Syukur dengan kelapangan yang dikurniakan Allah.
Thursday, November 30, 2017
Wednesday, November 29, 2017
Akhirnya
Jam 4.30 ptg, 29 Nov 2017.
Merdeka!!!!!
Alhamdulillah
Semoga Mac 2018 membawa perkhabaran gembira
untuk anak-anak SPM, SMK Panji.
Aamiin
Monday, November 27, 2017
Oh SPM
Anak-anak Panji tengah bertungkus lumus mengingat apa yang dirasakan belum cukup ingat. Nampaknya seperti dah tak sempat nak beralih ke tempat yang lebih selesa. Di laluan /lorong tepi dewan ini pun jadi le. Yang penting tidak membazir masa dan manfaatkan masa yang senggang sebelum masuk ke dewan semula.
Makcik tengok pun naik kesian. Bangga pun ada.
Kalau le diorang study macam ni dari awal tahun... Apa pun, semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kita, milik anda semua.
Aamiin.
Sunday, October 22, 2017
Cuti la Jugak
Kita tak sambut Deepavali tapi kita seronok sebab dapat cuti seminggu. Perancangan awal lepas ambik ain Jumaat 13 Okt, makcik nak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia. Budak PT3 pun dah boleh tido sepanjang jln siang mlm. Rupa-rupanya indah hanya pada perancangannya sahaja tapi tidak boleh dilaksanakan. Ain memang boleh blk selepas jam 2.30 jumaat tu. Tapiii sabtu makcik, pakcik wajib pergi sekolah. Uwa..uwa..uwa... Sekolah ganti untuk cuti Keputeraan Al Sultan.Kelantan Darul Naim. Jadi, lepas sekolah Khamis tu, bertolak juga ke N9, mlmnya tido Gua Musang. Dah abis gas wei. Letih, penat, ngantuk semua ada. Driver le, makcik no hal. Sebab sepanjang perjalanan bole tido. Hehehe. Jumaat teruskan lagi perjalanan. Dalam pkl 12 Alhamdulillah dah sampai. Yang bestnya sebelum solat jumaat di masjid Salak Tinggi, kita makan tengahari di Razak Masak Tempoyak. Nama yang sebetulnya tak berapa ingat tapi tang Razak tu memang confirm betul. Rasanya dah banyak kali Mkn di kedai depan masjid Salak Tinggi tu. Memang terbaik. Lepas solat Jumaat, ambil Ain dan terus bertolak balik. Lepas dua tiga kali berhenti tidur, dipendekkan cerita, hampir pukul 3 pagi, sampailah kami ke rumah kuning yang sebenar-benarnya tak kuning pun. Sabtunya makcik berjaya ke sekolah seperti biasa. Maka berhari sukan negaralah kita pada pagi Sabtu itu.
Ahadnya makcik ada kelas tambahan. Isnin kenduri. Weh..dah malas menaip. Rabu hampir seharian di rumah sedara yang buat kenduri sambut menantu. Terus Jumaat ya. Jumaat kita adik beradik, sepupu sepapat (macam la ramai sangat) buat "Suro". Bestnya Ya Rabbi. Seharian makan-makan, sembang-sembang. Sabtu bawa Ain makan- makan, pusing kedai cari barang nk gi asrama. Maka, habislah seminggu cuti deepavali. Harini Ahad, sekolah seperti biasa.
SShhh... budak2 SPM SMK Panji ada kelas terus menerus sepanjang minggu.
Thursday, October 5, 2017
Usaha, Doa Dan Tawakkal
Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik ain dan anak-anak Trouvaille. Mmuahhh.....
untuk anak² panji juga,
semoga berjaya dgn cemerlang.
untuk anak² panji juga,
semoga berjaya dgn cemerlang.
Tuesday, July 25, 2017
Bila Sudah Tidak Suka
Semuanya rasa terpaksa.
Jenuh pujuk hati untuk kembali cinta, suka.
Namun, tambah, tolak, darab, jawapannya tetap sama.
Tapi....
Undur diri adakah lebih bahagia???
Tak sabarnyaaaaa
Dulu dan sekarang sangat tak sama
Sunday, July 9, 2017
Friday, July 7, 2017
Hari Keluarga SMK Panji
19 Mei 2017 di Tok Aman Bali
Terjumpa pic ni dlm hset Sebelum terdelete, kita simpan di sini. Yang makcik ingat, ada sukaneka, pahtu mkn² n balik. Sebelum sampai sini, ramai² kita pekena Prof Chendol.
Sunday, June 25, 2017
Thursday, June 15, 2017
Monday, May 15, 2017
blog oh blog
Dah tak ramai kawan-kawan blogger yang aktif berblog. Makcik pun sama, bukan setakat suam, sejuk terus. Rumah kuning nak kena tukar nama rasanya. Nak biarkan berkubur begitu saja, sayang le pulak. Ada benda yang boleh dibuat rujukan. Kononnya....Tapi hari ni tergerak hati nak update blog. Sambil menaip ni, sambil dok fikir nak tulis apa benda.
Sekarang budak-budak sekolah tengah periksa pertengahan tahun. Dua minggu lagi, ihh..... dah tak sampai 2 minggu, cuti pertengahan tahun. Kejap je rasa... Kita mula puasa dalam cuti sekolah. Kakak-kakak dah beres ke puasa ganti? Jangan buat-buat lupa pulak. Hutang mesti dibayar.
Ok, tq.
Sekarang budak-budak sekolah tengah periksa pertengahan tahun. Dua minggu lagi, ihh..... dah tak sampai 2 minggu, cuti pertengahan tahun. Kejap je rasa... Kita mula puasa dalam cuti sekolah. Kakak-kakak dah beres ke puasa ganti? Jangan buat-buat lupa pulak. Hutang mesti dibayar.
Ok, tq.
Esok hari guru. yeayyy
Friday, February 24, 2017
Musim Kenduri Kahwin
Macam biasa, setiap kali hampir musim cuti sekolah, banyak le orang ngantar kad jemputan. Fuhh... kad jempuan kahwin pun kemain lawa dengan macam-macam petern. Yang pasti dah jarang jumpa kad macam makcik kahwin dulu-dulu. Sekarang ni, kad tiga segi ada, macam bil letrik pun ada. Ada je idea demo ni. Panjang pulak muqaddimah kali ni.
Adapun yang makcik nak cerita (cewahh) kad, pelamin, menu, semua boleh berubah dan tak salah pun jika limabelas kali semeta berubah. Yang tak berubah-ubah dan tak boleh berubah adalah tanggungjawab dan hak suami isteri. Yang ni tak boleh ikut trend semasa dan tak mengira siapa pun kita. Suami ada tanggungjawab, isteri pun ada tanggungjawab. Suami ada hak, isteri pun ada hak. Jangan dok berebut dan jangan dok melepaskan diri. Allah dah tetapkan tanpa boleh diubah kecuali dengan persetujuan pasangan masing-masing. Contohnya (macam ceramah nikah kahwin la pulak) Sambung balik, contohnya sediakan nafkah itu tugas suami. Tidak boleh sama sekali suami melepaskan diri dari memikul tanggungjawab itu dengan apa alasan sekalipun. Isteri kaya ke, isteri pangkat besar ke, suami tetap wajib memberi nafkah kpd keluarga. Jangan sekali-kali minta isteri keluarkan duitnya walaupun berguni untuk beli beras, beli cabai, bawang dan sebagainya. Tapi kalau isteri redha,dengan sesuka hati tanpa diminta telah keluarkan duit untuk semua bayaran tersebut, tidak la pulak menjadi satu kesalahan. Jangan buat-buat lupa sang suami semua. Ingat, di akhirat nanti, bukan hanya ada syurga tapi ada juga neraka.
Perkahwinan ini satu perkongsian ye anak-anak. Ada kasih sayang, belas kasihan, percaya mempercayai, hormat menghormati dan sebagainya. Jangan le kongsi masa senang je, hormat sekali sekala, sayang & kasihan pun ada ketika je. Makcik dah kahwin 20 tahun lebih ( oppsss...lupa nak cakap, siapa yang dah kahwin lebih 20 tahun, tkyah baca) Sambung balik, dalam berumahtangga ni, jangan ada rahsia antara suami isteri. Kalau dah rahsia itu, rahsia ini, lama-lama tidak mustahil porak peranda lah rumahtangga. Macamana nak bahagia kalau kita tak tahu pasangan kita pergi kemana, balik pukul berapa, kalau tak balik, tidur dimana. Lene ko perut kalau pukul 7 tak balik lagi, pukul 10 tak balik lagi, pukul 2 dak lagi, pahtu katakanlah balik pukul 3, takleh tanya pulak dari mana, buat apa pukul 3 pagi baru sampai rumah. Kalau tanya, mengamuk. Bahagia ke hidup berumahtangga lagu tu kira? Maaf la ya. makcik ni kalau masuk bab marah, bab berleter, keno guna loghat klate, baru jeliro.
Makcik rasa, sesuai la sangat makcik pilih tajuk ni sebab cuti ni ramai nak kahwin. Jangan dok i love u, u love me saja. Tanggungjawab besar menunggu sebaik saja mertua dan menantu melafazkan ijab dan qabul. Jangan dok fikir menu itu menu ini, pelamin gitu, pelamin gini je. Cuba kira tanggungjawab masing-masing. Jangan pulak lepas kahwin dok badi lepas tekok.
Satu lagi, makcik nak ingatkan, kita kahwin dengan anak orang kan? Bila anak orang, dia ada ibubapa, adik beradik dan saudara mara. Jadi, kita mesti berhubung baik dengan mereka semua tu.. Dengan kata lain, kita mesti menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Mesti adil jangan dok berat sebelah. Kita ada keluarga, dia pun ada keluarga, Jangan ambil isteri, atau ambil suami, pahtu lantaklah keluarga sakit ke, mati ke, kita tinggal atau buang semuanya. Jangan sampai ibubapa mana-mana pihak berkecil hati dengan kita atau pasangan kita. Tolong ingat ya anak-anak, siapa yang berkorban hingga kita atau pasangan kita jadi seperti sekarang. Bukan pasangan kita kan??? Jangan sampai mak ayah berkecil hati dengan kita. Nauzubillah min dzaalik.
Akhirnya makcik nak pesan, hidup berumahtangga ni ada pasang surutnya.. Ada manis, ada pahit. Tapi percayalah, Allah tidak uji melebihi kemampuan kita. Setiap masalah ada penyelesaian dan ada jalan keluarnya. Yang penting, jangan hanya menyerah. Andai tiada bahagia kita bersama pasangan, Allah membenarkan kita berpisah. Nauzubillah. Ketahuilah, Allah maha pengasih dan penyayang. Hanya kepadaNya tempat kita memohon dan tempat kita berserah.
Semoga ketenangan, kegembiraan dan redha Allah mengiringi perjalanan hidup kita bersama pasangan dan seisi keluarga. Aamiin.
Selamat Pengantin Baru kepada semua sanak saudara yang bakal naik pelamin bulan Mac nanti.
Selamat Pengantin Baru kepada semua sanak saudara yang bakal naik pelamin bulan Mac nanti.
Tuesday, January 17, 2017
15 Januari
Umur semakin bertambah
Tempoh semakin kurang
Destinasi semakin dekat.
Semoga sisa-sisa usia yang masih berbaki ini dalam perlindungan Yang Maha Esa. Aamiin.
Tempoh semakin kurang
Destinasi semakin dekat.
Semoga sisa-sisa usia yang masih berbaki ini dalam perlindungan Yang Maha Esa. Aamiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)