Showing posts with label Hariraya. Show all posts
Showing posts with label Hariraya. Show all posts

Sunday, July 9, 2017

Masih Raya

Khamis lepas, sambutan raya peringkat sekolah.

6 Julai 2017

Sunday, June 25, 2017

Saturday, July 30, 2016

Masih Syawal

Alhamdulillah, hari ini
anak-anak Panji mengunjungi rumah makcik.







Sunday, July 24, 2016

Yeayy...Jamuan Raya

Anak-anak tunggu ye. Ibu-ibu, bapa-bapa sudah siap siaga nak menjamu selera..
         24 Julai 2016

Thursday, July 7, 2016

Aidil Fitri 2016

Kali pertama beraya tanpa ibu tercinta.
Al Fatihah utk Allahyarhamah ibuku yang telah krmbali ke rahmatullah pada 17 Ramadhan (22 Jun) yang lepas.

Saturday, August 15, 2015

Baru Teringat Ada Blog

Lama gila tk update blog. Takde langsung cerita  puasa dan cerita raya sampailah hari ni 30 Syawal. Mood kelaut tak tau sebab apa. hehehe. Sebab lama tak update, makcik tulis je apa yang terlintas ye. Nasib le jika berlaku kecelaruan kpd pembaca sekalian. Perasan ada org buka dan baca blog yang dah bersawang nih.
Sekarang ni kawasan makcik (mcm YB la pulak), tengah musim durian dan rambutan. Dan petang/mlm selalu hujan. Best....   elok je sejukkan badan selepas makan durian. Kadang-kadang hujan sekali ngan  ribut. Hambik..cerita durian sekali ngan laporan cuaca. Peminat durian/ rambutan yang merantau tu, elok le blk kg sekarang ni.
Lusa periksa percubaan SPM akan bermula. Maknanya esok kena siapkan dewan la kita. Harap-harap dipermudahkan segala urusan sepanjang periksa ni berjalan. 
Terjumpa pic kawan-kawan sebilik semasa sambutan hariraya baru-baru ni. Eceli tk cukup sorang sebab dia crk di hari kejadian. Cantik pulak kawasan sekolah makcik nih. Hari-hari tengok macam tak cantik je. huahuahua.
Makcik berhenti dulu la ya. Harap-harap ada update dlm masa terdekat  Assalamualaikum.

wajah-wajah ceria berhari raya

Thursday, August 22, 2013

Raya lagi

Selasa lepas diadakan sambutan hariraya peringkat sekolah. Macam biasa, ada ucapan, persembahan dan makan-makan. Dan setiap kelas ada meja hidangan masing-masing di dewan.  Meriah dan wujudlah bermacam-macam makanan dan minuman. Akhir sekali, jeng jeng jeng.. .  Pengagihan duit raya. Cikgu pun dapat duit raya!!!  Yeayyy.......


Yang paling memikat hati.

Saturday, August 10, 2013

Riang Ria Raya

 Raya pertama.
Makcik sekeluarga takde pakai warna sedondong. Taknaklah... ramai orang berderet anak-beranak pakai ala-ala kumpulan nasyid gitu. Macam tak best le pulak. Jadi, makcik sekeluarga (macam le ramai berderet) pakai macam-macam colour. Sshhhh.... padahal tak sempat beli baju sama colour. Menu raya pertama? Tahun ni dah takde sate. Sebelum ni asyik sate je. Tukar kepada nasi dagang pulak. Dah tua-tua ni, tiba-tiba je terminat nasi dagang. Masa muda-muda dulu, sorrylah nak makan nasi dagang. Hehehe. Menjelang petang, nasi dagang "feveret" orang tua-tua tu dah licin. Tak cukup sebenarnya. Tetamu masih penuh rumah macam datang naik dua bas. Padan muka tuan rumah. Hehehe makan je lah apa yang ada. Malamnya, eh kenapa rasa macam puasa je. Lapar..... Biskut raya, kek n kawan-kawannya banyak tapi tak terbuka selera le pulak. Ohhh...Adakah selera berubah mengikut peningkatan usia?



Raya kedua
Menunya nasi minyak dan mee kari. Alhamdulillah cukup untuk semua yang datang. Terimakasih kepada semua rakan taulan, sanak saudara dan anak-anak murid yang datang beraya rumah kami.

Wednesday, August 7, 2013

Esok Raya

Dahsyatnya orang kita sambut raya. Berdentam-dentum bakar mercun. Kalah Cina beraya. Nasib baik makcik tak sakit jantung. Patutnya kita sambut raya dengan banyakkan takbir, banyakkan tahmid. Ni tua muda, kecik besar dok main mercun. Menyusahkan orang, menghabiskan duit.


Selamat Hariraya.
Maaf jika ada salah dan silap

Friday, October 12, 2012

Raya Puasa

Tiba-tiba terjumpa pic di atas. Sebagaimana tajuk en3, pic ni makcik ambik masa raya puasa yang lepas. Sebenarnya makcik nak cakap, sshhhh... dua-duanya sama gemuk. hehehe

Tuesday, August 28, 2012

10 Syawal

Sudah 10 Syawal. Raya sudah, sekolah pun dah buka. Percubaan SPM pun dah bermula.
Sejak akhir-akhir ni, malas pulak nak update blog. Cerita-cerita pasal raya pun takde.
Sebenarnya raya 2012 ni meriah macam tahun-tahun lepas jugak. Alhamdulillah ramai tetamu jauh dan dekat yang berkunjung rumah kuning. Terimakasih semua dan harap maaf jika tersalah dan terkurang  juadah atau layanan. Al maklumlah makcik takdak bibik, takdak anak dara besar yang boleh membantu angkat cawan, basuh pinggan, lap meja. Kadang-kadang sampai makcik pun konfius, eh..eh...aku ni bibik ke tuan rumah. Hehehe punya le bersinsing lengan sorang-sorang kat dapur. Nasib baik dapur kecik, takyah lari ke hulu ke hilir.  Padahal masak dan bancuh air je pun.

5 Syawal, makcik bertiga beranak  ke KL. Dok di Sunway Putra 2 mlm. . Rasa macam tak cukup je 2 mlm tu  tapi Ahad dah sekolah. Nak taknak, terpaksa jugak  balik pagi Sabtu tuh.

Biskut  raya ada lagi nih. Masa raya hari tu, makcik rasa biskut-biskut tu tak berapa sedap. Balik sekolah tadi, makcik makan sebijik setiap jenis yg ada atas meja, sedap pulak  rasanya. 2 minggu lagi, mesti laaagi sedap. Berbaloi makcik beli. Bukan belilah, buattt.  Hehehe

Minggu akhir sebelum raya, seronoknya makcik mengalahkan ain. Sebabnya makcik terima satu-satunya kad raya untuk tahun ni. Mesti awak pun jeles kan. Makcik terima kad raya dari  blogger tersohor iaitu  KUJIE Terimakasih kak. Terimakasih banyak-banyak.



Monday, November 7, 2011

Raya Kedua

Alhamdulillah kelmarin beraya dengan cuaca yang amat baik. Kanak-kanak bebas berlarian dgn baju baru dan orang dewasa tidak perlu berbasah melapah lembu. Seekor lembu berjaya dikorban. Semoga diterima Allah hendaknya. Kali ni, takde lembu menjadi model di blog ni. Malas nak ambik pic lembu bertuah.
Kelmarin, lepas sembelih, bagi bagi daging, masak, makan. Semua tu berlangsung di rumah biasa, bukan di rumah kuning. Lepas zuhur pergi rumah MIL, petang balik dan malam tidur. Hari ni macam sunyi je. Tak nampak pun budak-budak pakai baju raya. Orang tua lagi le. Ihhh... rasa macam beraya di k.lumpur le pulak.

Monday, September 5, 2011

Yeayy.... Cuti Raya Ni Kita Dapat Dua Orang Anak Saudara Baru

Aisya tengah membebel. Wahai pengantin-pengantin semua, cepat le upload pic kawin!!!!
Cepat le....
Untuk sementara waktu, kita layan pic hasil ihsan kak Ain dulu.


Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hariraya

Alhamdulillah Ain berjaya puasa sebulan penuh walaupun hari terakhir tak bangun sahur. Tak terjaga kisahnya. Hari ni dah raya kedua. Kejap je masa berlalu. Baru beberapa buah rumah yang berjaya disinggah. Teruknya.... walau apa pun Selamat Hariraya. Maaf segala salah dan silap.

Friday, August 26, 2011

Raya Dah Dekat

Sebelum pergi beraya, mesti pesan kepada anak-anak kita
Jaga tuturkata dan tingkahlaku terutamanya ketika berada di rumah orang.
Jgn berlari-lari atau melompat-lompat dlm rumah orang.
Jangan masuk bilik-bilik tidur orang.
Jangan mintak duit raya. Seriusss..jgn mintak.
Kalau dapat duit raya jgn terus buka sampul dalam rumah dan lebih-lebih lagi jgn "alaa.... seringgit je, dua ringgit je" dan jgn buang sampul duit raya di halaman rumah orang.
Makan dan minum cecara tertib dan jangan berebut-rebut.
Jangan ziarah terlalu lama. Banyaknya jangan.... Hehehe
Satu lagi.... Jangan biarkan anak kita main mercun.
Jangan main mercun 10x.......... pleaseeee.
Memang le hariraya hari kita bergembiira tapi jangan biarkan anak-anak kita buat apa sahaja sesuka hati tanpa kawalan ibubapa.

Itu saja.

Saturday, September 25, 2010

15 Syawal 2010







Terima kasih kpd kanak-kanak ribenna SMK Panji yang sudi datang ke rumah kuning hari ni.



Thursday, September 23, 2010

Jamuan Hariraya 2010

Alhamdulillah meriah. Murid-murid pakai baju raya. Lawa-lawa, kacak-kacak. Setiap kelas, satu meja makanan. Terlalu banyak makanan hingga tak "peghabisan". Meja kelas saya ada nasi ayam, makaroni goreng, meehon goreng, kek coklat 2 biji, kek keladi sebiji, biskut raya, jelly, air. Bayangkan berpuluh-puluh meja dengan makanan yang sangat banyak dari bermacam jenis nasi, mee, kek, puding, roti jala, sate, ketupat, tapai, buah-buahan, macam-macam... letih le nak tulis. Semuanya dikumpulkan dalam satu dewan.

Ada persembahan murid dan guru.

Antara makanan yang dihidangkan

Ini meja ting 2 (tak ingat 2 apa). Siap ada KFC

Ini meja 4F. Mesti ingat sebab ini meja kelas saya. Last sekali, bungkus dan boleh bawa balik. Masing-masing sudah tak larat nak makan.

Friday, September 10, 2010

Aidilfitri 2010 -- Syukur








Selamat Hariraya kepada semua sanak saudara, rakan-rakan dan semua yang singgah di rumah kuning ini. ( Siapa ye yg selalu singgah dari Erbil, Arbil? Terima kasih byk2) Mohon maaf diatas keterlanjuran kata-kata di blog ini. Jika ada yang tercalar, terguris, jutaan maaf saya mohon di atas kesalahan saya itu.

Monday, August 30, 2010

Baju Raya, Kasut Raya

Mula-mula cari baju.
Bila saya berkenan, empunya diri tak berkenan.
Bila dia berkenan, saya pulak tak berkenan.
Seterusnya cari kasut.
Bila empunya diri berkenan, saya tak berkenan.
Bila saya berkenan, dia tak berkenan.
Dan bila dia dan saya berkenan, tak ada saiz le pulak.
Last sekali, tak beli baju, tak beli kasut.
Balik.... Lain kali le kita cari.

Sedap...lain benar rupanya. Jeruk kelubi.