Wednesday, April 30, 2008

Beginilah

Tengahari kelmarin mesyuarat panitia,
Pagi tadi Larian Amal Bukuthon
Tengahari tadi taklimat oleh Puan Pengetua
Pagi esok bertolak ke Pangkor (Nampak jadual kursus mcm padat je)
Tengahari Sabtu balik




(Time gaji senyap2 je ya...)

Tuesday, April 29, 2008

Sejak 29 April itu


KIta bersama
Berkongsi suka duka
Pahit manis secukup rasa
Lengkap melengkapi antara kita
Memberi dan menerima seadanya
PadaNya
Dipanjatkan doa
Moga dipanjangkan kasih kita
Sepanas dan sedingin 29 April adanya
Mohon kita juga
Agar diberkati
Hidup kita seluruhnya
Selamanya.... Amin


Monday, April 28, 2008

Pilihan Yang Ada

















Petang Khamis lepas, aku hanya berdua
dengan Ain.
Memang kami tidak merancancang untuk kemana-mana selain mengunjungi sahabat-sahabat blogger. Malangnya, pada petang tersebut sekali lagi talian telefon terputus yg mematahkan kakiku dan sekaligus menyebabkan tahap "keboringanku" berganda-ganda. Jumaat, aku telah mengambil keputusan mengikut suami yang sedang handle kursus di pantai ini. Nasib baik dekat dengan rumah dan masih ada bilik kosong. Rezeki le tu.. Pemandangan memang cantik tapi bilik tak OK. Yang penting, aku dan Ain dapat bersantai dipinggiran pantai ini. Orang kursus kita tak kacauu.....


Friday, April 25, 2008

Berakhirnya Minggu Ini

Disamping rutin wajib iaitu mengajar, Selasa lepas terpaksa memenuhi temujanji di HUSM. Kali ni, rasanya paling lama menunggu. Takpe, sabar....
Rabunya pulak, ada kelas tambahan dari jam 3.00 - 5.00 petang.
Hari ni, lepas tamat waktu persekolahan tengahari tadi, ada meeting. Sampai rumah, big boss dah takdak. Gi kursus. Petang Sabtu baru balik.
Tidur je lahh.......

Monday, April 21, 2008

Menanti Kasih

Kerana Mari Meneka, hari ini Cikgu Panji menerima Menanti Kasih. Terimakasih yang tidak terhingga untuk Norz kerana hadiah yang cukup bermakna ini.



Jangan "jeles"
Tandatangan oleh Norz sendiri


Tengok betul-betul.
Ada alamat blog kita lagi....
Apa kata kita beli novel ni untuk dihadiahkan kepada anak-anak atau kenalan kita.
Memang sesuaii....





Friday, April 18, 2008

Peperiksaan ini

Sebenarnya, kehidupan kita di dunia ini ibarat sedang menjawab ujian terpenting di dalam dewan peperiksaan. Jika di sekolah, setiap peperiksaan diawasi oleh guru-guru, peperiksaan yang kita semua sedang jalani sekarang ini diawasi oleh Allah dan para malaikat. Malah, saksinya di akhirat kelak adalah mata, telinga,tangan, kaki dan seluruh anggota badan kita sendiri. Ini bererti setiap perkataan / perlakuan sama ada kecil atau besar akan dikira dan diberi markah dan sudah tentu tiada satu pun penyelewengan, pengkhianatan atau penyalahgunaan yang dapat disembunyikan.

Tempoh masa peperiksaan yang sedang kita hadapi sekarang ini adalah sejak baligh hinggalah saat berpisahnya nyawa dari badan. Dalam tempoh tersebut, segala apa yang kita lakukan akan diberi markah sama ada pahala atau dosa yang nanti bakal menentukan lulus atau gagalnya kita dalam peperiksaan ini.

Biasanya, tempoh masa ujian atau peperiksaan adalah lebih pendek daripada tempoh masa kita belajar. Begitu juga dengan kehidupan kita di dunia ini yang terlalu singkat jika kita bandingkan dengan alam akhirat yang kekal abadi.

Kita mesti ingat, walau sehebat mana pun calun peperiksaan, tiba masanya tempoh menjawab akan tamat.Dan setiap kita tidak mengetahui baki masa yang masih tinggal.Dengan kata lain, kita semua akan mati dan tiada seorang pun daripada kita mengetahui masa atau tarikh kematian diri sendiri apatah lagi orang lain.

Andainya kita gagal di dalam peperiksaan yang kita sedang hadapi ini, tiada lagi peluang untuk kita mengulang semula. Jadi, jangan sia-siakan masa yang masih berbaki ini.Tingkatkan ilmu di dada, tunaikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Jadilah hamba Allah yang taat, anak yang soleh, ibubapa mahupun ahli masyarakat yang bertanggungjawab. Mudah-mudahan kerja buat kita di dewan peperiksaan ini memberi peluang untuk kita mengutip seberapa banyak markah/pahala untuk kejayaan kita di dunia dan di akhirat.



Monday, April 14, 2008

Tercuit Hati


(Kredit untuk Mingguan Malaysia)
.
Saya terbaca kartun ini di PSS Sekolah tengahari tadi.
Nasib baik masa tu saya berada di PSS,
kalau di rumah sudah tentu saya ketawa terguling-guling.

Sunday, April 13, 2008

Tika dan Saat itu

Semasa mengajar di negeri Perak sekitar akhir 90an, saya dan suami telah diperkenalkan oleh pasangan suami isteri yang juga jiran dan kawansanasib dengan satu aktiviti yang amat menyeronokkan iaitu memancing. Lokasinya bekas lombong sekitar Universiti Petronas, Tronoh. Banyaknya ikan kat situ menyebabkan kami tak perlu menunggu lama untuk menaikkan ikan. Acapkali juga saya berjaya menaikkan dua ekor ikan sekaligus. Dan... kami telah ketagih dengan aktiviti itu. Bestnye... walaupun pada hakikatnya saya langsung tidak berminat dengan ikan-ikan tersebut.( hanya menyukai ikan laut) Hanya kaki pancing sahaja yang mengetahui betapa seronoknya saat ikan mematuk umpan dan betapa terujanya kala menaikkan ikan-ikan tersebut. Masa tu, jika ada masalah walau sebesar bukit sekalipun, ianya hilang lesap dari batu jemala...hehehe. Tapi pada masa tu je..........Namun aktiviti itu berakhir bila kami berpindah balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ikan ke apa ni??


Saturday, April 12, 2008

Tiga Bau

Sedar atau tidak kebanyakan daripada kita akan melalui tiga frasa bau-bauan dalam hidup.
1. Bau wangi - Iaitu semasa seseorang itu menjadi pengantin baru atau pada awal perkahwinan mereka. Masa ni dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari dapur sampai bilik tidur semuanya wangi.

2. Bau hancing - Bila beranak pinak dan anak-anak masih kecil, pasti ada ketikanya pampers terlucut daripada tempat yang sepatutnya. Jadi, bau ini acapkali menusuk ke hidung.

3. Bau minyak panas - Bila usia dah meningkat, urat dah kendur dan tulang dah longgar, maka kerap kalilah seseorang itu lenguh lutut, sakit pinggang, terseliuh kaki dan sebagainya. Bila minyak panas ini sudah menjadi kawan rapat kita, maka sedarlah bahawa kita telah berada dalam zon berjaga-jaga.

Ada sesiapa yang tak faham, sila tanya orang sebelah.
Wallahu A'lam.

Sedapnyeee

Pic dalam periuk.
Masak lemak ketam.

Pelan Rumah

Nak datang rumah saya senang je.
Dari traffic light JPJ Panji tu, terus je sampai Kedai Lalat.
Kemudian dari traffic light Kedai Lalat belok kiri bla bla bla
Pastu jumpa sign board sempadan Kota Bharu-Bachok.
Belok kanan, Encik akan jumpa rumah cat kuning.
Atau pun dari traffic light Kedai Lalat tu
jln straight sampai pam minyak kecik Wakaf Zain.
Sebelah pam minyak tu kan ada simpang.
Masuk simpang kiri tu
hingga jumpa sign board Bachok-Kota Bharu.
Belok kiri Encik akan jumpa rumah cat kuning.
.
Kalau pun tidak setiap hari, pasti setiap minggu saya akan mendengar suami tercinta memperincikan pelan untuk ke teratak kami kepada rakan-rakan pengunjung blognya yang famous macam-macam ada itu. Bila musim cuti sekolah, makin meriah teratak kami ini dengan kedatangan sahabat-sahabat dari serata pelusuk negara. Nampaknya dunia blogging dan perniagaan suka sukanya itu telah menemukannya / kami dengan bermacam-macam jenis orang dari berbagai-bagai lapisan. Terima kasih semua.

Friday, April 11, 2008

Tulisan Tangan

Baiki tulisan anda! Kerap kali saya tulis pada buku atau skrip jawapan pelajar bila saya tidak berpuashati dengan tahap kekemasan tulisan mereka. Kadang-kadang amaran tersebut diberi kerana tulisan mereka terlalu "tidak cantik". Kerap kali juga saya meminta pelajar membesarkan saiz tulisan bila mereka menulis dengan saiz yang terlalu kecil walaupun dalam keadaan kemas dan cantik.
Persoalannya, tulisan kecil memang boleh diperbesarkan tapi bolehkah tulisan yang tidak cantik dipercantikkan??

Jom tengok tulisan saya yang juga tidak pernah cantik dari dulu sampai sekarang. Hehehe

Wednesday, April 9, 2008

Ooo... Makan Angin Sokmo

Ainnn.....
kalaulah kita boleh sampai ke situu....

.
Ih , sorry c su curi pic ni.

Selamat Bersara

Untuk
Al Ustaz Tn. Hj Ibrahim b. Daud
yang menamatkan perkhidmatannya
di SMK Panji pada 7 April 2008.
.
Antara petikan ucapannya yg terkesan
di hati saya pada majlis persaraannya semalam:
Untuk mencapai kecemerlangan,
letakkan diri kita di tempat yang sewajarnya dan
jadikan diri kita penting walau dimana saja kita berada.
.
.
Saya terbaca satu petikan yg menyatakan bahawa kaum wanita akan betul-betul menikmati kehidupan ini bila bersara. Berbeza dangan lelaki yg mudah bosan dengan suasana selepas bersara. Ya ke??

Monday, April 7, 2008

Andai Ku Miliki






Sepanjang hidup, rasanya saya tidak pernah menanam atau membeli pokok bunga mawar a.k.a rose walaupun sebenarnya saya amat mengagumi kecantikan bunga yang bermacam-macam warna ini. Mungkin kerana terpedaya dengan cerita-cerita orang yang menyatakan pokok ini sukar hidup dan sukar untuk dijaga membuatkan saya mengabaikan keinginan untuk memiliki pokok secantik ini. Entah betul entahkan tidak. Sepatutnya saya mencuba dahulu, bukannya mengaku kalah begitu saja sebelum melakukan apa-apa percubaan.
Rugi je kan??
.
(Rose yang dipertandingkan di Pesta Flora 2008 di Taman Orkid)

Sunday, April 6, 2008

Jumaat ku

Pagi semalam, lebih kurang pukul 9.00 C panji dan pakwe ke Tadika Intelek Maryam. Ada perjumpaan ibu bapa dengan guru-guru tadika tersebut. Sambil menunggu guliran untuk jumpa cikgu kelas Ain, saya terpandang beberapa pasang kasut kertas yang dipamerkan di papan kenyataan tempat menunggu tu. Antara kasut-kasut tersebut, ada yang tertulis nama Ain Syafizah. Apa lagi...saya tengok kiri kanan dan terus snap gambar kasut tersebut. Ooo..Patut le sahari dua ni asyik buat kasut kertas je kat rumah...
.
Balik dari tadika,singgah pasar. Beli macam-macam hingga lenguh membimbit.Hehehe.
.
Lepas solat Jumaat kami sekeluarga ke rumah
kawan di Pintu Geng yang mengadakan kenduri
kesyukuran. Makan, makan dan makan.
.
Balik dari Pintu Geng singgah Pc Fair di KB Mall. Ada yang berkenan tapi tunggulah hingga harga turun sikit lagi. Comelnya laptop yang kecik ituu...
Sebelum tamat sesi ronda KB Mall, macam biasa beli
buah berangan. Sedapp... Teringat zaman kecik-kecik
dulu, di kg saya ada sebatang pokok berangan. Jadi, pada musim berangan gugur, kami budak-budak kampung akan berlumba-lumba mencari buah berangan. Tanpa rasa takut, kami akan mencarinya di subuh-subuh hari dengan lampu dan jamung ( obor?) .Meriahnya macam pesta.
.
Kami balik ikut P.Chepa kerana bercadang untuk singgah di Pesta Flora. Tapi disebabkan cuaca masih
lagi agak panas, kami terus balik rumah.

Friday, April 4, 2008

Berita Terkini

Perkembangan Staff bagi semua guru SMK Panji akan diadakan di Pulau Pangkor pada 1 - 3 Mei 2008. Kehadiran wajib. Hehehe lalala

Tuesday, April 1, 2008

Kerja Part Time

Hari ni Cikgu Panji buat kerja part time....hehehe.
Sebenarnya secara sukarela membantu pakwe
buat kerja balut membalut ini.
Lenguh jugak belakang nak menyudahkannya.
OK, telah siap sedia untuk di pos.