Pagi ni, jumaat macam biasa makcik pergi pasar. Hari wajib masak la katakan. Masa melilau-lilau tengok sana sini tu, ternampak makhluk macam pic di bawah. Tanya en suami, dia pun tak tahu nama apa. Sayup-sayup makcik terdengar orang sebut shell. Diringkaskan cerita, makcik beli sekilo. Balik rumah, nak masak apa dengan shell nih? Seumur hidup tak pernah makan. Jadi, tak tahu apa rasa. Kenyal ke, lembut ke kamu ni shell. Sebelum ni pernah tengok tapi tak pernah terbuka hati nak beli. Hari ni entah apa sebabnya, cepat je berkenan. Dipendekkan cerita lagi, makcik campur je dalam sayur. Kalau kenyal/keras macam getah pemadam, kita masih lagi boleh makan sayurnya. Kan???? Bila dah masak, rupa-rupanya amatlah sedap benda nih.
Lepas siap bersilat di dapur, dengan semangatnya makcik tanya pakcik google apakenamanya nih. Rupa-rupanya kekapis namanya ya anak-anak.
Selepas masak
Isinya putih gebu, lembut. Emmmm sedappp