Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Monday, January 14, 2019

Sebelum Berakhir 2018

Harini 14 Jan 2019. Kwang kwang kwang.... Baru nak cerita pasal cuti akhir tahun 2018. Sebelum lupa diringkaskan cerita, 22 Nov adalah last day persekolahan bagi negeri Cik Siti Wan Kembang. Tak rasa macam cuti pun, sebab SPM masih lagi panjang. Balik sekolah hari tu,  makcik suami isteri terus ke Seremban, Opsss  singgah tidur di Kesedar Inn dulu. Kepenatan tak dapat nak meneruskan perjalanan. Esoknya 23 Nov teruskan perjalanan, ambil Ain di TKC dan terus berpatah balik. Dek taknak memandu memalam, kami  singgah pula  tidur di Sunway Putra, KL. Sudah tua, tak larat. Esoknya 24 Nov baru bertolak balik dengan santainya.
1 Dis hantar Ain ke UKM, Bangi.  Ada kem kecemerlangan la pulak. Hanya hantar dan 2 Dis terus balik. 8  Dis sekali lagi ke Bangi. 10 Dis jemput Ain dan 11 Dis balik.
13 - 16 Dis bercuti ke Kota Kinabalu kononnya. Lama tak bercuti tapi dengan bermacam hal yang berlaku bermula dari delay berjam-jam di airport KB, rasa tak best pulak cuti-cuti Malaysia kali ini.
20 Dis sudah bermula meeting guru. Uwaaa.Cuti sekolah dah nak habiss.
25 Dis sekali lagi ke Bangi. Kali ni ada kenduri di Veillaris. Bila datang pagi blk mlm, maka menunggu di airport lagi lama dari makan kenduri.
1 Jan  sesi persekolahan 2019 bermula. Ain ke TKC pada paginya dan sanak saudara semua dah balik ke tempat mencari rezeki masing-masing. Dan rumah pun kembali sunyi seperti biasa.


Monday, January 15, 2018

Makcik Dah Tua


15.01.18
Dengan bertambahnya usia
Makin kurang tenaga
Makin rabun mata
Makin banyak lupa
Uban merata di kepala?
Kecil hati, jauh hati  perkara biasa
Sayangnya Allah kepada kita
Diserlahkan banyak tanda
Semoga kita tidak leka 
Dengan dunia dan isinya



*Bila-bila masa kita bakal dijemput Yang Maha Pancipta*
 (Yang muda pun sama)


Thursday, June 15, 2017

Monday, May 15, 2017

blog oh blog

Dah tak ramai kawan-kawan blogger yang aktif berblog. Makcik pun sama, bukan setakat suam, sejuk terus. Rumah kuning nak kena tukar nama rasanya. Nak biarkan berkubur begitu saja, sayang le pulak. Ada benda yang boleh dibuat rujukan. Kononnya....Tapi hari ni tergerak hati nak update blog. Sambil menaip ni, sambil dok fikir nak tulis apa benda.
Sekarang budak-budak sekolah tengah periksa pertengahan tahun. Dua minggu lagi, ihh..... dah  tak sampai 2 minggu, cuti pertengahan tahun. Kejap je rasa...  Kita mula puasa dalam cuti sekolah. Kakak-kakak dah beres ke puasa ganti? Jangan buat-buat lupa pulak. Hutang mesti dibayar.
Ok, tq.

 
Esok hari guru. yeayyy




Friday, February 24, 2017

Musim Kenduri Kahwin

Macam biasa, setiap kali hampir musim cuti sekolah, banyak le orang ngantar kad jemputan. Fuhh... kad jempuan kahwin pun kemain lawa dengan macam-macam petern. Yang pasti  dah jarang jumpa kad macam makcik kahwin dulu-dulu. Sekarang ni, kad tiga segi ada, macam bil letrik pun ada. Ada je idea demo ni.  Panjang pulak muqaddimah kali ni.

Adapun yang makcik nak cerita  (cewahh)  kad, pelamin, menu, semua boleh berubah dan tak salah pun jika limabelas  kali semeta berubah. Yang tak berubah-ubah dan tak boleh berubah adalah tanggungjawab dan hak suami isteri.  Yang ni tak boleh ikut trend semasa dan tak mengira siapa pun kita. Suami ada tanggungjawab, isteri pun ada tanggungjawab. Suami ada hak, isteri pun ada hak. Jangan dok berebut dan jangan dok  melepaskan diri.  Allah dah tetapkan tanpa boleh diubah kecuali dengan persetujuan pasangan masing-masing. Contohnya (macam ceramah nikah kahwin la pulak) Sambung balik, contohnya sediakan nafkah  itu tugas suami.  Tidak boleh sama sekali suami melepaskan diri dari  memikul tanggungjawab itu  dengan apa  alasan sekalipun. Isteri  kaya ke, isteri pangkat besar ke, suami tetap wajib memberi nafkah kpd keluarga. Jangan sekali-kali minta isteri keluarkan duitnya walaupun berguni untuk beli beras, beli  cabai, bawang dan sebagainya.  Tapi kalau isteri redha,dengan sesuka hati tanpa diminta telah keluarkan duit untuk semua bayaran tersebut, tidak la pulak menjadi satu kesalahan. Jangan buat-buat lupa sang suami semua. Ingat, di akhirat nanti, bukan hanya ada syurga tapi ada juga neraka. 

Perkahwinan ini satu perkongsian ye anak-anak. Ada kasih sayang, belas kasihan, percaya mempercayai, hormat menghormati dan sebagainya.  Jangan le kongsi masa senang je, hormat sekali sekala, sayang & kasihan pun ada ketika je.  Makcik dah kahwin 20 tahun lebih ( oppsss...lupa nak cakap, siapa yang dah kahwin lebih 20 tahun, tkyah baca) Sambung balik, dalam berumahtangga ni, jangan ada rahsia antara suami isteri.  Kalau dah rahsia itu, rahsia ini, lama-lama tidak mustahil porak peranda lah rumahtangga. Macamana nak  bahagia kalau kita tak tahu pasangan kita pergi kemana, balik pukul berapa, kalau tak  balik, tidur dimana. Lene ko perut kalau pukul 7 tak balik lagi, pukul 10 tak balik lagi, pukul 2 dak lagi, pahtu katakanlah balik pukul 3, takleh tanya pulak dari mana, buat apa pukul 3 pagi baru sampai rumah. Kalau tanya, mengamuk.  Bahagia ke hidup berumahtangga lagu tu kira? Maaf la ya. makcik ni kalau masuk bab marah, bab berleter, keno guna loghat klate, baru jeliro.
Makcik rasa, sesuai la sangat makcik  pilih tajuk ni sebab cuti ni ramai nak kahwin. Jangan dok i love u, u love me saja. Tanggungjawab besar menunggu sebaik saja mertua dan menantu melafazkan  ijab dan qabul. Jangan dok fikir menu itu menu ini, pelamin gitu, pelamin gini je. Cuba kira tanggungjawab masing-masing. Jangan pulak lepas kahwin dok badi lepas tekok.

Satu lagi, makcik nak ingatkan, kita kahwin dengan anak orang kan?  Bila anak orang, dia ada ibubapa, adik beradik dan saudara mara. Jadi, kita mesti berhubung baik dengan mereka semua tu.. Dengan kata lain, kita mesti menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Mesti adil jangan dok berat sebelah. Kita ada keluarga, dia pun ada keluarga, Jangan ambil isteri, atau ambil suami, pahtu lantaklah keluarga sakit ke, mati ke, kita tinggal atau buang semuanya.  Jangan sampai ibubapa mana-mana pihak berkecil hati dengan kita atau pasangan kita. Tolong ingat ya anak-anak, siapa yang berkorban hingga kita atau pasangan kita jadi seperti sekarang. Bukan pasangan kita kan??? Jangan sampai mak ayah berkecil hati dengan kita. Nauzubillah min dzaalik.

Akhirnya makcik nak pesan, hidup berumahtangga ni ada pasang surutnya.. Ada manis, ada pahit. Tapi percayalah,  Allah tidak uji melebihi kemampuan kita.  Setiap masalah ada penyelesaian dan ada jalan keluarnya. Yang penting, jangan hanya menyerah. Andai tiada bahagia kita bersama pasangan, Allah membenarkan kita berpisah.  Nauzubillah.  Ketahuilah, Allah maha pengasih dan penyayang. Hanya kepadaNya tempat kita memohon dan tempat kita berserah.

Semoga ketenangan, kegembiraan dan redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita bersama pasangan dan seisi keluarga. Aamiin.
Selamat Pengantin Baru kepada semua sanak saudara yang bakal naik pelamin bulan Mac nanti.

Tuesday, January 17, 2017

15 Januari

Umur semakin  bertambah
Tempoh semakin kurang
Destinasi semakin dekat.






Semoga sisa-sisa usia yang masih berbaki ini dalam perlindungan Yang Maha Esa. Aamiin.


Tuesday, November 15, 2016

Sudah Fening

Sejak 2, 3 hari lepas makcik dok ingat  dan tunggu 15 hb. Banyak pulak peristiwa pada tarikh tersebut.  Calon SPM periksa  P.Islam 15 hb.  Annual dinner pun pada tarikh tu jugak. Lagi satu.... 15hb adalah birthday makcik. Entah kenapa, tang birthday tu sentiasa dalam fikiran. Sebelum tido mlm tadi, check fB, whatsapp, takde sapa pun ingat birthday makcik. Bangun tidur pagi tadi, semangat lain macam walaupun kaki masih sakit. Maklum le, hari ni birthday kita.
Sekejap tadi, selepas semua calon SPM masuk dewan, sekali lagi makcik check fB, whatsapp, wechat semua. What??? Sapa pun tkdak bagi ucapan. Macam mustahil je. Takkan la ain pun tak ingat.
Termenung kejap. Ohhhh..... baru teringat, rupa-rupanya birthday makcik 15 Jan. Bukan 15 Nov. Kwang...kwang.....  Nak birthday dua kali setahun la pulak!!

Ok. Lupakanlah birthday cake. Diet...diet..

Sunday, October 30, 2016

Perhatian

Biasanya sekali sekala sahaja orang akan terpijak tali anda. Selebihnya anda sendiri yang memijak/terpijak tali tersebut. Ingat, semakin kerap tali tersebut dipijak, maka semakin cepat  ia akan  putus. Lebih cepat lagi jika anda  kerap tarik atau "senjoh"


Sekian, terima kasih

Tuesday, October 25, 2016

Kalaulah

Ada orang bermurah hati bagi makcik RM sejuta. Agak-agak apa benda pertama yang makcik akan buat? Jawapannya tidak lain tidak bukan, makcik akan berhenti kerja. Bestnya.

Taknakdahjadicikgu.
Sungguhsesungguhnya.

Jom berangan

Monday, September 12, 2016

Apa Guna?

Kawan ramai tapi wujudnya ketika senang Ada masalah, I tak nak campur,  pandai-pandailah you selesai sendiri.

Saudara punyalah ramai tapi masa tersepit, makcik sibuk, pakcik lagilah busy.

Ada suami tapi berdua ketika suka, nafkah bayar sendiri, awakkan ada gaji.

Ada isteri tidak taatkan suami. Taatkan suami? Tengok le kaki, atau pun tengok slip gaji....

Anak berderet tapi macam enau melepaskan pucuk, mencari ibubapa ketika bermasalah, bibik lari, bil tertunggak, TNB nak potong api.

Hebat... menjadi pakar  rujuk di luar, bukan kepada isteri dan anak-anak di rumah sendiri

Apa guna???


Friday, August 5, 2016

Siapa Pun Kita

Hidup ini memang penuh dengan kekurangan dan tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Jadi, kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan dan bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. Ini antara perkara penting dalam membina hubungan yang akan menjamin hubungan kekal utuh.

Berlapang dadalah menerima kekurangan orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. Sebab itulah pokok yang berterusan ditiup angin akan kehilangan daun, malah berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas,  Dia akan menjadi manusia negatif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kita, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci yang akan menutup mulut tetapi membuka hati.

Thursday, July 7, 2016

Aidil Fitri 2016

Kali pertama beraya tanpa ibu tercinta.
Al Fatihah utk Allahyarhamah ibuku yang telah krmbali ke rahmatullah pada 17 Ramadhan (22 Jun) yang lepas.

Tuesday, May 10, 2016

Lumrah

Walau sebaik mana pun kita, mesti ada orang yang tidak suka. Apatah lagi kalau kita pun tak berapa nak baik dengan orang. Dan bukan semua  perkara yang kita buat boleh memuaskan hati semua.  Jadi, usah bersedih bila ada orang yang tidak menyukai kita. Itu perkara biasa yang tidak mampu kita elak dan semestinya ada dimana-mana. Ketahuilah kehidupan ini bukan untuk mencari redha manusia. Yang kita cari dan harapkan adalah redha Allah Yang Maha Esa

Sunday, May 1, 2016

Alhamdulillah

29 April 2016 - Genap 20 tahun kita hidup bersama.
Semoga kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan Yang Maha Esa. Aamiin.

Monday, December 21, 2015

Siapa???

Siapa yang sayangkan kita?
Dan siapa yang hanya nak gunakan kita?



Semoga semuanya baik-baik
Allahumma yassir wala tu'assir 

Friday, October 30, 2015

Anak-Anak..... Masanya Telah Tiba.

Musim hujan dah tiba. Siang malam hujan. Sejuk. Best... Cerita minggu lepas. Rabu, buka dan susun dewan dengan tenaga kerjanya calon SPM sendiri. Terimakasih anak-anak. Sayang anda semua. Malamnya  annual dinner la pulak. Dah tak tahan, makcik balik  awal. Terus  ZZzzzz. Pagi Khamis; bagi  taklimat kpd calon SPM. 11 pagi, pengawas periksa datang melawat pusat. Pukul 2 - 5 ptg  ada seminar integriti di SK Kadok. Kwa kwa kwa  Kehadiran adalah wajib.
tiba-tiba teringin rambutan.
Berdebar tunggu Isnin.
Buat yang terbaik ya.

Friday, October 16, 2015

Barang Mahal Barang Murah

Mesti ramai yang minat barang mahal kan? Yang berjenama gitu. Baju mahal, tudung mahal, kasut, handbag. Semua mahal la. Bila dah berkenan tu, macam-macam alasan la boleh diberi. Cantik, bergaya, tahan lasak. Alah membeli menang memakai. Itu ini, begitu begini, janji dapat apa yang kita nak.
Bagi makcik la, kalau kasut dan handbag, ok la beli yang mahal (walaupun makcik beli yang murah-murah je) sebab memang payah nak rosak. Berbaloi beli mahal-mahal. Kalau yang murah tu, sekejap zip rosak, sekejap jahitan koyak, butang tanggal (kalau ada butang la) Lastnya, campak je dalam tong sampah.
Tapi kalau kain baju (kain pasang khasnya sbb makcik ni orang tua) makcik cukup tak berkenan dengan kain yang mahal-mahal tuh. Susah nak jaga, nak kena dry clean la, terkena bucu meja sikit pun dah tinggal kesan. Leceh, menyusahkan diri je. Baik beli yang murah. Rendam dalam baldi dua hari pun no hal. Langgar kerusi, meja sampai terbalik pun, kain, baju langsung tak berbekas. Lutut je mungkin lebam. Hehehe  Betul tak?

Sunday, August 30, 2015

Antara Ada Dan Tiada

Jika ada, serupa tiada
Atau ada,  bermasalah sesaja
Lebih baik tiada daripada ada
Ko guano adik kakak kita?

Saturday, August 15, 2015

Baru Teringat Ada Blog

Lama gila tk update blog. Takde langsung cerita  puasa dan cerita raya sampailah hari ni 30 Syawal. Mood kelaut tak tau sebab apa. hehehe. Sebab lama tak update, makcik tulis je apa yang terlintas ye. Nasib le jika berlaku kecelaruan kpd pembaca sekalian. Perasan ada org buka dan baca blog yang dah bersawang nih.
Sekarang ni kawasan makcik (mcm YB la pulak), tengah musim durian dan rambutan. Dan petang/mlm selalu hujan. Best....   elok je sejukkan badan selepas makan durian. Kadang-kadang hujan sekali ngan  ribut. Hambik..cerita durian sekali ngan laporan cuaca. Peminat durian/ rambutan yang merantau tu, elok le blk kg sekarang ni.
Lusa periksa percubaan SPM akan bermula. Maknanya esok kena siapkan dewan la kita. Harap-harap dipermudahkan segala urusan sepanjang periksa ni berjalan. 
Terjumpa pic kawan-kawan sebilik semasa sambutan hariraya baru-baru ni. Eceli tk cukup sorang sebab dia crk di hari kejadian. Cantik pulak kawasan sekolah makcik nih. Hari-hari tengok macam tak cantik je. huahuahua.
Makcik berhenti dulu la ya. Harap-harap ada update dlm masa terdekat  Assalamualaikum.

wajah-wajah ceria berhari raya