Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, July 7, 2018

Jamuan Lagi

Olalala. Seronok dapat makan.
Kali ni hanya bersama kaum ibu. Masih lagi dibawah tajuk meraikan guru yang bersara. 
Jeles wei. Bila pula akan sampai giliran makcik???



Wednesday, September 30, 2015

Makan-makan


Sup Keting bandar Enstek tengah berasap

Satay Willy, Nilai
Biasa-biasa je pada makcik.

Makan-makan di N9. Tapi tak ingat bila. Dah tua-tua ni banyak benar yang lupa. Kadang-kadang dah buka peti sejuk, eh lupa pulak nak ambil apa. Redha je.
Beralih kepada cerita sekolah, cuti pertengahan penggal kedua dah berakhir, Sekejap je dah habis seminggu. Kita tunggu hujung tahun la pulak untuk bermeriah-meriah ngan sanak saudara. Lagi seminggu lebih, akan bermula PT3 dan sebulan  lagi SPM pula bakal menyusul. Untuk anak-anak PT3 dan SPM, guna masa sebaik mungkin. Belajar jangan tak belajar.


Usah diharap padi di seberang!!!

Friday, May 22, 2015

Jadi Orang Pahang Kejap

Pagi Jumaat yang ceria.
Bersemangat makcik petik belimbing buluh.
Jangan tak tahu, sejak dua menjak nih, sambal hitam  sentiasa bermain di fikiran. 
Tak pernah makan tapi sangat teringin nak mencubanya. 
 Dah google resepi, takdelah rumit sangat, cuma ambik masa lama je.
 Caranya, dah siap basuh belimbing, rebus je lah.
Jangan masukkan air sebab jusnya nanti akan keluar dgn banyak. 
Berjam-jam lah jugak nak tunggu kering.





Bila dah jadi pes sepeti di atas, simpan dalam peti ais.
 Boleh guna bila-bila masa diperlukan.
Hari ni, bilis dan cabai burung takde dalam stok, jadi lain kali lah kita bersambal hitam ya. 
Pesnya dah ada, nak mengadun sambal tu rasanya senang je.
 Berlagak tak ingat kau...
Kalah orang Pahang.


Sunday, May 3, 2015

Ke Bagan Lalang Pulak Kita

Berhujung minggu di n 9 lagi. 
Petang jumaat, sepupu menelefon ngajak keluar makan di Bagan Lalang. Makcik kabor tak payah le, nyusahkan dia je dengan anak-anak kecik. ( Satu hal lagi, makcik  dah janji ngan ain nak keluar mkn kambing bakar. Yang ni idak le teman kabor ngan sepupu ) Tapi bila dia beria-ia mengajak, makcik pun bersetuju la mengikut ke Bagan Lalang. Pukul 8 lebih baru bertolak sebab sepupu dari Seremban  Dipendekkan cerita, bila sampai di kedai yang dituju; kalau tak silap Senandung Malam Seafood namanya, punya la ramai manusia. Terpaksa menunggu dan lama jugaklah berdiri sebelum berjaya dapat meja. Terserempak pulak dengan jiran sekampung. Katanya dah sejam  dia menunggu, tak dapat-dapat lagi makanannya. Tapi memang ramai bebenor orangnya pun.  Akhirnya, selepas dua kali sepupu terpaksa membeli mainan untuk anaknya di kedai sebelah, barulah kami dapat  makanan.
Inilah rupanya.
Siakap 3 rasa memang A. Sangat sedap.
Yang lain-lain tu sedap jugak, tapi tak capai tahap A di tekak makcik
 Walau apa pun, Alhamdulillah, syukur.

Oppssss, ada satu yang tak syok. Kenapa diorang guna gelas plastik????


sepupu, terima kasih daun keladi.

Friday, January 23, 2015

Baruku Tahu Namamu

Pagi ni,  jumaat macam biasa makcik pergi pasar. Hari wajib masak la katakan. Masa melilau-lilau tengok sana sini tu, ternampak makhluk macam pic di bawah. Tanya en suami, dia pun tak tahu nama apa. Sayup-sayup makcik terdengar orang sebut shell. Diringkaskan cerita, makcik beli sekilo. Balik rumah, nak masak apa dengan shell nih? Seumur hidup tak pernah makan. Jadi, tak tahu apa rasa. Kenyal ke, lembut ke kamu ni shell.  Sebelum ni pernah tengok tapi tak pernah terbuka hati nak beli. Hari ni entah apa sebabnya, cepat je berkenan. Dipendekkan cerita lagi, makcik campur je dalam sayur. Kalau kenyal/keras macam getah pemadam, kita masih lagi boleh makan sayurnya. Kan????  Bila dah masak, rupa-rupanya amatlah sedap benda nih. 
Lepas siap bersilat di dapur, dengan semangatnya makcik tanya pakcik google apakenamanya nih. Rupa-rupanya kekapis namanya ya anak-anak.

Selepas masak
Isinya putih gebu, lembut. Emmmm sedappp

Friday, November 21, 2014

Jemput Makan

Abaikan tajuk en3 yang langsung tidak sesuai. Walau apapun, musim-musim hujan ni, semua benda jadi sedap. Tak percaya? Masa hujan tengah lebat, cuba pergi masak atau goreng apa-apa kat dapur. Mesti tak sempat sejuk makanan di pinggan, semua dah licin.


Tuesday, October 21, 2014

Air Dingin.

Untuk pengetahuan adik kakak sekalian (macam le ramai orang baca blog ni) Air Dingin adalah satu tempat yang terletak di Tumpat, Kelantan. Iaitu tempat asal nasi air dingin yang masyhur itu.  Makcik cakap masyhur sebab di KB ni, kebanyakan kedai makan dan kopitiam ada jual nasi ini. Di tepi-tepi jalan pun ada. Di tepi jalan sekitar Panji ni, rasanya 3 tempat ada jual nasi air dingin. Dan jangan tak tahu, tiap pagi nasi ini diterbangkan ke KL. Ianya dijual dengan siap berbungkus macam pic di bawah. Lauknya gulai kuning ikan tongkol atau gulai ayam dan sambal. Itu sahaja. Takde sayur, takde ulam tapi menjadi kegilaan ramai termasuklah makcik. Ok setakat ini sahaja. Makcik bukan duta nasi air dingin ye.


Untuk breakfast ye. Jangan le cari tengahari atau malam

Wednesday, October 15, 2014

Misi Gagal

Pagi tadi ada jamuan di bilik guru lelaki. Menu utamanya nasi Arab. Sedap...
 Tengahari, makan nasi goreng le pulak. Kawan sebilik bawak. Sedap. Katanya lupa, bilik guru lelaki dah ada jamuan. Dua kali nasi.
 Petang  makcik masak nasi Arab yang dibeli di sini. Sedap... terimakasih Irfa. 
Tiga kali nasi.

Inilah rupanya nasi yang makcik masak..
Eh, kuning ke? 
Nasi...nasi...nasi... memang gagal.
Uwaaa....

Saturday, June 21, 2014

Opsss...

Makan lagi
Patut le gemuk. asyik makan je.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 28, 2014

Makan-Makan





Tak dapat  jalan-jalan, kita makan-makan je la. Tapi bukanlah  semuanya ni sekali makan. Kalau sekali makan, mau meletup perut makcik yang dah sedia penuh ni. Terkini,  mee ketam. Sedap....  makcik pernah try masak kat rumah  Tak menjadi aka tak sedap. Makcik rasa dua  beranak ni pun makan sekadar nak ambil hati makcik je. Hehehe nasib le.


Monday, March 31, 2014

Sup Ikan Teh Tarik Madu

 Akhirnya....


 Sup ikan + Teh Tarik Madu Pak Mat
Medan Ikan Bakar Kedai Buluh (Dulu Pulau Pisang), Kota Bharu.

Masa ikan yang sedap tahap 10 bintang tu sampai, Pak Mat datang bersembang. Nak ambil gambar, termalu le pulak. Jadi, terpaksa makan perlahan-lahan. Bila dia dah habis sembang, ikan pun dah tinggal separuh. Baru tak malu nak ambil gambar. Hehehe
Nak tahu lebih lanjut mengenai kedai makan ni, googlelah sendiri ya. Dah berlambak cerita pasal kedai Pak Mat ni.
Sekian.
Nak pergi lagi..... please!!!

Saturday, August 10, 2013

Yang Dibimbangi


Akhir Ramadhan
-3
Tiba Syawal
+3
Bila dah jumpa
 +3 lagi
Uwaaa.....

Tuesday, July 23, 2013

Penyelesaian Kepada Ikan-ikan Lama.

Ikan lama dalam peti ais? Biasala kan.Tuannya tak berapa rajin nak masak. Hehehe  Masa beli dulu memang segar tapi bila dah tersimpan lama, kurang sedaplah pulak untuk dimasak goreng, bakar, gulai dan sebagainya. Jadi, apa yang makcik lakukan dengan ikan-ikan tersebut adalah sebagaimana pic di atas. Senang dan sedap. Caranya, kupas bawang merah dalam tiga empat ulas, bawang putih seulas dua, Kemudian tumbuk  halus bersama sebiji dua lada masak.Sesiapa yang suka pedas, boleh tambah lada burung.  Kemudian tumbuk juga ikan-ikan tadi setelah dibuang semua tulang-tulangnya. Gaul semua bahan yang ditumbuk tadi dan perasakan dengan sedikit garam dan daun kesum yang dipotong halus. Lepas tu kepal-kepalkan mengikut bentuk yang disukai dan sedia untuk digoreng.  
Kalau digandingkan dengan nasi kerabu, lagi sedap.

Tuesday, July 16, 2013

Nasi Goreng Satu...

Baru minggu pertama puasa, makcik dah takde idea nak masak apa untuk sahur. Bila tanya makcik kecik, senang je dia jawab. Nasi goreng lah ummi. Maka jadilah nasi goreng untuk bersahur pagi tadi.
 Weeeh.. Dah lewat. Makcik belum bersiap nak gi sekolah. OK  makcik pergi dulu.

Friday, July 5, 2013

Nak Nangis Rasanya

Hehehe macam la ada orang kisah kalau makcik menangis. Alkisahnya balik dari sekolah khamis lepas. makcik ke Perak. Ada hal sikit.Dalam perjalanan tu, dah teringat-ingat nak singgah makan ikan bakar di Tasik Banding. Tup tup bila sampai Banding, restoran tu dah tutup. Rupanya malam tak buka. Sangat kuciwa di situ. Dipendekkan cerita, dalam perjalanan balik tadi dengan gembiranya makcik dapat menjamu selera dengan ikan bakar yang super sedap di restoran tersebut. Orang yang tengah bakar ikan tu tanya : Nak makan berapa orang? Jawapannya mestilah 2.(Ain tinggal, tak datang) Dia tanya: Habis ke? Besar ni. Jawapannya: Habissss. Punya la tamak. Tapi serius makcik cakap : Sedaaaapnya. Rasa nak nangis. Alhamdulillah.

 Ikan bakar bersama gandingan yang makcik pilih. Ulam, lala dan sambal kicap.


Sunday, June 30, 2013

Kenapa Ya?

Cuti 3 hari dah habis.
Dah buat macam-macam.
Tapi takdak mood nak update kat sini. 




Sekian terima kasih.

Saturday, March 9, 2013

Terbaik

Sabtu 
Rajin pulak hari ni nak update pasal  masak-masak.
Bukan special pun. Hanya tomyam, ikan kukus dan telur dadar. 
Itu je yg makcik masak lepas balik sekolah  tengahari tadi.
Petang, iron kain baju hingga kosong raga kain. Sukanyaaa.



Saturday, March 2, 2013

Asyik Makan Je

Dlm perjalanan balik dari kelas taekwando sekejap  tadi ( tahun ni ain mula belajar taekwando. Bak kata abahnya, belajarlah silat ke, taekwando ke, asalkan belajar ) Ain kelaparan walaupun pagi tadi dah pekena sebungkus laksa. Disuruh makan nasi, taknak. Dimintanya lempeng. Hehehe kacang je. Gulai lebih mlm tadi ada lagi dlm peti ais. Cicah ngan lempeng, sedap jugak. Maka makcik pun masak 5 keping lempeng untuk santapan seisi keluarga. ओह कितना अच्छा.मैं जानता हूँ कि कैसे पेनकेक्स बनाने के लिए Maksudnya: Oh sedapnya. Pandai saya buat lempeng. Hehehe





Thursday, February 28, 2013

Lentok Si Ikan Bakar

Hujan macam nak banjir je, sejuk
Maka peyut pun macam tak kenyang-kenyang je
Lalu apa lagi yang lebih sedap selain makan dan makan. Pastu tidur. 

lentok comel si ikan bakar.
Sangat menggoda.



Dah banjir la....