Tuesday, May 11, 2010

Selasa Yang Cerah

Pagi tadi, lepas mengajar 3 masa, ada pengumuman supaya murid2 ting 4 bersama guru kelas turun bergambar utk majalah sekolah. Pengumuman: Saya guru kelas 4 F. Bila sampai giliran kelas saya, menjerit pulak siren kebakaran. Latihan kebakaran sebenarnya. Maka berbondong-bondonglah semua warga Panji ke padang sekolah yang panas itu bersama bombanya sekali. Dah settle latihan kebakaran, masuk ke kelas dan sekali lagi diumumkan supaya murid2 ting 4 bersama guru kelas turun untuk bergambar.

Lepas tamat waktu persekolahan, sambung pulak kelas tambahan. Sebaik sahaja habis kelas tambahan, berdesup balik ke rumah. Petangnya ke sekolah semula untuk program Kelab Sukan dan permainan. Uwaa.... Malamnya keluar makan dan ZZzzzz tak sedar diri. 5.00 pagi, iron kain baju dan bersiap untuk ke sekolah.

2 comments:

Rashid said...

hehe.. itulah seronoknya jadi guru. Masa padat terisi. Saper kata kerjaya guru tak mencabar? Hanya mereka bergelar guru je yang memahaminya..

rumah kuning said...

cikgu rashid,
letih fizikal dan mental. itulah guru sekarang ni