Thursday, November 15, 2018

Dimana Akhirnya Kita

Tiada salahnya suka, gembira, meraikan itu dan meraikan ini.
Tapi  jangan bertingkahlaku yang melalaikan dek kesukaan dan kegembiraan  dalam meraikan itu dan ini. Makcik yakin, kita semua sedar yang mana dosa dan yang mana mendatangkan pahala.  Jadi, jangan lupa Pemberi rezeki yang membolehkan kita bergembira.

Ingat,
Hidup ini tidak lama
Akhirnya kita ke syurga atau neraka?

Tuesday, November 13, 2018

Thursday, September 27, 2018

Friday, July 13, 2018

Lega

Walaupun sekarang ni musim durian tapi ini bukan raga durian tau. Ini raga kain makcik. Nampak kecil tapi sebenarnya besar. Kain baju yang nak digosok akan di transit dalam raga ni. Jadi, bila raga ni kosong, leganya rasa nak melompat bintang. Tapi macam biasa, kosongnya tak lama. Kalau malam kosong, petang esok akan kembali berisi.
Berbalik kepada musim durian. Dah banyak tahun durian kampung kurang menjadi. Tahun ni alhamdulillah, banyak durian di tepi-tepi jalan. Harga pun boleh tahan. Jom kita beli durian, buang biji dan simpan dlm freezer untuk menjadikannya kawan mr budu. Fuhh ... nanti setahun kita boleh menikmati budu yang lebih lazat dengan gandingan mantap durian.







apahal merapu je nih??

Saturday, July 7, 2018

Jamuan Lagi

Olalala. Seronok dapat makan.
Kali ni hanya bersama kaum ibu. Masih lagi dibawah tajuk meraikan guru yang bersara. 
Jeles wei. Bila pula akan sampai giliran makcik???



Friday, June 29, 2018

Beraya Lagi

28 Jun 2018 - Sambutan Aidilfiri peringkat sekolah & Majlis persaraan Pn. Raonah Khamis.


Bersama bekas pelajar SMK Panji. SPM 2017. Terima kasih sudi datang

Hijau yang menyejukkan mata. 
Bersama sahabat Unit periksa SMK Panji. 


Friday, June 22, 2018

Aidil fitri 2018




Jumaat 15 June 2018. Tahun ni raya dalam cuti sekolah. Maka panjanglah masa jamuan raya dan kenduri kendara.


baru nak kurus, dah gumuk balik. uwaa

Sunday, April 29, 2018

Sana Sini Kuning Lagi


25 - 26 April 2018 - Kejohanan Sukan Dan Olahraga Tahunan SMK Panji.
Nak mengarang panjang, idea tak datang. Ok byeee


Friday, March 16, 2018

Alhamdulillah

15 Mac akhirnya tiba
GPS naik.
GPMP subjek makcik pun naik.
Terimakasih anak-anak SPM 2017.

 Syukur dan redha ya anak-anak.
Perjalanan awk masih jauh.
Makcik???
Masih dgn tugas yang sama.
Tapi cabaran jauh berbeza.
Semoga dipermudahkanNya segala urusan kita.

Monday, January 15, 2018

Makcik Dah Tua


15.01.18
Dengan bertambahnya usia
Makin kurang tenaga
Makin rabun mata
Makin banyak lupa
Uban merata di kepala?
Kecil hati, jauh hati  perkara biasa
Sayangnya Allah kepada kita
Diserlahkan banyak tanda
Semoga kita tidak leka 
Dengan dunia dan isinya



*Bila-bila masa kita bakal dijemput Yang Maha Pancipta*
 (Yang muda pun sama)