Monday, March 31, 2014

Sup Ikan Teh Tarik Madu

 Akhirnya....


 Sup ikan + Teh Tarik Madu Pak Mat
Medan Ikan Bakar Kedai Buluh (Dulu Pulau Pisang), Kota Bharu.

Masa ikan yang sedap tahap 10 bintang tu sampai, Pak Mat datang bersembang. Nak ambil gambar, termalu le pulak. Jadi, terpaksa makan perlahan-lahan. Bila dia dah habis sembang, ikan pun dah tinggal separuh. Baru tak malu nak ambil gambar. Hehehe
Nak tahu lebih lanjut mengenai kedai makan ni, googlelah sendiri ya. Dah berlambak cerita pasal kedai Pak Mat ni.
Sekian.
Nak pergi lagi..... please!!!

Thursday, March 27, 2014

Lupa

Dah tua-tua nih
Asyik lupa sesaja
Patutnya ada t.janji di HUSM 19 Mac lepas.
Tapi sekali lagi makcik terlupa.
Dan hari ni terpaksa pergi ambil tarikh baru.
Harap-harap makcik akan ingat tarikh tersebut.

 Sekolah dah nak buka.
Perasaan?
Entah.....
Macam-macam rasa.
bercampur aduk.
Allahumma Yassir Wala Tu'assir.


Rahsia ni Tau

Kempunan nak update blog sebenarnya.
Dah lega sikit.
Al maklumlah dah habis tanda kertas periksa.
Dan dah siap buat analisa result SPM 2013. Tunggu nak binding je lagi.
Satu  lagi yang tak berapa siap. Pendaftaran SPM 2014.
Belum check betul-betul sebelum hantar kpd LP.
Tarikh akhir 31 Mac. Sempat rasanya. InsyaAllah.

Berbalik kepada rahsia sebagaimana tajuk en3. Hehehe
Segan pulak rasanya nak cerita.
Lantaklah....
Makcik ni kan...
Manusia yang susah nak ingat jalan.
Jadi, makcik hanya reti drive pergi sekolah, pergi KB dan  dekat-dekat  rumah je.
KB pun sekitar pasar Siti Khadijah, Pantai Timur dan dekat-dekat situ je.
Kalau nak pergi sebelah tepi-tepi sungai atau Tesco sana, memang makcik tak reti wei.
Teruknya padahal dah beribu kali pergi.
Dan....
Bila makcik kena pergi kursus mana-mana la kan.
Sehari atau beberapa hari sebelum tu, makcik akan paksa en suami pergi tunjuk jalan.
Makcik akan perhati betul-betul, ingat betul-betul barulah pada hari kejadian makcik boleh drive sendiri. Walaupun tempat tu dekat macamana sekalipun.
Itupun berdebar je takut tersilap jalan atau tak sampai tempat yang dituju.
Nak pergi Rantau panjang, Pengkalan Kubur, sorry le. Harus tak sampai rasanya.
Jadi, janganlah ada yang ajak makcik untuk tunjuk jalan jika datang ke Kelantan.
Makcik pun mengalahkan pelancong yang tak pernah datang sini.

Itu je.
Harap maklum.

Thursday, March 13, 2014

Bila Banyak Kerja


Asalamualaikum.
En3 macam takde kerja.
Time kerja banyak ni lah, kegatalan nak update blog menggebu-gebu.
Berbalik kepada apa yang nak dicerita.
Katalah kita masuk mana-mana kedai makan. KFC la contohnya. Dan pada masa tu pulak orang  ramai. Terpaksa Q panjang. Agak-agaknya apa yang adik kakak semua buat masa tengah menunggu tu. Kalau makcik, mesti la makcik akan berkira-kira yang mana satu makcik   nak order. Takkan le nak berdiri, berangan atau berbual dengan ahli rombongan sesaja. Kan???
Tapi, bila tiba-tiba ada orang baru nak bincang dengan ahli rombongan bila dah sampai gilirannya di kaunter, itu yang buat makcik geram. Kalau Q tak panjang, ok le nak bincang sekerat hari pun. Patutnya sebelum sampai giliran tu bincang le dulu, pilih apa nak order. Gambar menu dah terpampang kat depan.
Eeeeeee macam-macam.

 Layan pic kat bawah lagi best.

Mac Dah Datang

Pendaftaran SPM.
Result SPM diumumkan.
UBBS 1.

Fuhhhh
Bertenang.

Apapun

Ehh... dah 13 hb.

Friday, March 7, 2014

Ain Dapat Lesen

Harini kali pertama Ain mendapat lesen dari kami untuk ke rumah kawan sekelasnya,Syahirah (anak kawan kami juga sebenarnya). Ayahnya pernah mengajar bersama semasa kami suami isteri mengajar di SMK Dato' Ahmad Maher dulu. Emaknya pula pernah mengajar bersama saya di SMK Panji. Ain cakap kawannya buat birthday party. Yang dijemput BFF je. Kelass kau Ain..... Jadi selepas habis kelas tambahan pagi tadi, ibu Syahirah akan jemput mereka di sekolah. Bawa balik dan seterusnya akan hantar ke sekolah semula untuk kelas tambahan petang nanti. 

Kali pertama ke rumah kawan tanpa kami. Maka berjela-jelalah amanat dan pesanannya. Kena begitu kena begini, jangan itu jangan ini.  Yang empunya diri, eemm  emmm mengangguk sesaja. Mau tak mengangguk, harus  berputih mata tak dapat lesen. Ngeeee

Tak sabar nak dengar cerita Ain petang nanti.

  Jom makan tengahari. 

Saturday, March 1, 2014

Sedih


Sedih itu, sedih ini. Macam-macam faktor menjadikan kita sedih. Walaupun kita pernah dan sering baca potongan ayat: Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)  
Dah baca tapi sedihhh jugak.

Tidak salah kita bersedih tapi janganlah berlebihan  hingga menjadikan kita lemah. Apatah lagi bersedih hingga menyalahkan takdir. Bila berlaku kematian, kesakitan, kesempitan dan seumpamanya, ingat, Allah ada. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Hanya Dia tempat kita bergantung harap. Tugas kita yang lemah ni, banyakkan berzikir, banyakkan berdoa. Sedih tu adat manusia tapi jangan lama-lama, jangan melampau-lampau seolah-olah Allah tidak ada.


Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenteram.”