Monday, October 21, 2013

Lupa

Cerita pagi kelmarin.
Dah turun bawah, singgah di dapur, letak hbag, buka peti ais, ambik barang, capai kunci dan melenggang kangkung gi sekolah. Di pertengahan jalan baru perasan tertinggal hbag. Dalam hati.....pusing balik ke tidak, pusing balik ke tidak. Kalau pusing balik, mesti akan  kelewatan jadinya. Jadi, terus gi sekolah tanpa duit, tanpa hphone, tanpa lesen dan segala maknika isi hbag. Masa nak balik petangnya, makcik pinjam duit kawan. Dalam hati, jangan le ada pak polisi dalam perjalanan balik nanti.

Alhamdulillah semuanya selamat.
Peringatan untuk diri sendiri, lupa adalah salah satu tanda diri telah tua.
Dan kematian semakin hampir.

Saturday, October 19, 2013

Yang penting Dan Lebih Penting

Eh, ada lagi ke orang yang singgah rumah kuning? Lamanya tak update. Bukan tak teringin tapi entahlah.... sedikit terabai.

Esok sekolah dah buka balik selepas 5 hari cuti Aidiladha. Raya kali ni makcik tak kemana pun. Pagi berkorban rumah abang sulung dan tengahari ke rumah mil sekejap. Selebihnya banyak menghabiskan masa di rumah mak.  Sebenarnya ayah saya dah keluar wad 4 Okt lepas selepas dia tak sabar-sabar nak balik.Sebelum dapat keluar tu, macam-macam janji kepada doktor, nak jaga makan,nak jaga minum, makan ubat, bla bla bla. Barulah doktor bagi balik. Oh ya, dek kerana masih tak dapat bergerak dan duduk, JPAM yang hantar balik rumah. Sekarang ni dah 15 hari dok rumah. Keadaannya ok walaupun masih perlukan  100% bantuan orang lain untuk bergerak dan menguruskan diri.

Sepanjang ayah dok hospital, dua orang saudara terdekat iaitu mak saudara dan pak saudara saya meninggal dunia. Dan khamis lepas biras saya (abang ipar suami) meninggal dunia dalam usia 50 tahun. Al Fatihah untuk mereka.

OK setakat ini dulu. Nak iron baju.

Wednesday, October 2, 2013

Ujian

Assalamualaikum.
Lama tak update n merapu di blog. Takde masa, kononnya. Harini makcik bersiaran sambil tunggu giliran di klinik Otorhinolaryngology HUSM. Dah letih  dengan temujanji dan makan ubat ni sebenarnya. Tapi apa lagi pilihan yang ada. Jadi, redha je lah. 3 / 6 bulan sekali jumpa dr, check darah. Sebelum check mesti ambik darah dulu. Itu yang tak berapa nak tahan.hehe. lepas tu makan ubat 3x sehari. Tapi jarang berlaku 3x sehari, biasanya makcik makan sekali atau 2x je sehari. Seumur hidup wei..... Kalau seminggu/ sebulan haruslah makcik ikut aturan. Itu cerita  pertama.

Cerita kedua pulak, hari ni 2hb Okt genap sebulan ayah saya masuk wad. Lepas maghrib 2hb Sept gi kecemasan. Tengah  malamnya masuk wad sementara. 3hb masuk wad 7 selatan. 11 hb buat MRI dan 19 hb operate belakang. Lepas tu 5 hari di ICU. 23 Sept pindah wad 8 selatan  seterusnya 27 Sept masuk 4 selatan.  Dari elok bercakap hingga taknak bercakap, dari boleh berjalan hingga langsung tak boleh gerakkan kaki. Satu pengalaman air mata yang akan  dikenang sampai bila-bila. Sekarang masih terbaring  di 4 selatan , dengan jarum air di lengan dan langsung tidak mampu menggerakkan kaki dan menggerakkan badan.

Ok  setakat ini dulu.
Dan air mata menjadi sangat murah.