Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, May 15, 2017

blog oh blog

Dah tak ramai kawan-kawan blogger yang aktif berblog. Makcik pun sama, bukan setakat suam, sejuk terus. Rumah kuning nak kena tukar nama rasanya. Nak biarkan berkubur begitu saja, sayang le pulak. Ada benda yang boleh dibuat rujukan. Kononnya....Tapi hari ni tergerak hati nak update blog. Sambil menaip ni, sambil dok fikir nak tulis apa benda.
Sekarang budak-budak sekolah tengah periksa pertengahan tahun. Dua minggu lagi, ihh..... dah  tak sampai 2 minggu, cuti pertengahan tahun. Kejap je rasa...  Kita mula puasa dalam cuti sekolah. Kakak-kakak dah beres ke puasa ganti? Jangan buat-buat lupa pulak. Hutang mesti dibayar.
Ok, tq.

 
Esok hari guru. yeayyy




Thursday, June 9, 2016

Alhamdulillah

Berbuka bersama tetamu dari jauh 
Semoga kita kekal dalam iman. Aamiin

Saturday, April 11, 2015

Ramadhan Sudah Hampir

Makcik baru je belek kalender kuda. Rupanya 1 Ramadhan jatuh  pada 18 Jun. Kalau awal/ lewat pun dalam sehari je. Maknanya, dah tak lama la nak masuk bulan puasa kak Jah wei. Terus teringat budak kecik yang dok asrama nun. Macamana la nak bersahur nanti. Harap-harap  dipermudahkanNya segala urusan. First time nak berpuasa, berbuka dan bersahur dengan  kawan-kawan. Sangat mencabar.

Rezeki minggu lepas.
Mil bagi tapai dan pada hari yang sama seorang sedara bagi ketupat
Ehh, mood nak raya dah tiba??? 
Anak-anak dan mak-mak yang belum ganti puasa tahun lepas,  jangan bertangguh lagi ya.
 Masa telah suntuk. Cepat, ganti puasa.

Ok, Assalamualaikum.


Tuesday, July 30, 2013

N3 Asal Ada Je.......

Tengah sabar menunggu azan berbunyi

Kelmarin makcik berbuka di luar. Walaupun ada macam-macam makanan dan boleh dok hingga 10 mlm tapi takdelah makcik lepak dan makan sebegitu lama. Pukul 8 lebih sikit, makcik dah chow dari situ.Perut kita bukan tong sampah yang boleh diisi sesuka hati. Kesian dia. Hehehe.

Saturday, July 27, 2013

Seronoknya Saat Berbuka

Sup kambing dan rakan-rakan sedia terhidang

Khamis lepas berbuka di sekolah. Ramai jugak kawan-kawan yang datang. Jumaat berbuka bersama mak ayah, adik beradik dan saudara mara terdekat. Alhamdulillah. Sabtu berbuka di rumah kuning.

streamyx di rumah makcik masih tak berfungsi. Kabel yang dicuri masih belum berganti. Kesian kami.... pencurinya laaagi kesian.

Sunday, August 5, 2012

Sudah 16 Ramadhan

Alhamdulillah, sehingga hari ni baru sekali makcik sekeluarga terlajak hingga tak sempat sahur. Tersilap teknik sebenarnya. am pada tepon makcik, entah bila terubah kpd  pm. Maka tak berkokoklah dia pada masa yang  diinginkan. Makcik pun sedaplah tidur sampai subuh. Nasib baik makcik kecik sorang ni  boleh puasa sampai waktu berbuka. Cuma, bulan puasa ni, selera makcik kecik dgn selera  makcik  selalunya tak sama. Dia dengan selera ala-ala western sikit. Makcik dengan selera  cerok kampung negeri Cik Siti Wan Kembang.

 Buah ni pun makcik kecik yang beria nak makan.

Saturday, July 21, 2012

1 Ramadhan

      Alhamdulillah kita masih bernafas di bulan yang penuh keberkatan ini..

SELAMAT BERPUASA
dan
                            Usah biarkan peluang yang terhidang di hadapan mata berlalu begitu sahaja.

Wednesday, August 17, 2011

Saya Terjun Dan Terbang

Tengah berjalan dengan perasaan seronok, puashati lalala sebab dah kurus, tiba-tiba.......
Ummi, bangun sahur, dah pukul 5 lebih. Buka mata. Ain dok di ujung kaki. Hahh........ makcik melompat terjun ke dapur. Bancuh air, ambil kurma, ambik ayam goreng. Nak tunggu diorang turun, lambat. Jadi, makcik terbang naik atas. Mai cepatttt...... makan!!!!
Nasib baik.......... kalau tak mesti ada alasan untuk budak tahun 3 ni ponteng puasa.
Yang tak bestnye..... potong stim orang yang mimpi kurus tengah seronok, perasan lalala. Tak sempat makcik nak beli baju saiz S. Hehehe




Thursday, July 7, 2011

Misi Yang Gagal

Pukul 3 lebih petang tadi, uwa.....uwa..... lapar....lapar. Saya buat tak dengar.
Dia naik atas...tengok TV dalam sejam.
Turun balik...... uwaaa........ lapar....sakit perut. Saya buat-buat pekak badak lagi.
Dia makin menjadi-jadi........... nak buka puasa.....nak buka puasa.... (siap cakap) bukan puasa Ramadhan pun.........lapar.
Dah dipujuk-pujuk tapi tak makan saman.
Eee geram...... Pergilah cari apa-apa yang boleh dimakan kat dapur.
Dua tiga minit after that....... ummi, nak rebus maggi, letak air setakat mana???Ain dah letak air atas dapur.
Cepat-cepat saya ke dapur dan masakkan sebungkus maggi untuknya.
Selesai...........


Huhh.... dari minggu lepas lagi punyalah beria-ia nak puasa hari ni....gagal!!!

Friday, August 27, 2010

Saya Sudah Slim

Jangan salah anggap. Yang agak slim bukan pemilik rumah kuning tapi makcik yang kepucatan dalam pic di bawah. Walaupun dikelilingi oleh berbagai-bagai jenis juadah, tapi makcik ini kurang teruja untuk menikmatinya. Letihhhhh... Pun begitu, doakan semoga makcik diberikan kesihatan untuk meneruskan ibadat puasa ini.

Tuesday, August 24, 2010

Siapa Makan Dapat Pahala

Sila makan
Sebab dengan makan pun dapat pahala
Dah le dapat rasa kesedapan makanan, kenyang pulak tu. Dapat pahala lagi.
Bukan setakat makan, minum pun dapat pahala jugak.
Sikit atau banyak tak jadi hal. Semuanya dapat pahala. Senangnya....
Tapi ramai yang tak bangun, tak makan padahal pada siangnya sedapnya...sedapnya... hinggakan semua jenis makanan dan minuman terasa berganda-ganda sedap.



Alhamdulillah pagi ni kami makan mee goreng dan teh O.

Friday, August 20, 2010

10 Ramadhan

Hari ke sepuluh berpuasa. Alhamdulillah masih lagi kekal bersahur walaupun pernah sekali terjaga jam 5.30 pagi. Pun begitu sempat lagi terjun katil, panaskan air, letakkan daging burger dan roti burger dalam kuali besar ( sebab nak letak 3 kpg daging burger dan 6 kpg roti sekaligus) yang diminyakkan sebab dah tak sempat nak letak mentega atau marjerin. Semuanya dibuat seperti lipas kudung hinggalah selesai mengunyah sebiji burger dan segelas air setiap seorang. Hehehe.
Sehingga 10 Ramadhan ni En Suami asyik tak sihat je. Terkini, sakit kaki. Sebenarnya sebelum masuk Ramadhan lagi sudah berkali-kali jumpa tukang urut dan doktor. Almaklumlah umur dah masuk 40 an. Dah tua...... Sebenarnya nak cakap disini, jangan bertangguh atau tunggu tua baru nak beribadat. Sebabnya bila dah tua, biasanya akan datang bermacam-macam sakit hinggakan solat pun kadang-kadang secara duduk di lantai, kadang-kadang atas kerusi. Walaupun sah tapi rasa kurang puashati. Jadi rebutlah peluang sedari muda. Apatah lagi orang muda pun tidak terkecuali dari dijemput menemui Yang Maha Pencipta.

Friday, August 13, 2010

2 Ramadhan

Masih sama seperti Ramadhan tahun lepas, waktu petang Ain tak boleh duduk di rumah. Bising...lapar...lapar...lapar. Jadi ibubapa mithali bawa tuan puteri ronda-ronda ke pantai. 1 Ramadhan ke pantai (tak ingat nama...dekat Gelora Beach Resort), kelmarin ke pantai Irama. Melompat-lompat di sana hingga hampir berbuka.

Budak tak malu. Puasa minta upah. Rm10 sehari taknak. Nak RM300 untuk puasa sebulan.
RM10 x 30 hari = RM300 le Ain wei. Ummi tak janji....



Thursday, August 12, 2010

Gagal Lagi

Kami ke pasar Ramadhan di Kubang Kerian.
Ain pilih dua jenis kuih, satu jenis air dan tiga jenis lauk.
Abahnya pilih satu jenis kuih dan satu jenis lauk.
Emak Ain pula pilih beberapa jenis lauk.
Bila dibuka semuanya, meja kami ada berjenis- jenis lauk dan 2 jenis kuih.
Bab kuih, bagussss tapi bab lauk gagal mengawal nafsu dengan agak teruk.
Tidak baik ya kawan-kawan dan jangan tiru macam saya. Hehehe

Sunday, August 8, 2010

Terbabas

Malam tadi tidur lewat dan pagi tadi bangun pun lewat. Terlewat sebenarnya. Melompat makcik bangun. Apa taknya, tersedar hampir jam 7 pagi. On the way ke bilik air, punya le makcik geram. Ain tersandar tengah menonton tv. Bertuah punya anak. Ainnnn....Kenapa tak kejut ummi? Dia senyum tanpa menjawab. Oh oh oh....ingat kalau lewat, ummi akan ponteng dan Ain pun boleh ponteng? Takdenya. Sekolah tetap sekolah biarkan lewat.

Friday, September 18, 2009

Yang Terakhir

Tengah menjinakkan anak muda yang tampan.
Akhirnya.....
Cheff DG52. Jangan main-main....
Tengah menunggu azan berkumandang

Semua menu berasaskan daging
Solat Isyak dan tarawih diimamkan oleh Mohd Haziq al Hafiz.
Tabik spring untuk Ajit.
Lepas tarawih acara makan bersambung.
Meratah daging dan mencicah collek.
Sila sediakan tisu untuk menghalang air liur anda daripada menitis.
Tak sedap pun. hehehe
Sekian, terimakasih


Thursday, September 17, 2009

Tajuk??

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.
Cepat masa berlalu.
Kelmarin sehingga petang berada di sekolah.
Trial SPM sudah berakhir. Lega....
Tapi ada lagi dua tiga kerja yang tidak beres.
Akan dibereskan secepat mungkin sebaik sahaja pejabat dibuka lepas raya nanti.
Kecuali kertas periksa yang mesti ditanda semasa cuti raya.
Hari ni cuti peristiwa.
Dan hari ni makcik jadi tukang cuci, tukang kebun juga tukang masak.


Sibuk ....sampai bila?

Wednesday, September 2, 2009

Kasih.... Sayang....Buktikan!!!

Boleh dikatakan setiap ptg di bulan Ramadhan ini, kami akan meronda ke pasar Ramadhan atau sekadar mengambil angin petang.Rasionalnya supaya si kecil ini tidak bising .... lapar... lapar... lapar. Dan dua tiga hari lepas, sedang saya menunggu suami membeli juadah di pasar Ramadhan, tiba-tiba seorang perempuan dalam lingkungan usia 30an melintas di hadapan saya. Punyalah seksinya hingga malu untuk saya melihatnya. Berseluar ketat dari kain nipis yg mungkin lebih nipis dari kain baju pagoda, berbaju singkat, ketat yg mungkin dari kain yg sama. Dgn body XL, saya rasa bercupak-cupak mata tidak melepaskan peluang melihat perempuan yang seolah-olah telanjang di khalayak ramai ketika umat Islam sedang berpusu-pusu membeli juadah di pasar Ramadhan. Rasanya tidak keterlaluan jika saya katakan bukan sahaja bentuk tubuh yg begitu murah diperlihatkan kepada umum tetapi juga dengan selulit-selulitnya sekali dipamirkan. Sungguh mengaibkan.
.............
Sejak akhir-akhir ini terlalu ramai anak-anak muda, ibu-ibu atau para isteri yang berpakaian jauh dari menepati kehendak Islam. Terlalu ramai saudara seIslam kita yang walaupun bertudung tetapi berseluar ketat dan berbaju nipis lagi singkat. Kepada sang suami, tidakkah wujud kasih dan sayang anda kepada sang isteri sehingga anda bersikap sebegitu dayus membiarkan susuk tubuh isteri sendiri menjadi tontonan umum???. Kepada para ibubapa, kenapakah anda sanggup membiarkan benih cinta anda mendedahkan diri kepada fitnah di dunia dan kemurkaan Allah semestinya??? Tiada lagikah kakak-kakak atau abang-abang yang prihatin untuk menegur salah silap adik-adik yang menyimpang dari landasan yang sepatutnya??? Buktikan kasih sayang kita kepada orang-orang tersayang dengan membimbing mereka melalui jalan yang diredhai Allah.