Friday, March 19, 2010

Pandangan Pertama

Sejak jadi cikgu kepada budak-budak sekolah yang setakat ini berjumlah 3 buah sekolah, inilah kali pertamanya saya jumpa skrip exam yang diikat dengan gelang besi seperti di bawah. Biasanya kita meletak benda ni di kunci atau yang seumpamanya. Tapi lain pulak fungsinya kepada empunya skrip periksa ni. Kalau ya pun kreatif, jangan le ikat tiga empat helai kertas awak dengan benda ni. Berat nak angkut sana sini. Jangan tak tahu, skrip ni biasanya akan/telah dibawa ke sebahagian besar tempat yang saya pergi. Ke dapur, ke ruang tamu, ke halaman rumah, ke bilik tidur, ke katil. Jadi, cuba bayangkan kalau semua skrip berikat ghupe itu. Tak ke menganiaya namanya? Bawa....tak bermakna tanda!!! Sebab tu belum siap-siap lagi hingga kini.
Tolong.... Masih berbaki 2 longgok lagi.


5 comments:

azlanlin said...

hehehe..kreatifnya. Ikut kertas tu ok la jugak. Daripada dicucuk kat hidung ka, kat pusat ka, kat telinga ka..lagi la naya woooo..

Suka ayat ni...

Bawa....tak bermakna tanda!!! heheh

TokNabe said...

Bukan cikgu kalau kerja sekolah tak dibawa ke rumah.

Mc_lynx said...

hehe... bdak2 memang kreatif...:D

Rumah Kuning said...

azlanlin,
betul tu. kalau dicucuk kat hidung, pusat, lagi haru.

toknabe,
kadang2 mcm2 kerja bawa blk rumah... tapi tak buat pun. Hehehe. saya le tu.

Rumah Kuning said...

mc lynx,
jgn kreatif buat benda2 yang tak senonoh dah le.
lama tak nampak?? Busy ke?