Thursday, September 5, 2019

Selamat Tinggal Dunia Pendidikan

Selamat Tinggal SMK Panji.

Rabu 28 Ogos 2019 hari terakhir makcik pergi sekolah sebagai seorang cikgu. Khamis habiskan cuti yang berbaki sehari.  Sebenarnya cuti tu sengaja ditinggalkan sehari. Dipendekkan cerita, andainya diadakan majlis yang "macam-macam" sempena persaraan makcik, cuti itulah nanti akan digunakan. kuakuakua.  Alhamdulillah, pada hari kejadian, hanya ada majlis makan-makan dan penyampaian cenderahati. Mana-mana warga Panji yang tak lepas angin tu, sorry la ya. Tunggulah orang lain pulak pencen.

 Muka terpaksaaa dok depan. Makcik tak suka





















1 Sept 2019  makcik dengan rasminya bergelar YB. Doakan semoga makcik dikurniakan kesihatan. kesejahteraan dan kebahagian dunia akhirat.Terima kasih semua. Kenangan pahit manis sepanjang 25 tahun berkhidmat sebagai pendidik akan terpahat di hati. Sayang semua.

Sunday, June 23, 2019

Raya di Sekolah



Sabtu 22 Jun  2019 - Sambutan Aidil Fitri peringkat sekolah.
Jangok-jangok la anak-anak ambo di Panji ni. Abih tea.....

Tuesday, May 7, 2019

Penggambaran Majalah Sekolah 2019

Merahnya

Warna-warni Sukan Tahunan 2019

Mood memblog tetiba datang. Padahal peristiwa dah berminggu-minggu berlalu.



Ikut susunan - Gamma, Beta, Sigma. 
Mana Alfa???? 
Takde pulak khemah merah. Nasib baik kuning ada.

Saturday, February 23, 2019

Jalan-jalan


Pilihan makcik di warung Pak Nong

Trengganu dan seafood celup tepung tidak dapat dipisahkan. Maka beratur panjanglah peminat-peminatnya di kedai-kedai pilihan.

Monday, January 14, 2019

Sebelum Berakhir 2018

Harini 14 Jan 2019. Kwang kwang kwang.... Baru nak cerita pasal cuti akhir tahun 2018. Sebelum lupa diringkaskan cerita, 22 Nov adalah last day persekolahan bagi negeri Cik Siti Wan Kembang. Tak rasa macam cuti pun, sebab SPM masih lagi panjang. Balik sekolah hari tu,  makcik suami isteri terus ke Seremban, Opsss  singgah tidur di Kesedar Inn dulu. Kepenatan tak dapat nak meneruskan perjalanan. Esoknya 23 Nov teruskan perjalanan, ambil Ain di TKC dan terus berpatah balik. Dek taknak memandu memalam, kami  singgah pula  tidur di Sunway Putra, KL. Sudah tua, tak larat. Esoknya 24 Nov baru bertolak balik dengan santainya.
1 Dis hantar Ain ke UKM, Bangi.  Ada kem kecemerlangan la pulak. Hanya hantar dan 2 Dis terus balik. 8  Dis sekali lagi ke Bangi. 10 Dis jemput Ain dan 11 Dis balik.
13 - 16 Dis bercuti ke Kota Kinabalu kononnya. Lama tak bercuti tapi dengan bermacam hal yang berlaku bermula dari delay berjam-jam di airport KB, rasa tak best pulak cuti-cuti Malaysia kali ini.
20 Dis sudah bermula meeting guru. Uwaaa.Cuti sekolah dah nak habiss.
25 Dis sekali lagi ke Bangi. Kali ni ada kenduri di Veillaris. Bila datang pagi blk mlm, maka menunggu di airport lagi lama dari makan kenduri.
1 Jan  sesi persekolahan 2019 bermula. Ain ke TKC pada paginya dan sanak saudara semua dah balik ke tempat mencari rezeki masing-masing. Dan rumah pun kembali sunyi seperti biasa.