Thursday, July 31, 2008

3X Sehari

Petang tadi bermula satu program utk pelajar lelaki 5 Sns, 5KJ, 5A, 5B dan 5C.
Jadi, kelas tambahan dibatalkan (suka ke??)
Lepas taklimat guru, terus balik rumah.
Jam 6 ptg terpacak semula kat sekolah.
Pukul 7 lebih balik rumah
Dan pergi ke sekolah semula pada pukul 9 mlm.
Kat sekolah ada cikgu bawak pulut durian
Tapi cp tak pernah berminat ngan makanan itu.
Pukul 11 mlm berdesup balik.
Memberanikan diri dalam ketakutan. Hehehe
Sempat buat n3 ini sebelum cari bantal.


Tuesday, July 29, 2008

Tolonggg


Hari ni sehari suntuk berkursus
Padat yang amat
Sampai batu jemala jadi tepu

Saturday, July 26, 2008

Sekolah Ganti

Makcik-makcik, pakcik-pakcik kakak-kakak dan adik-adik dah habis ke belum mengganti puasa yang ditinggalkan tahun lepas? Kalau belum langsai, jangan buat-buat lupa untuk menggantikannya kerana Ramadhan dah semakin hampir. Cerita bab ganti mengganti ini, hari ni kebanyakan sekolah dah mula belajar hari Sabtu untuk mengganti cuti hariraya nanti.


Antara Aktiviti hari ini
Sebahagian pelajar khusuk menyiapkan tugasan yang diberi

Antara hasilnya

Hutang Combi

Ada orang perasan slim. Hehehe

Friday, July 25, 2008

Jamuan Perpisahan

CP tengah kekenyangan kerana baru balik dinner sempena perpindahan Puan Pengetua, PK Hem dan Guru Kanan Sains Sosial SMK Panji. Kenyang perut senang hati.......... Bestnye kalau esok cuti.



Esok kita sekolah. Ganti untuk cuti hariraya.. .. dapat le raya lama sikit.

Bukan Sebarang Goreng Pisang

Pisang goreng pun tempek kat blog. Takde cerita lain ke? Tapi kan, cuba Combi dan puan-puan perhati betul-betul. Sama tak dengan goreng pisang yang biasa anda goreng atau beli. CP memang tak reti goreng pisang dan tiap kali goreng,tak pernah jadi rangup seperti ini. Jadi, setiap kali CP ke rumah MIL, CP tidak ketinggalan beli pisang goreng ini. Sedap....

Oh anak muridku

Aku bagi result exam kepada maknya.
Maknya khusyuk memerhati.
Anaknya membatu di sebelah.
Muka maknya berkerut kerana tak puashati.
Satu keputusan yang teruk dan paling tercorot.
Aku minta maknya pastikan anaknya ini juga belajar semasa di rumah.
Aku minta anak muridku ini bawa buku, buat kerja sekolah, belajar a.k.a bagi tumpuan masa cikgu mengajar. Sebenarnya dah berbuih mulut cikgu cakap sebelum ni.
Aku beritahu maknya, anaknya ini malas belajar, selalu tak bawa buku dan tak buat kerja yang disuruh.
Maknya cakap di rumah pun dia tak belajar walaupun disuruh.
Bla...bla....bla.... mereka pun beredar.

Lebih kurang 20 minit kemudian, maknya datang balik.
Menangis-nangis
Katanya kecewa sangat dengan anaknya
Lepas ni tak nak bagi motosikal, nak suruh naik basikal je ke sekolah
Bla...bla...bla
Maknya suruh aku dan cikgu-cikgu buatlah apa saja untuk kebaikan anaknya asalkan tidak cedera.
Aku lihat di satu sudut bilik darjah, anak muridku juga sedang menangis


Satu perkara yg boleh dipuji mengenai anak muridku ini.
Cakaplah apa saja, dia tak marah dan hanya tersengihhh je

Wednesday, July 23, 2008

Tak Sedap Badan

Letihnya.....
Padahal tiada kerja lebih yang melebihi daripada hari-hari biasa.
Seawal 7.30 dah ada kelas dan 1 jam 20 m itu terasa amat lama.
Jam 10.30 pagi ada majlis konsultasi kali ke2 bersama pelajar form 5 dan ibubapa masing-masing. Majlis bermula dengan siri ucapan oleh Puan Pengetua dan YDP PIBG, pembahagian hadiah kepada pelajar cemerlang dan berakhir dengan penyerahan slip peperiksaan pertengahan tahun serta sesi rundingcara. Ada lagi... lepas rundingcara, ada jamuan.
Berpeluh-peluh CP dikerumuni ibubapa yang tak sabar-sabar ingin mendapatkan slip peperiksaan anak masing-masing. Nasib baik ada cikgu yang membantu. Terimakasih Kak Na.
Laporan ini tanpa gambar kerana CP dalam mood yang kurang memberangsangkan.



Berita gembira....Semalam CP dapat cucu ketiga.

Tuesday, July 22, 2008

Kena Cium

Pagi tadi ada penggambaran guru-guru dan kakitangan SMK Panji.
Lepas waktu sekolah, ada taklimat untuk Majlis Perpisahan Puan Pengetua.
Semasa sesi soal jawab berlangsung, CP menyusup keluar dari bilik taklimat kerana pada pukul 3.00 - 5.00 ada kelas tambahan menggantikan seorang guru lain yang ada hal ( baru minta CP menggantikannya tengahari tadi). Jadi, CP mesti mengambil
si kecil montelku ini dari tadika dan menghantarnya pulang ( rumah mak) sebelum CP balik semula ke sekolah untuk tugasan kelas tambahan itu.

Selepas kelam kabut menyiapkan apa yang patut, CP bergegas ke sekolah. Tiba-tiba... sterika off ke tak? Off ke tak? Untuk lebih selamat, CP berpatah balik.

Dalam perjalanan kali kedua untuk ke sekolah tengahari tadi, seperti biasa CP melalui jalan kecil yang nyaman dengan rimbunan pokok buah-buahan dan hutan belantara kecil sebelum keluar ke jalanraya. Tiba-tiba sebuah motosikal meluncur laju memasuki lorong tersebut dan tanpa sempat CP mengelak, aikk... dia mencium rakus mr blue kesayanganku . CP hanya sempat menekan brek dan melihat motosikal lawanku melintang jalan yang kecil itu. Perlahan-lahan CP turun. Tanya sakit ke tak? Dia cakap takde apa-apa. CP meninjau bahagian hadapan. Uwa...pecah mata mr blue.

Monday, July 21, 2008

Sunday, July 20, 2008

Merapu Petang Ahad

Petang tadi Cp bantai tidur
Walaupun beberapa kali dikejutkan Ain yg melapor / meminta itu dan ini
Tetap lena walaupun tahu tidak baik tidur hingga senja
Bila bangun, cuaca gelap gelita
Dan setelah beberapa ketika hujan turun mencurah-curah
Lebat....
Teringat zaman kecik-kecik dulu,
Ubi kayu, ubi keladi, keledek dan kuncu-kuncunya amat sinonim dgn cuaca sebegini
Anak-anak tidak melepaskan peluang berkejaran mandi hujan
Kini, banyak perkara telah berubah
Suasana berubah, selera pun berubah
** Masa dok KL / Perak dulu, tiap kali hujan (waktu petang terutamanya), hati rasa sayu. Rasa macam kehilangan, kosong... sungguh tak sedap

Friday, July 18, 2008

Itu Pun Nak Marah?

Pagi tadi, dalam perjalanan ke sebuah rumah di Pasir Putih, saya terdesak untuk membeli sehelai kain batik. Tapi disebabkan kebiasaan hanya kain pelikat yang siap berjahit, maka saya terpaksa membeli kain pelikat. Kebetulan saya melalui satu kawasan pasar minggu. Jadi, saya meluru ke sebuah gerai yang paling hampir. Dua orang muda sedang mengeluar dan menyusun segala macam kain dan pakaian di gerai tersebut.

CP : Kain pelikat ada ke?
Peniaga : Ada. Nak hak lagu mana?
CP : Emm...hak biasa je.

Peniaga muda itu menghulurkan beberapa helai kain pelikat kepada saya dan menyusun beberapa kotak kain pelikat lagi di atas gerai jualannya. Saya membelek kain yang diberi dan bertanya harganya. Kerana tidak berpuashati dengan kualiti kain yang diberi, saya bertanya pula kain yang tengah disusun itu.

CP : Hak tu berapa ringgit?
Peniaga : Hak ni mahal.
CP : Berapa ringgit?
Peniaga : Mahal ni. Hak ni kain molek.Bla...bla..bla

Saya rasa dah tak boleh kontrol ayu perasaan yang mula berasap.

CP : Mahal...mahal...berapa ringgit?
Peniaga : RM18.00

Saya menghulurkan wang, ambil kain pelikat itu dan terus meninggalkan gerai tersebut. Dalam hati :!!!%^&dsremhjk/'[%33gn./??

Masa nak balik tadi, kakak tu bagi seekor burung yang ditangkap oleh suaminya. Fresh lagi... terimakasih daun keladi. Semangat le pulak masak tengahari ni.


Sapa le yang kebulur makan tinggal tulang je ni?

Thursday, July 17, 2008

Seronoknya Tinggal di Kampung

Balik dari sekolah, sampai area pokok durian nan sebatang tepi jalan itu, CP slowkan kereta. Dua beranak intai buah durian yang hanya tinggal sebijik dua itu. Intai...intai...itu dia... ada sebijik yang kecik lagi cute. Intai lagi...lagi....ada lagi sebijik. CP turun kereta dan ambik dua bijik durian itu. Sambil masak (rajin hari ni)CP layan durian yang cun itu. Lemak berkrim walaupun baunya menyesakkan hidung.

Tuesday, July 15, 2008

I Love My Blog

Senyum Malu

Pagi tadi saya ke sekolah seperti biasa. 7.30 pagi keluar ke HUSM. Ada temujanji di klinik ORL. Dlm perjalanan, ada orang accident. Seriau bulu roma melihatnya. Yang bestnya, cepat pulak dapat jumpat Dr hari ni. Lebih kurang pukul 10.00 pagi dah selesai segala urusan. Sampai sekolah, mengajar dan buat kerja seperti biasa. Masa nak balik dari sekolah, saya punya le laju nak sampai rumah.
Sampai kat kereta, aikk...bila masa pulak calar kat belakang ni? Sambil tangan mengusap-usap tempat yang tercalar, kepala cuba mengingat. Rasanya tak pernah langgar apa-apa. Lantaklah... Terus gagau kunci dalam handbag dan tonyoh ke tempat yang sepatutnya. Terdengar suara...Salah kereta toww. Aikk...ya betul. Kereta saya di sebelah. Sama colour, sama besar, sama kecil, sama baru dan sama buruk. Cikgu tersebut cerita, dia pun acapkali tersalah kereta dengan kereta saya macam saya tadi. Kuraaang sikit malu saya....kwang...kwang...kwang. Gelak-gelak kejap dengan cikgu tersebut, terus balik sambil tersenyum malu.
Nasib baik tak tel suami, cakap pintu kereta takleh buka. hehe

Saturday, July 12, 2008

Pesta Nasi 100 2008



Sekitar Pesta Nasi 100, 2008 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke1v petang tadi.


Dari Combi

Combi bagi, saya ambik dan terimakasih daun keladi
kerana baik hati dan mengingati CP.
Tapi kan... boleh ke saya terima
sebab saya tak update dan buat n3 tiap-tiap hari.
Kadang-kadang sebab virus M mari
dan acapkali takdak idea nak buat entry.

Musim Buah


Friday, July 11, 2008

Suka

Saya dah jumpa. Hehehe.
Maaf, saya tidak berhajat untuk menunjukkan apakebende dalam beg ini.

Tema Kuning


Saya sangat minat, sangat suka dan sangat sayang kepada orang-orang di dalam rumah-rumah ini. Sungguh...




Pembuka Selera

Lama tak masukkan pic makanan. Hari ni sebaik sahaja balik dari pasar makcik terus masak. Jadi, urusan menyediakan makan tengahari telah siap lebih awal daripada kebiasaannya. Dan tanpa berlengah lagi, blogger mengambil tugas seterusnya dari makcik tukang masak. Snap kiri, snap kanan. Rasanya inilah lauk yang paling menyelerakan dan pic terbaik CP untuk tengahari ini. Hehehe



Sotong tanpa nama

Thursday, July 10, 2008

Sekadar Hiasan

Alangkah bahagianya
kalau di saat kelaparan
kita dihidangkan dengan udang
yang langsung tak muat pinggan ini
Ain : Udang betul ke palsu ni?
CP : Udang betul tapi dah takde isi.
Ain : Takutlah...besar sangat
CP : Hehe... Sedap ni

N3 Tingtong

Musim minyak mahal ni
Mari kita pakat tanam cabai burung
Macam pic kat bawah ni
Suburnya


Segar, ranggup, berasap.....pastinya cabai burung



Wednesday, July 9, 2008

Siapa Sangka

Malam tadi CP sekeluarga berpeluang makan malam dengan blogger famous dari Bumi Kenyalang. Tidak lain tidak bukan, pensyarah muda yang sentiasa berulang alik dari Malaysia ke Australia itu. Rupa-rupanya empunya diri sedang menyambung pengajian peringkat PHD. Combi mesti dapat agak dari awal lagi kan? Ya betul.... CP jumpa Arsaili. Terimakasih yang tidak terhingga untuk Arsaili kerana sudi jumpa CP sekeluarga. Semoga akan menyusul pula pertemuan-pertemuan seterusnya.InsyaAllah.

Dan terima kasih juga kerana cenderamata ini.
Gambar bapaknya ngak bisa disiar atas permintaannya. Maaf ye bapak-bapak, ibu-ibu.

Saturday, July 5, 2008

Hampir Terlupa

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim iaitu kebesaran, keagungan dan kemuliaan kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahanNya kepada hamba yang beribadat dengan ikhlas pada bulan ini. Jadi, perbanyakkanlah amal ibadat terutamanya puasa sunat pada bulan Allah ini. InsyaAllah pelaburan ini menjanjikan keuntungan yang besar dan tidak sekali-kali merugikan kita.
.
Sungguh banyak hadith dan keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat mengetahui kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Semasa Kompleks Membeli belah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi begitu jugakah tindakan kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat
.
Sabda Rasulullah saw : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda : "Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as : "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"Maka berkata Jibril as :"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ."

Hari Keluarga SMK Panji











Walaupun Hari Keluarga SMK Panji bermula dengan acara BBQ malam tadi, tapi aku hanya dapat menyertainya pagi ini.Macam-macam acara dijalankan dan seperti biasa aku banyak menghabiskan masa mengawasi Ain di kolam renang. T kasih kepada KGKT kerana penganjuran program yang best ini.

Friday, July 4, 2008

Ceritanya

Malam mula-mula tu kami bertiga mencari benda tersebut di pasaraya kedua terbaru di KB. Pusing punya pusing dengan Ain yang pening-pening ngantuk, terjumpalah bendanya yang agak boleh tahan. Tapi takde la berkenan sangat. Aku pun tanya big boss yang semakin big itu. Katanya, macam apache je... Aku letak balik tanpa banyak soal. Bukan berkenan sangat pun...hehe. Jalan-jalan lagi dan last sekali kami balik tanpa membawa pulang apa yang dikehendaki.

Malam keduanya kami ronda pulak pasaraya lama itu. Juga dengan harapan akan berjumpa bendanya yang berkenan di hati. Lebih kurang 10 minit melilau, langsung takde yang memikat hati.

Malam seterusnya kami mencari di pasaraya ketiga terbaru pulak. Nak buat macam mana, juga tiada yang berkenan di hati. Sebelum balik, Ain yang dapat 2 helai baju dan sepasang kasut.

Petang tadi, kami saja keluar meronda ke pasaraya terbaru itu. Rasanya hanya 15 minit masa diambil dari masa keluar kereta hingga kami masuk semula ke kereta. Hiruk pikuknya amat memeningkan dan tidak sesuai dengan jiwaku yang sudah tua ini. Hehe. Rasanya macam dah berada di Kuala Lumpur. MasyaAllah... orang-orang Melayu Islam ku....apa nak jadi? Mula-mula masuk, kami bertiga terkejut monyet melihat seorang perempuan yang berpakaian seperti orang tidak berakal. Berskirt sesingkat-singkatnya hingga hampir tidak mencecah peha yang sebesar dahan durian . Mudah-mudahan orang itu bukan Islam. Si kecil Ain ketawa mengekek melihat perempuan tersebut yang sangkanya kurang betul.
.
Ramainya orang -orang muda dan tua bangka yang memakai pakaian langsung tidak memenuhi piawaian yang digariskan oleh Islam. Malah, langsung tidak bersopan. Bukankah pakaian kita sepatutnya berbeza dengan orang-orang bukan Islam? Apa yang saya lihat, pakaian mereka sama sahaja dari segi ketat, singkat, jarang dan yang sewaktu dengannya. Wahai saudara-saudaraku, kalaupun anda tidak malu kepada Yang Maha Esa, malulah kepada sesama manusia.
.
Sebelum balik ke rumah petang tadi, kami singgah ke pasaraya terakhir untuk meneruskan misi. Pun tiada yang berkenan di hati. Bukan teringat cinta pertama yang dikatakan seperti apache itu, tapi aku tidak dikurniakan semangat untuk mengempiskan isi handbag burukku dalam sehari dua ini.

Maaf, terkasar bahasa. Marah & kesal...
Tak berkenan ke takdak duit??

Kenangan Yang Tinggal













Masa mengemas buku-buku lama, saya terjumpa autograph ini. Telah berusia hampir 20 tahun. Autograph pertama dan terakhir masa sekolah menengah. Best jugak baca coretan kawan-kawan kat sini. Hehehe... siap ada yang tampal gambar lagi. TQ...TQ

Hampir Masak

Ramai orang suka makan rambutan yang hampir masak sebab rasanya yang pejal dan tidak berair termasuklah saya. Walaupun kurang manis berbanding buah yang telah masak ranum, tetapi sekarang ini setiap petang kami anak beranak mengerjakan sepokok rambutan yang agak lebat di hadapan rumah ibuku ini. Pendekata, sebaik sahaja buah rambutan ini betul-betul masak, kemungkinan besar hanya beberapa tangkai saja yang akan berbaki. Hehehe.
Dalam meneruskan kehidupan sebelum berpindah ke alam barzakh seterusnya alam akhirat ini, segala kerja buat kita mesti dilakukan setelah melalui proses berfikir yang betul-betul masak berpandukan wahyu daripada Allah swt. Suka atau tidak, kita mesti elakkan pemikiran separuh masak dalam membuat sebarang keputusan sama ada kecil atau besar.

Tahniah


( 2 beradik bakal guru)

Tahniah kepada pemilik basikal merah ini, Mohd Azfan yang telah berjaya meramaikan lagi bilangan cikgu dalam keluargaku setelah diterima masuk ke Instutut Perguruan Pengkalan Chepa bermula Julai ini. Pemilik basikal biru juga bakal guru yang sedang belajar di sebuah institut perguruan di Sarawak.



Habis maktab pahni, pakat buat MA pulak deh...

Tuesday, July 1, 2008

Fikir Sebelum Bertindak

Manusia kecil dapat menewaskan gajah yang besar dengan penggunaan akal yang baik dan betul. Malah penggunaan akal yang baik dan betul ini memungkinkan kita melakukan pelbagai perkara yang hebat. Namun, manusia yang berakal ini juga mampu menjadi lebih teruk daripada binatang bila mereka tidak menggunakan akal dengan sepatutnya.
Sedar atau tidak, kehidupan kita di dunia ini bukan sekadar dikelilingi batu, pokok, besi dan yang sewaktu dengannya. Malah kita dikelilingi jiran, kawan, saudara dan manusia-manusia lain yang juga mempunyai akal, nafsu dan perasaan. Sebagai manusia waras yang percaya adanya balasan dosa dan pahala, usah biarkan akal kita lemas dikuasai hawa nafsu. Lembutkanlah kerakusan hawa nafsu dengan kebijaksanaan akal. Dan jagalah perasaan orang lain kerana walaupun kita berbeza fizikal, rupa, warna kulit dan sebagainya, tapi andainya lidah kita merasai gula itu manis, begitulah manisnya pada orang lain. Jika kita merasai garam itu masin, masinlah juga pada lidah orang lain. Fikirkanlah!!
Berfikir satu saat lebih baik daripada berdiri solat semalaman .... Hassan al Basri