Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Thursday, September 5, 2019

Selamat Tinggal Dunia Pendidikan

Selamat Tinggal SMK Panji.

Rabu 28 Ogos 2019 hari terakhir makcik pergi sekolah sebagai seorang cikgu. Khamis habiskan cuti yang berbaki sehari.  Sebenarnya cuti tu sengaja ditinggalkan sehari. Dipendekkan cerita, andainya diadakan majlis yang "macam-macam" sempena persaraan makcik, cuti itulah nanti akan digunakan. kuakuakua.  Alhamdulillah, pada hari kejadian, hanya ada majlis makan-makan dan penyampaian cenderahati. Mana-mana warga Panji yang tak lepas angin tu, sorry la ya. Tunggulah orang lain pulak pencen.

 Muka terpaksaaa dok depan. Makcik tak suka





















1 Sept 2019  makcik dengan rasminya bergelar YB. Doakan semoga makcik dikurniakan kesihatan. kesejahteraan dan kebahagian dunia akhirat.Terima kasih semua. Kenangan pahit manis sepanjang 25 tahun berkhidmat sebagai pendidik akan terpahat di hati. Sayang semua.

Friday, September 12, 2014

Lupa Kejap Pasal UPSR Bocor

Olala sukanya.
Pagi tadi, makcik jumpa buah ni di pasar pagi. Terus teringat zaman kecil dulu. Masa tu buah ni banyak gunanya untuk ibu-ibu di dapur. Tapi sekarang ni susah nak jumpa. Maka makcik beli seringgit. Macam tak percaya bila makcik yang jual tu cakap selonggok 50 sen. Benda lain mana ada selonggok 50 sen. 

Tengahari tadi jadilah sambal seperti pic di bawah. Walaupun tak merah tapi pedas. Sedap.... bagi orang tua macam makcik ni. Makan pulak dengan nasi panas, uwaaaa mesti bertambah-tambah nasinya. Hahaha Ini dah lebih. Ok setakat ini dulu. Tkasih.

Friday, August 1, 2008

Segalanya Telah Berubah

Lama dah tak sidai kain belakang rumah. Sambil melayan aroma ikan masin di kuali, terlihat pokok di luar pagar telah terjuntai melepaskan diri ke dalam kawasan pagar rumahku yang sekangkang kera ini. Terlihat juga buah kecil warna keemasan ini. Lama tak jumpa ......

Zaman kanak-kanak dulu, buah ini sama sedapnya dengan strawberi atau mungkin lebih sedap. Sekarang ni, usahkan buah hutan begini, durian dan rambutan pun budak-budak sanggup tukar dengan makanan segera yang langsung tiada khasiat. Berbalik kepada buah ini, rasanya kalau setakat melihat pic di atas, tiada siapa yang kenal. Pokoknya menjalar, buahnya hijau dan berubah kuning bila masak.
Tak nak cerita panjang-panjang, Ini dia............ Tak sebut nama sebab namanya langsung tak sedap didengar.


Sape kenal buah teppe, buah larak dan buah nerra?

Sunday, July 20, 2008

Merapu Petang Ahad

Petang tadi Cp bantai tidur
Walaupun beberapa kali dikejutkan Ain yg melapor / meminta itu dan ini
Tetap lena walaupun tahu tidak baik tidur hingga senja
Bila bangun, cuaca gelap gelita
Dan setelah beberapa ketika hujan turun mencurah-curah
Lebat....
Teringat zaman kecik-kecik dulu,
Ubi kayu, ubi keladi, keledek dan kuncu-kuncunya amat sinonim dgn cuaca sebegini
Anak-anak tidak melepaskan peluang berkejaran mandi hujan
Kini, banyak perkara telah berubah
Suasana berubah, selera pun berubah
** Masa dok KL / Perak dulu, tiap kali hujan (waktu petang terutamanya), hati rasa sayu. Rasa macam kehilangan, kosong... sungguh tak sedap

Friday, July 4, 2008

Kenangan Yang Tinggal













Masa mengemas buku-buku lama, saya terjumpa autograph ini. Telah berusia hampir 20 tahun. Autograph pertama dan terakhir masa sekolah menengah. Best jugak baca coretan kawan-kawan kat sini. Hehehe... siap ada yang tampal gambar lagi. TQ...TQ

Thursday, June 26, 2008

Masih Diingatan

Masa second year di UM, aku dan sepupu dengan berkobar-kobarnya menaiki bas di Puduraya untuk ke P.Pinang . Punya le suspen masa tu sebab tak pernah lagi naik bas ke sana. Dalam perjalanan, kami berkira-kira macamana le rupa stesen bas kat Komtar tu. Mintak-mintak jangan tertidur. .. bimbang terlepas. Dah sampai Komtar, terpaksa tunggu sekejap sebelum my bro ambik untuk ke rumahnya di Batu Feringgi. Petangnya, kami ngan anak-anak sedara berjalan kaki ke tepi pantai Bt Feringgi yang cantik itu. Tak lama kami berada di pantai kerana malamnya aku dan sepupu serta anak-anak sedara terchenta akan menaiki bas balik ke Kelantan yang pada masa itu musim buah-buahan. Selepas menikmati udara segar Bt Feringgi dan snap beberapa keping gambar, maka kami pun balik ke rumah. Baru kakak nak mula masak, opss... gas habis le pulak. Masa dah lewat, jadi kami seronok kerana dapat makan burger pada petang itu.
Malamnya, kami dihantar ke stesen bas bersama 4 orang anak untuk balik ke Kelantan. Seronoknya anak-anak sedaraku ini dengan beg pakaian masing-masing. 4 orang dengan 4 buah beg. Campur dengan aku dan sepupu, jadi 6 buah beg. Selepas bermacam-macam pesanan diterima, kami pun menaiki bas. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah yang berlaku sepanjang perjalanan itu. Tiada yang terkencing atau tersakit perut.

Sebelum Subuh lagi kami sampai di stesen bas Kota Bharu. Aku mengingatkan hero-hero ku ini supaya mengambil beg masing-masing.( heroin masih terlalu kecil untuk membawa beg sendiri) Dan seperti biasa, di pintu bas pada pagi itu ramai abang-abang/pakcik prebet sapu menawarkan khidmat masing-masing. Kami anak beranak bersetuju untuk mendapatkan khidmat seorang pakcik setelah dipersetujui RM yang perlu dibayar. Lupa nak cakap, bas yang kami naik hanya berhenti untuk menurunkan penumpang dan meneruskan perjalanan ke Trengganu. Bila kami berenam dah menaiki prebet sapu tersebut, baru aku teringat aku hanya memastikan anak-anak sedaraku mengambil beg masing-masing sedangkan aku lupa untuk mengambil beg sendiri. Kwang...kwang... Tolong... isi dalam beg itu sangat le penting.

Aku meminta pertolongan dari pakcik tersebut supaya mengejar bas tadi yang terlebih dahulu bertolak ketika kami masih berpimpinan tangan dengan anak-anak yang masih pening-pening lalat untuk menaiki prebet sapu tadi. Jadi, dengan lajunya pakcik itu telah merempit di keheningan pagi itu. Cepat pakcik...cepat.... traffic light takdak kenderaan, langgar je... Akhirnya pakcik tersebut berjaya "memintas" bas tersebut yang kebetulan berhenti di tepi jalan. Sebab musabab bas tersebut berhenti, aku dah tak ingat. Dan tanpa membuang masa aku turun dari prebet sapu itu dan menaiki bas yang dikejar. Selepas memberitahu driver bas, aku mengambil beg yang memuatkan barang-barang kesayangan. Alhamdulillah panjang jodoh aku dengan beg itu.

Kami berpatah balik dan bila sampai depan rumah, pakcik yang berjaya menyelamatkan beg aku tadi telah meminta tambang yang berganda-ganda-ganda daripada yang dipersetujui semasa di stesen bas tadi. Nak cakap apa, bayar je lah....



Mana Ajit?? Tak wujud lagi le...maintain ayu heroinku itu.

Kanak-kanak Ribenna yang takleh dok diam

Wednesday, June 4, 2008

Simpan Atau Buang?



Sebahagian daripada koleksi majalah yang masih tersimpan. Walaupun kegilaan membeli majalah tidak lagi sehebat tahun 1990an, tapi saya masih membeli dan koleksi ini bertambah banyak dari bulan ke bulan. Ditambah pulak dengan kegilaan pakwe tercinta yang tidak pernah terlepas dari memiliki majalah kegemarannya hingga kini. ( saya dah suam-suam kuku, dia yg masih gila teruk.hehehe) Sayang punya pasal, saya sanggup angkut naik lori semasa berpindah dari Perak beberapa tahun lepas.
Hari ni, mood mengemas terlebih sikit dari biasa. Dalam mengemas yang tak pernah kemas-kemas tu, terjumpa pulak printer lama ni. Nampaknya jodoh saya dengan printer ni amat panjang. Sebenarnya printer ni dibeli untuk print stensil. Dulu tiap kali nak buat soalan, memang berguna le printer ni. Sekarang orang dah tak guna stensil, jadi printer ni mendapat rehat yg panjang.Tapi, saya masih bermasalah untuk membuangnya. Sayang lagi... Yang herannya, empat lima biji printer dah dibeli selepas printer ni. Bila rosak, buang, rosak, buang. Tapi yang ni, tidak jugak dibuang-buang. Mungkin masa simpan dulu, dia tak rosak, masih hensom bergaya. Maka sampai hari ni saya tidak berniat untuk membuangnya walaupun sekarang saya amat selesa dengan Mr Brother yg mempunyai bermacam-macam fungsi.

Mesin taip ni pun sangat panjang jodohnya dengan saya. Yang ni makcik laaagi sayang. Masa belajar dari first year hingga grad, dialah buahati yang banyak berjasa. Kalau esok dateline nak ngantor assignment, maka sampai ke pagi le dia menemani tuannya ini. Buat apa saja tanpa membantah. Semestinya mengurut belakang,membancuhkan kopi, menghidang biskut kering disuruh titik, maka titik lah dia, disuruh koma, maka komalah dia. Nasib baik tak pernah berasap.... Jangan risau, kerana jasamu itu, akan ku simpan juga.


Tengah mengemas-ngemas, jumpa pulak benda kat bawah ni. Yang ni, tanpa fikir panjang, buang. Sekarang orang dah tak guna. Maaf ye


Ada satu benda lagi yang menyesakkan tuang yang memang kecik ni. Disket yang sekarang ni sudah berganti dengan pendrive dan yg seangkatan dengannya. Nak kena dapatkan khidmat nasihat pakar dulu sama ada boleh dibuang atau sebaliknya. hehehe.



OK, Dah letih. T kasih.

Friday, May 9, 2008

Basikal Oh Basikal

Parut di siku mengingatkan aku kepada kenderaan pertamaku, si cun melecun basikal raleigh. (Tak ada kena mengena dengan basikal yang tersadai di atas) Kegembiraan memiliki basikal tersebut pada usia 10 / 11 tahun itu amat luar biasa nikmatnya yang mungkin mengalahkan kegembiraan orang dewasa memiliki wira atau pun waja. Namun, akhirnya basikal tersebut telah diberi kepada seorang budak/pelajar (aku tak kenal pun) setelah tersadai agak lama tanpa sesiapa menunggangnya.

Sunday, April 13, 2008

Tika dan Saat itu

Semasa mengajar di negeri Perak sekitar akhir 90an, saya dan suami telah diperkenalkan oleh pasangan suami isteri yang juga jiran dan kawansanasib dengan satu aktiviti yang amat menyeronokkan iaitu memancing. Lokasinya bekas lombong sekitar Universiti Petronas, Tronoh. Banyaknya ikan kat situ menyebabkan kami tak perlu menunggu lama untuk menaikkan ikan. Acapkali juga saya berjaya menaikkan dua ekor ikan sekaligus. Dan... kami telah ketagih dengan aktiviti itu. Bestnye... walaupun pada hakikatnya saya langsung tidak berminat dengan ikan-ikan tersebut.( hanya menyukai ikan laut) Hanya kaki pancing sahaja yang mengetahui betapa seronoknya saat ikan mematuk umpan dan betapa terujanya kala menaikkan ikan-ikan tersebut. Masa tu, jika ada masalah walau sebesar bukit sekalipun, ianya hilang lesap dari batu jemala...hehehe. Tapi pada masa tu je..........Namun aktiviti itu berakhir bila kami berpindah balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ikan ke apa ni??


Saturday, October 20, 2007

Ujae Tak Celik Mata


Teringat masa kecil-kecil dulu. Tempat beginilah yang menjadi pilihan dan tumpuan kami untuk mandi manda setiap kali hujan turun. Setiap rumah pasti ada "seloran" ( saluran ? ) yang ala-ala air terjun ini. Selagi tidak menggigil dan biru bibir, kami tidak akan berhenti dari meneruskan aktiviti yang sememngnya amat menyeronokkan ini. Tapi sekarang, kenapa kita tidak membenarkan anak-anak kita mandi hujan? Sebab...usahkan mandi hujan, terkena air hujan sikit pun dah selsema/ demam. Kenapa dulu kita tak demam walau pun berjam-jam berpesta air hujan?? Ops, di luar hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Macam nak banjir je....Teringat putu halba....

Hujan
Sudirman Hj. Arshad
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Friday, May 18, 2007

SK. Tawang - Dalam Kenangan



Darjah 6 di SK. Tawang, Bachok, Kelantan. Cikgu paling kiri tu Cikgu Zain, yang tengah Cikgu Gan dan yang paling kanan Cikgu Eyuddin. Terimakasih di atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada kami. Buat kawan-kawan semua, dimanakah anda sekarang? Mungkin dah jadi orang besar atau pegawai tinggi. Walau apa pun, semoga kalian sentiasa berbahagia dan di dalam kerahmatanNya.