Punyalah berzaman tak update blog. Betul le berzaman, sekarang dah masuk zaman selfie. Atas bangunan selfie, atas pokok selfie, dalam bilik air memang tempat orang selfie. Kelakar pun ada. Oklah... makcik bukan nak sembang pasal selfie. Makcik tak minat selfie selfie nih. Makcik nak cerita pasal hariraya yang dah masuk hari ke4. Terimakasih kpd yang berkunjung dari jauh dan dekat. Semoga tak serik beraya di rumah makcik.
Yang tak bestnya, puasa sebulan haritu berat turun sekilo dua. Hari ni, baru raya ke4, keberatannya dah naik berkilo kilo.Sedihhh makcik. Ke....penimbang ni rosak???? Hehehe redha jelah.
Dalam berseronok raya sana raya sini, jangan lupa doakan saudara kita di GAZA.
Harini dah khamis, Ahad ni sekolah buka. Cepatnya masa berlalu.Lepas ni periksa kecik besar semua ada. Dan yang mendebarkan, Ain dengan UPSRnya. Semoga kejayaan cemerlang menjadi miliknya. Ameen.