Friday, July 13, 2007

Segalanya Akan Berakhir

Walau apa pun kerja buat kita....Ingatlah,
Sama ada kita bersedia atau tidak, suka atau benci, kematian pasti akan datang. Tiada seorang pun akan terlepas, baik yang kuat atau pun yang lemah, yang kaya atau pun yang miskin, yang terhormat atau yang terhina.
Sedarlah, walau sehebat mana diri kita, walau sebesar mana kekuasaan kita, giliran kita pasti akan sampai. Sebelum ini telah ramai orang mati, nenek kita mati, pak cik kita mati, kawan kita mati, orang yang kita kenal mati dan orang yang kita tak kenal pun mati. Akan tiba pada suatu hari nanti, kita juga akan mati.
Fikirkan.....Dan bertindaklah mulai sekarang!! Dengan berakhirnya kehidupan yang sementara ini, akan bermulalah kehidupan yang kekal....
Saham, Insuran,simpanan... macam-macam dah ada.
Untuk akhirat macamana pula???

2 comments:

Hilarious said...

Allah berfirman As-Syura ayat:20;

" Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat, akan Kami tambah keuntungan itu baginya. Dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan sebahagian keuntungan dunia kepadanya dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat."

zawahil-nor said...

Pandainye..