Wednesday, June 29, 2011

Maaf....Bukan Niat Untuk Mentertawa

Tadi, masa tengah tengok budak-budak buat kerja dalam kelas, makcik tersengih-sengih seorang diri. Dah sedaya upaya cuba ditahan tapi memang tak boleh. Tetap mau tersengih-sengih jugak.....Akhirnya makcik tutup mulut yang asyik nak tersengih ini supaya tidak dilihat oleh anak-anak murid.

Makcik nak cerita di sini apa yang membuatkan makcik asyik nak tersengih tadi. Mudah-mudahan ibu-ibu yang terbaca en3 ini dapat mengambil pengajaran. Jangan hanya menitik beratkan subjek-subjek UPSR sahaja (kalau anak sek rendah) Subjek-subjek yang tak masuk dalam UPSR pun sama pentingnya dan perlu diberi perhatian.

Ceritanya berlaku dua hari lepas.
Ain : Ummi, ada sorang kawan kelas Ain tu, tiap kali periksa mesti dapat no last, no 50.
Dia tak pandai baca jawi. Tadi, Ain tengok kertas jawapan dia.
Ummi : Kenapa Ain tengok jawapan dia pulak?
Ain : Masa tu semua orang dah hantar kertas jawapan. Ain tengok atas meja cikgu. Masa tu cikgu takde, cikgu keluar kejap.
Ain terus bercerita : Soalannya begini. Tulis Betul atau Salah bagi kenyataan berikut.
Pastu ada kenyataan : Kita mesti melayan tetamu dengan baik.
Ummi tahu tak apa jawapan dia?
Ummi : Mana le ummi tahu.
Ain : Kita kena tulis betul atau salah pada kenyataan tu. Ummi nak tahu dia jawab apa.
Dia jawab..... ATAU.
Ummi : Kahkahkah. Langsung tak terfikir ada anak-anak kita boleh memberi jawapan ATAU. Kesiannya....

Saturday, June 25, 2011

Tip Menangani Tekanan

  • Ambil wuduk
  • Berdoa
  • Baca Quran
  • Solat sunat
  • Menangis sepuas hati
  • Aktiviti luar
  • Bersangka baik dgn Allah

Thursday, June 16, 2011

Aturan Hidup

Sehari dua ni tak berapa segar. Panas muka, sumbat hidung, gatal tekak, gatal telinga campur batuk sikit. Malam ni pulak kena tidur di sekolah. Uwaaa...... Mudah-mudahan kanak-kanak ribenna yang menyertai Qiamullail malam ni takde yang tidak "bejurus" melainkan "bejurus" belaka-belakanya.

Cikgu BM... maaf.

Sunday, June 5, 2011

@ Makkah Al Mukarramah

sampai mlm tadi setelah tiga mlm berada di madinah.
cuaca agak panas.
jemaah umrah sgt ramai. mcm musim haji.
alhamdulillah kami suami isteri sihat walafiat.