Monday, July 23, 2007

Kem Kesejahteraan Diri Pelajar SMK Panji

Wakil pelajar, Saudari Khairina menyampaikan ucapan pada majlis penutup


Kuih dah siap, airnya belum mendidih.........

Teh perisa asap... Cubalah


Macamana nak nyalakan api ni??


Cari kayu untuk masak air


Malaysia Cergas

Tarikh : 22-24 Julai 2007
Tempat : Pusat Ko-Kurikulum Kelantan, Tangok, Bachok
Peserta : 300 orang Pelajar Ting 1

Friday, July 20, 2007

Syaitan Sangat Kreatif

Sekadar ingin berkongsi..........Saya baru sahaja selesai membaca satu article dalam sebuah majalah. Menurut penulis article tersebut, syaitan sangat kreatif. Ada-ada saja wawasan baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan. Kekadang, syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju ke daerah hitam.... tetapi dia mewujudkan lebih banyak daerah "grey" yang walau pun tidak hitam tetapi hakikatnya bukan lagi kebenaran. Inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran.

Friday, July 13, 2007

Segalanya Akan Berakhir

Walau apa pun kerja buat kita....Ingatlah,
Sama ada kita bersedia atau tidak, suka atau benci, kematian pasti akan datang. Tiada seorang pun akan terlepas, baik yang kuat atau pun yang lemah, yang kaya atau pun yang miskin, yang terhormat atau yang terhina.
Sedarlah, walau sehebat mana diri kita, walau sebesar mana kekuasaan kita, giliran kita pasti akan sampai. Sebelum ini telah ramai orang mati, nenek kita mati, pak cik kita mati, kawan kita mati, orang yang kita kenal mati dan orang yang kita tak kenal pun mati. Akan tiba pada suatu hari nanti, kita juga akan mati.
Fikirkan.....Dan bertindaklah mulai sekarang!! Dengan berakhirnya kehidupan yang sementara ini, akan bermulalah kehidupan yang kekal....
Saham, Insuran,simpanan... macam-macam dah ada.
Untuk akhirat macamana pula???

Saturday, July 7, 2007

Seronoknya Tinggal Di Kampung


Sekarang ni musim rambutan. Petik ngan tangan je...


Lebatnya limau nipis... Tepi rumah


Pokok mempelam yang baru ditanam + - 2 th lepas sudah belajar berbuah


Nak minum 'singa beng',
limau kasturi berbuah dengan lebatnya di belakang rumah


Kalau masih ada nenek-nenek yang nak mengunyah sirih,
di belakang rumah saya merimbun daun sireh.

Syukur ke hadrat Illahi diatas segala kurniaanNya.

B..U..D..U..Pembuka Selera

Tak kenal maka tak cinta..... Lazat, Berkhasiat, Pastinya BUDU.
Dicecah pulak dengan kawan-kawannya seperti di bawah.Memang terangkat...















Friday, July 6, 2007