Tuesday, January 28, 2014

Hulurkan Tangan

 Semoga ada kasih dan ada kasihan terhadap orang yang tidak berkemampuan.


Takde mood nak menulis.
Esok kena hantar buku cadangan mengajar. Sikittt je lagi tak siap.
Esok juga hari terakhir sekolah sebelum cuti Tahun Baru Cina. Campur Jumaat Sabtu, 4 hari cuti.

Sekian, tunggu mood datang.

Wednesday, January 22, 2014

Semoga Allah Permudahkan

Sudah hampir sebulan sekolah dibuka. Cabaran sebagai guru masih sama dengan beban kerja yang pada pendapat peribadi makcik makin bertambah. Dan yang tak bestnya sejak sekolah dibuka, sudah 6 orang rakan guru sekolah makcik telah ditukarkan ke sekolah lain. Dengar-dengar cerita ada lagi yang akan ditukarkan. Fuhhh berdebar wei....  Bak kata kawan-kawan makcik, dimana pun kita mengajar, anak murid tetap sama, yang tak sama dan sukar didapati adalah kawan-kawan yang kamceng dan sekepal dengan kita. Walau bagaimana pun jika nama kita yang tersenarai, terpaksa juga kami akur walaupun sedih.

Sejak akhir tahun lepas, makcik sekeluarga tidak bercuti aka jalan-jalan luar Kelantan. Bukan tiada keinginan tapi keadaan tidak mengizinkan. Semasa di sekolah pun makcik sentiasa teringat-ingat bapa makcik yang terlantar lesu di rumah, mana mungkin untuk makcik tinggalkan semata-mata untuk makan angin. Makcik yakin, setiap ketentuan Allah ada hikmahnya. Inilah peluang keemasan yang Allah kurniakan kepada kami anak-anak untuk menambahkan pahala. Semoga Allah permudahkan. Ameen.

Friday, January 17, 2014

Tidak Semudah Sebutan Di Bibir

Kerana kekurangan diri
Maka
Sukarnya nak SABAR
Payahnya nak IKHLAS.




Allahumma Yassir Wala Tu'assir

Keseronokan Yang Sementara


Apa ke halnya dok tayang bil elektrik. Sudah ketandusan cerita ke makcik nih sampai bil elektrik pun nak dijadikan bahan cerita. Kalau nak tahu, bil inilah yang membuatkan makcik seronok rasa nak melompat sampai bumbung 15 Jan lepas. Dapat hadiah birthday pun seronok jugak. Tenkiu Ain, tenkiu en suami. 15 Jan birthday makcik. Terimakasih juga kpd sanak saudara, sahabat handai, anak-anak murid dan semua yang hantar ucapan melalui sms,whatsApp dan fB. 

Berbalik kepada cerita bil di atas. Cuba tengok elok-elok. Berapa bil makcik bulan ni?  Hanya RM18.69 sen. Sukanyaa.... mau tak suka. Dalam semua barang naik harga, tiba-tiba  bil elektrik makcik RM18.69 sen. Dalam hati, pandainya makcik dan keluarga berjimat. Bla bla bla..... Seronok tidak terkira. 
Tiba-tiba..... keesokannya 16 Jan, orang TNB datang rumah. Nak tahu dia buat apa? Uwaaa.... Hilang sudah keseronokan yang menggunung itu. Dia datang tukar meter letrik. Meter lama rosak. Dah tak bergerak. Hehehe ingatkan bil sikit sebab pandai berjimat. Rupanya meter rosak. Nasib baik tak canang seluruh kampung kepandaian makcik berjimat cermat. 
Tak sabar nak tunggu bulan depan. Berapa le agaknya bil makcik???

Ain.... kita kasi orang check meter lagi sekali terkejut badak nak?
Bulan depan, lagi sekali bil kita  18 ringgit. Ada idea???

Saturday, January 4, 2014

Kita Akan Pulang

Yeayyyy...Menang.
Semua orang nak menang  kan?
Main bola nak menang.
Main hoki nak menang.
Main batu seremban pun nak menang.
Berdebat lagi le nak menang.
Dah tahu nak menang, mestilah buat persiapan.
Tanpa persiapan, takyah le berangan.

Dalam beria nak menang itu, nak menang ini, makcik nak ingatkan satu perkara.

Hidup kita bukannya berakhir hanya di dunia.
Walau siapa pun kita, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri sekalipun,
Semuanya akan tempuhi alam barzakh (kubur) dan alam akhirat.
Dan,
Orang yang menang akan masuk syurga
Yang kalah akan masuk neraka.
Nak menang jugak kan?
Kalau nak menang, lagi lagilah kena buat persiapan.
Persiapan tu mesti buat sekarang,
Jangan kalah dengan kerlipan perhiasan dunia.
Dan tak boleh buat sambil lewa, atau sesuka hati.
Kerana godaan di dunia ni  banyak.
Jadi hati mesti kuat.
Kalau terlalu cinta atau sibuk dengan isi dunia
Halal haram nampak sama je.
Dosa banyak, kalah kita.

Pesan makcik untuk diri sendiri jugak,
Dunia, dunia jugak.
Akhirat, jangan dilupa.
Setiap detik mesti bersiap sedia
Untuk pulang dan meninggalkan dunia.





Wednesday, January 1, 2014

Sudah 2014

Diam tak diam kita dah masuk 2014.Azam baru? Takyah sebut... buat malu je.
 Hari ni hari pertama sekolah dibuka selepas lebih sebulan cuti. Tugas makcik tahun ni lebih kurang sama dengan tahun lepas. Alhamdulillah syukur. Semoga kerja buat makcik tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Untuk anak-anak pelajar, selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin-rajin dan jadilah murid yang disayangi semua.