Tuesday, June 29, 2010

Minggu Periksa

Isnin, Selasa, Rabu Ain periksa.

Petang Ahad.
Ummi : Ainnn... esok periksa. Baca buku.
Ain : Ya lah..ya lah...Esok periksa BM. Ain pandai dah.

Petang Isnin.
Sambil bergolek atas katil.
Ummi : Ain..esok periksa apa?
Ain : Nanti nak tengok jadual.
Ummi : Ambil buku... baca.
Ain : Esok periksa Matematik dan Agama.
Ummi : Tutup TV. Mari sini baca buku.
Ain : OK.

Maka dibawa empat lima buah buku dan meniarap di sebelah umminya.
Ain : OOO...yang ni tak colour lagi. Ain colour kejap.
Ummi : Esok periksa matematik.. Takyah colour-colour. Tengok latihan tambah, tolak, darab tu.
Ain : kejap le. Ain nak colour ni dulu.

Sedang Ain khusyuk me"ngalour", umminya dengan tidak sengaja telah terlena. Dan bila dia tersedar, si anak sedang enak melayan kartun.

Wednesday, June 23, 2010

Suatu Hari, Di dalam Ting 5 Sains

"Esok-esok bila awak dah kawin, jadi suami yang baik, bagi nafkah, layan isteri elok-elok, bagi didikan......bla bla bla. Jangan masa bercinta je sayang, dah kawin pantang salah sikit terajang ......bla bla bla."

Tiba-tiba seorang murid lelaki bersuara:
"Aii....lepas perasaan nampak"

Saya:
"Bukan lepas perasaan. Tapi nak mengingatkan. Kesian ngan awak. Takut bertambah-tambah lagi dosa". Dalam hati, "aku cekik kang...

Tuesday, June 22, 2010

Saya Suka Lelaki Muda

Hari ni saya ke HUSM. Satu perkara yg tak sedap bila ke HUSM, susah nak dpt petak parking. Hari ni saya keluar agak lewat.(tapi sebelum pukul 8 lagi). Jadi, kerana kelewatan tersebut, rasanya sejam lebih saya berputar untuk mencari parking. Nasib baik tak kembang macam kek yang terlebih putar. .hehehe. Naik lenguh kaki dan nasib baik tak juling mata kerana melilau mengintai petak parking yg kosong

Bila cerita pasal parking ni, beberapa hari lepas, tengah saya menunggu untuk masuk parking di hadapan sebuah pasaraya dgn signal tengah tiptaptiptap menunggu kereta di hadapan keluar, tiba-tiba dengan selambanya sebuah besi berinjen meluncur megah memasuki parking di hadapan saya itu. Dgn geramnya saya telah membunyikan hon yang boleh tahan panjang. Sempat melihat macaman rupa orang di dalam kereta itu. Oh...ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang berumur hampir pencen. Hangat hati macam nak keluar ajak wresling je. Tapi segan le pulak. Lagipun di sebelah saya seorang ibu yg sarat mengandung. Mesti dia tak larat nak tolong tumbuk atau terajang untuk saya. Hehehe. Takkan le saya nak buat macam tu. Sayakan perempuan yang lemah lembut sopan dan penakuttttt. Tapi memang tak patutle orang tu. Saya dah lama beratur kat situ. Tiba-tiba dia potong Q. Sunguh kurang asam dan tidak bertimbang rasa.

Masa berada di jlnraya, timbang rasa sangat penting. (kat mana2 pun penting jugak sebenarnya) . Sama jugak dgn perkara yg berlaku pagi tadi. Sedang saya membelok ke tempat parking seberang jln depan hosptl yg jalan masuk hanya muat sebuah kereta je, saya bertembung dengan sebuah kereta yang nak keluar dari kawasan parking tersebut. Saya dah masuk sikit, dia dah keluar sikit dan dua-dua kereta berhenti. Di belakang saya berderet-deret kereta dan di belakangnya satu kereta pun takde. Opsss.... Ada kereta tapi semuanya yg berparking elok tak bergerak. Nak undur ke mana-mana pun boleh. Tapi manusia dalam kereta tu membatu di situ walaupun dia nampak di belakang saya berderet-deret kereta. Maka terkial-kial lah saya mengundurkan kereta. Nasib baik ada pemandu yang bertimbangrasa dan berhemah, memberikan lalauan untuk saya berundur. Pemandu baik hati di hadapan saya yang tak sabar-sabar nak keluar tu jugak seorang lelaki yang hampir pencen. Orang muda lagi baik rupanye? Yang tua-tua ni??////!!!!!! Kebetulan agaknya..

Monday, June 21, 2010

Ada Ke Orang Jahat Macam Mak Som?

Dengan semangatnya Ain bercerita :
"Kesian Shazlan. Dia asyik kena marah dengan Mak Som. Mak Som tu mak saudara dia. Tengok tu, Mak Som marah Shazlan. Dia tuduh Shazlan makan kek cokelat dia. Mak ayah Syazlan dah meninggal dunia. Sebab tu dia tinggal di rumah Mak Som".

Thursday, June 17, 2010

Walau Siapa Pun Kita


Hari ini saya sangat riangria gembira kerana mendapat CRV cucu (saudara) baru. Nampaknya jumlah cucu nenek tuan blog ini baru sahaja bertambah menjadi lima. Maknanya nenek ni dah tua. Cuma masih lagi perasan muda. Hehehe. Agar tidak asyik perasan muda, nenek nak cerita sedikit antara tanda-tanda kita telah lanjut usia tidak lagi muda remaja.

1. Bila minyak cap kapak atau minyak angin sentiasa semerbak mewangi dimana sahaja kita berada.
2. Lutut, pinggang asyik meragam sesaja.
3. Makan sayur kacang angin, makan pengat labu sakit urat, makan buah salak bisa
4. Rambut dah bertukar kpd white colour, gigi dah longgar, mata dah memerlukan kaca.
5. Selera dari western beralih kpd local.

Bila dah ada tanda-tanda di atas, sebenar-benarnya kita mesti sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari. Tingkatkan usaha tambahkan pahala.



Yang putik, muda pun gugur jugak wei.....

Monday, June 14, 2010

Ikan Bakar Dan Kuncu-kuncunya


Terkenang-kenang kesegaran dan kemanisan isi ikan, ketam dan sotong di Kota Kinabalu. Memang sedap dengan harga yang sangat murah. Sila tutup keyboard anda kerana air liur hampir menitik. Hehehe

Saya Jumpa Blogger Femes.....Suka

Setelah beberapa tahun berkenalan dan bermesra di talian, akhirnya malam terakhir di Kota kinabalu, saya sekeluarga berjumpa di alam nyata dengan pemilik http://persismutiara.blogspot.com/ serta keluarga. Terima kasih banyak-banyak kerana makan malam dan cenderahati yang menawan hati. Ada masa dan peluang, InsyaAllah kita jumpa lagi.



Friday, June 11, 2010

Sekitar Kinabalu Park

Saya nak terbang...



Sejuk....
Sekian dulu.
Hehehe


Masih di LCCT

Indahnya

Sangat seronok merempit ke pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Gaya. Ikan...banyaknya. Cantik .....Best sangat-sangat. Berpeluang juga melawat (baca: sambil belajar) ke SMK Pulau Gaya yang sangat unik.


Ikan bermain di kaki



Di perkarangan SMK Pulau Gaya



Terima kasih "Pakcik Boat".

Thursday, June 10, 2010

Kami Sudah Datang


Kota Kinabalu.....Pulau Manukan....Pulau Sapi.....Pulau Gaya.....Kundasang....ikan bakar



kenapa tenet merangkak teruk ni???