Segala-galanya sangat menakjubkan.
Tersergam Masjidil Haram. Pic diambil dari depan hotel Firdaus Al Ghazzah.
Teguh, gah....
Dari dalam masjid. Penuh dengan tetamu Allah.
Tempat saie di tingkat dua. Tempat saie ni bersambung dgn masjid dan biasanya akan penuh ketika solat fardhu
Dataran terbuka yg berhadapan dgn tempat tawaf d tingkat atas.
Dalam kawasan masjid di tingkat satu.
Dalam khemah di Arafah. Walaupun waktu wukuf dari gelincir matahari 9 Zulhijjah (masuk zuhur) hingga terbit fajar 10 Zulhijjah, tapi kerana bimbangkan kesesakan jalanraya, para jemaah telah dibawa ke Arafah pada 8 Zulhijjah. Dan pada 8 Zulhijjah lepas, hujan turun dengan agak lebat yg menyebabkan tilam-tilam dalam khemah di Arafah basah kuyup. Manusia merancang, Allah yang tentukan. Alhamdulillah para jemaah dapat bermalam dengan selesa....sejuk. Arafah dipenuhi dgn doa dan rintihan yg bersahut-sahutan. Kerdilnya hambaMu ini Ya Allah. Selepas maghrib 9 Zulhijjah kami berangkat pula ke Muzdalifah.
Keadaan di Muzdalifah. Ada yang berehat dan ada yang menguis-nguis tanah mengutip batu. Alhamdulillah bas kami lewat yang membolehkan kami bermabit penuh di Muzdalifah. Kami berangkat ke Mina selepas solat Subuh 10 Zulhijjah. Walaupun hanya bertikar hadiah TM dan berbumbungkan langit, tetapi saya dapat tidur lena dan sedap di Muzdalifah.
Dalam khemah di Mina. Aktiviti makan, minum, solat, tazkirah semuanya di dalam khemah ini. Berbeza dgn Arafah, di sini ada aircond. Tempat melontar lebih kurang 3 km dari khemah ini. Jemaah yang nafar awal keluar dari Mina (balik ke Mekah)sebelum maghrib 12 Zulhijjah sementara yang nafar thani balik ke Mekah pada 13 Zulhijjah. Sampai saja di Mekah, tanpa berlengah lagi saya & suami bersiap-siap dan terus ke masjid untuk tawaf dan saie. Alhamdulillah semuanya dapat kami lakukan sebagaimana yang dirancang. Selesai tawaf & saie, bermakna semua rukun dan wajib haji telah selesai kami kerjakan. Iringan doa dipanjatkan kehadrat Allah semoga kami mendapat haji yang mabrur.
Bumi Madinah. Masjid Nabi dari kejauhan......
Di luar masjid. Terdapat banyak tiang yang sebenarnya dapat dibuka menjadi payung besar. Cantik...
Payung yang telah dibuka.
Keadaan dalam masjid. Pemeriksaan di pintu masuk masjid sangat ketat dan sebarang kamera memang tidak dibenarkan dibawa masuk. Hari terakhir sebelum meninggalkan bumi Madinah ini, saya memberanikan diri mengambil pic ini. Itupun saya memegang handphone di atas riba. Inilah seadanya. Keadaan sebenar dari tiang hingga ke bumbung sangatlah menakjubkan.
Toriq....toriq....
Ibu....ibu....depan ibu...... Terngiang-ngiang di telinga.
InsyaAllah dgn izinNya kami akan datang lagi.
6 comments:
Ira pun teringin ke sana...insya-ALlah...
Selamat kembali tetamu Allah.Pernah menjadi tetamuNya tiga kali tapi masih rindu untuk brrkunjung lagi.
Musafir
azira/ira,
InsyaAllah akan dipermudahkan oleh Allah.
musafir,
rindu yg sangat luar biasa.terbayang-bayang apa yg pernah dilalui di sana.
Tahniah Hajjah..
Alhamdulillah dah selamat. Walaupun berbagai rintangan yang dihadapi namun cinta kita tetap membara. kalau diberi pilihan rasanya nak duduk sana terus..
na,
jom kumpul duit pergi umrah.
alhamdulilah..semuanyer dipermudahkan ALLAH swt.
tiang yg bole dibuka mcm payung??wow sgt unik.cantik lagi tu.
ermmm...curik ambek gambo yer :p
Post a Comment