Friday, April 30, 2010

Ain Oh Ain

Ain : Ummi, tadi Ain sembahyang Subuh lebih.

Ummi : Sembahyang Subuh lebih?

Ain : A'aa. Ain tak ingat. Ain sembahyang 4 rakaat. Tapi lepas tu, Ain pangkah ( X ) dalam hati 2 rakaat.

Ummi : ?????

Senangnya Berjanji

Hari ni makcik nak membebel sikit pasal salah satu daripada tanda-tanda orang munafik. alamak....kasarnya bahasa. Ya la, masa berjanji, bukan main manis mulut, dengan gigi, gusi sekali manis. Lepas sebulan, dua bulan, setengah tahun, mula le cari alasan. Dengan muka tak tahu malunya, memberi alasan itu ini, begitu begini. Masa berjanji dulu, semua OK, semua beres. Lebih malang lagi, masa berjanji boleh jumpa di rumah, atau kedai kopi, tapi bila janji hanya tinggal janji, usahkan nak bersua muka, telepon pun tak berangkat, sms pun tak berbalas.
Kepada Cik kak dan cik abg sekalian,
Walau guruh berdentum sekalipun, janji mesti ditepati. Biar kita basah, biar kita susah.
Jangan kita menyusahkan orang lain dengan janji yang kita telah persetujui. Lembu dipegang pada tali.....

Wednesday, April 28, 2010

Sila Baca Mesej Ini

Esok, kalau pun awak taknak bawa saya makan kat restoran Ana Sup Selatan, sekurang-kurangnya bawa le makan kat hotel Renaissance. hehehe. Kalau pun awak tak belikan saya cincin, saya tidak berkecil hati.Tapi awak belikanlah saya rantai atau gelang tangan. Awak tahu ke kenapa hari ini saya sangat mata duitan? Sebabnya, esok 29 April ulangtahun perkahwinan kita.






saya taknak pun semua tu. Gurau je.....
Semoga rumahtangga kita sentiasa bahagia dan diberkatiNya. Amin

Saturday, April 24, 2010

Saya Kerinduan

Sungguh kesian
Saya teruk ditimpa perasaan
Oh...dia sangat "hensem"
Dan saya dalam kerinduan........
.
.
.
.
.
.

memang makcik tak sedar diri.



Indahnya Musim Bunga

Suburnya pokok rambutan itu bersama ayam-ayam di bawahnya.
Kelakarnya tajuk. Rasa mau ketawa guling-guling. Tapi memang betul cakap makcik. Sekarang ni memang musim bunga. Pokok durian tengah berbunga. Rambutan sedang berbunga. Duku, langsat semua tengah berbunga. Cuma.... takde le berwarna warni macam kat negara omputih nun. Makcik pun sedar diri..... hehehe. Tiga empat bulan lagi (betul ke? entah2 masa tu dah tinggal daun je) InsyaAllah bunga rambutan akan bertukar menjadi buah yang masak merah seperti di bawah. Bestnye..... bestnye

Bunga duku akan bertukar menjadi buah yang kuning seperti rumah kuning. Wow..... Sangat suka. Tapi usah le kita tunjuk dan bayang lebih-lebih. Nanti ada orang menangis guling-guling nak balik Malaysia. Hehehe.

Friday, April 23, 2010

Laksam Goreng Vs Jepput Pisang

Celik mata pagi tadi perut terasa kosong, padahal sebelum tidur mlm tadi dah makan nasi bermenukan ikan singgang. Lepas selesai apa yang patut, turun ke dapur. Ada kuetiaw (baca laksam) satu paket dan atas meja ada pisang kapas. Dalam hati, sedapnya "jepput pisang". Tapi mesti Ain nak menu kegemarannya kuetiaw goreng. OK ...kita masak dedua. Kacang je....

Buka peti ais, ada keropok lekor (baca keropok lekor yang dikirim oleh mertua kpd menantu kesayangan..hehehe). Best jugak kalau kuetiaw goreng bersekongkol dengan keropok lekor. Apa ditunggu lagi. Goreng.....
Bancuh tea O dan Oh la la (Ain depan TV, maknya depan laptop. Bapaknya??? Nun bersama kawan2 di Kuala Kurau)



Jumaat yang indah.
Esok tak berapa nak indah sebab ada mesyuarat PIBG.
Ain....Basuh kasut sekolah

Thursday, April 22, 2010

Nasiblah ya

Bila kita takde nombor
Emas tidak
Perak pun bukan

.

.

.

.

.

.
Cakap kita orang tak dengar

Nasihat kita orang tak guna

Friday, April 16, 2010

Kerja Buat Sepanjang Minggu Lepas

Adapun pada minggu lepas
Saya bertugas bersama 4 orang rakan yg lain
Saya ada tolong hantar pelajar sakit
Tolong jaga pagar sekali je
Check kebersihan/kecerian kelas bersama seorg lagi rakan
Dapatkan kehadiran semua kelas setiap hari, kira peratus pelajar hadir & tak hadir, kira peratus keseluruhan. tulis laporan.
Saya juga tulis laporan di buku laporan perhimpunan mingguan.
Minggu lepas juga saya pungut buku latihan semua kelas yg saya ajar. tapi mcm biasa ramai jugak yg asyik lupa nak bawak. Alasan semata...bukan saya tak tahu. Masih berbaki tujuh lapan buah yang belum siap ditanda.
Buku Aktiviti juga saya pungut sebelum tu. juga belum siap bertanda.

Macam-macam borang yang diberi oleh KP belum bersentuh padahal diminta hantar Rabu lepas. hehehe Orang lain pun belum hantar jugak. Alasan....
Minggu lepas dikhabarkan ada budak form 5 baru masuk smk panji. Sudah dipesan supaya dtg jumpa saya utk urusan pendaftaran periksa tapi belum nampak batang hidung.


OK tinggal dulu. Nak kari kepala ikan kejap. Hehehe
Jumaat yang indah...........

Thursday, April 15, 2010

Kasih Sayang

Sayang
Berkasih sayang
Indahnya hidup ini jika kita berkasih sayang
Indahnya hidup ini jika kita saling berkasih sayang
Indahnya hidup ini jika kita saling berkasih sayang.
Indahnya hidup ini jika kita saling berkasih sayang.
Indahnya hidup ini jika kita saling berkasih sayang.
Indahnya hidup ini jika kita saling berkasih sayang.
Indahnya hidup ini jika kita saling berkasih sayang.
Indahnya hidup ini jika kita berkasih sayang
Indahnya hidup ini jika kita berkasih sayang
Indahnya hidup ini jika kita berkasih sayang
Berkasih sayang
Sayang

Semoga Dia Sentiasa DiberkatiNya

Seorang pakcik itu boleh dianggap berjaya dalam hidupnya bila sepanjang usia tidak pernah mencuri, merompak, berjudi dan seumpamanya walaupun tidak pernah mendapat didikan sempurna daripada ibubapa dan pendidikan formal dimana-mana. Pakcik itu juga selayaknya dikagumi bila sangat menjaga bab agama dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu, zakat, puasa walaupun sepanjang usia anak-anak dan remajanya, tidak mendapat tunjuk ajar yang selayaknya dari ibu dan bapa. Malah, sejak usia budak-budak dan belasan tahun pakcik tersebut terpaksa bekerja membanting tulang untuk membolehkannya menjamah nasi berlaukkan sekadar sambal dan menutup mulut sang bapa yang sentiasa marah-marah sahaja. Apalah sangat jika pun pakcik itu kurang lemah lembutnya, kurang berhikmah tutur katanya, laser mulutnya..... kerana zaman lalunya penuh kekerasan seolah tiada belai kasih, sentuhan sayang dan ajar didik selayaknya dari orang tua bergelar ibu mahu pun bapa. Pakcik itu juga telah berjaya dan semestinya dikagumi kerana tidak pernah menghantar sms meminta-minta. Tidak pernah meminta wang, beras, kopi, gula dan seumpamanya walaupun dari darah daging sendiri apatah lagi dari saudara mara. Anak-anak tidak perlu membayar hutang, jauh sekali terpaksa menebal muka menjamin pakcik itu dimana-mana lokap sepanjang hidupnya walaupun tanpa didikan, kasih sayang mahupun motivasi daripada sesiapa. Alhamdulillah, Allah ada dan Dia Maha Berkuasa, Maha Pengasih Semestinya. Semoga pakcik itu bahagia dunia akhirat hendaknya.



Walaupun saya mendpt didikan formal berbelas tahun tapi saya masih kurang cerdik dan buruk tingkahlaku juga.

Tuesday, April 13, 2010

?????

˙˙˙˙dןǝɥ ˙ıuı uɐsıןnʇ ɯɐɔɐɯǝs ıpɐɾɹǝʇ ɥɐpns ¿ɐʎuuɐƃuıuǝdǝʞ dɐɥɐʇ nɥɐʇ nɐɯ˙ƃuıuǝd ɥɐpns ɐʎɐs .....ɥo

Monday, April 12, 2010

Semoga Selamat

Lihat kiri dan kanan
InsyaAllah apa yang dicari akan ditemui.
Di kiri ada, di kanan pun ada.
Buatlah penilaian dan pilihan.
Usah abaikan apa-apa yang ada di sebelah kiri
Dan jangan tinggalkan apa yang ada di sebelah kanan
Andainya kita selesa di sebelah kiri
Mungkin di sebelah kanan lagi selesa
Jika kita seronok di sebelah kanan
Mungkin di sebelah kiri lagi seronok
Memang kita nak ke depan
Tapi jangan pandang depan je
Mesti pandang kiri dan kanan juga
Belakang pun mesti pandang.....sekali sekala

Dalam Pengembaraan Ini

Pengembaraan di dunia ini menuntut kita agar mencari bekal yang banyak sebanyak banyaknya untuk kegunaan di destinasi sebenar nanti. Dalam usaha mencari dan menambahkan bekalan itu, kadangkala kita terlupa atau terleka hingga terbuat perkara-perkara yang menyebabkan bocornya kantung bekalan yang telah kita pungut. Sungguh kesian, dah letih, dah penat kita mencari, kita mengutip, tapi akhirnya bekalan kita lesap akibat kelekaan kita sendiri. Nauzubillah.




Tepis, kuis.... carilah hanya yang terbaik.

Friday, April 2, 2010

Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa

Tinta: Surat terbuka untuk adik Halimaton
Oleh Fadzlena Jafar
2/4/2010

KECEWA apabila membaca pengakuan adik Halimaton Abd Rashid yang sanggup membelakangkan keluarga sendiri demi cinta kepada seorang jejaka yang khabarnya dikenali sejak empat tahun lalu, sedangkan dia sudah mengenali ibu bapanya sepanjang hayatnya. Benar hanya dia dan keluarganya saja yang tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi sebagai kakak dan apatah pula, saya sendiri sudah bergelar ibu, rasa terhiris tetap terasa apabila adik Halimaton menganggap keluarganya bagaikan musuh kerana menentang percintaannya.

Adik Halimaton, pada ketika ini sememangnya adik merasakan dunia ini adik yang punya, lebih-lebih lagi ketika hati sedang berbunga cinta. Pada usia 15 tahun, adik menganggap sudah cukup makan garam sehingga enggan meneruskan persekolahan dan membawa hati yang lara ke Langkawi, demi cinta kepada si dia.

Sepatutnya, pada usia itu, adik berusaha untuk menggenggam segulung ijazah, bukannya mengejar cinta yang belum tahu hujung pangkalnya. Dan ingatlah, masa depan adik bergantung kepada keputusan yang adik ambil hari ini kerana pada zaman penuh pancaroba ini, segulung ijazah boleh membantu adik menikmati hidup yang baik kelak.

Saya menulis surat ini sebagai kakak dan juga ibu, meminta supaya adik berfikir dengan mendalam adakah adik sanggup membelakangkan kepercayaan keluarga, membiarkan mereka bersedih dengan tindakan adik ini hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan keputusan adik. Satu hari nanti, adik juga akan menjadi ibu dan mempunyai anak sendiri. Bagaimana rasanya jika anak adik kelak melakukan tindakan sama membelakangkan adik sebagai ibunya untuk mengahwini pilihan hati yang tidak direstui, lebih-lebih lagi pada usia setahun jagung?

Orang kata, ikatan kekeluargaan tidak akan putus walau apapun terjadi. Darah yang mengalir dalam tubuh adik, adalah darah yang sama mengalir dalam tubuh ibu, kakak dan ahli keluarga lain. Sanggupkah adik yang dikatakan pelajar cemerlang melupakan ikatan itu demi insan lain?

Sebenarnya, apa yang adik lalui adalah antara cabaran pada usia remaja. Bertemu lelaki yang kita rasa cinta sejati kerana menganggap dia yang terbaik dan mungkin juga ada rasa bimbang, takut tidak bertemu lelaki yang lebih baik daripada dia, adalah perasaan biasa yang pernah dilalui ribuan wanita lain pada usia seperti adik.

Percayalah, sebagai orang yang pernah melalui perasaan itu, saya menasihatkan adik supaya yakin dengan diri sendiri. Jika sudah tersurat dia jodoh adik, tidak salah jika adik menangguh dulu ikatan yang dirancang, teruskan persekolahan dan berusahalah untuk mencapai cita-cita adik.

Perkahwinan bukan penyelesaian terbaik walaupun ada yang menganggap ia wajar dilakukan bagi mengelakkan zina. Tetapi, sebagai insan yang sudah dilengkapkan dengan ilmu agama secukupnya, saya yakin adik tidak termakan hasutan syaitan untuk melakukan perkara yang tidak baik itu.

Perjalanan hidup adik masih jauh lagi. Banyak yang boleh dilakukan jika adik berani menggapai impian menjadi pelajar cemerlang dan terokalah dunia baru yang begitu luas, bukannya berpegang kepada cinta yang remeh ini. Adik mempunyai masa depan yang cemerlang, mampu berjaya dalam pelajaran dan dengan itu semua, saya yakin adik akan menjadi wanita hebat kelak

Kepada keluarga teman lelaki adik, mereka sepatutnya sedar tindakan mereka membelakangkan keluarga adik tidak sewajarnya dilakukan. Mereka juga mempunyai anak, sepatutnya sejak awal lagi mereka sudah meminta adik yang masih di bawah umur supaya kembali ke pangkuan keluarga dan bukannya memburukkan keadaan.

Begitu juga teman lelaki adik. Jika dia benar-benar cintakan adik, jadilah lelaki gentleman bertemu keluarga adik bagi mendapat restu dan bukannya bersekongkol dengan adik untuk lari meninggalkan keluarga. Malah, sebagai orang yang lebih matang, sepatutnya teman lelaki adik memujuk adik supaya meneruskan persekolahan, menamatkan SPM dan mencapai cita-cita terlebih dulu.

Adik Halimaton, kami di ruangan wanita ini, banyak menerima e-mel dan panggilan telefon daripada rakan serta pembaca yang meluahkan kekecewaan dengan keputusan adik. Jangan ambil keputusan terburu-buru, fikirkan dengan mendalam apa yang dilakukan supaya kelak tindakan itu tidak menjadi 1,001 sesalan.

Dan jangan ikutkan hati, buang emak buang saudara, kerana kasih adik turutkan, mungkin kelak ia akan memakan diri sendiri. - fadzlena@bharian.com.my

Thursday, April 1, 2010

Saya Jatuh Tangga dan termasuk dalam Longkang

Masa : Sebaik keluar dari pintu rumah untuk ke sekolah pagi tadi.
Kerugian : Sebelah tapak kasut tercabut.
Kecederaan : Lutut sudah tidak boleh dibengkok, sedikit luka dan tercalar betis.



pagi tadi ok je. Sekarang sakit.....sikit