


Monday, October 21, 2013

Lupa

Cerita pagi kelmarin.
Dah turun bawah, singgah di dapur, letak hbag, buka peti ais, ambik barang, capai kunci dan melenggang kangkung gi sekolah. Di pertengahan jalan baru perasan tertinggal hbag. Dalam hati.....pusing balik ke tidak, pusing balik ke tidak. Kalau pusing balik, mesti akan  kelewatan jadinya. Jadi, terus gi sekolah tanpa duit, tanpa hphone, tanpa lesen dan segala maknika isi hbag. Masa nak balik petangnya, makcik pinjam duit kawan. Dalam hati, jangan le ada pak polisi dalam perjalanan balik nanti.

Alhamdulillah semuanya selamat.
Peringatan untuk diri sendiri, lupa adalah salah satu tanda diri telah tua.
Dan kematian semakin hampir.

Friday, August 30, 2013

Menyesal Dahulu Pendapatan

"Eeee... menyesalnya. Dulu malas, tak belajar betul-betul. Sekarang  kawan-kawan yang baik, dengar cakap mak bapak, dengar cakap cikgu, semua berjaya, hidup senang. Aku yang kaki ponteng ni, SPM pun tak lepas. Sekarang, kerja penat tapi gaji seciput. Susahnya hidup. Kalaulah dulu aku belajar betul-betul....... "
Pernah dengar kan?
Jadi, kepada yang masih lena, bangun dan mulakan sekarang. SPM sebenar 68 hari saja lagi.


Anak-anak  Panji tengah periksa Percubaan SPM.

Wednesday, July 31, 2013

Percayalah

Bila terasa nak bersedekah,pernah tak kita terfikir, eh nanti tak cukup duit, kita pun nak guna banyak duit nih Nak beli kuih raya, baju raya, macam-macam lagi nak beli, nanti tak cukup duit. Maka kita pun tak jadi nak bersedekah. Bimbang tak cukup duit. Kita lupa janji Allah. Lupa Allah akan gandakan  apa yang kita infakkan itu.
Percayalah.... kalau nak Allah gandakan rezeki, banyakkan bersedekah.  Malah, kalau rasa sempit, banyakkan bersedekah.Allah akan datangkan rezeki dari jalan-jalan yang kita tidak jangkakan. Percayalah.....

Sunday, July 14, 2013

Kerana Kita Akan Pulang

Lebih baik bodoh, jika cerdik tidak ikut hukum hakam
Lebih baik miskin, jika kaya melalaikan
Lebih baik susah, jika senang tak ingat Tuhan