Wednesday, December 31, 2014

Akhirnya 2014 Pun Berakhir

Pada penghujungnya diduga dengan banjir besar di Pantai Timur.
 Rumah hanyut,
Rumah runtuh,
Rumah ranap
Harta benda musnah.
Allahu Akbar.
Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul
Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk meneruskan kehidupan selepas ini.

Esok 1 Jan 2015.
Selamat Tahun Baru.

Monday, December 29, 2014

Pinggan siapa Lebih Licin?

 Pinggan abah

Pinggan Ain 
 
Entry bosan di musim banjiir.
Masing-masing nak tunjuk terer guna chopstick.
Makcik??? Takde kuasa nak berchopstick-chopstick.


Tujuh hari lagi sekolah buka. Uwaaa....


 
 

Thursday, December 25, 2014

Doakan



Semoga kita diberi kekuatan iman dalam menghadapi ujian ini.

Wednesday, December 24, 2014

Kelantan Darurat???

Sekarang ni, semua group WhatsApp makcik tersangat la rancak. Kebanyakannya melaporkan pasal banjir yang melanda Pantai Timur terutamanya negeri kesayangan makcik nih. Yang tak bestnya, ada laporan betul dan ada cerita rekaan semata-mata. 
Walau apa pun, banjir kali ni memang luar biasa besarnya. Air dah macam laut.
Semoga kita tidak terlalu panik dan banyakkan berdoa kepada Allah dalam menghadapi ujianNya ini

Monday, December 15, 2014

UKKM

Hari ni  bawa Ain ke MRSM PC untuk jalani  Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM.(UKKM) Ia merupakan ujian khas yang  dijalankan oleh MARA bagi pemilihan pelajar lepasan UPSR untuk ke tingkatan Satu. Lepasan PT3 untuk ke tingkatan 4 pun rasanya  mesti ada jugak ujian ni. Ia dilaksanakan secara online dan mengandungi 3 aspek utama iaitu  Matematik, Sains dan Keperibadian. Ohhh... macam karangan sekolah menengah la pulak. Selepas ujian secara online ni tadi, ada interview dalam BM dan BI. Last sekali ujian bacaan Al Quran. Lebih kurang jam 11 pagi, semua beres. Doakan Ain dapat masuk MRSM ya makcik pakcik semua. Budget ada orang masuk dan baca  blog ini. Hehehe 
Keluar dari MRSM PC, apa lagi...cari kedai makan le pulak. Pagi tadi masak mee goreng tapi Ain je kena paksa makan. Orang lain tak lalu sbb awal sangat. Sapa tak faham maksud "tak lalu" diminta tanya kawan sebelah yang faham. Itu saja.  Assalamualaikum

Friday, December 12, 2014

Kelantan - KL - Melaka - KL - Ipoh - Kelantan.

Selepas ambil Ain di Besut petang Sabtu lepas, kami bertiga menghala ke KL. Nak ke Melaka sebenarnya. Kenduri sepupu sebelah suami. Kelantan - Melaka, Jauh...dan tak berapa ada saudara mara yang dapat pergi. Mak ayah pengantin, dua-dua sakit dan tak dapat pergi.  Fikir punya fikir, Ok lah kita pergi.
Sampai KL dah 9 mlm. Kalau nak terus ke Melaka, tak tahu pukul berapa boleh sampai. Mestila sesat larat, mata mengantuk. Jadi, tidur je di KL. Lepas breakfast kenyang-kenyang esoknya, kami bertolak ke Melaka. Macam biasa 99% dibantu oleh Papago. Sekali sekala Waze mengambil peranan. Alhamdulillah sampai ke SK Ayer Jernih dengan jayanya. Lepas makan minum, bersembang dan bergambar sekeping dua, kami balik semula ke KL. Ada hal sikit. Esoknya,  kami bertolak ke Ipoh sebelum balik ke KB. Yang sadisnya tuan puan sekalian, takde langsung acara membeli belah. Yang ada hanya acara makan minum sahaja. Jadi, makcik tunjuk makanan je lah ya.


Yang paling special n meletop tidak lain tidak bukan
ikan bakar di Tasik Raban. Rasa nak bungkus bawa balik.

Pic bersama pengantin. 
Opsss tiba-tiba makcik jadi paling kecik. Sukaaaa.



Thursday, December 11, 2014

Kami

Masa Ain pergi kem minggu lepas, makcik kemas biliknya yang macam kapal pecah itu.
 Buang buku-buku dan baju-baju lama yang memang menyemakkan bilik.
Maka macam-macam benda yang makcik jumpa.
 Antaranya pic yang dia lukis masa tadika rasanya. 
Comel
Bukan ke kita bertiga sama gemuk.
Kenapa abah slim sangat???

Thursday, December 4, 2014

Lega

Kelmarin  3 Dis hari terakhir periksa SPM 2014. Kelegaan tahap nak melompat-lompat. Jadinya, makcik dah malas pergi sekolah dan dah malas nak fikir pasal sekolah. Nak cuti la jugak. Macam le sebelum ni tak cuti. Hehehe.
Kejap tadi makcik hantar Ain pergi kem Little khalifah di Besut. Biar le dia berkawan-kawan dan berdikari 3 hari ni. Lagi pun cuti-cuti ni mengadap internet  je kerjanya. Harap-harap takde la barang yang tertinggal. Makcik dah cakap siap-siap, "kalau tertinggal barang, umi tak gi ata doh"

Opss tiba-tiba ada pic orang bersanding.
29 Nov 2014.
Selamat Pengantin baru
Farihan & Ishak.
Semoga bahagia ke anak, cucu, cicit dan seterusnya.

Sunday, November 30, 2014

Alhamdulillah

26 Nov lepas, UPSR telah diumumkan. Tahniah kpd anak-anak yang mendapat 5A.  Yang kurang berjaya ,jangan bersedih hiba. Baru UPSR je pun. Tingkatkan usaha di alam persekolahan menengah nanti. InsyaAllah kejayaan cemerlang akan menjadi milik anak-anak semua.

Tahniah Ain. 
Semoga  terus mencapai kecemerlangan.

Monday, November 24, 2014

Melayan Ain

Sebenarnya dah lama dia minta nak membaking-baking. Sesuatu yang memang makcik fail dari dulu sampai sekarang. Tidak berminat dan tidak pernah berusaha untuk belajar. Zaman bujang dulu pernah jugak buat. Masa tu kalau tak buat sendiri, bukan senang nak dapat makan kek. Itu dulu, boleh la untuk makan sendiri. Sekarang, macam-macam jenis kek ada dan senang dapat. Kalau buat, belum tentu lagi jadi sebagaimana yang kita nak. Jadi, bagi  species  kurang rajin macam makcik ni, beli lagi bagus. Kuakuakua. 
Kelmarin, beria-ia  budak kecik tu nak masak kek. Dan makcik pun dah takde alasan nak bagi. Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim makcik redah je la. Jadi tak jadi belakang kira.

Dan inilah hasilnya . 
 Makcik dah cakap, kek kat kedai lagi sedap.
Ehhh...Rasa rajin pulak nak google resepi kek.  Apakah???
Sekian, tkasih.

Friday, November 21, 2014

Jemput Makan

Abaikan tajuk en3 yang langsung tidak sesuai. Walau apapun, musim-musim hujan ni, semua benda jadi sedap. Tak percaya? Masa hujan tengah lebat, cuba pergi masak atau goreng apa-apa kat dapur. Mesti tak sempat sejuk makanan di pinggan, semua dah licin.


Akhirnya

Setelah lalui suka, duka, ketawa, menangis, akhirnya sesi persekolahan 2014 telah berakhir. Kebanyakan warga pendidik telah boleh menarik nafas lega. Makcik belum lagi sebab SPM belum  berakhir. Selagi SPM belum berakhir, selagi itulah ada  urusan yang perlu dibuat. Walau apa pun, sedikit lega telah ada.

Berehatlah wahai guru....
Rungkaikan lelah mu menyemak buku.....
Bersantailah wahai guru.
Yang kering tekak me-laung suara menumpah ilmu.....
Rehlah lah wahai guru rehatkan kakimu dari lenguh berdiri mengajar ilmu dibuku.....

Waktu itu rehat kita terisi.....
Dengan rancangan misi
dan visi tahun yang menanti.....
Waktu itu rehat kita mencari.....
Inti buat mengajar lebih kreatif......
Waktu itu rehat kita mungkin terisi dengan kursus.....
Yang hadir emergency.....

Gembiralah para ibubapa.....
Jaga anak 24 jam yang ada.....
Perhatikan mereka agar
tiada jatuh dan luka......
Jangan dibiar menatap
TV dan komputer.....
Nanti malasnya ber-lemak bertimpa timpa.....
Sukarlah guru nak membakar kalorinya.....
Pantaulah disiplin saat bersama......
Agar tertib olah dan lakunya......
Isikan masanya
dgn perkara berguna.....
Ibadah dan solat tegaskan sentiasa......

Guru tiada sebulan lebih cuma.....
Awal tahun nanti 
kami sambut semula...... 

(dari WhatsApp kawan-kawan)

Monday, November 3, 2014

Selamat Berjuang

SPM 2014 sudah bermula. Hari ni kertas BM 1, PSV 1 dan BM 2. Doa makcik semoga anak-anak calon SPM dapat menjawab dengan tenang dan betul sebagaimana kehendak soalan. Datang awal, keluar bila tamat masa menjawab, baca soalan dengan teliti, itu ini, begitu begini, sudah berbuih makcik dan rakan-rakan guru berpesan. Semuanya untuk kejayaan anak-anak calon SPM.

Usaha, Doa, Tawakkal.

Tuesday, October 21, 2014

Air Dingin.

Untuk pengetahuan adik kakak sekalian (macam le ramai orang baca blog ni) Air Dingin adalah satu tempat yang terletak di Tumpat, Kelantan. Iaitu tempat asal nasi air dingin yang masyhur itu.  Makcik cakap masyhur sebab di KB ni, kebanyakan kedai makan dan kopitiam ada jual nasi ini. Di tepi-tepi jalan pun ada. Di tepi jalan sekitar Panji ni, rasanya 3 tempat ada jual nasi air dingin. Dan jangan tak tahu, tiap pagi nasi ini diterbangkan ke KL. Ianya dijual dengan siap berbungkus macam pic di bawah. Lauknya gulai kuning ikan tongkol atau gulai ayam dan sambal. Itu sahaja. Takde sayur, takde ulam tapi menjadi kegilaan ramai termasuklah makcik. Ok setakat ini sahaja. Makcik bukan duta nasi air dingin ye.


Untuk breakfast ye. Jangan le cari tengahari atau malam

Wednesday, October 15, 2014

Misi Gagal

Pagi tadi ada jamuan di bilik guru lelaki. Menu utamanya nasi Arab. Sedap...
 Tengahari, makan nasi goreng le pulak. Kawan sebilik bawak. Sedap. Katanya lupa, bilik guru lelaki dah ada jamuan. Dua kali nasi.
 Petang  makcik masak nasi Arab yang dibeli di sini. Sedap... terimakasih Irfa. 
Tiga kali nasi.

Inilah rupanya nasi yang makcik masak..
Eh, kuning ke? 
Nasi...nasi...nasi... memang gagal.
Uwaaa....

Tuesday, October 14, 2014

Sudah-Sudahlah tu

Tiba-tiba sentap.....
Kita pun bukannya sempurna dari setiap segi.
Mengaku atau tidak, kita pun ada salah silapnya jugak.
Ingat,
Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita.
Ada akal, fikir
Jangan hanya ikut nafsu.
Nanti, bukan orang je terbakar, dengan kita-kita terbakar.


OK
Jom makan....
Tiram ....Olalala



Thursday, September 18, 2014

Selepas Lebih Setahun

14 Sept lepas makcik perg KL selepas lebih setahun tak kesana. Amboi... macam le gi London nak cerita kat blog. Sebelum keluar rumah, tak tempah mana-mana bilik. Dalam kepala nak check in tempat biasa je. Tapi bila sampai luar Sunway Putra yg under renovation tu,  macam berserabut je nak duduk situ. Teringat kawan cakap Primiera pun OK. Jadi dipendekkan cerita makcik pun check in di Premiera.

2 malan di Premiera.
Luas, bersih, selesa.
TQ

Monday, September 15, 2014

Bila UPSR bocor

Makcik sangat kesian kepada cikgu. Banyak masalah yang akan ditanggung oleh mereka. Peperiksaan Sains dan ulangan BI akan diadakan pada 30 hb. Buka sekolah nanti, ada seminggu lebih lagi sebelum periksa. Murid-murid calon UPSR nak letak kat mana? Bilik darjah diorang dah jadi dewan. Kalau tak dijadikan dewan pun, mesti murid-murid lain dah ditempatkan di situ  Penyelesaiannya mungkin tutup balik dewan, jadikan kelas semula. Terpaksalah mengorbankan label meja yang sudah pasti akan rosak. Seminggu lebih lepas tu, kena susun semula dewan yang dah dijadikan kelas. Mesti cetak semula label meja dan tampal semula. Bunyi macam senang tapi bila diri sendiri yang buat, tahulah senang atau susah. Lebih-lebih lagi jika calon UPSRnya ramai.

Makcik sangat simpati kepada guru dan murid-murid terlibat. 
Mak bapak pun kesian jugak. 
Ain cakap cikgu dia menangis bila tahu UPSR bocor.

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan

Diadakan selepas waktu rehat hingga 2.00 petang pada hari khamis lepas. Selain ucapan, dipenuhi dengan macam-macam persembahan antaranya pertunjukan fesyen, nyanyian patriotik, sajak cerita pendek dan dikir barat. Harap-harap seluruh warga SMK Panji sentiasa menghayati erti kemerdekaan dan berusaha untuk menjadi warga negara yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.


Guru-guru dengan tema merah. 
Ramai lagi di belakang tapi barisan pertama je nampak.

Friday, September 12, 2014

Lupa Kejap Pasal UPSR Bocor

Olala sukanya.
Pagi tadi, makcik jumpa buah ni di pasar pagi. Terus teringat zaman kecil dulu. Masa tu buah ni banyak gunanya untuk ibu-ibu di dapur. Tapi sekarang ni susah nak jumpa. Maka makcik beli seringgit. Macam tak percaya bila makcik yang jual tu cakap selonggok 50 sen. Benda lain mana ada selonggok 50 sen. 

Tengahari tadi jadilah sambal seperti pic di bawah. Walaupun tak merah tapi pedas. Sedap.... bagi orang tua macam makcik ni. Makan pulak dengan nasi panas, uwaaaa mesti bertambah-tambah nasinya. Hahaha Ini dah lebih. Ok setakat ini dulu. Tkasih.

Thursday, September 11, 2014

Bocor Lagi

Kali ni Bahasa Inggeris.
Kalau subjek Sains, belum periksa dah tahu bocor, Bahasa Inggeris, lepas periksa baru diumum bocor.

Oh Malaysiaku......



Wednesday, September 10, 2014

Oh Tidak.....


Kertas UPSR bocor, peperiksaan ditunda 30 September. -Lembaga Peperiksaan 


Ingatkan esok dah boleh merdeka. Rupanya belum lagi ya anak-anak, cikgu-cikgu dan mak bapak sekelian. Kertas Sains bocor. Kita menjadi mangsa kerana wujudnya manusia yang tidak amanah dengan tugas yang dipertanggungjawabkan di atas bahunya. 

Kesian.... wujudnya manusia sebegitu rupa.

 

Saturday, September 6, 2014

UPSR Dah Dekat

Malam jumaat lepas ibu bapa dan guru solat hajat.
Hari ni pula majlis izin ilmu. Cikgu cakap, biasanya masa majlis izin ilmu tu murid_murid akan bawa pulut kuning.  Dan atas pulut kuning tu kalau boleh letakkan 5 kuntum  bunga telur. Cikgu cakap kalau boleh tapi bagi murid-murid tahun 6 SK Sering KALAU BOLEH = WAJIB. Biasalah... mereka akan paksa mak bapak masing-masing hingga dapat apa yang difahami wajib itu 
Maka tersrngihlah Ain bawa pulut ini pagi tadi

Tuesday, September 2, 2014

Hidup ini

1. Kita hanya hamba.

2. Banyak cakap, banyak salah.
Astaghfirullahal azim

2.Sebuah ketenangan
tidak mampu dibeli dengan wang ringgit, intan permata
-- mesti sabar, mesti redha, mesti syukur.

TQ

Monday, August 25, 2014

Hari Kedua

Peperiksaan Percubaan SPM 2014. 





Cepat le 7 Sept.
letih
TQ

Sunday, August 24, 2014

Cari Duit

Duit bukan segala-galanya.
Tapi rasanya semua setuju duit sangat penting
Orang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit.
Dan rasanya ramai yang setuju, bukan senang nak cari  duit.
Dari pagi sampai petang terpaksa berada di tempat kerja, tinggal anak, tinggal semua untuk dapatkan duit.
Selain drp itu, kena mengadap macam-macam jenis manusia dengan macam-macam  ragam.
Ingat senang ke?
Kadang-kadang kena marah lagi. Dah tua-tua kena marah. Fuhhh... tak sedih ke.
Pendek kata, marah, sedih, kecewa semuanya boleh rasa di tempat kerja.
Memang betul...tak senang nak cari duit.
Lagi tension
Jika kerja kita, orang ngaku kerja dia
Salah orang, dia kata salah kita.
Walau apapun, banyakkan berdoa agar dikurniakan boss  yang baik, rakan sekerja yang baik dan dimudahkan segala urusan kerja kita. Dan semoga kerja buat kita bukan setakat untuk cari duit tetapi untuk mencari pahala. Ameen



Alhamdulillah boss makcik baik dan rakan sekerja pun baik2. Syukur.


Saturday, August 23, 2014

Rezeki

Tiap hari atau acapkali kita berdoa supaya dimurahkan razeki.
Dan ramai yang hanya terbayang rezeki adalah duit.
Sebenarnya..
Rezeki bukan hanya wang ringgit.
Ada macam-macam bentuk rezeki
Kesihatan, keselamatan, ketenangan juga rezeki.
 Anak pun rezeki.
Yang berjaya dan boleh "ditumpang" pun rezeki
Kalau dah nama rezeki
Kita mesti berusaha dan berdoa untuk memperolehinya.
Selebihnya kita mesti berserah kepada Yang Maha Esa.
Dapat atau tidak
Atau banyak mana kita dapat
Itu semua ketentuanNya.

Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung.
Dengan izinNya
Akan ada pertolongan dan rezeki dari jalan-jalan yang tidak pernah kita jangka.

Saturday, August 16, 2014

Alahai Tukang Jahit

Kalau tak silap, dua bulan sebelum Ramadhan baru ni makcik hantar 2 pasang kain kepada seorang tukang jahit.Bukan bagi kat dia, makcik nak suruh dia jahit. First time hantar kepadanya sebab tukang jahit lama lambat siap. Harapnya tukang jahit baru ni boleh jahit cepat. Dalam hati, bila siap 2 pasang tu bolehlah hantar yang baru untuk dijadikan baju raya. Tunggu punya tunggu (dia janji bila siap dia akan pesan kpd seorang kenalan) sampai sekarang belum siap. Lebih teruk dari tukang jahit lama. Menyesal hantar.
Dalam tempoh tersebut makcik ada hantar beberapa pasang kain kpd tukang jahit berbangsa cina. Punya la cepat dia menjahit. Tiga empat hari dah siap. Masalahnya pula, harganya tinggi melampau-lampau. Memang mencekik darah, mencekik leher.Uwaaaa......

Friday, August 15, 2014

Lagi Jamuan Raya

Rabu lepas kami di bilik periksa buat jamuan raya. Jadi pada hari kejadian, boleh dikatakan 99% warga Panji makan-makan, minum-minum di bilik periksa. Sebelum orang datang haruslah tuan rumah makan dulu. Tengoklah yang bertudung merah tu. Makan tak ingat dunia. Terimakasih kepada yang sudi datang. Ada rezeki kita buat lagi.

 Khamisnya pula (betul ke ayat?), sambutan raya peringkat sekolah. Yang ni memang besar-besaran. Meriah yang amat Diadakan di dewan  dengan setiap kelas mempunyai meja masing-masing. Mewahnya makanan sampai tak termakan. Alhamdulillah.

Sunday, August 3, 2014

Murah...Murah....5 Rial 3 Kg.

Buah kegemaran makcik nih. Sedappp.
Dan yang bestnya, harganya seperti tajuk en3. 5 rial 3 kg aka RM5/3 kg. Alhamdulillah murah sangat-sangat. Beli RM5 boleh makan tiga empat hari. Suka....

Thursday, July 31, 2014

Raya ke4 1435

Punyalah berzaman tak update blog. Betul le berzaman, sekarang dah masuk zaman selfie. Atas bangunan selfie, atas pokok selfie, dalam bilik air memang tempat orang selfie. Kelakar pun ada. Oklah... makcik bukan nak sembang pasal selfie. Makcik tak minat selfie selfie nih. Makcik nak cerita pasal hariraya yang dah masuk hari ke4. Terimakasih kpd yang berkunjung dari jauh dan dekat. Semoga tak serik beraya di rumah makcik.
Yang tak bestnya, puasa sebulan  haritu berat turun sekilo dua. Hari ni, baru raya ke4, keberatannya dah  naik berkilo kilo.Sedihhh makcik. Ke....penimbang ni rosak???? Hehehe redha jelah.
Dalam berseronok raya sana raya sini,  jangan lupa doakan saudara kita di GAZA.
Harini dah khamis, Ahad ni sekolah buka. Cepatnya masa berlalu.Lepas ni periksa kecik besar semua ada. Dan yang mendebarkan, Ain dengan UPSRnya.  Semoga kejayaan cemerlang menjadi miliknya. Ameen.



Sunday, July 6, 2014

Kalau Pun Kita Punya Kuasa

Ingat
Si daif, lemah pun punya perasaan
^^
O
V
V
Apa pun
Terima kasih di atas segala-galanya.
Aku dah tahu yang mana putih, yang mana kelabu.
Dan dimana aku

Tuesday, July 1, 2014

Alahai

Makcik dah macam tak reti mengurus masa.
Banyak kerja tak siap dan banyak benda yang tidak terurus.

Monday, June 30, 2014

Silap Perkiraan

Selama ini makcik rasa rumah makcik selamat untuk makcik sekeluarga dan harta benda kami. Tapi sangkaan tersebut ternyata salah kerana khamis lepas 26  Jun rumah makcik telah dipecah masuk dan banyak barang kami telah lesap. Kejadian berlaku disiang hari semasa kami semua keluar ke sekolah. Perasaan??? Bercampur baur. Sedih pun ada sebab banyak barang kesayangan telah lesap. Bila bersembang di sekolah, rupanya ramai kawan-kawan telah mengalami nasib yang sama malah ada yang telah mengalaminya berulang kali. 
Kalau rumah sendiri tak selamat, luar rumah lagilah tak selamat. Jadi, kawan-kawan semua, sentiasalah berwaspada menjaga keselamatan ahli keluarga dan harta benda kita. 
Jangan lupa kunci rumah 24 jam sehari semalam.

Saturday, June 21, 2014

Opsss...

Makan lagi
Patut le gemuk. asyik makan je.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, June 18, 2014

Lawatan Anak-Anak Cik Kiah

Kelmarin, Ain ikut lawatan ke MRSM Tumpat. . Sept ni  kan UPSR. Nak menaikkan semangat  utk belajar la tu. Tkasih kepada cikgu-cikgu SK Sering diatas usaha dan pengorbanan untuk meningkatkan kecemerlangan murid-murid. (Extra class memanjanggg...langsung takde cuti)
Selepas lawatan ke MRSM, anak-anak Cik Kiah dibawa ke Pengkalan Kubur. Makcik tanya Ain: "buat gapo gi kalakubur?" Cepat je dia jawab: "shopping la" 
Dan petang kelmarin, dia bawa balik dua helai baju. 

Sekali Sekala Bernadwah

Cerita kelmarin.
Bersama seorang lagi guru pengiring, makcik bawa 10 orang pelajar  menyertai nadwah qiyadi   peringkat negeri Kelantan bertempat di Balai Islam, Lundang. Terimakasih kepada  pihak YADIM, kerajaan negeri Kelantan, TV Al Hijrah dan semua agenci yang terlibat. Banyak ilmu/info berguna untuk para peserta yang terdiri daripada pemimpin pelajar.
Dari 8.00 pg hingga 5.30 ptg. 
Lenguh belakang makcik.....

Sunday, June 15, 2014

Lebatnya Kurma Di Kota Bharu

Teruja yang amat bila melihat pokok-pokpk kurma yang lebat berbuah. Bukan di negara Arab tapi  di Bulatan Tuan Padang, tengah bandar Kota Bharu. Lepas ni bolehlah kita cuba menanam pokok kurma.
Kak Timah, Kak Kiah, jom kita semai biji kurma.

Tuesday, June 10, 2014

Ain Dan Kelas Berenang

Kalau tak silap makcik, Ain mula belajar berenang pada  bulan   Mei 2013. Alhamdulillah sekarang dah boleh berkuak lentang, berkupu-kupu dan  berkuak dada/katak. Kalau dulu, mahir gaya bebas pun dah syukur. Sekarang, kalau boleh  taknak le pandai berenang je, biarlah boleh menyelamat. Amboi....amboi.... itu impian maknya.


Monday, June 9, 2014

Bil Terkini - RM446.32

Masih belum jumpa jln utk menjimatkan elektrik. Nak berlilin ke, macam mana nih? Sambil fikir, kita makan buah kuinin (betul ke eja) dulu. Tapi kan, harapkan bau je semerbak satu rumah. Kupas sebiji berulat, kupas sebiji berulat. Lastnya seplastik buah tu, ini je yang dapat.  Betul le kata orang,  yang elok berkilat di luar, belum tentu lagi di dalamnya elok. Menyakitkan hati je . Kalau penjual kabor siap-siap buah ni berulat, takpe la jugak. Sejuk jugak hati.
Kedekut benor orang yang mengupasnya pun. Yang ijau tu pun tak dikupas abes. Sebenornya nak marahkan bil  ekektrik. Semua benda dah jadi tak betoi. Eeeeee makan je lah... Nasib baik manis.

Tuesday, June 3, 2014

Breakfast Dulu

Sambil tanda kertas periksa budak-budak ribenna yang jawab entah apa-apa nih, terasa lapar pulak. Buka peti ais, ini je yang boleh dimakan paling cepat aka tak perlu masak atau panaskan. Dasar pemalas..... Jadilah ye.  Tengahari nanti kita cari le apa-apa yang patut. Boleh ke tunggu sampai tengahari? Tengok keadaan. Hehehe

Malam tadi makcik terserempak dengan benda ni. Dah ada depan mata, rugi le kalau tak makan. Kan???  Tak perlu pergi Korea nak makan Chim chum.

Yang ni pulak, malam bila ye? pura-pura tak ingat, terserempak pulak dengan benda ni. Makan jugakkk. Mau tak makan, udangnya bergelimpangan. Sedap.

Cukup-cukuplah ya. Asyik tunjuk pic makanan je. Macam takde benda lajn nak kongsi kat sini. Walau apa pun, inilah antara cara makcik nak menghiburkan hati dek penerbangan keluar Kelantan tertunda hingga ke satu tarikh yang makcik pun tak tahu bila.

Ok, sambung tanda kertas periksa. 

Saturday, May 31, 2014

Wednesday, May 28, 2014

Makan-Makan





Tak dapat  jalan-jalan, kita makan-makan je la. Tapi bukanlah  semuanya ni sekali makan. Kalau sekali makan, mau meletup perut makcik yang dah sedia penuh ni. Terkini,  mee ketam. Sedap....  makcik pernah try masak kat rumah  Tak menjadi aka tak sedap. Makcik rasa dua  beranak ni pun makan sekadar nak ambil hati makcik je. Hehehe nasib le.


Thursday, May 22, 2014

Hari Guru

Ahad 18 Mei - Sambutan peringkat sekolah.
Macam biasa ada acara  padang dan acara dewan.
Serta acara makan-makan juga. 
 Kemudian diteruskan pula dengan majlis persaraan seorang guru SMK Panji.
Geng makcik kiah posing pada hari kejadian.

Friday, May 16, 2014

Saturday, May 3, 2014

Kenapa?

Pahala dimana-mana
Pelbagai cara
Kenapa  masih sengaja nak menyelitkan dosa?

Kita hidup tidak lama






Saturday, April 26, 2014

Menumpang

Cerita khamis lepas
Sebelum 3.30 makcik dah menunggu Ain depan sekolahnya. Bila dia masuk kereta,  terus ditanya boleh ke tidak kawannya nak tumpang. Dipendekkan cerita, maka kawannya (makcik namakan Linda-tak ingat nama sebenar) itu pun tumpanglah makcik. Makcik pun meluncur di jalan biasa yang makcik lalu tiap-tiap hari. Tiba-tiba Ain menjerit, bukan ikut sini, jalan sana. Eh... tadi kata nak tumpang. Ya tapi rumah Linda jalan sana. Makcik pun berpatah balik melalui jalan yang  makin lama  makin kecik. Jauh la jugak sehinggalah kami bertembung dengan kakak Linda yang memang nak jemput Linda di sekolah. Makcik pun menurunkan Linda di situ. Cari tempat untuk u-turn dan meluncur balik.

Apa la motif en3 ni? 
Nak ceritanya di sini, itu bukan menumpang namanya. 
Sepatutnya Ain cakap, boleh ke ummi hantar Linda balik rumah? 
Kan???

en3 macam takde kerja.

Friday, April 25, 2014

Jumaat Yang......

Lepas hantar Ain sekolah, gi pasar,
Balik, masih awal tapi terus masak.
Masak  masak  masak sampai terpegang periuk panas.

Takde mood nak bercerita panjang.
 Jomlah makan mangga.
Sedap sebab fresh n free.

Sekian, Tkasih.