Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Thursday, October 25, 2012

Dalam Kenangan

Hari ni 9 Zulhijjah. Esok raya. Yeayy.... daging singgae, daging cicah air asam, daging goreng campur hati, campur jantung. hehehe  Lupakan bab makan-makan ni.  Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim ya kawan-kawan.
Teringat masa wukuf pada 2009 yang lepas. Kami dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah kerana bimbang kesesakan jalan. Bimbang tidak sempat wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Masa kami sampai di Arafah, hujan turun dengan lebatnya Dah nama pun duduk dalam khemah, jadi banyaklah bocor hingga tilam  banyak yang basah. Tilam saya berjiran dengan tilam seorang kakak yang saya memang tak kenal w/pun dlm pakej yg sama. Kakak tu bersama  empat lima  orang kawannya yang saya nampak macam dah lama kenal. Sepanjang berada di Mekah dan Madinah, saya tinggal sebilik dengan suami. Jadi, sepanjang di sana saya takde kawan rapat. Kemana-mana pun saya berdua dengan suami, tapi bila berada di Arafah, jemaah perempuan dok dalam satu khemah dan jemaah lelaki dok dlm satu khemah yang lain.
Malamnya, kami susun semua tilam yang basah di tepi dan kami semua tidur atas karpet. Karpet tak basah sebab ianya dbentang bawah tilam yang disusun rapat. Malam tu, sebaik saya merebahkan badan untuk berehat, kakak sebelah tilam saya mengeluarkan selimut  ( kain nipis yg agak besar) lalu menyelimutkan saya. Memang sejuk pun sebab sebelum tu hujan lebat dan kita sedikit sebanyak memang basah (saya hanya bawa benda-benda wajib je, selimut ni memang takde dlm senarai). Sungguh tersentuh bila orang yang kita tak kenal begitu baik dengan kita.
Rindunya untuk melalui pengalaman berwukuf lagi, berdoa, bermunajat dalam suasana begitu.Syahdu....
Esoknya selepas maghrib, kami bertolak ke Muzdalifah  dan selepas Subuh kami dibawa pula ke Mina.Di Mina, tilam saya berjiran pula dengan Megawati. Rasanya saya dah cerita tentang kawan baik saya  ini yang terputus hubungan selepas musim haji 2009 tetapi berjumpa balik masa buat umrah 2011.
Hari terakhir saya berada di Mina, kalau tak silap masa tu dlm perjalanan nak gi melontar, saya tunjuk kepada suami,  "Itulah kakak yang selimutkan  saya masa dok di Arafah" . Masa tu dia tengah berjalan beriringan dengan suaminya.
Suami : "Suami dia tu kan wakil rakyat. Tak kenal ke?"
Aaa? isteri wakil rakyat. Baiknya.
Semoga dia sentiasa di dalam kerahmatan Yang Maha Esa.


Terima kasih kepada pembimbing haji kami Abu Anas Al Madani (Dr Abdul Basit Abdul Rahman) di atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang musim haji 2009. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Yang Maha Esa.

Monday, November 14, 2011

Terbayang-bayang

Juadah di Makkah Al Mukarramah. Sangat simple.
Makan dua/tiga kali sehari  tapi tak pernah muak.
Sebungkus kongsi berdua. Digandingkan pula dengan jus mangga yang pekat..

Inilah rupanya. Lembut....Sedap yang amat w/pun tanpa kuah.




Ada lagi yg lebih nikmat.
Bila kaabah di depan mata. Syahduuu.......

Wednesday, July 6, 2011

Pertemuan Yang Manis

Sebelum berangkat pulang dari mengerjakan haji akhir 2009 lepas, kami bertukar-tukar no telefon. Tapi sangat pelik, saya gagal mengubunginya dan dia tidak pernah menghubungi saya.

Dan semasa berada di Masjidil Nabawi Jun lepas, setiap kali menunggu untuk memasuki Raudhah, saya memang teringat kepadanya. Kami pernah berpegang-pegangan tangan untuk tujuan yang sama pada musim haji 2009. Megawati, kawan dari Kedah yang sebaya dengan saya dan berjiran selang satu tilam semasa berada di Mina. Dalam ramai-ramai ahli rombongan, saya hanya teringatkan Mega. Dalam hati, kalaulah saya terjumpa lagi Mega....tak kiralah dimana. Dan beberapa hari selepas sampai di Mekah, di dalam Masjidil Haram saya dan suami telah terserempak dengan sepasang suami isteri. Sangat tidak disangka. Kami berpeluk erat....sangat manis pertemuan kali itu. Syukur, Allah makbulkan... Dalam jutaan manusia, saya berjumpa Megawati dan suaminya. "No awak hilang. No yang saya bagi tu mungkin saya tersilap bagi no semasa di Mekah". Itulah puncanya kami terputus hubungan.

Dua hari sebelum balik Malaysia, sekali lagi saya terserempak dengan Mega. Mudah-mudahan kami tidak lagi terputus hubungan.
.

Sunday, June 5, 2011

@ Makkah Al Mukarramah

sampai mlm tadi setelah tiga mlm berada di madinah.
cuaca agak panas.
jemaah umrah sgt ramai. mcm musim haji.
alhamdulillah kami suami isteri sihat walafiat.

Monday, January 11, 2010

Perjalanan Mencari Redha Illahi ( 5 )

Yang bergelimpangan ini saudara kita.
Pic ini diambil di luar pagar Hasjidil Haram semasa saya keluar untuk solat Subuh. Semasa baru sampai di bumi Mekah ini, hanya terdapat dua tiga orang sahaja yang tidur di sini. Kemudian, semakin hari semakin ramai hinggalah penuh kawasan ini. Terdapat juga ibubapa yang membawa anak-anak kecil yang hanya tidur di atas batu-batu kecil atau simen semata-mata tanpa tikar apatah lagi tilam. Berdasarkan beg-beg yang agak besar bersama mereka, rasanya kemungkinan besar mereka berkampung di luar masjid ini tanpa menyewa bilik/hotel. Dalam usaha mencari redha Illahi, saudara-saudara kita ini sanggup bersusah payah dan sangatlah gigih. Kita?


Perjalanan Mencari Redha Illahi ( 4 )

Madinah dalam kenangan.
My hero yang rupanya tak tahan sejuk. Wow...makcik dgn handbag merah. Juga sewaktu berada di Madinah.

Pic ini diambil di hadapan deretan kedai semasa berada di Mekah. Bersama merpati yang sangat banyak. Jinak-jinak merpati, bila kita rapat dia lari. Nampak sikit le pulak...


Sunday, January 10, 2010

Perjalanan Mencari Redha Illahi ( 3 )

Pengenalan Diri.
Ada yang pakai bunga, ada yang pakai riben. Ada yang melilit kepala dengan kain yang bermacam warna. Saya sempat mengambil gambar jemaah yang memakai kain berwarna untuk memudahkan mereka mengenali kumpulan masing-masing. Semuanya jemaah dari Indonesia.




Friday, January 8, 2010

Perjalanan Mencari Redha Illahi (11)

Sesungguhnya Allah telah mengukuhkan Mekah sebagai tanah haram yang dihormati sejak langit dan bumi diciptakan. Disana ada kaabah tempat ibadah kepada Allah yang pertama di muka bumi.

Sepanjang berada di sana, rombongan Ash-Har Travel (saya ke Mekah dgn Ash-Har Travel)telah dibawa melawat banyak tempat. Antaranya:

Jabal Thur - Di bukit inilah terletaknya gua thur, tempat Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar bersembunyi dalam perjalanan berhijrah ke Madinah.

Jabal Rahmah - Terletak di Arafah dan dikatakan tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas dikeluarkan dari syurga. Ramai orang berdoa minta jodoh di sini.

Dalam perjalanan, kami melewati Jabal Nur yang terletaknya gua Hirak. Sebuah gua yang bersejarah kerana disinilah Rasulullah menerima wahyu yang pertama. Kami tidak berhenti di sini dan pic ini diambil dari dalam bas.


Di kebanyakan tempat yang biasanya dikunjungi oleh para jemaah haji & umrah akan ada unta berhias yang sedia untuk ditunggangi.

Di ladang unta yang terletak di tengah padang pasir yang kering kontang. Aikk....tak nampak pun unta. Tapi, first time merasa susu unta.... Sangatlah sedap.


Besarnya pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad saw terhadap umat Islam...terhadap kita semua.

Tuesday, December 29, 2009

Perjalanan Mencari Redha Illahi (1)

Segala-galanya sangat menakjubkan.


Tersergam Masjidil Haram. Pic diambil dari depan hotel Firdaus Al Ghazzah.


Teguh, gah....


Dari dalam masjid. Penuh dengan tetamu Allah.


Tempat saie di tingkat dua. Tempat saie ni bersambung dgn masjid dan biasanya akan penuh ketika solat fardhu


Dataran terbuka yg berhadapan dgn tempat tawaf d tingkat atas.


Dalam kawasan masjid di tingkat satu.

Dalam khemah di Arafah. Walaupun waktu wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah (masuk zuhur) hingga terbit fajar 10 Zulhijjah, tapi kerana bimbangkan kesesakan jalanraya, para jemaah telah dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah. Dan pada 8 Zulhijjah lepas, hujan turun dengan agak lebat yg menyebabkan tilam-tilam dalam khemah di Arafah basah kuyup. Manusia merancang, Allah yang tentukan. Alhamdulillah para jemaah dapat bermalam dengan selesa....sejuk. Arafah dipenuhi dgn doa dan rintihan yg bersahut-sahutan. Kerdilnya hambaMu ini Ya Allah. Selepas maghrib 9 Zulhijjah kami berangkat pula ke Muzdalifah.

Keadaan di Muzdalifah. Ada yang berehat dan ada yang menguis-nguis tanah mengutip batu. Alhamdulillah bas kami lewat yang membolehkan kami bermabit penuh di Muzdalifah. Kami berangkat ke Mina selepas solat Subuh 10 Zulhijjah. Walaupun hanya bertikar hadiah TM dan berbumbungkan langit, tetapi saya dapat tidur lena dan sedap di Muzdalifah.
Dalam khemah di Mina. Aktiviti makan, minum, solat, tazkirah semuanya di dalam khemah ini. Berbeza dgn Arafah, di sini ada aircond. Tempat melontar lebih kurang 3 km dari khemah ini. Jemaah yang nafar awal keluar dari Mina (balik ke Mekah)sebelum maghrib 12 Zulhijjah sementara yang nafar thani balik ke Mekah pada 13 Zulhijjah. Sampai saja di Mekah, tanpa berlengah lagi saya & suami bersiap-siap dan terus ke masjid untuk tawaf dan saie. Alhamdulillah semuanya dapat kami lakukan sebagaimana yang dirancang. Selesai tawaf & saie, bermakna semua rukun dan wajib haji telah selesai kami kerjakan. Iringan doa dipanjatkan kehadrat Allah semoga kami mendapat haji yang mabrur.

Bumi Madinah. Masjid Nabi dari kejauhan......


Di luar masjid. Terdapat banyak tiang yang sebenarnya dapat dibuka menjadi payung besar. Cantik...


Payung yang telah dibuka.

Keadaan dalam masjid. Pemeriksaan di pintu masuk masjid sangat ketat dan sebarang kamera memang tidak dibenarkan dibawa masuk. Hari terakhir sebelum meninggalkan bumi Madinah ini, saya memberanikan diri mengambil pic ini. Itupun saya memegang handphone di atas riba. Inilah seadanya. Keadaan sebenar dari tiang hingga ke bumbung sangatlah menakjubkan.
Toriq....toriq....
Ibu....ibu....depan ibu...... Terngiang-ngiang di telinga.
InsyaAllah dgn izinNya kami akan datang lagi.

Thursday, November 5, 2009

Bagai Mimpi

InsyaAllah semoga rindu ini akan terubat. Saya dan suami akan menjadi antara tetamuNya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya kami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada Selasa 10 Nov ini. Semoga mendapat haji yg mabrur. Kepada sahabat-sahabat di sidebar dan semua pengunjung blog ini, pohon maaf di atas segala kesalahan atau kekasaran bahasa di n3 rumah kuning atau cikgu panji sebelum ini.


Dengan tak disangka-sangka dapat cuti hari Ahad ni. Razeki untuk warga Kelantan. Jadi, hari ni last day pergi sekolah sebelum berangkat.