Cerita khamis lepas
Sebelum 3.30 makcik dah menunggu Ain depan sekolahnya. Bila dia masuk kereta, terus ditanya boleh ke tidak kawannya nak tumpang. Dipendekkan cerita, maka kawannya (makcik namakan Linda-tak ingat nama sebenar) itu pun tumpanglah makcik. Makcik pun meluncur di jalan biasa yang makcik lalu tiap-tiap hari. Tiba-tiba Ain menjerit, bukan ikut sini, jalan sana. Eh... tadi kata nak tumpang. Ya tapi rumah Linda jalan sana. Makcik pun berpatah balik melalui jalan yang makin lama makin kecik. Jauh la jugak sehinggalah kami bertembung dengan kakak Linda yang memang nak jemput Linda di sekolah. Makcik pun menurunkan Linda di situ. Cari tempat untuk u-turn dan meluncur balik.
Apa la motif en3 ni?
Nak ceritanya di sini, itu bukan menumpang namanya.
Sepatutnya Ain cakap, boleh ke ummi hantar Linda balik rumah?
Kan???
en3 macam takde kerja.