Friday, December 31, 2010

Dah Cium, Takkan Tak Reti Nak Ucap Terimakasih (Baca MINTA MAAF)

Kelmarin, si putih gebu saya telah dicium oleh Saga DBL 4271 ketika sedang berderetan bersama kereta-kereta lain di petak parkir jln wakaf Siku. Sudah diciumnya si gebu saya, tidaklah si pencium itu berhenti untuk ucap terimakasih (baca MINTA MAAF). Selamba ...ngong je dia meneruskan perjalanan sedangkan saya terkedu di seat sebelah pemandu. (Pemandunya tengah berurusan di sebuah bank). Beginilah rupanya segelintir rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun. Benciiii.........

taknak le sambut ulangtahun pertama tgh tahun nanti, cacat macam nih

Tuesday, December 28, 2010

Sempat Juga Memetik Strawberry

Kelmarin, bertolak jam 2 + dan sampai Cameron Highlands jam 8+. Melilau mencari hotel sekitar Brinchang dan akhirnya check in di Parkland Apartment. Sesaknya Brinchang sampai nak park kereta pun ngak dapat-dapat. Tu yang lari dok kat apartment tu. Senang parking. Hari ni meronda mana-mana yang patut dan dirasakan menarik. Jam 1+ bertolak balik KB. Sepanjang jalan hujan tak henti-henti dan jam 8 malam Alhamdulillah sampai rumah.

Monday, December 27, 2010

Cuti Dah Nak Habisss

Kelmarin, meeting pertama 2011 bg semua guru SMK Panji di Sutera Inn, KB. Sebaik sahaja berakhir, berdesup keluar tanpa makan tengahari memandangkan en suami sudah menunggu di lobby. Terus ke restoran nasi ulam cikgu pekena budu semestinya. Selesai makan, on the way ke kereta, alamak baru perasan name tag masih tersemat di tudung. Malu...15x. Bagi en suami pulak, apa nak dimalu... biasa je........... sebab tu dia tak cakap. Eeeee.....

Pagi tadi, ke SK Sering. Pinjam buku teks, beli buku tulis dan alatan sekolah Ain. Hajat dihati nak terus bayar yuran, tapi kaunter yuran takde le pulak.. Dari SK Sering, terus ke SMK Panji untuk menyelesaikan sedikit urusan.

Tengahari ni InsyaAllah akan cuti-cuti Malaysia ke tempat yg sedikit sejuk. Beg pakaian dah tersandar tepi pintu menunggu big boss balik dari mesyuarat.


Ain : Hari tu abah gi Singapore tak bawak kita. Jadi, hari ni dia kena bawak mana kita nak pergi.
Ummi : Betul...betul....betul. Lagi satu, kena beli apa kita nak. Hehehe

Friday, December 24, 2010

Semoga Kita Berjaya Dunia Akhirat

Tahniah kepada pelajar yang lulus cemerlang dalam PMR 2009.
Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Tingkatkan lagi usaha semoga SPM 2012 mencatatkan kejayaan sebagaimana yang kita impikan.
Kejayaan cemerlang hari ini tidak akan bermakna sekiranya tidak dijadikan kesinambungan untuk kejayaan dalam SPM dan peperiksaan seterusnya. Sementara kegagalan / kurang cemerlangnya dalam PMR ini tidak bererti begitu juga prestasi anda dalam SPM nanti. Sebagai iktibar, ada kawan-kawan saya yang keputusan PMR (dulu SRP) tidak secemerlang mana, tetapi dengan usaha dan komitmen yang tinggi, mereka telah memiliki Phd pada hari ini.
Sebaliknya, ada juga kawan yang cemerlang semasa PMR dulu, kini tidak berjaya sebagaimana yang dijangkakan.
Jadi, jadikanlah kecemerlangan dalam PMR ini sebagai kesinambungan untuk mencapai kecemerlangan seterusnya. Bagi yang kurang cemerlang, jadikanlah keputusan ini sebagai penyuntik semangat untuk menggapai kecemerlangan dalam SPM dan peperiksaan seterusnya.



Alhamdulillah SMK Panji mencatat peningkatan yang sangat memberansangkan.
Boleh do'ah nak sembelih lembu tu.........

Wednesday, December 22, 2010

Dalam Debaran

Malam ni ramai yang tak lena tidur sebab esok result PMR akan diumumkan. Yang tak berapa nak lena tu termasuklah guru-gurunya sekali. Kesian cikgu.... Kita dah berusaha dan berdoa, sekarang kita bertawakkal je lah cikgu-cikgu ye.


.
Tidur awal sikit. Esok nak gi sekolah.
Assalamualaikum.

Tuesday, December 21, 2010

La Tahzan

Ujian Allah untuk meningkatkan darjat kita
Kita usaha mencari penyelesaian, dapat pahala
Kita redha, juga dapat pahala
Namun, sentiasalah berdoa
Agar tidak ditimpa ujian yang tidak mampu kita pikul.

Sunday, December 19, 2010

Adakah Anda Bahagia?

Cuba renung dalam diri sendiri, dalam-dalam....
Bahagiakah kita....tenangkah kita dengan hidup kita sekarang?
Tanya hati, jawab juga dengan hati. Sebab bahagia di hati, tenang juga di hati.
Usah jawab dengan lidah sebab kadang-kadang ucapan di lidah tidak sama dengan apa yang ada dan dirasa oleh hati.
Andai hati memberi isyarat tidak puashati dan tidak tenang, itu bererti kita tidak bahagia walaupun hakikatnya kita telah dikelilingi bertimbun harta? Kenapa???
Tidak lain tidak bukan kerana sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita.
Bila ada riak, tamak, ego, dendam, sombong, bakhil, pemarah dan perkara-perkara seangkatan dengannya, sudah tentu hati tidak tenang, hidup tidak tenteram dan kebahagiaan akan menghilang.
Jadi, marilah kita sama-sama buang sifat-sifat mazmumah pemusnah ketenangan. Jalanilah hidup saling berlebih kurang, bermaaf-maafan, redha dengan kekurangan dan bersyukur dengan kelebihan.

Semoga kita memperolehi kabahagiaan di kedua-dua alam.

Salam Sayang

Dalam Banyak-banyak Ibu

Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan
Ibu dari segala adab adalah sedikit bercakap
Ibu dari segala ibadat adalah takut buat dosa
Ibu dari segala cita-cita adalah sabar
Esok last day periksa SPM.
Selamat meninggalkan alam persekolahan menengah untuk calon SPM 2010.
Kohor-kohor jadi ore tua dah tuh.
Guna akal dan pertimbangan yang wajar dalam segala perbuatan dan tindakan.
Doa saya semoga anda semua mendapat kejayaan cemerlang dan sentiasa di dalam kerahmatan Allah.
InsyaAllah bahaga dunia, bahagia akhirat.

Saturday, December 18, 2010

Hujan Yang Turun Bagaikan Mutiara

Maklumat kepada orang yang tengah bersedap-sedap di Singapore nun. Kat rumah hujan tak berhenti-henti. Nak gi jalan-jalan pun susah sebab tak selesa nak drive. Dok rumah makan jemput-jemput bilis je. Dlm beg awak kelmarin, saya lupa letak berus gigi dan sejadah. Jadi, tak payah le selongkar sampai berkedut seluar baju dlm beg tu. Tolong upload pic sepanjang majlis tu.

Sebenarnya nak cakap barang tu saya belum pos lagi. Alasan...Hujan

Friday, December 17, 2010

Minyak Membeku

Masa kecik-kecik dulu, acapkali bila waktu pagi minyak masak di dapur jadi beku. Sekarang ni tak pernah pulak terjadi begitu. Kini yang acap terjadi, idea je seolah-olah membeku. Tambah-tambah lagi pada musim hujan sekarang ni. Tak tahu apa nak ditulis di rumah kuningku ini. Tapi masalahnya, nak jugak menulis. Kalau cikgu-cikgu guna Alat Bantu Mengajar a.k.a ABM supaya murid-murid cepat faham, di blog ini saya banyak guna Alat Bantu berupa gambar supaya tak perlu tulis panjang-panjang. Memadai tulis dua tiga baris dan diselangi dengan gambar-gambar walaupun tidak se"cun" mana.
Berlainan pula bagi seseorang blogger yang banyak idea dan pandai bermain dengan kata-kata, walaupun tak ada alat bantu, tapi bila baca blog mereka, sedapppp je bahasa. Masa sedih terasa kesedihannya dan bila gembira, kita pun turut tersengeh. Saya? Sangat jauh untuk mencapai tahap itu. Sangat sedar diri.......
Pun begitu, jangan sekali-kali kita menggunakan bahasa-bahasa kesat dan melampau yang mendatangkan dosa. Kesian kepada diri kita.

Tuesday, December 14, 2010

Ni Baru Betul-betul Cuti

Hari ni
Kacau sugho
Sedappp


Kelmarin
Nasi dagang
Juga sedappp
Alhamdulillah


Sunday, December 12, 2010

Pertunangan Ain

Majlis diadakan di rumah MIL dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Kalau terasa diri termasuk dalam kalangan keluarga terdekat tapi tidak dijemput, harap maaf le ya. Hujung tahun, bajet ciput, musim hujan pulak tu. Tunggulah pula majlis perkahwinannya nanti. InsyaAllah akan diadakan kenduri yang lebih besar jika pun tidak secara besar-besaran.
Olalala....lukis cantik-cantik ye.
Biar berbaloi dgn bayaran.

Terkini...hitam putih.
Warna kegilaan kebanyakan pengantin akhir 2010 termasuklah Ain.
Zaman mak Ain kawin dulu, warna ini langsung tidak masuk dlm senarai.
Dulu...kami minat kuning, merah, hijau, oren....
Sila lihat tunangan orang yang sudah siap disolek.
Di bawah ya
l
l
l
l
l
l
V
Eh..eh.... Bukan Ain le
My SIL yang bertunang. Makcik Ain!!!!


Sekian

Friday, December 10, 2010

Gambang Water Park

Besttt.... berendam dari pagi sampai petang.







Dalam perjalanan pulag.
Ain : Cuti lepah ni, kita maghi pulak deh...

Tuesday, December 7, 2010

Ya Allah, Berkatilah Hidup Kami

Selamat menyambut tahun baru.
Dah 1 Muharam. Usia makin meningkat. Dosa pun rasanya semakin banyak. Pahala....wallahu a'lam. Apa yang telah kita buat sepanjang setahun lepas, atau sepanjang puluhan tahun kita hidup. Berapa banyak masa yang kita habiskan untuk kejayaan akhirat kita. Haihh...takutnya. Apapun semoga kedatangan tahun baru ini memberi keinsafan kepada kita agar menjadi hamba Allah yang lebih taat, isteri /suami terbaik, anak yang soleh/solehah, ibu/bapa yang sentiasa menjaga anak-anak dan seisi rumah supaya dijauhi dari neraka Allah.

Monday, December 6, 2010

703

Semenjak dua menjak ni, gila AFC. Asian Food Channel kat Astro tu.
Paling best - Best wan. Macam sedap je apa yang Chef Wan masak.
Tapi yang lain-lain tu, Chef at home, Ho chak, Licence to grill, Yuk buat roti, Coco cooks, Icip-icip, Chef skuter dan lain-lain lagi, walaupun jarang yang nampak sedap, layan jugak sekejap-sekejap. Itupun selepas bergusti berebut remote tb ngan Ain.Hehehe.

Saturday, December 4, 2010

Hati-hati Menjaga Hati

Hati menentukan setiap amalan kita samada baik atau buruk. Amalan baik sebesar gunung sekalipun tidak akan berguna sekiranya hati tidak ikhlas. Hati juga bukan sahaja menentukan kualiti amalan kita, malah menentukan nilai diri kita secara keseluruhannya. Pernah diberitakan seorang yang rajin solat malam, puasa sunat dan sebagainya tetapi Rasulullah mengatakan dia adalah ahli neraka kerana lidahnya suka mencela jirannya. Mengapa lidahnya suka mencela? Kerana hatinya yang kotor walaupun ibadatnya banyak.

Monday, November 29, 2010

Dimana Kita?

* Rasa bersalah dengan dosa?
* Rasa biasa dengan dosa?
* Rasa seronok dengan dosa?
* Jadi pembela kepada dosa?

Syoknya Cuti

Dua tiga hari kebelakangan ini, jadual makan kami telah berubah. Pagi-pagi "sepeie" breakfast ringan-ringan contohnya roti telur, roti kosong, mee goreng. Mee pun ringan ke??? Makan sikit, ringan le. Hehehe Kemudian cabut rumput, kutip daun tepi2 rumah,basuh kain patlima puluh minit. Pukul 9 /10 lebih dah masuk dapur masak untuk makan tengahari. Pukul sebelas lebih2 sikit, dah bersandar kekenyangan. Alhamdulullah nikmatnya.....

Musim cuti ni Ain tuisyen. Tak lama, hanya 2 jam sehari. Lagi 22 jam mengadap TV, game dan tidur. Sorry, ada lagi, (tak tulis nanti dia baca, harus dua tiga hari komplen). mengaji Quran 2 helai aka 4 "pipi" sehari. Itu pun berkira sangat, tak nak lebih.

Hari ni Alhamdulillah matahari memancar terang. Dua tiga hari lepas memanjang je hujan. Tempat-tempat rendah dah dipenuhi air. Kalau zaman saya kecil2 dulu, mesti dah ramai yang memancing. Zaman sekarang, budak2 tak heran pun nak memancing, menaangkap anak ikan. Masing-masing berlengkar depan TV atau berjam-jam mengadap laptop. Zaman dah berubah.


Matahari dah terang. Bila nak pergi makan angin ni?
Sambil buat-buat lupa Rancangan Pengajaran Tahunan yang belum dibuat.

Wassalam.

Saturday, November 27, 2010

Jangan Marah, Nanti Kena Makan

Pelayan restoran : Nasi goreng pataya siap.
Ain : Ummi, macam muka orang.
Ummi : Hehehe Muka marah ke muka senyum?
Ain : Marah kot. Boleh makan ke?
Ummi : Makan je lah


Demi Sesuap Makanan

Suatu malam di sebuah kedai makan

Mula-mula si putih tercium bau makanan yang enak. Tanpa membuang masa, dia meminta dengan mencuit-cuit peha tuan punya makanan. Tapi....tidak dilayan.

Ih..ih...ih, kedekutnya. Gigit baru tahu. Tak boleh...tak boleh.... Nanti diterajangnya pulak. Nampaknya terpaksalah si putih menunggu jika ada sisa-sisa makanan yang tertinggal. Itupun sekiranya pelayan kedai terlewat untuk mengangkatnya ke sinki. Duduklah dulu. Cantik... Ada kerusi kosong. Bila le ore ni nak habis makan.
Dah le tu wei.... tinggal le sikit untuk si putih gebu di depan ni

Jeng...jeng...jeng....
Dah dapat. Dah dapat.....sedappppp. TQ bro. Tulang pun tulanglah...

Pengajaran :
1. Mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
2. Mesti sabar di dalam setiap usaha.
2. Jangan hanya mengharapkan belas ihsan orang lain.

Wassalam

Langsung Tak Ayu

Berbanggakah ibu bapa bila anak perempuan mereka menjuarai kejohanan sepak takraw????Sekejap tadi, terlihat perempuan bermain sepak takraw di Guangzhou. Sangat menyakitkan mata. Sangat tidak sesuai...tidak sesuai dan tidak sesuai.

Satu Malam Dua Kali

Mlm tadi, ke KB bersama tetamu dari Singapore. Tujuan pertama untuk makan malam dan selepas tu nak ke expo Cheng Ho yang khabarnya akan berakhir malam tadi. Restoran Syam tutup setiap mlm Sabru. Jadi kami dengan dua buah kereta menghala ke Restoran Cheangmai. Hehehe di Cheangmai ada majlis perkahwinan le pulak. Jadi, kami berpatah balik ke Restoran Ukir yang sebenarnya paling dekat dengan rumah kuning. Selepas makan minum, sekali lagi kami menghala ke KB. Sepanjang Kelantan Trade Centre dan stadium, kereta "penuhpena" tepi jalan, takde parking. Jadi, keputusan diambil, balik rumah...... tidur. Dua kali pergi KB, kedua-duanya menghampakan. Sampai di rumah, oh oh oh ada tetamu sedang menunggu. Hasil kerja Ain sambil menunggu makanan sampai mlm tadi

Friday, November 26, 2010

Alhamdulillah...Syukur

Alhamdulillah kerja menanda dah beres dan siap key in markah pagi tadi. Olalaaa.... dah boleh berlari riangria bergumbira. Bila nak pergi bercuti ni? New York? Paris? Sangat le ditimpa perasaan. Dapat pergi Gambang pun dah OK.
Petangnya..... Best...best...best

Memandangkan sudah agak lama tidak ada acara makan-makan di rumah kuning.
Jadi, Malam tadi diadakan sedikit jamuan


Tetamunya hanya keluarga terdekat yang tinggal dekat-dekat.


Makan, minum, sembang sampai jam 12 malam.


Makan...makan...makan


Menu utama .... kambing bakar.


Indahnya malam ini...... Syukur

Wednesday, November 24, 2010

Harapan Yang Menggunung Bak Everest

Kelmarin hari permata periksa SPM. Pagi-pagi lagi saya dah sampai di sekolah.
Budak-budak ni le...... dah dipesan berkali-kali supaya bawa IC, bawa slip exam.Tapi masih ada juga yang tertinggal, terlupa. Datang lambat pun ada jugak.
Malam tadi, rasa macam taknak pergi sekolah pagi ni. Sebabnya, dah teruk bekerja malam tadi. Menanda kertas sampai tengah malam dan bersambung pula sebelum Subuh tadi. Eh.. eh eh...rasa macam bangun bersahur le pulak.Tapi pagi tadi, dengan tak sengaja tersiap-siap dan terpergi jugak ke sekolah. Masih ada juga yang tertinggal IC dan slip periksa walaupun tak seramai kelmarin.
BM kelmarin, rata-rata anak Panji cakap senang. Mudah-mudahan apa yang dijawab tu bertepatan dengan kehendak soalan. Pagi ni BI dan ptg nanti Tasawwur Islam. Tak tahu le macamana pula soalannya. Mudah-mudahan diorang dapat jawab dengan baik dan bulan 3 tahun depan keputusan yang keluar ...CEMERLANG!!!!

Monday, November 22, 2010

Cuti Bagi Seorang Guru

Adik-adik, kakak-kakak,
10 Zulhijjah dah lepas meninggalkan kita.
11, 12 dan 13 Zulhijjah pun dah meninggalkan kita.
Jadi, kita kena tunggu tahun depan le pulak untuk berkorban. Maksud makcik korban binatang al an'am. Kalau korban benda lain, tiap masa, tiap hari pun boleh korban. Hehehe
Pejabat di Kelantan ni pun telah dibuka mulai kelmarin.
Kelmarin jugak, saya dah pergi sekolah. Menunggu pengawas SPM melawat pusat.
Sambil-sambil tu, menanda kertas form 4 yg masih belum siap-siap.
Hari ni InsyaAllah saya akan menyambung kerja menanda secara gila-gila.
Opss...gila-gila = bersungguh-sungguh, bukannya sewel atau sakit otak.
Apa tak gilanya... 25 Nov mesti key in markah. 3 1/2 bundle lagi masih belum siap.



kawan-kawan, sila datang bertugas sepanjang SPM nanti ya. Jadual dah ambil kan?
Rancangan tahunan ???? mesti siap sebelum 23 Dis.
Kat mana saya letak jadual kelas tambahan saya?
23 Nov.... berapa hari lagi ya?????
Sekian, Doakan semoga saya sempat siap menanda sebelum 25 Nov.
Lalalala Syoknya cuti........

Saturday, November 20, 2010

Sudah Bermula


Cerita kelmarin.
Makcik ada 4 jemputan kenduri tapi hanya satu sahaja yang dapat ditunaikan.
Dari pagi hingga petang tolong menolong bantu membantu di rumah saudara. Malamnya kedemaman sakit tubuh, kejang urat dan tak best, tak selesanya tidur mlm tadi.
Dan harap maaf janji nak pergi makan lagi sekali mlm tadi, tidak tertunai.
Takde pic makanan dan bakal pengantin sebab tak sempat jadi jurugambar pun.
Hari ni gi "belarak" di Kuala Krai pulak.
Banyaknya "bekwah"

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hariraya

Hari ni masih sekolah macam biasa
Walaupun esok HARIRAYA
Balik sekolah tadi pergi KB, selesaikan mana yang patut sebelum cuti raya
Malam ni terjelepek tak buat apa-apa
Tak kemas rumah, tak masak apa-apa
Opss... hanya masak nasi goreng untuk makan malam
Untuk raya....tak masak apa-apa
Makan daging je lah
Walau apa pun, esok mesti bestttt
Selamat Hariraya.
Maaf zahir batin kepada semua yang mengunjungi RUMAH KUNING

Friday, November 12, 2010

Berlari Laju, Pandai Menggelecek, Pandai Mengawal Bola, Tapi Kalau Tak Masuk Gol..Tak Guna kan

Kelmarin macam biasa murid-murid form 5 solat hajat dan baca yasin.
Seterusnya diadakan majlis izin ilmu. Yang sangat tak bestnya, bila makcik sebagai SU SPM dikehendaki bagi ucapan/taklimat. Jgn tak tahu, makcik allergic dgn microphone. Tak suka...tak suka,...tak suka...Sila sebut sampai 40x ya. Apa pun makcik belasah je. Mesti tak sedap. Hehehe. Dan macam biasa bila sampai bab bersalam-salam minta ampun , minta maaf, ramailah kanak-kanak ribenna yang menangis teresak-esak. Makcik??? Dalam hati...jgn nangis...jgn nangis...jangan nangis.. dan kelmarin makcik memang sangat cool sbb langsung tak nangis.

Malamnya, diadakan pula majlis solat hajat bersama ibubapanya pula. Pendaftaran bermula jam 6.30, kemudia solat maghrib, solat hajat, baca yassin dan solat Isyak. Seterusnya ucapan Puan Pengetua dan Pengerusi PIBG. Last sekali jamuan.


Usaha, Doa, Tawakkal
Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita

Sunday, November 7, 2010

Aci tak?

Maaf, ada tak perkataan "aci" ? Ihh...belasah je lah. Sekali lagi, aci tak, pergi sekolah tapi tak mengajar langsung. Bukan tiap-tiap hari. Hari ni je tak mengajar. Pagi-pagi tadi ada perhimpunan mingguan + majlis perpisahan dengan PK Ko yang berpindah ke SMK Pengkalan Chepa 1 sebagai PK HEM. Lepas tu, memang makcik takde kelas. Jadi, makcik pergi makan minum, jamuan segala. Pukul 10 lebih, pergi ambil barang-barang SPM di PPD Kota Bharu. Lama yang amat dok melilau mencari barang yang berkotak-kotak itu. Sampai lenguh kaki makcik....pergi mari...pergi mari. Nasib baik makcik pergi berdua. Letih kita Kak Na dak? Rupanya, diorang salah letak nombor. Kotak no 64, sapa le yg tulis 52??? Sebab tu le kami tak jumpa-jumpa kotak no 64. Eeee.... tak pasal-pasal kami tak sempat masuk kelas tengahari tadi.
Balik dari PPD dah hampir pukul 1 tengahari. Kelas saya berakhir jam 12.50. Oh anak muridku, apa yg kalian buat masa ketiadaan saya tadi? Mengulangkajikah? Atau bersembangkah? Latihan yg saya bagi sebelum ni masih byk yg belum siap kan???

Ingat...Periksa dah dekatttt.....

Wednesday, November 3, 2010

Barbie Pun Pergi Sekolah

Sebagai ibu mithali, (hehehe jangan termuntah) mestilah sekali sekali saya selongkar a.k.a spot check apa yang ada dalam beg sekolah anak kan...... Mana le tahu, pensil dah kontot ke, pembaris dah patah ke, atau pemadam dah lesap. Dan sungguh tidak disangka, apa yang ada dalam beg sekolahnya pada hari ini. Patut le beria nak bawa beg besar walaupun pada minggu exam dan buku teks semua dah diserah kepada cikgu. Rupanyaaaa....selain dari tupperware bekal, pensil pen segala, ada
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
Barbie ni pun dibawa ke sekolah... Ain...Ain...

Monday, November 1, 2010

Sihat = Gemuk?

Di sebuah pasaraya.
Pekerja : Berapa tahun ni? (merujuk kpd Ain)
Saya : 8 tahun
Pekerja : Ooo sihatnya.
Saya : Hehehe

Dalam perejalanan pulang
Saya : Ain, kakak tadi cakap Ain sihat kan? Ain tahu ke maksud sihat tu?
Ain : Tahuuu. Maksudnya gemuuuuk.
Saya : Ain jangan le makan banyak sangat. Nanti lagi gemuk.
Ain : Hehehe


dlm hati...takpe asal sihat!!!

Sunday, October 31, 2010

Merapu Musim Hujan

Mlm tadi tengok bola Kelantan vs Negeri 9. Yang bestnya Kelantan menang dan warga Kelantan diberi cuti. Nasib baik makcik sempat kontrol ayu. Kalau tak, mahunya melompat lalalala. Terlebih seronok sebab cutiiii sebenarnya. Dan pagi tadi, selepas solat subuh, tak mahu pejam pulak mata ni. Padahal memang sesuai sesangat berkelubung dalam selimut dengan keadaan bumi Kelantan yang sejuk persis berada di oversea sehari dua ni. Dah masuk musim banjir agaknya. Hujan tak henti-henti.

Tengahari, pergi KB. Dah dapat cuti, mesti le meronda KB. Hehehe. Hujan, tak boleh meronda pun.... Petang, mood mengemas dapur datang. Habis segala pinggan, mangkuk dan kotak-kotak hadiah (hadiah yg masih dlm kotak) yang dah berkurun usianya, makcik buka dan susun dalam almari. Rupanya banyak jugak barang yang makcik sendiri tidak ingat kewujudannya.

Berbalik kepada cuti hari ni. Oh alangkah bestnya jika esok pun cutiiiii.

Sekian, Assalamualaikum




Friday, October 29, 2010

QIADAH

Majalah terkini terbitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Ada article pasal en suami dan pic dalam rumah kuning.



Glemer la Abahhh...

Ain : Ummi, abah masuk dalam TV 1 ke?
Ummi : Dak
Ain : TV2?
Ummi : Dakk
Ain : TV3?
Ummi : Dakkk lah
Ain : Masuk Astro?
Ummi : Dakkkkkkk
Ain : Habis tu? Abang tu beria-ia rakam abah bercakap? Nak buat apa?
Ummi : Abang-abang tu pelajar Universiti Lim Kokwing. Projek U diorang le tu.
Ain : Ingatkan abah masuk TV.....


Pelajar Lim kokwing di rumah kuning

Annual Dinner

Baru balik dari annual dinner. Temanya blink...blink. Saya antara orang yang tak pakai baju yang blink...blink. Bukan sengaja tak nak ikut tema, tapi sebelum Ain gelakkan saya, baik saya lupakan baju yang berkerlipan itu.
Di Grand Riverview Hotel

Tuesday, October 26, 2010

Sihatkah Hati Kita?

Rasanya alasan terbaik saya seakan melupakan blog kesayangan ini sebab banyak melayan facebook. Padahal bukan tulis apa pun kat sana. Sekadar like sana like sini je. Pastu tegur sana sikit, komen sini sikit. Kalaulah masa melayan fb tu digunakan untuk baca Qur'an. Oh alangkah bagusnya.
Dalam perjalanan ke KB tengahari tadi, dengar tazkirah di radio. Best jugak. Ustaz tu ingatkan kita, kalau fizikal kita sakit, orang boleh nampak. Kita lemah, tak larat berjalan, tak larat bekerja dan satu lagi, bawalah makanan yang paling sedap sekalipun, kita tak berselera nak makan.
Sebaliknya kalau hati kita sakit, orang tak nampak, tapi diri sendiri yang boleh kesan. Tanda bila hati kita sakit adalah kita akan malas/tidak suka untuk melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah. Contohnya malas nak solat, kedekut untuk bersedekah, malas baca Qur'an, malas belajar dan sebagainya. Jadi, kita boleh check hati kita masing-masing sama ada sihat atau sakit. Dan untuk ubatkan hati yang sakit, dekatkanlah diri dengan Allah swt.

Friday, October 22, 2010

Lamunan Terhenti

Syoknya kalau dapat tukar perabut baru. Hehehe. Membazir???
Kalau tak dapat perabut baru, dapat tukar langsir baru pun cukup.
Apa??? Membazir jugak.
Membazir ke tak? Membazir ke tak? Membazir ke tak????
Membazir!!!! !!!!
Kalau macam tu, pakai je le kerusi, meja, langsir tu patlima belas tahun lagi.




Ada ke kaitan dgn tajuk n3??? Belasah je

Wednesday, October 20, 2010

Bola Oh Bola

Malam ni Kelantan vs Kedah
Mesti le ramai budak2 sekolah bertempik sorak tengok bola
Seronok tak ingat dunia
Masalahnya...
Esok form 4 periksa akhir tahun.
Rasanya pagi esok
Akan ada yg hanya salin soalan
Kalau diorang pergi Kedah, lagi haru
Akan banyak le kerusi yang kosong di bilik darjah esok.



kalau buat persiapan awal kan bagus.....

Saturday, October 16, 2010

Pesan Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

Sebelum meninggal dunia Abu Ubaidah al Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya :
“Dirikanlah shalat,
tunaikanlah zakat,
puasalah di bulan Ramadhan,
berdermalah,
tunaikanlah ibadah haji dan umrah,
saling nasihat menasihatilah.
Berilah nasihat kepada pimpinan kamu,
jangan menipu,
jangan terpesona dengan harta dunia.
Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia.
Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat.”

Friday, October 15, 2010

Jom Simpan Duit Untuk Korban

Pagi tadi berkonvoi ke rumah saudara yang akan berangkat ke tanah suci Makkah. Bila umat Islam telah mula berangkat untuk menunaikan fardhu haji, bererti 10 Zulhijjah a.k.a Aidil Adha sudah hampir tiba. Selamat menjalani pengembaraan ibadah kepada seluruh umat Islam terutamanya kawan-kawan yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ini. Kepada kita yang berada di tanahair, marilah kita sama-sama bersiap sedia untuk menjalani ibadah korban pada Aidil Adha nanti. Usah jadikan alasan pokai, sengkek atau poket nipis untuk tidak turut sama berkorban. InsyaAllah tiada yang akan papa/miskin disebabkan ibadah ini. Ingat, rezeki datang dari Alah dan ia sampai kepada kita dengan keizinan Allah.

Tuesday, October 5, 2010

Bila Anak Murid Tak Lama Lagi Nak Periksa

Emak murid a.k.a cikgu pun mulalah sibuk bertukar-tukar dan mencari soalan percubaan dari negeri-negeri lain untuk dijawab oleh anak-anak murid. Setakat hari ini, saya dan kawan-kawan sekolah sudah dapatkan soalan dari negeri Sembilan, Kedah, SBP, Trengganu dan Johor. Esok InsyaAllah nak print soalan percubaan Perlis. Soalan Pahang dan Melaka pula dikhabarkan on the way. Mudah-mudahan ada le antara soalan-soalan ini yang akan keluar dalam peperiksaan SPM sebenar nanti.
u
w
a
a
a
banyaknya keja...
slip exam belum print
jadual bertugas semasa exam belum buat
buku laporan guru bertugas belum buat
alamat dan no tel calon masih ada yg lompang
jadual bertugas susun dewan pun belum buat
yuran 4F pun belum beres...bila le diorang nak bayar???
Surat amaran 4F masih ada sorang dua yg belum berhantar....
dan lagi........
Nasib baik tiket bas dan air asia dah ada dalam handbag. kuranglah tensionnya sikit. hehehe

Friday, October 1, 2010

1.10.10

1.10.10 Cantik!!!! Dan saya sangat teruja untuk menanam pokok pada hari ini. Ingat menteri je ke, bila tanam pokok, sibuk juru gambar nak snap gambar.Saya pun lebih kurang sama je. Hehehe gelak dengan amat perasan. Cuma ada sikittt beza, saya tak tanam pokok jati atau kemuning segala. Yang saya tanam pokok kesum, pokok pegaga. Dan siiiikit lagi beza, saya tanam, kemudian saya snap sendiri. Bukan snap gambar saya tapi gambar pokok yang saya tanam. Orang lain takde kat rumah. Tinggal saya je jadi tukang kebun kat belakang rumah. Jurukamera pula, sibuk sesaje. Jadi, tak dapat le saya nak bergambar bersama pokok yang ditanam. Macam le ada orang kisah. Hehehe
Sebahagian pegaga yang tumbuh di tepi pagar, dipindahkan ke dalam pasu.
Mudah-mudahan panjang le usianya.



Kesum yang sudah tumbuh akar di dalam peti sejuk, saya pindahkan ke dalam pasu.
Mudah-mudahan dapat le dijual di pasar minggu. Hehehe
Opsss...bayam peraksi tak tanam pulak tadi. Lupa...

Ya Allah Berkatilah Rezeki Yang Engkau Kurniakan Kepada Kami

Acapkali rezeki Allah datang dari sumber-sumber yang diluar jangkauan akal fikir kita. Dan ianya bukan berupa harta benda semata-mata. Jiran baik yang dapat menggantikan tempat saudara mara yang jauh juga rezeki. Rakan sekerja yang saling bantu membantu dan berbaik sangka, kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang waras juga rezeki. Rumahtangga yang didamaikan oleh Allah dari sebarang pergaduhan besar yang meruntuh kepercayaan dan kebahagian suami, isteri, anak-anak dan keluarga kedua-dua belah pihak juga rezeki. Begitu juga zuriat yang soleh dan solehah, selain daripada ketenangan jiwa dan banyak lagi.

Sentiasalah memanjatkan doa kehadrat Allah Rabbul Jalil untuk memperolehi rezeki yang menjurus kepada kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat. Dalam mencari rezeki harta benda contohnya, sentiasalah berdoa agar kita dijauhi dari mendapat kerjaya dan jawatan atau kenaikan pangkat yang boleh menjauhkan diri dari Allah pemilik sekalian alam. Perlu diingat, kadangkala pangkat yang tinggi dengan kuasa dan gaji yang besar boleh mengubah diri seseorang daripada insan yang bertakwa kepada seorang yang berjiwa rakus tanpa mempeduli halal haram dan dosa pahala. Na'uzubillah.

Rezeki...Kami tidak pernah tanam. Pegaga ini tumbuh dengan banyaknya di tepi pagar dalam kawasan rumah kuning.

Diselang seli dengan ulam bayam peraksi. Alhamdulillah

Tuesday, September 28, 2010

Gagal Sedut Darah


Semasa bercuti ke German baru-baru ni, sempat jugak kami menjejakkan kaki ke Berlin. Wow.... sangat indahnya bumi Berlin. Ya.... kami pergi hari tu. Sila perhatikan elok-elok pic di atas. Ada saya kan?? Hehehe sangat perasannya tuan rumah kuning. Meracau kononnya bercuti ke German. Sila jangan percaya. Abaikan racauan itu.

Agaknya meracau sebab kegagalan untuk menyedut darah di HUSM pagi tadi. Bukan saya yang nak menyedut darah. Tapi Doktor yang nak sedut darah kat lengan saya tak dapat-dapat. Doktor cucuk banyak-banyak kali tapi tak dapat-dapat jugak. Last sekali, saya cakap tak payah le ambik darah hari ni. Dah sakit.... Doktor tu pun setuju dan cakap sebulan sebelum temujanji akan datang, puan datang le ambik darah. Urat halus sangat, itulah antara alasannya. Ntah...ntah...dia yang tak pandai.....hehehe ampun puan doktor yang sangat lemah lembut itu. Usaha doktor tu memakan masa yang luar biasa lamanya. Cucuk sekali tak dapat. Tukar jarum jenis lain. Cucuk sekali lagi, juga tak dapat. Pindah lengan kiri pulak, tepuk-tepuk, belek-belek, cucuk cucuk tak dapat lagi. Pindah lengan kanan pulak, tak dapat jugak. Yang lucunya, sampai satu ketika, disuruhnya saya duduk di kerusi dia ( kerusi doktor) dan dia duduk di kerusi saya (kerusi pesakit). Sebabnya nak bagi saya selesa. Kerusi doktor kan boleh ditinggi dan boleh direndah. Jagi, lengan saya boleh diletak terlentang atas meja di hadapannya. Hehehe Tapi tak dapat le jugak. Begitulah hidup ini. Kita merancang, Allah yang tentukan. Bertahun-tahun doktor belajar, tapi perkara semudah mengambil darah pun dia gagal melakukannya hari ini. Macam tak logik. Tapi itulah hakikatnya. Padahal sebelum ni tak pernah pun doktor gagal mengambil darah saya. Sekali cucuk pun dah bersembur darah saya keluar.


Respect ngan doktor tu sebab baik dan lemah lembut sesangat.

Saturday, September 25, 2010

15 Syawal 2010







Terima kasih kpd kanak-kanak ribenna SMK Panji yang sudi datang ke rumah kuning hari ni.